TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

20 Dec 2017

Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu di Galeri Seni Suria KLCC Tingkat 3

Assalam wbt

Oleh sebab dapat jumpa awal dgn org petronas sebentar tadi, maka saya meluangkan masa sebentar di Galeri Seni Suria KLCC di tingkat 3. Kedudukannya di bahagian yg sama dengan pintu masuk LRT KLCC. Cuma naik eskulator ke tingkat 3, sebelah kiri anda. Masuk adalah percuma ! Kali ini temanya Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu. Pameran ini bermula dari 14 November 2017 sehingga 4 Februari 2018.

Saya share sebab bukan semua berpeluang nak datang ke sini kan? Daftar di kaunter (tulis di Ipad sahaja), simpan beg di dalam loker yang tersedia (boleh set password number sendiri - ada arahan). Tak boleh makan dan minum di sini, boleh ambil gambar banyak-banyak.



Senarai pempamer :-
1) Alwin Reamillo (Filipina)
2) Andrialis Abd Rahman, Nur Aniza M Lazim, Intan Natasha Abd Azim (Malaysia)
3) Fadzil Idris (Malaysia)
4) Htein Lin (Myanmar)
5) M Azlan M Latib (Malaysia)
6) Nasirun (Indonesia)
7) Nguyen Phuong Linh (Vietnam)
8) Samsudin Wahab (Malaysia)
9) Syafiq Ali'am (Malaysia)
10) Tita Rubi (Indonesia)


Di bawah ini, penceritaan wayang kulit. sekali tengok dah macam cerita seram, banyak sangat gambar pelik-pelik. hehe.



Ini gambar "Blind Elephant" 

Hikayat Hang Tuah, yang asal disimpan di Library KL.

Faedah Istikhodam Ayatul Qursi (Abdul Rahman Salleh) Terengganu, Abad ke 19

Pelajaran Tauhid, Haji Mat Zain, Pattani, Abad ke 19M

Azimat Memagar Diri dan Memikat Wanita, Terengganu, Abad ke 19M

Menentukan Arah Kiblat Sewaktu Dalam Pelayaran, Alhaj Che Muhammad Ibn Alhaj Jalaluddin, Kelantan, 1309H (1892M)

Adab Raja-Raja

Taj Al-Salatin



Kitab Ilmu Bedal

Kitab Ilmu Bedil, certified by UNESCO


Peti Tembaga

Syair Siti Zubaidah

Meriam Kecil

Penapis air, Negeri Sembilan, Kurun ke19. ingatkan Coway dan Cuckoo saja?

Petua Menembak

Petua Membuat Rumah. Ada video macam mana nak buat rumah, tapi sebenarnya, rumah kami memang dibina dengan cara itu, abah yg bina dulu. jadi aku tak peliklah tengok binaan rumah lama macamtu. 

Hukum Kanun Melaka

Kitab Tib

Misa Melayu, menceritakan tentang susur galur Sultan Negeri Perak.



Kenangan dgn Mak pembuat ini. 

Ini pun Orang Asam Keping. serious rasa seram mula-mula. 

Orang Asam Keping, simbol hardship dan kepayahan



Buku-buku ditulis dalam tulisan jawi, boleh dibaca, tapi aku yang malas nak baca, sebab ejaan lama tiada space. lambat nak baca. then, semua buku ini adalah photostate tempat bukaan itu saja. yang asli, saya rasa disimpan rapi di Arkib Negara atau Muzium atau Library. kalau kita selak belakang-belakang hanya buku kosong tapi versi buku lama. tapi apa-apapun menarik juga untuk dilawat. Jemput datang ! 


Sekian, Terima kasih.

.......................................................................................................................................
Pesanan penaja, 
zhulian_chua

No comments: