TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Mar 2016

Spageti RM5 Seksyen 20 Shah Alam

Assalam wbt

Haruslah carik yg memurah je nak makan. Jimat. Makan tepi jalan. Lokasi warong spageti kat parking lot berdekatan petronas seksyen 20, pizza dan kfc.

Harga setupperware spageti bolognese atau carbonara hanyalah rm5 aje. Ada menu lain iaitu chicken grill tapi kami tak tanya harga. Boleh makan di situ dan boleh bawak balik. Ramai pelanggan wey. Nasib baik datang awal. Jangan pandang sebelah mata je.

Warong bukak malam je. Memula nak je komplen bro yang masak spageti tu sombong nau. Orang tanya buat tak layan. Tapi bila kamj nak balik, dia ucap terima kasih dan babai kat Naqib. Jadi kami simpulkan dia bad mood kot. Hehehe

Sedap betul dan jimat! Mai la singgah. Air boleh order gerai sebelah. Hihi. Parking banyak. Dont worry.

Sekian.



UPDATE 2022: KEDAI INI SUDAH DITUTUP

Sekian, terima kasih.

23 Mar 2016

Review Novel Pilo Toq

Assalam wbt

Dah lama aku beli buku ni tapi baru abes katam. Hehe. Buku ditulis oleh op zaharin, azzAm supardi, bahruddin bekri. 
Cerita berkaitan rumah tangga utk ketiga2 penulis. 

Aku komen ni. Kalau kalau penulis ni baca. No offense k. 

Secara keseluruhan, azzam supardi punya nukilan mudah. Tapi ayat last berulang2.. Style die kot. "See... Lelaki bla3" aku terkadang muak sket cara itu. Hehe. Situasi rumah tangga yg normal. Maybe sebab dah lama kawen jadi situasi tu aku x boleh imagine sangat. 

Nukilan bahruddin bekri okey. Even aku peminat tulisan dia. Aku x nak bias. Dalam novel ni cerita die panjang dan biasa. Hehe. Biasa sangat compared tulisan die dalam buku2 lain.. Nukilan op zaharin bagus. Secara bersahaja dan telus. Dan lebih dekat dengan situasi rumah tangga aku kot. Tapi wife op zaharin ni memang suka mencubit betul. Yg tu tak sama dengan aku. Hahaha

Ikut ranking, paling best nukilan op zaharin, followed by bahruddin bekri, dan lastly azzam supardi. 


Buku ini didedikasikan sepenuhnya kepada lelaki atau suami. Sepatutnya para suami yg baca. Supaya para suami tahu camne nak tackle hati wanita atau isteri. Jangan ikut sedap hati aje kan. Heheh. Tapi ada pulak ke laki yg nak baca berjela2 macam buku ni. Kalau dijadikan komik maybe okey. Tahniah utk ketiga2 penulis. 


17 Mar 2016

Kenali Najis Anak Anda

Assalam wbt

Saje nak share gambar ni. Utk panduan je. 

Kalau warna hitam. Ni masa baby lahir memang warna hitam. Nanti bila2 kita nak meninggal dunia pun, najis last drp badan kita warna hitam gak. Jadi jangan panik kalau kita nampak najis anak warna hitam. Nanti pelan2 color tu berubah sampai jadi kuning. 


Kadang2 nampak warna najis / tahi anak hijau kan. Tu sebab dia tak kenyang. Kalau breastfeed, maybe susu yg tak berlemak je. Jadi cadangannya, pam susu dulu baru bagi kat anak minum. 


Itu je. Sekian terima kasih. 

16 Mar 2016

Apa itu Proposal Engineer?

Assalam wbt

apa itu jawatan proposal engineer? banyak kot rasanya dalam jobstreet ke mana2 lah... tapi tak pasti jobscope kan...

selalu kita tengok dalam tv,.. nak pergi hantar tender bagai... pastu tender masuk bla2.. ceh.. cam canggih gitu kan.. haha... kerja aku more to control and instrumentations. jadi sebagai seorang proposal engineer, ini ialah kerja aku...


1) buat costing & kira profit margin
2) prepare semua document tender yang berkaitan. contoh kalau client nak info pasal company kita (bidder - pretender bahasa melayunya) maka kita kena bagi lah
3) at least kena faham apa yang kita buat. kalau kita nak hantar tender lukisan pelan, kita tahulah serba sedikit mengenainya. nanti kot2 client call, boleh lah jawab sebelum kita pass kat boss kita. hahaa
4) prepare document tender dah awarded. maksudnya, contoh client setuju nak bagi projek tu kat kita, kita kena acknowledge purchase order (PO), buat dokumen handover (dokumen serah kerja) kepada team teknikal yang akan handle projek.
5) kena rajin mintak harga barang drp suppliers. kita akan selalu buat costing dan bagi kat client kan. harga setiap item tu maybe berubah2... jadi siap2lah buat database ke apa. so nanti senang nak update. gitewww...
6) kerja tolong hantar tender. hantar je noks.. hantar ke receptionist office client. pastu boleh claim ! yeah !!! hahahaa...
7) kerja tolong present tender. eh eh ini kalau sales engineer atau bos proposal takde bersama. maka kita yang buat proposal tu kena tolong explain dalam meeting dengan client.. ini aku belum pernah buat lagi. haha... setakat ni boss aku je yg explain kat client sebab die pandai explain tak macam aku yg baru bertatih-tatih ni.. haha
8) buat filing ... documentation. segala macam dokumen yang kita dah buat tadi, kena lah masuk dalam file.. buat database juga ye biar senang cari in the future.
9) buat sales report. okey ni kena update kat shared folder (folder dalam computer yang orang lain boleh tengok sekali). supaya nanti bila boss nak present kat boss lagi besar, ha senang. bukak je sales report dah tahu dah.. tak payah Tanya kita.
10) bukan setakat jawab tender. jawab gak screening exercise / market survey / request for information (ini dokumen yang client bagi kat kita before dia betul2 hantar tender yg sebenar)
11) jawab jugak technical clarification. sesudah hantar tender, kekadang client tak puas hati, dia akan soh kita betulkan itu ini, hantar balik kat dorang by hand ke,, by pos ke.. by email ke.. ikut je lah.. lepas jawab tu,, hantar balik kat depa...
12) prepare project control document. ni company aku je ke yg buat aku tak pasti. tapi kena prepare lah untuk setiap tender yg dah di award tadi dan pass kepada team technical. as their guideline lah senang cakap. nanti kalau ada yang tersasar, depa sedar cepat.. hehe


okey.. itu jelah serba sedikit perkongsian drp aku...good luck kalau hampa ada nak intebiu proposal engineer. sorry lah ayat campoq2 bahasa... heheh


sekian, terima kasih............ 

14 Mar 2016

Review Jangan Kata Abang Tak Payung Nukilan Bahruddin Bekri

Assalam wbt

#jangankataabangtakpayung gitulah nama buku yang aku baca lately. 


Aku beli je buku ni, terus DM tuan Baha mintak signature. Heheh. Nasib baik belum pos. tapi sampai sekarang belum bagitahu buku dah selamat habis baca. Aku buat ayat gaya2 penuh ni sebab yelah kata tuan Baha suka stalk blogger yang buat review pasal dia. Kehkehkeh. 

Okey komen aku. Memang berbaloi lah jual dengan harga Rm25. Isi padat. Oh susah nak compile kot. Setiap hari paling sikit, 1 status tuan Baha tulis. Kalau sehari ada dalam 5-6 status, status mana yang nak dipilih pulak? 

Status fb yang jadi pilihan, contoh pasal dunia mat motor, agama, ekonomi etc. yang aku pelik camne tuan Baha boleh ada idea nak tulis status panjang2 camtu? Aku tulis satu dua ayat pun dah rasa panjang, ada orang baca ke nanti? Ehh... Haha 

Tulis status fb ni macam karangan pendek. Penuh tatabahasa, takde grammar or pronounce mistake. Kalau kita ikut dan aje. Haha. Tulis status ni target mungkin dibaca oleh orang jadi isinya mestilah memenuhi citarasa umum dan boleh diterima umum. 

Tapi kekadang tu ada part yg agak complicated membuatkan aku baca 5-6 kali baru faham. Haha. 

Kesimpulannya gi la beli sementara belum kehabisan stok! 

Okey terima kasih. 

12 Mar 2016

Review Novel Pudina Cinta Nukilan A. Darwisy

Assalam wbt

Akhirnya habis jugak aku baca novel tulisan tangan A. Darwisy ni. Sebab dah ada anak skang ni lambat lah sikit. Hehe. 

Okey novel ni mengisahkan Rabunah Yusahil (una) dengan keluarganya. 

Una ni student dentistry. Waktu cuti sem dia gi kerja kat kedai serbanika. Kat situlah die berkenalan ngan kawan2 baik die. Azlie, wawa dan alin. Una suka sangat gosok gigi. Dia ada ayah (doc ashraf-doc gigi), mak (puan ape aku x hengat), fauzi (abang) n ani (anak sedara).

Ayah una ada klinik dengan kawan baik ayah una. Klinik k&a. Doc khairul n doc ashraf. Skang anak doc khairul ngan ayah una yg uruskan klinik gigi tu. 

Una pulak,,, Masa kerja kat kedai serbanika ada sorang laki ensem bisu suka datang sana tapi senyap aje..dengan una je dia pernah borak. So dorang kawan2 dia suka gosipkan dorang.  Nak pendek cerita lelaki ensem bisu ni lah anak doc khairul. Nama die ally. 

Ally n una dah kenal sejak kecik tapi lame x jumpe sebab ally ikut mak dia gi ausie buat bisnes kasut kat sana. Mak dia nama aunty deborah. Jumpa balik dah besar n dorang mula rapat balik. 

Dzulkarnain plak, cerita dia, ada sorang pempuan ni syok gila kat dia. Nama nya natasha. Natasha ni sampai buat ubat guna-guna drp tok biang. Galang ganti if plan berjaya, natasha kena serahkan diri dia kpd tok biang. Semua ni kawan baik natasha (farihna kakak alin) yang cadangkan. sebab nak dapatkan dzulkarnain. Untuk teruskan plan jahat natasha, dia kena ambil rambut n baju yg berpeluh milik dzulkarnain. Tah camne tersalah amek. Amek baju berpeluh ezir punya (kawan gim dzulkarnain), tapi rambut dzulkarnain punya lah. Namun oleh sebab dzulkarnain ni rajin solat, sihir tak sampai. Yg sampai nya sihir kat ezir. Kesannya ezir jatuh cinta mati kat natasha. 

Balik semula kat ally. Ayah ally (en khairul) rupa2 nya dah berkahwin dua. Isteri kedua (pn sabrina), dia adalah mak farihna dan alin. Pn sabrina ni plan jahat sampai tertangkap khalwat dengan ayah ally. Dan akhirnya kawen. Memula ally ngan mak dia tak tau. Tapi pn sabrina sesaja call biar kantoi mereka dah berkahwin lama dah. Nasib baik mak ally ni orang nya baik. Terus maafkan. Cuma ally je la berat hati nak maafkan. Oleh sebab una bagi nasihat kat ally. Last2 ally pun maafkan juga. 

Pn sabrina last2 insap gak sebab tengok kebaikan en khairul (ayah ally). Tersentuh dan ceritakan selama ni dah tipu n perangkap khalwat semua. Memula ayah ally taknak maafkan. Akhirnya maafkan gak. Alin anak pn sabrina ni manja sket. Sampai cam sakit mental. Pas jumpa dengan ex husb pn sabrina (ayah kandung alin) haa baru sembuh. 

Pasal natasha tadi. Kan ezir yang suka kat natasha. Bukan dzulkarnain. Sebab marah sangat natasha taknak tunaikan janji kat tok biang. Taknak serahkan dia. Natijahnya dia kena tanggung lah, kena ganggu ngan tok biang selalu. Sampailah ain (pembantu natasha) bawak balik natasha dan ezir ke rumah dia. Ayah ain kebetulan pengamal perubatan. Jadi ayah ain lah yg selamatkan dorang. Pas daritu dorang pun insaf n jadi baik. Dan terus bercinta real punya. 

Dzulkarnain dalam masa yg sama jumpa dengan pakcik shaari kat tepi jalan. Nah. Kawan mak ayah dia rupanya. Pakcik shaari ni ayah kepada azlie. Pakcik shaari menghilang sebab dia ada pinjam duit drp along untuk tanggung kos perubatan adik azlie masa kecik. Nak elak drp along kacau, jadi pakcik shaari terpaksa hilangkan diri lepas selalu kena belasah. Last2 ayah n mak ally lah yg tolong bayarkan dan along tu tak kacau dah. Tapi tetap gak tak selamat, sebab one day pakcik shaari kena perangkap as perompak dan kena penjara selama 10 tahun. Balik kl, kena rompak pulak. Tu yg dzulkarnain jumpa tu. 

Okey itu cerita besar dia. Una yg dulu nya tomboi lelama berubah pakai tudung semua tu lepas ally bagi shawl. Mak una pun mintak una supaya berubah. Una n ally start bercinta. Dorang tunang dan kawen akhirnya. Azlie dah jumpa ayah dia, en shaari. Abang una, fauzi kawen dengan wawa. Kenal thru fb je wey. Natasha dah x kejar2 dzulkarnain. 

Okey ironinye, ally n dzulkarnain adalah orang yg sama! Nama betul ally dzulkarnain. 

Masa ally n una kawen, ada dapat hadiah misteri drp someone. Rupanya datang drp farihna. Farihna (kawan baik natasha, kakak alin, anak puan sabrina). Farihna act suka kat ally dzulkarnain. Hadiah misteri ni adalah sihir. Nasib baik pakcik shaari tu taw camne nak buang bende ni. Dorang pun selamat. Farihna x puas hati. Bila una n ally dah ada anak, farihna culik anak dorang. Kesannya masa kejar, ally eksiden n koma... Nasib selamat, anak dorang ditemui, tapi ally koma kan... Tapi hero selalu menang. Ally bangun gak drp koma dan dorang hidup bahgia. Farihna masuk tg rambutan tapi akhirnya berbaik2 dgn natasha yg dah insaf tu. 

Gitu je review. Sekian. 

Pendapat aku 
1) cerita ni buat orang tertanya2 sebab satu plot guna nama ally. Satu plot guna nama dzulkarnain. Act dua2 orang yg sama. Pastu. Mak ally pun satu hal. Nama puan zahlia deborah. Satu plot panggil pn zahlia. Satu plot panggil puan deborah.. Then wawa. Satu plot panggil wawa. Satu plot panggil siti..  Buat aku confuse 

2) banyak info wey. Ada pasal agama, surah, sunnah. Quote yg menarik. 

3) okey cerita menarik. Sebab ada juga wujud unsur tak sangka2 gitu walaupun boleh agak. Boleh adaptasi drama. Cuma part info2 tu aku tataw camne pengarah drama nak terapkan. Hehheh.

4) ayat baik tersusun. Tahniah. Cerita pun tersusun. Berbaloi lah kiranya beli novel ni. 


Tu je drp aku dengan panjang lebar. K bai. 

7 Mar 2016

Derma Pakaian, Beg, Kasut Area Shah Alam

Assalam wbt

Aku yakin ramai sangat kat area Shah Alam ni pemurah pengasih dan penyayang. Hehe. 

Jadi kalau korang terasa nak sedekah derma barang2 soft yang ada. Mai la masukkan dalam kotak ni. 


Insha Allah masih berfungsi sebab kami nampak mangga dia masih baru. Hehe. Lokasi di Gerai Makan MBSA Seksyen 11. senang cakap kat area Nasi Ayam Pak Mal. Kat parking lot je uols. Masuk2 je kawasan parking kat belah kiri bawah pokok. 

Aku cuba cari kotak yang sama kat Dewan MBSA seksyen 17, kotak derma pakaian ni dah takde. 

Semoga bermanfaat kepada yang memerlukan. Insha Allah. ;) 

Terima kasih. 

5 Mar 2016

Perasmian Taman Botani, Seri Medan Batu Pahat Johor 2016

Assalam wbt

Patut dah lama nak share. Tapi aku asek lupa aje. Skang rakyat seri medan bolehlah berbangga dengan taman botani. Lokasi di Jalan besar seri medan kan. Pergi arah seri medan terus je sampai jumpa. 


Ni gambar cikgu kesayangan aku. Cikgu Ahmad Tazlan. Sorry cikgu kite amek daripada fb cikgu. Hehe. 

Dulu ada trem nak naik. Skang aku ase takde dah. Jalan kaki la kau sepuasnye. Hahaha. 

Nah amek peta ni sebagai tatapan. Heheh 







Ni sebahagian gambar pondok2 yg direka setiap daerah dan dipertandingkan. Majlis bandaran setiap daerah kalau tak salah. Yang menang MBJB. Oh tapi dorang buat show kejap je. Dalam seminggu dua. Pastu adik2 aku cakap ade certain barang dorang cabut, amek balik, macam bunga n signage lampu semua. Sekarang aku xtaw apa jadi. 

Kat situ boleh gak jogging, memancing. Tapi paling famous amek gambo kawen la. Tempat paling strategik paling lawa dalam seri medan agaknye. Hheehe. 

Okey tu je nak share. K bai. 







1 Mar 2016

Tempahan Jahitan Raya Masih Dibuka Sungai Udang Melaka

Assalam wbt

Yang jauh mari dekat. Yang dekat mari rapat. Orang Melaka "bergembiralaaaah~~" (sila ikut nada sherry alhaddad dalam iklan radio. Haha) 

Sesiapa yg nak tempah baju raya, tempahan masih dibuka, untuk area Sungai Udang, Masjid Tanah kawasan sekitarnya. Rate baju ke? Baju kurung dalam range RM35-RM45. Baju moden dalam range RM45-RM65. Sebab apa? Ikut material dan kesusahan (difficulties) pemotongan dan cara jahitan baju. 

Kat mana nak pergi? No 26, Jalan SU 2, Taman Sungai Udang, 76300 Sungai Udang, Melaka. Tak jumpa, boleh waze aje okey. Kedai jahit tepi jalan je. Tapi land mark, dekat dengan Sekolah Menengah Agama Ahmadi dan Penjara Sungai Udang. 

Datang lah hari weekdays siang insha Allah ada. Kalau malam or weekends based on call je. Hari biasa bukak dalam pukul 8 pagi sampai 6 petang. 


Oh ya kalau nak tempahan jahit baju dengan pos pun boleh. Contoh tak dapat datang kan, wasap mak kami cakap nak hantar baju bahan dan baju contoh. Soh tiru sama serupa camtu boleh aje. No hal. Tapi pos lain harga taw. 


Dijamin puas hatilah. Puas hati punya!! Rasa nak tempah lagi je lain kali !! Hehe. Boleh hubungi / whatsapp / mesej mak kitorang. Puan Khalijah (Mak Jah / Kak Jah) 0192556265. Mak kitorang pandai whatsapp uols. Senang. Hehe. 

Update 2020: Masih menjahit lagi tau mak kita...


Apa tunggu lagi. Cepat cepat sebelum tempahan ditutup. 

Sekian, terima kasih.