TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

14 Nov 2015

Review Kafe Jalan Tiung, Shah Alam

Assalam wbt

Kami saje melawat kafe jalan tiung. Sebab haritu masuk dalam safiya. Cam canggih kot. Alamat kat jalan 9/j9 tuanku ampuan zabedah seksyen 9, shah alam. Tingkat 2, atas ani sup utara. 

Komen kami. 
1) hanya ada kek aje. Tak banyak sangat choice. Takde makanan lain cam roti/pasta/spageti etc. air pun tak banyak choice sangat. Cookies ada satu jenis je. Harga rata-rata kek satu slice rm10 kot. Air dalam rate rm8-12. Cookies 5keping berharga rm10, tapi ada cicah air susu. 

2) rasa kek? Not bad. Manis. Kami beli yg ala2 oreo. Die bagi garfu kecik by default. Sudu ada tapi self service. Air kosong sejuk or tak sejuk free je kat tepi kaunter. Tisu pun ada. 





3) kemudahan. Ada toilet. Dua toilet. Tapi dua2 umum. Takde laki or pempuan sign. Sinki ada. Aku kurang selesa sket toilet campur ni. Haha. Kerusi baby ada satu je so far kot. Ke aku x pasan. Xtaw la. Hehe. Kafe kecik tapi ramai orang. 

4) servis okey je. Not bad. Hehe

Kesimpulannya. Kafe ni tak sesuai utk kami yg ada anak kecik. Sesuai utk santai sorang2/dating/meeting reunion/jumpa client ...  Hehe. Tapi try lah kalau nak try. Okey je. 



Okey. Sekian thankss. 


4 Nov 2015

15 Perkara Tentang Duduk Asrama yg Kita Selalu Ingat

Assalam wbt

Aku bila terkenang duduk asrama ni, memang akan ingat sangat perkara2 ni. bukan semua asrama amalkan bende ni rupa2nya. hehe...aku dedikasikan cerita ini especially kepada ex-roomate (Khairunnisa Shamsuddin, Nor Aimuni Md Rashid dan Noraisyah Mahmuddin, ex-MRSM Kuala Klawang 2001-2003, ex-MRSM Jasin 2004-2005)

1) Sistem "AFTER"
AFTER ni ramai orang guna. sistem ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara itu selepas orang terdahulu melakukannya. contoh penggunaan, A basuh kain, B nak basuh kain after A. so A kena cakap "After" basuh kain...  itu kuasa perkataan "After" ehehehe...

2) Cop mandi guna barang toiletries. 
Susun toiletries depan pintu toilet. instead of nak tunggu kat situ. so kita letak je barang kita kan. before cop tu, tanya dulu sape kt dalam. in case kita takde depan tu, die boleh tolong panggil kita. kalau takde orang tunggu, cara nak cut Q pulak... jerit kuat2 "dalam kiraan 10, toilet no 1 dari kiri, 10,9,8,,,,,1, okey takde orang, saya potong Q!" pastu apa lagi potong lah.. haha....
kalau macam ni, ada 6 barang depan toilet, maknanye kena tunggu 6 orang mandilah baru sampai turn kita. hahaha


3) turn basuh kain / iron baju
mesti kena basuh pagi2 hari sabtu atau petang jumaat. atau malam sabtu. itu waktu kemuncak orang paling malas nak basuh. semua duduk2 leisure2.. nak menunggu cuti.. mesti kena basuh atau iron waktu ni je.. the rest waktu sangat tak menyempat.

4) baca Al-Mulk atau As-Sajadah before tidur
mesti baca Al-Mulk atau As-Sajadah tepi longkang depan bilik masing2... before tidurlah. sebab kat asrama kan banyak gangguan. so pendinding jugak lah.

5) "Lights off!"
jeritan lights off 5 minit sebelum pukul 11 malam. abes lah kalau homework belum siap. kena buat depan pintu. ataupun pasang lampu picit dalam bilik yg gelap. untunglah sape dok depan lampu kakilima. boleh tumpang lampu. hehe

before tidur nanti, pengawas akan sebut. "dalam kiraan 10, lights off ! 10,9,.....1, lights off ! " kang kalau bilik aku tak lights off lagi. "bilik A106, lights off!" terpaksalah lights off. tak lights off gak., dorang ketuk2 pintu bilik pulak. aduh...

6) Roll-call pagi-pagi
lepas sarapan, nak ada roll call pulak. masa aku lower form, roll call kat asrama puteri je.. (aspuri). bila dah upper form, campur laki perempuan. best tu best dapat usha2 gitu kan... tapinye kalau kena denda cam bangun lewat, panjang kuku, tak pakai kain dalam. memang kantoi lah. hehee... roll call selalunye nyanyi lagu sekolah, doa, ucapan2 sket drp warden n pengawas. dalam 10-15minit je.

7) waktu riadah
waktu riadah adalah pukul 5-6 petang. mesti keluar aspuri. so kitorang duduk kat bangku gazebo depan aspuri je. kehkeh. pastu nak terus makan. sonang. pastu mandi pas makan. tak senonoh kan. mana tak buncit nye dulu. nak main? oh memang malas lah. bila dah f5 tu rajin sket lah. main baling selipar, rounders ke ape. haha

8) makan 6 kali sehari
sarapan, rehat, lunch, minum petang, dinner, supper. 6 kali wey ! mana tak gemok ! haha. makan memang tak sedap sangat pun tapi aku tetap suka makan. hehe

9) outing
outing gilir2, minggu ni laki. minggu depan perempuan. pastu tempat yg paling kami suka pergi. oleh sebab aku sekolah kat jasin, melaka. apa lah sangat yg ada. jadi tempat paling best nak gi ialah family store, tenten, camtu je. haha.. pastu pergi pasar beli mee tangkak (banyak kerang). pastu laki mesti nak kirim majalah pendekar laut tu. leceh betul. haha..

10) radio PALITO ! 
hahaha. ni radio paling legend untuk kami. satu RM8 kot. dah rosak, kena beli baru. selalu pakai masa prep, masa basuh kain, malam2 menemani masa belajar/stay up. radio ni cuma boleh dengar lagu je. takleh dengar kaset. lagi2 malam masa ada carta ikim, ahad carta era / zaman konsert af ,, memang sangat berjasa ! hahaha

11) makanan paling sedap adalah hari jumaat waktu lunch !
jumaat makan lepas dak laki makan. sebab masa dorang nak solat jumaat. nanti kita perempuan akan dengar ceramah dulu. tak kisahlah sape yg bagi tazkirah tu. ustazah atau biro agama... atau sape2 aje. pastu kita akan parking selipar paling dekat ngan pintu. sebab nak cop nak makan. once settle je ceramah, lari lintang pukang ke kaunter dewan selera! dah la kalau cop sampai 1 kelas ! haha... memang naya lah nak tunggu. ari jumaat makan nasi ayam merah ngan eskrim. lambat2 nanti ayam kecik je. takbest. hampeh betul...

12) malam weekend ada ceramah kat surau
kalau ada ceramah tu, semua akan bukak tirai, perempuan akan masuk kat bahagian laki. masa ni paling excited. eh bukan nak dengar ceramah tu. sebab alang2 nak usha orang yg kita suka. haha. nak tengok die ada ke tak masa dengar ceramah. apa yg dia buat. pastu gelak2.. eh tak senonoh betul kan. kakakakkakaa...

13) group halaqah ilmu
okey halaqah ilmu ni kalau takde ceramah. adalah naqib naqibah. naqib tu, pembimbing lelaki. naqibah pembimbing perempuan. contoh aktiviti, baca quran, sharing session, camtulah. aku dulu nak sangat jadik naqibah. tapi masa aku teviu tu, orang tu tak suka kat aku, so die taknak aku jadi naqibah. apalah main2 soal personal. tapi lantaklah. aku tak rugi pape pun. hehe

14) inspection hari ahad
ahad aje ada inspection ! paling malas. kah2. sebab kena kemas bilik. pastikan cadar tegang. takde habuk. basuh tingkap. sapu lantai. pastu lagi tak best kalau dorang ni exchange pengawas. pengawas laki gi tengok aspuri. vise versa. kalau dapat yg pengawas laki yg tinggi2,,, kau die check atas almari tu sampai hujung2 tu. cuma yg best. dalam almari dia tak check. kalau pengawas perempuan, dia akan check. hehe... tapi kami tak pernah kena denda. aku pun lupa denda die rupa camne. hehe

15) last but not least, MINGGU ORENTASI
minggu orentasi ni paling tak best kalau jadi budak baru masuk. memang kena ragging. hehe... kena amek semua tandatangan senior siap dengan nama penuh. nama timangan. kelas. nombor bilik. kalau ada yg senang tu mintak terus dapat. kalau yg jenis cerewet, siap ada balang untuk kita withdraw, apa denda yg kita kena buat before dapat tandatangan dia.

contoh denda, peluk tiang cakap i love u. tendang tong sampah, then pungut balik masukkan semula. nyanyi. tiup kipas sampai pusing. naik kerusi kat taman dan jerit i love u. macam2 lah denda nya. terpaksa buat. kalau tak dapat tandatangan depa nanti kena denda lebih teruk... tapi masa aku jadi senior, kitorang dah tak buat teruk2..cewwaahhhh

********************************************************
okey itu aje 15 perkara yg paling best. yg lain2 macam fly ke ape tu.. tak semua orang buat. cam aku pun tak pernah fly. haha.. budak skima kan...


okey sekian, terima kasih.

3 Nov 2015

Klinik Soraya Seksyen 3, Shah Alam

Assalam wbt

Okey kalau nak cari mana nak scan preggy, scan baby, scan pregnant, kat shah alam, meh la datang kat seksyen 3. Klinik soraya namanye. 

Harga okey. Haritu scan dalam rm60 camtu. Walk in saje. Kalau nak scan kat hospital salam ke, kena buat appointment dulu taw. Doc perempuan. Peramah. Tapi aku lupa tanya nama doc. Eheehe. Cuma ala ala environment nye agak suram gituh. Haha. 

Okey takde gambo. Sekian tq. 

30 Oct 2015

Susu Sustagen Pengganti Susu Mama untuk Naqib

Assalam wbt

Finally career sebagai ibu menyusu akan berakhir. tak banyak susu dah. jadi sudah sampai masanya Naqib kena biasakan dengan susu formula. aku panggil susu tepung aje. orang kampong kan. hehe... 
Susu ibu memang yg terbaik sebab paling sedap, banyak perisa. anak manja ngan ibunya. terpaksa jugak cari pengganti sekarang. tempoh setahun lapan bulan tu dah boleh dibanggakan. insha Allah ada next anak, cuba lagi. 

Banyak jenis aku try. dari yg murah dulu lah. Susu Dutch Lady, Susu Dumex Dugro, Susu Enfagrow, Susu Nespray (pun aku try), Susu Fernleaf (aku try gak. haha), Susu Suffy Goat (susu kambing), okeyh tu je aku try. tak berkesan. ikutkan kakak aku, bagi kat anak buah kami (Qisya), susu sustagen perisa vanilla. Naqib Nampak okey,,, pastu one day, aku suruh pengasuh tambahkan kuantiti scope. drpd 2 kepada 3 scope. pastu Naqib terus cirit birit. susah hati betul. panas agaknye perut. ataupun Naqib ganti bulan? ikutkan kalau ganti bulan tu kan akan cirit birit lah.demam lah.. (kebiasaannya).

tak lama tu, Naqib boikot betul susu formula. bagi suffi goat, memang tak jalan. sebab tak manis sangat kot. haha.. tak suka. padahal orang cakap susu kambing pengganti susu ibu yg terbaik. tapi tak payahlah nak paksa2 anak. kalau anak tak suka, cuba aje yg lain. kami hampir aje beli susu picky eater S26 tapi takde kat kedai. jadi keep bagi sustagen vanilla. cuma pas minum mesti berak. risau risau. bagi madu, appetton, scott emulsion, semua tak jalan. pastu, incik hubby baca doa pembuka selera. Klik Blog Ini (11 kali baca kat susu sustagen vanilla tu) 

gambar pinjam dr blog sunshine kot. lupa. hehee...


Alhamdulillah berkat keyakinan yg kuat kpd Allah, Naqib boleh dah betul2 minum susu sustagen vanilla. sekarang kalau dia nak, dia tunjuk2 je Tupperware susu tu, hehe.. syukur sangat. pasal cirit birit Naqib tu, kami bagi air garam yg doc bagi tu. bagi sket je guna syringe, takdelah terus ok. cuma berkurang sikit2 lama dah okey.. Alhamdulillah. syukur sangat. 

kesimpulannya, 
1) kita kena tahu berapa amount susu yg sesuai untuk perut anak kita. 
2) kita kena rajin mencuba, kalau anak tak suka susu tu, bagi susu lain sampai anak suka. membazir sikit takpe. susu kan penting utk kalsium dan tumbesaran anak. jangan putus asa


semoga korang Berjaya.


terima kasih.

22 Oct 2015

Menebus Sumpah dalam Islam

Assalam wbt

Aku dengar ceramah Ustaz Heryanto hari ini dalam rancangan Bismillah tv3 pukul 630 pagi, 22 Oktober 2015. pasal sumpah. boleh refer juga di sini (lagi detail penerangannya)



bolehkah sumpah dalam Islam? jawapannya harus. kata ustaz, kenapa pulak kite tetiba nak sumpah? elakkan kalau boleh. tak payah pun xpe.. tak memberi kesan pun.

contoh situasi.

"siapa punya duit RM1 ni?"

kekadang kite kite ni akan jawab "sumpah dgn nama Allah, duit RM1 tu aku yg punya"

biasa tak dengan situasi camni ? tujuan apa nak sumpah? memang nak confirmkan itu kita punya? kata Ustaz, better jawab je.. memang aku punya.. tak payah nak susah2...

sumpah yg valid adalah sumpah dgn nama Allah. bila bawa nama Allah, ia adalah sesuatu perkara yg berat. seolah2 kita berjanji. tapi ia bukan nazar.. janji dengan penuh.

contoh situasi lain,

"aku janji dengan nama Allah, aku akan datang petang ni main kat padang". jika tetiba kita tak dapat datang, maka kita kene lah menebus sumpah itu.

camne cara die? dah diterangkan dengan jelas dalam Surah Maidah ayat 89. (rujuk ye nanti)
1) bagi makan kepada 10 orang miskin. makanan biasa. kalau makanan biasa depa Nasik arab, ha amek ko kene bagi Nasik arab la. hehe
2) bagi pakaian kepada 10 orang miskin.
3) merdekakan seorang hamba
4) puasa 3 hari berturut-turut.

tapi kesimpulannya. tak yah la nak sumpah2...


Sekian, terima kasih.

16 Oct 2015

Playground indoor untuk Anak di Aman Ville

Assalam wbt

Kalau tak silap nama nya Aman Ville. Haha. Aku pun lupa nak snap gambar. Ya hampun. Tapi nak ajak anak main indoor. Meh la datang sini. Nak2 waktu jerebu. Lokasi di space u8. Katne space u8? Memang ramai masih taktahu rasanye. Okey gi waze or google map okeyh. Premis ni sebelah subway. Oh ye space u8 di bukit jelutong. Dekat dengan ttdi jaya. Dekat dengan tudm. 

Beroperasi setiap hari katanya. Setiap hari taw. Termasuk public holiday! Fuhh. Tapi aku ase raya die tutup kot. Hehe. Pastu, bukak kol10 pagi sampai 10 malam camtulah. Tapi kami datang kol11 pagi. Ehehe. 

Harga Rm10 je. Mama babah, mak ayah boleh join sekaki. Tapi semua mesti pakai stokin taw. Ada macam2 laluan kat sana. Penat jugak kitorang. Haha. Ada gelongsor, laluan penuh pancaroba gituh. Kahkah. Laluan berhalang pun iye jugak. 




Tapi bendalah ni antara je. Naqib bukan suka sangat. Haha. Naqib paling suka yg ni aje. Hahahha



Nah. Rumah ahmad albab ni yg dia paling minat. Sejam dok bukak tutup pintu tingkap. Penat tengok je. 

Keseluruhannya memang best! Mai mai pakai datang. 


Updated 2020 : Dah tak wujud ya Aman Ville.


Sekian. Thanks. 


15 Oct 2015

Tukar X-Axis Excel File Daripada Nombor Kepada Huruf

Assalam wbt

how to change y-axis in excel file from number to alphabet?

how to change y-axis in excel file from alphabet to number?

camne nak tukar y-axis dalam excel daripada nombor kepada huruf?

pernah jadik camni ke kat excel korang?
ada masalah ngan excel?

 
pastu rasa gelabah sebab dua dua ada nombor je kan?
jadi camne nak tukar ni?
 
pergi ke Office button > Excel Option > Formula > "unthick/uncheck" R1C1 Ref Style > OK
 
 

Nah Settle... kembali kepada asal.. x-axis ada huruf2 cam biasa...


Sekian, perkongsian, thanks.
 



9 Oct 2015

Review Smart Phone Lenovo S820

Assalam wbt

Lenovo ada handphone series S820. Ada sesape teringin nak beli?
Full spec kat sini

Meh la aku cerita serba sedikit.
Kalau nak handphone terang. yg ni memang ok.. kamera belakang 12Mpixel.
kamera depan 2Mpixel.. nak selfie memang terang...
kamera ada timer. tapi timer die cenonet. kecik giler. tak Nampak dari jauh.
so susah nak agak bile berselfie.
kena agak2 sendiri lah taw.

boleh 2G and 3G, wireless pun boleh.


KEBURUKAN YANG NYATA PASAL S820 (motip aku nak caps lock dan bold kan.. kahkahkah)

tapi yg paling tak best giler babun adalah enpon ni limited gileerr RAM.
RAM cuma 2G. die simpan data software bla2 semua dah 1G.
baki tinggal 1G. pastu gambar kat whatsapp xleh donlod on the spot.
so kena donlod sesatu kan.. tapi kalau memori penuh, xleh donlod.
kite kene buang gambar ke apa ke.. bagi boleh nak donlod apa2 kat wasap.
pastu memori cepat gilerrr penuh !!!!
kang baru delete.. dah penuh lagi.... ! grrr...
memori wasap tak boleh auto donlod ke memory card. itu masalahnye.
so nak x nak kene delete la pape yg boleh.

kalau kat kamera pulak, siap2 auto save gambar ke memori kad.
jangan simpan kat RAM 2G tu pulak. nanti penuh lah hai...
baru nak amek gambar dah penuh. kehkehkeh

untuk orang yg suka amek gambar dan terus upload ke laman social.. tak praktikal....
kalau amek gambar dan upload kemudian pun kadang2 boleh,. kadang2 tak..
ikut kemampuan memori ketika itu...
kalau yg nak join dropship haramjad jangan beli langsung henpon ni..
sangat tak sesuai... x dapat updated barang nanti..


okey kesimpulannya. aku x syorkan korang beli. kekekeke.. ok bai !

Terima kasih.

29 Sept 2015

Tempoh Habis Waktu Solat Sunat Dhuha

Assalam wbt

Aku mengulang kata2 Ustaz yg bagi ceramah pagi tadi dalam "Tanyalah Ustaz" tarikh 29.9.2015. aku tak tahu nama Ustaz tersebut sebab nama ustaz akan keluar last sekali masa dah abes program. gituew... hehe

Waktu dhuha adalah sehingga beberapa minit sebelum waktu Solat Zohor.
jika solat Zohor pada pukul 1 petang, maka pukul 12.30 tengah hari tu masih boleh lagi mengerjakan solat dhuha...  
jadi janganlah terkejut kalau2 ada orang solat waktu2 macam tu ye... hehe
(kisahnya aku pun terkejut nampak kak Aina solat waktu kol 1215. aku ingat dah takleh dhuha dah) 

dan lagi solat dhuha adapun paling banyak hanyalah 4 rakaat sahaja...

Waktu solat dhuha pula bermula 30 minit selepas matahari terbit. kalau kita tengok di dalam jadual waktu solat, ada sunrise time, ha yang itulah. pada kadaran 30 minit selepas itu boleh dah solat dhuha, jadi seawal 730 pagi dah boleh kalau waktu subuh masuk awal sangat. 

Sekian info hari ini...


12 Sept 2015

Al Quran vs Handphone??



Assalam wbt and Hai,



quran.jpg VS 





Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around wherever we went?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it?

What if we gave it to Kids as gifts?

What if we used it when we travelled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go....hmm...where is my Quran?

Oh, and one more thing.

Unlike our cell  phone, we don't have to worry about our Quran being
Disconnected because Allah already paid the  bill.

Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!




Thanks.

9 Sept 2015

Beza bakhil dan kedekut?

Assalam wbt

Tadi aku dengar ceramah tv9. Lupa nama ustaz. Tajuk harini rabun akhirat part 1, pukul 7 program tanyalah ustaz.

Apa beza bakhil dan kedekut? 

Kedekut, dia banyak harta tapi takmo share or bahagi2 pada orang lain. Dia pakai sendiri je harta bebanyak tu. 

Bakhil pulak, dia banyak harta tapi takmo share bahagi2 kat orang lain. Die pun sayang nak guna harta tu utk diri sendiri. 

Nampak tak beza nye tu?so korang ni kedekut ke bakhil? Heheh. 

Jadi banyak harta tu sedekah, amal jariah, moga sampai bekalan ke hari akhirat. Insha Allah 

Gambar hiasan, duit raya yg incik hubby bagi kat adik dia raya lepas hahaha. 

Sekian, terima kasih. 

7 Sept 2015

Eksperimen : Betul ke Telur Tak Dibasuh Susah Nak Dikupas?

Assalam wbt

Haha. Biarlah orang cakap aku takde kerja ke hape. Tapi aku saje nak pastikan betul ke tak ape yg mak aku cakap. Haha. 

Hipotesis : Telur yg tak dibasuh before direbus nanti susah nak kopek bila da siap rebus. 

Yang ditanda X tidak dibasuh terlebih dahulu. Beli beli terus masuk je kat dalam piyuk. Opps. Cam geli ke? Hahahha. 

Okey selepas beberapa minit. Tiba masa nak kopek. 


Nah bukti nye. Kahkah betul lah uols ! 

Kesimpulan : hippopotamus. Eh hipotesis diterima ! 

Sekian, mekaseyh. 


6 Sept 2015

20 Petua Turunkan Bacaan Kuning Anak

Assalam wbt 

Sajelah nak shAre bende yang dah jadi setahun setengah yg lalu. Haha. Mase tu Naqib punya bacaan kuning tak tinggi sangat. 13 aje. Atau pun 221. Tak berganjak seminggu. Setiap hari kene cucuk kat kaki. Kesian. Dalam 2 minggu juga lah suffered from jaundice ni. Nangis tak berlagu rock dan rap lah aku. Pantang pun langgar je sebab sedih sangat. 

Okey ini antara ikhtiar yg kami buat. 
1) mandikan Naqib dengan daun kucai. Daun tu camne? Ada banyak kat pasar. 
2) mandikan dengan air kelapa muda 
3) minumkan ubat kuning dari kedai tabib cina 
4) letak daun lidah buaya kt ubun Naqib setiap masa. Biar sejuk katanya. 
5) mandikan dengan air daun belimbing 
6) kita minum soya banyak2 biar susu kita jadi obat 
7) kita makan ubat yg klinik bagi biar susu kita jadi obat
8) titiskan air susu kambing 
9) titiskan air anggur hijau 
10) sapu air zam zam 
11) jemur kat matahari pagi taw. Kol8-10 pagi aje. Kalu boleh takyah pakai baju seluar. 
12) elakkan pakai baju kuning / langsir kuning / cadar kuning (aku ikut jelah yg penting Naqib boleh baik masa tu. haha) 

Yg tak cuba 
1) suwok / jampi dgn orang alim. Bagi air cam ala2 air penerang hati tu kan. 
2) gi jumpe bidan kampung yg boleh jilat2 anak yg demam kuning. (Ada kat rengit) 

Yang perlu buat
1) kata sepupu aku mase preggy minum soya banyak2. Yg ni aku xtaw keberkesanannye tapi die cakap okey
2) kata kak mai, otai opis aku kene consume shaklee product. Nanti aku riki riki jenis yg mana satu 




Aku pun xtaw berkesan ke tidak. Tapi cubalah ! Hihi 

Yang paling bagus .. Nota nye. Budak2 demam kuning sangat pasif. Suka tido manjang. Jadi rajin2 bangunkan anal. Dan bagi die minum susu badan. Itu adalah ubat nyata yg paling thorrrrbaek ! 

Kisahnyaaa. K bai. Tenkiyu

5 Sept 2015

Review U Cafe, Wangsa Walk

Assalam wbt 

Tadi kami ada reunion. Lokasi pilihan adalah u cafe. Kat mana? 


Makanan sedap. Sedap betul sandwich tuna n mushroom sup yg kami order tadi. Lokasi ok selesa. Cume maybe sempit sikit. Limited lah pelanggan boleh masuk. Lokasi die kat luar bangunan utama wangsa walk. Makanan standard harga rm8 ke atas. Yg ada cecah rm60 pun ada. Heheh 

Tapi apa2 pun best reunion. Jumpe kawan2. ;) 



Okey gambo lagi sket. 




Kbai. Haha





1 Sept 2015

Cara Menghadapi Orang yang Suka Berlagak

Assalam wbt

ini based on real story uols. just sharing. mesti ramai orang berlagak di sekeliling kita. haha.. ada kadang2 kita sentap juga kan? pastu berlagak macam die sorang je yang tahu. macam die sorang je yg pandai kan? hehe

ada ustaz Kazim cakap, kalau orang berlagak kat kite. kite balas balik lebih berlagak. contoh.
"aku ada kereta besar, Range Rover tu best giler"

kita balas "aku punya helikopter pun xtahu nak landing kat mana" okey itu jawapan yg buat orang berlagak itu sentap kalau die sedar. atau die akan ejek kita balik..,

so cara yg berkesan dan aku try ialah.

1)let go perasaan sentap kau jaoh2.., nangis puas2 dan jangan simpan dah. please open up your heart and your mind !

2)kalau orang berlagak tu rasa die adalah orang paling hebat. maka kita sebut je banyak2 kali depan die supaya last2 die diam sendiri. contoh, die nak orang puji die pandai, kita puji je die pandai. die akan stop camtu je hehe

3)kalau orang tu rasa die pandai, bila die tanya pasal perkara tu, kita tak yah cakap kita tahu depan die. kita cakap je kita tak tahu dan die akan cerita semuanya dengan kita. dengan itu kita tak perlu berdebat dan rasa sakit hati

4)kalau orang tu rasa die boleh buat something tu bagus, contoh situasi die pandai berniaga, cukup cakap noted. jangan komen apa2. sebab ia akan membuatkan orang tu x nak kalah ngan kite. dan kalau hati kite yg marah, nanti ngumpat pulak.. ye x?

5)kalau orang tu rasa die asek nak berlagak2 tak sudah sedangkan kita tak tahu pun sebab apa... gi lah beli hadiah / sarapan pagi / etc just wish his/her best dan mintak maaf. insha Allah nanti lembut lah tu.

5 cara ini bukanlah mesti. tapi sangat penting kalau korang nak sustain dalam kehidupan zaman sekarang. all the best :)


thanks & regards.

24 Aug 2015

Koleksi Setem Lama Aku Sejak 1990-an

Assalam wbt

Orang kumoul setem. Aku pun nak kumpul jugak. Haha. Ada sesetengahnye pakcik aku nye. Ku masih simpan. Kalau one day die mintak balik, aku bagi je lah. Kehkeh




Ini sebahagian je. Ada banyak lagi. Malas nak tepek. Tapi dewasakini semua orang dah suka contact each other guna whatsapp, wechat, kakaotalk dan seangkatannya. Dah takde nilai setem di mata masyarakat. Paling glemer pun setem hasil. Kihkih. 

Sungguhpun begitu, aku seronok ada hobi yg best masa kecik. Nanti aku korek lagi ape bende yg aku treasure sejak kecik. Kenangan beb. 


Sekian, terima kasih. 



23 Aug 2015

Koleksi Kad telefon

Assalam wbt

Dulu ada pakai kad telefon? Alah yg swipe macam kad kredit kat public phone tu. Hihi. Ade ring ring kad lah. Hihi. Legend!! Masih simpan kowtt. Ni dia. 


Boleh jadi bahan muzium tak one day? Kihkih. Umur kad ni ada la dalam 15 tahun kot. Haha. 

Ok ok. Tu je. Thank you ;) 

21 Aug 2015

Jenama Handbag Terkenal Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Assalam wbt

Aku selalu kan nak tahu apa nama2 jenama beg tangan kat Malaysia yg terkenal. eh kenapa? sebab saje lah nak kena in ngan orang.. kekadang depa cerita pasal handbag. haruslah ada ilmu gitu...

ini link die.

Link 1

Link 2


Terima kasih.




9 Aug 2015

Open Day GLC di KLCC

Assalam wbt

Semalam kami attend open day GLC kat klcc. 1st masuk ada exhibition. Then ada talk corner. Lastly ada booth untuk anda drop resume. 

So far sambutan hangat. Tapi untuk bebudak kos engineering cam tak bape sesuai. GLC most likely more to admin and management. Atlis amek MBA. So anda jangan rasa menyesal x datang. Ok. Itu aje. 



Ada sudut lego. Hehe


Sekian. Terima kasih. 

6 Aug 2015

Monumen Baru di Putrajaya

Assalam wbt

Kami wiken lepas berjalan2 di putrajaya. Lepas solat zohor kat masjid besi. Kite pergi ke monumen baru. Ingat pe bende ni kan. Sensapa suka sejarah. Meh datang sini utk baca n compare betul tak apa yg depa tulis. 

 So monumen tu basically pamerkan perjalanan Malaysia drp tahun 14xx sampai 2020. Before malaysia is tanah melayu lah. Banyak pengetahuan baru juga kami dapat. Best nak baca tapi jenih gak. Ada dalam lebih 30 kaca nak baca. Oh ye. Depa tulis atas kaca. Menarik lah. Last skali kat atas ad mercu tinggi ala2 lightening arrestor. Haha. 




Ha. Ada kat belakang tu tapi dek kerana pokok yg tinggi tak nampak sangat. 

Lokasi? Berdekatan masjid besi putrajaya. Keluar je cam biasa dari masjid, memang 1 je jalan die. Then jangan pecut sangat. Nanti nampak signboard. Dari jauh dah nampak banyak kipas warna warni. Hehe

Pun boleh naik kayak ke ape tah aku x tahu nama. Ala2 river cruise gitu. Moh la cube. Kami x cube sebab cuaca x mengizinkan. Tapi rate die. Rm20 dewasa. Rm10 kanak2. If xde mykad double kira. Maybe puas lah kot. 

River cruise di putrajaya nampak agak menarik. Boleh cuba next time ;) 

Sekian. Terima kasih. 

5 Aug 2015

Servis Wong Solo Seksyen 7, Shah Alam Teruk !

Assalam wbt

Walaupun harini hari rabu tapi aku nak komplen gak. 


Servis teruk! haha. TERUK!

Before ni aku pernah datang teruk gak servis. So tahun ni datang utk check. Still teruk. 

Saje nak test. Ayam kecik, mintak tukar. Muka terus masam aje walaupun tukar. Eh bayar mahal kot. Suka hatilah nak tukar ke yg lebih besar. Haha

Takde tisu kat meja. Sambal punye pedas giler bapak kan. Bile kite mintak tisu. Member2 die boleh ajuk (ayat teruk, nganjing) kat pengambil tisu tadi. Camni kawan die nganjing "eiii kau kene amek tisu! Hahahha" okey cakap sangat clear! Oh tak perlu rasanye cakap dekat meja kami jugak. 

Maybe sambal pedas giler tu xyah letak atas ayam. Sebab kalau orang yg x bape makan pedas mesti rasa rugi x dapat makan bahagian tu. oh ye. Cadang letak tepi2 aje. 

Datang 3 orang. Even kite memang nak makan ayam penyet. Pe salahnye lah bagi 3 menu. Ni bagi 1 je menu. Atlis berbasa basi kan. 

Semua muka nak masam je. Duduk kat penjuru borak memanjang. Kite cakap nak order. Wat dek aje. Sampai panggil banyak kali baru nak dengar. 

Servis memang teruk bebenar. Mentang2 dah maju ye... Diharap kalau ade membaca tulisan ini, perbaiki taw. 

Sekian terima kasih. 

3 Aug 2015

Mencari Cheesekut di Bukit Jelutong, Shah Alam

Assalam wbt

Ada sesiapa carik cheese kut? Cheesekut? Cheesecuit? Hihi. Aku pun tak reti nak eja nye camne. Aku masuk kerja tempat baru ni lah first time rasa. Sedap! 


Saiz camni Rm10-Rm20 je. Murah tak? Murah kan?! Hihi meh la beli. Aku suka. Naqib pun suka. Die ala2 tiramisu tapi bukan. Kalau teringin. Boleh contact dgn kawan aku, Huda. 0145105964

Sekian. Terima kasih. ;) 

2 Aug 2015

Review Cheese Nan Restoran Stadium USJ16

Assalam wbt

Aku ada baca review orang makan cheese nan sedap kat restoran stadium ni. So kami nak pastikan lah kesedapannya. Hehe. Ade dua panel juri. Bang Ajid kata. Ok lah compared dgn yg kami pernah makan. Kata adik aku pulak. Kurang best compared yg die pernah makan. Oh maknanye maybe kategori biasa jugalah ni. 

Next time boleh menjejakkan restoran shah ttdi jaya lah. Kata nye sedap. 

Okey enjoy pic. 


Tapi Naqib suka. So not bad gak rasanya. Satu cheese nan guna sekeping cheese tu. pastu depa gaul2 sket. Menarik. 

Sekian terima kasih. 

28 Jul 2015

Mari Berkenalan dengan Saidina Hamzah

Assalam wbt

Siapa die Saidina Hamzah?
Hamzah adelah pakcik nabi tapi bukan adik beradik dgn abu lahab, abas dan abu talib sebab mereka semua daripada ibu yg berbeza. Abu talib is the real sibling dgn Abdullah, bapa nabi.

So macam mane hamzah memeluk islam?

1 hari ni hamzah pergi berburu di luar mekah. Abu jahal datang ke perkampungan bani hasyim dan mengutuk muhammad dan bani hasyim. Kutukan yang terlalu teruk sampai perempuan2 bani hasyim menangis.

 Bila hamzah balik, perempuan2 bani hasyim mengadu pada hamzah.
Hamzah menjadi terlalu marah dan terus ke kaabah dan jumpe abu jahal. Hamzah pukul muke abu jahal dgn bow. Dek terlalu marah, hamzah beritahu abu jahal " Aku dah masuk agama Muhammad".

Malam tu hamzah terlalu risau sampai x bole tidur sbb beliau dh terlajak bersumpah yg beliau dah ikut Muhammad. Org arab sgt berpegang pada janji dan sumpah. So beliau berjumpa dgn Rasulullah untuk meminta pendapat. Rasulullah berdakwah kepada Hamzah dan akhirnya Hamzah memeluk islam. Allahuakbar.
 
Hamzah syahid dalam perang uhud, dibunuh oleh Wahsyi, seorang hamba yg diupah oleh Hindun. Nak tau pasal wahsyi? Bole tunggu next post...

Morale of the story : do not look down on anyone embrace islam for whatever reasons. Kahwin ke, nak dapat bantuan jab agame ke, anything. Guide and help them. Sedangkan hamzah sendiri masuk islam disebabkan marah.

Kredit : Facebook Adibah Hashim

Sekian, Terima kasih.

27 Jul 2015

Temuduga J41 Jurutera Elektronik Kementerian Kesihatan

Assalam wbt

Rasa ramai je yg interview kerajaan tapi tak share kat blog ke apa. So aku nak share sket lah. Result ko jangan tanya. Belum ade keputusan pun lagi.  

Semua dalam bm. 
Bawak resume. (Aku buat dalam bi, resume siap bind lagi tuh)
Bawak sijil, ic, surat beranak etc
Pakai blazer. (Warna hitam)
Pakai name tag. (Belah kanan)
Pakai kasut hitam. 
Sijil dalam file warna hitam / biru. 

Jangan nervous. Kena yakin. 
Tanya nama interviewers. 
Mesti tanya atlis satu soalan kat dorang. 


Perkenalkan diri 
Apa yg tahu pasal jawatan 
Berapa banyak hospital di malaysia 
Kenapa nak hire 3rd party bukan direct gov (syarikat konsesi tu) ?
Namakan 5 jenis biomedikal equipment 
Xpe ke kerja banyak tempat dalam masa yg sama. Bkn tertumpu kpd 1 hosp? 


26 Jul 2015

Nasi Ayam Sedap Simply Chicken IPC Damansara

Assalam wbt 

Nasi ayam kat sini sedap ! Harga not bad. Satu pinggan rm6.90 exc gst. Saiz ayam n hidangan nasi ok cukup utk rasa kenyang dan macam nak tambah lagi. Sambal pun sedap. Sup sedap. Lagi sedap drp chicken rice shop. Haha. Jangan marah. Sambal boleh tambah sendiri. 




Punca datang sebab restoran dalam ikea sudah penuh. Hehee. Tapi bila dah rasa sedap pulak. 

Nanti bila2 boleh datang lagi. Oh ye lokasi kat food court ipc. Paling dekat dgn entrance ikea. 

Sekian thankss. 

21 Jul 2015

Beraya di rumah Papa Biker Wak Muji di Seri Medan Batu Pahat

Assalam wbt

Selamat Hari Raya Aidil Fitri hehe. Kami berkesempatan pergi beraya kat rumah Papa Biker. Wak Muji atau nama penuh Wak Kammuji. Buat pengetahuan korang, Wak Muji pernah jadi tuan rumah untuk majlis kembara johor. Siap ade gambar dengan Sultan Ibrahim. 



Wak Muji juga pernah masuk tv dalam rancangan "obsesi" kat TV9.. Obses dgn motor besar. Banyak la. Lebih 20 kot. Harga mencecah puluhan ribu ringgit. Oh ye. Ade juga yg nak beli tapi beliau tolak sajo. tak bernilai ngan matawang ringgit kekdahnye. Hehe. Aku tak tau sangat history nye. Tapi bolehlah nak datang sini kalau rasa-rasa suka dengan motor besar.  

Ada banyak album gambar tapi tak sempat tengok. 

Wak Muji yg baju color biru. Orang nye humble je. 




Okey sekian terima kasih. 



14 Jul 2015

Rasulullah Tidak Pernah Membunuh Sesiapa Kecuali Ubayy bin Khalaf

Assalam wbt

Rasulullah tidak pernah membunuh sesiapa pun menggunakan tangan baginda sendiri, kecuali seorang lelaki iaitu Ubayy bin Khalaf. Rasulullah akan mengelak untuk membunuh musuh menggunakan tangan baginda sendiri, sebaliknya menyuruh para sahabat untuk membunuh musuh bagi pihak baginda.

Hal ini disebabkan janji Allah bahawa balasan orang yang dibunuh nabi akan dilipat gandakan.

Betapa mercifulnya Rasulullah. Nak tahu siapa??


Siapa ubayy bin khalaf?

 Ubayy adalah pembesar Quraisy yg sgt memusuhi islam. Sebelum baginda berhijrah ke madinah, Ubayy selalu memberitahu nabi yg dia mempunyai seekor kuda yg selalu diberi makan agar sihat supaya dia dapat membunuh nabi ketika menungang kuda itu.
Nabi pernah menjawab sekali 'insha Allah, engkau yang akan mati di tangan aku".Sejak mendengar perkataan drpd nabi itu, Ubayy ketakutan.dan tak tenang kerana percaya nabi bercakap benar. Ketika perang Uhud, dia bertekad utk membunuh nabi tp tak berjaya.sebaliknya, Rasulullah telah mebaling lembing dan terkena sedikit leher Ubayy. Ubayy terjatuh daripada kuda dan menjerit "Matilah aku! Muhammad telah membunuh aku".

Abu Sufyan menenangkan Ubayy dengan mengatakan luka di leher itu terlalu sedikit dan takkan menyebabkan kematian. Jawab Ubayy "Demi Tuhan, Muhammad pernah berkata bahawa dia akan membunuh aku.dan aku yakin dia bercakap benar.dan sungguh, walaupun aku hanya diludah oleh Muhammad, aku akan mati."

Ubayy kemudiannya benar2 mati ketika dalam perjalanan mereka pulang ke Mekah. Allahuakbar.

 #‎throwbackkelassirah #‎1hari1cerita
Moral of story: Even orang musyrik pun percaye setiap yg diperkatakan Rasulullah.
Adakah kita org Muslim sendiri percaya apa yg diperkatakan Rasulullah? Kalau kita percaya, kenapa kita bole tinggalkan pesanan Nabi seolah-olah kita tak percayakan Nabi?

Kredit : Facebook Adibah Hashim



Sekian, Terima Kasih.

13 Jul 2015

Kenapa Tak Boleh Gunakan Sudu Besi Bila Makan Madu?

Assalam wbt

dikatakan madu sangat berkhasiat. Surah An-Nahl ayat 68-69 dirujuk. jadi kami juga membeli..

Hari tu incik hubby ada makan madu.. eh makan ke minum madu ek? tah la boleh la kan... makan madu guna sudu besi je in stead of sudu plastic.. so aku cakap la... ikut petua perlu pakai sudu plastic.. dia Tanya balik kenapa? aku takleh jawab.. so aku cuba nak carik jawapan...

Jawapan aku refer kepada Link 1 Link 2 Link 3 Link 4

Alah aku wiki jah...

Okey madu ni adalah gabungan gula, air dan lain2 komposisinya. Madu ini pH adalah range 3 ke 6. jatuh pada medium asid. secara teorinya asid akan bertindak balas dengan logam.. tapi bukan semua asid dan semua logam.

madu memiliki sifat elektrolit iaitu mengalirkan arus elektrik/konduktor elektrik jika dicampurkan ke dalam pelarut seperti air. boleh mengion atau mengubah komposisi bila terdedah dengan pelarut. gitu ayat yg mudah.

maka, madu ini kalau guna sudu logam, dikatakan khasiatnye berkurangan oleh sebab ada pengaliran arus tadi. tapi aku x pasti berapa laju tahap die bertindak balas. cumanya mengikut persamaan kimia;

madu (before) + air + karbon dioksida --> madu (after) + hydrogen peroksida

dari mana air? air tu kan wap air sekeliling masa kite keluarkan madu dari botol. karbon dioksida dari mana? dari udara la.. kita hembus pun ada karbon dioksida. so hasil hydrogen peroksida ini bersifat mengoksida. which kalau kita guna sudu besi, maka dia akan menyebabkan madu (after) akan bertindak balas dengan sudu besi. aku rasa sebab tu ditakuti khasiat akan hilang.

jadi oleh itu, kita digalakkan guna sudu plastic/kayu what other means supaya madu tak kan bertindakbalas dengan besi. kalau sudah sampai proses ion bergerak kat besi, maka kita makan madu yg tercemar...

yg penting, aku rasa kagum. dulu2 lagi dah ada petua makan madu elak gune sudu besi. tapi dorang tak terangkan dari sudut sains.. hebat wey hebat..

gambar ehsan gugel
 


oh ye, kawan aku dah jadi saudagar madu. ada madu tualang. madu yemen. kalau nak beli madu boleh contact Shahrir 0132466253.

Sekian, Terima kasih.


10 Jul 2015

Kisah Isra' Mikraj Yang Kita Perlu Tahu

Assalam wbt

Hari ini kita nak bercerita pasal israk mikraj... okey ini hasil tulisan orang lain.. tapi tanggungjawab untuk aku sebarkan...

*************************************************

Setelah pemergian abu talib dan saidatina khadijah, rasulullah telah melalui 1 moment penting iaitu isra' mi'raj.

Ibnu al-Qayim menyebut rasulullah telah diisra'kan (diperjalankan) dgn jasadnya dr masjidil haram ke baitul maqdis dgn menunggang buraq ditemani oleh Jibril a.s. Rasulullah turun ke baitul maqdis dan mengimami sembahyang bersama para anbiya yg terdahulu.
Selepas itu, Rasulullah dimi'rajkan pd malam yg same ke lapisan langit.

Pertama: bertemu nabi Adam a.s, diperlihatkan roh2 para syuhada' di sebelah kanan, roh2 diseksa sebelah kiri
Kedua: bertemu nabi Yahya a.s dan nabi Isa a.s

Ketiga: bertemu nabi Yusuf a.s

Keempat: bertemu nabi Idris a.s

Kelima : bertemu nabi Harun a.s
Keenam : bertemu nabi Musa a.s

Ketujuh: bertemu nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim sampaikan salam kepada umat nabi Muhammad dan berpesan "syurga itu tanahnya subur tapi tak banyak pokok, maka tanamlah dgn tasbih, tahmid, tahlil, dan takbir."

 Di setiap lapisan langit, baginda memberi salam dan mereka memperakui kenabian baginda.
Then, rasulullah dimi'rajkan ke sidratul muntaha dan dibawa ke baitul ma'mur. Dan kemudian dimi'rajkan ke hadapan Allah.

 

3 perkara yg Rasulullah dpt;
1)solat, drpd 50 rakaat kepada 5 rakaat setelah Rasulullah berulang alik bertemu Allah.
2) 2 ayat terakhir surah al-baqarah (boleh check tafsir masing2)
3) dpt berita drpd Allah bahawa setiap umat Muhammad yg x syirik akan masuk syurga

 
Baginda kemudian menyaksikan beberape perkara; tp ade khilaf dlm riwayat2 yg diceritakan, ade yg ckp ia berlaku di dunia ketika baginda bermimpi dan ade yg terjadi ketika di langit. Wallahualam. antarenye;
 1) melihat malaikat maalik penjaga neraka yg tak pernah senyum
 2) melihat syurga dan neraka
 3) menyaksikan balasan pemakan harta anak yatim, pemakan riba, penzina etc
 4) bau wangi drpd kubur masyitah

Kemudian baginda diturunkan dan balik ke Mekah.
Otw ke mekah tu Rasulullah ade terjumpa sesuatu dan setibanya di Kaabah, baginda telah terjumpa seseorg. Ce teke siape??????

gambar ehsan google aje
Otw baginda dr baitul maqdis balik ke mekah baginda telah berjumpa dgn sekumpulan kabilah yg menuju ke mekah yg kehilangan unta dan Rasulullah menunjukkan mereka unta yg hilang itu.
Sampai je baginda ke Mekah pd waktu subuh, org pertame yg baginda terserempak adelah abu jahal. Abu jahal berbasi-basi tnye Rasulullah dr mane etc. Rasulullah pun cerita la perjalanan baginda dr masjidil haram ke baitul maqdis dan naik ke langit dlm 1 malam. Abu jahal sgt excited dan suruh nabi cerita kepada org ramai.

Abu jahal pun kumpul kan semua org dekat kaabah dan suruh Rasulullah cerita balik semula kepade semua org. Mereka tanye ape bukti jika Rasulullah benar. Baginda menceritakan ttg kabilah yg kehilangan unta. Dorg pun tggu kabilah tersebut sampai ke mekah dan ternyata mereka betul2 kehilangan unta dan unta itu mendahului kabilahnye.

Mereka suruh baginda gambarkan bagaimane rupe Baitul maqdis, lalu Allah pun membuke penglihatan baginda supaye baginda bole gambarkan baitul maqdis. Rasulullah dpt explain pasal baitul maqdis secare detail hingga org2 yg pernah pergi ke Baitul Maqdis sendiri xdpt mendustai baginda.

Tapi kemudiannye ape respon org2 quraisy? " ini adalah sihir yg nyata" mereka memperlekehkan Rasulullah dan bertambah kekufuran mereka.

 Alhamdulillah setel cerita isra' mi'raj. Lepas ni cerita pasal bibit2 ke arah hijrah ke madinah. Selama ni asik celebrate maal hijrah je kan, so tahun ni jom study sikit so that kte bole appreciate setiap kisah sirah.
Kredit to Facebook Adibah Hashim

#1hari1cerita #belajarsirah

Sekian Terima Kasih.