TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 May 2013

Tengok Sunset di Bagan Lalang, Sepang

Assalam wbt

Kalau teringin nak tengok sunset yang cantik, leh gi bagan lalang kat sepang. Camne nak pergi ke sini? Okeh ikut arah klia, then bandar enstek, then arah bandar baru salak tinggi. Then follow signboard sepang gold coast. Subhanallah!! Memang lawa sangat!! 

Memang nampak mega2 merah. Semal cloudy. Rini cerah sket dan nampak sume tu. before this memang da plan nak ajak bang Ajid ke sini tapi la ni die yg ajak sendiri. Yeah!!! ;) tq bang Ajid!! 

After that, kitorang makan kat restoran senandung malam ikan bakar wak sehab dan seafood, pantai bagan lalang... Okeh kedudukan kat selekoh menyebabkan ramai orang datang sini. 



28 May 2013

Review Hotel di Tanjung Malim

Assalam wbt

Aku berada di tanjung malim, perak. So sedang mencari hotel terjumpa blog ni. Banyak gak hotel kat sini.

Pertama, Hotel Sahara. Yg ni kat taman bahtera. hotel pertama yg dijumpai bile kuar drp tol, berada di belah kanan. Aku baca review kat agoda, RM80-90 tuk 1 malam tuk bilik double.

Second, belah kiri jalan, Hotel Sri Malim. I guess die baru sangat sebab nampak chantek dan still ad banner tergantung yg menulis promosi RM60 tuk bilik double. Tapi aku tataw harga skang sebab aku ignore je.

3rd, jumpe trafik lite besar, simpang 4, yg ke kirinye ke arah ktm tg malim dan ke kanan ke arah proton city. Ok amek straight,, ada banyak rumah kedai belah kiri. Taman anggerik namanye. Ada Hotel Anggerik. Rate RM70 tuk bilik double.

4th, Jalan sikit,,ada Hotel Cahaya, RM80 tuk bilik double,,dan RM140 tuk bilik brtiga. Ok agak mahal kan. Kata nak jimat.

5th, jalan depan sikit, nampak kfc belah kiri, depan sket, ada taman intan setia. Ada Hotel LP. Rate tuk double RM88, tapi bilik xd tingkap. Kalau double ade tingkap RM100! Mahal gak ni. Haha

6th, sebelah2 sikit, ada Hotel Bunga Raya, bilik double RM50. Bilik brtiga RM90,, ok dah murah dah. Tapi incik hubby soh check kat belah depan lagi. Kate die wat survey.

7th, Hotel Budget Tanjung Malim. Ha amek ko. Bajet sangat2.. RM80 tuk 3orang! Murah giler compared laen2! Selesa gak. Ada bilik air, ada qiblat, ada heater, ada aircond, ada tv, ada kipas, ada towel. Okeh la tu,,, iron baru beli tadi. So sume da ok ;) aku promote kedai ni! X ramai orang sebab sume orang x suke wat survey, amek dan je kan. Hihi.


Sekian terima kasih.

24 May 2013

Mari memborong di Cowboy, Melaka

Assalam wbt

Aku folo hubby, my Fil and Mil.. Theyols nak beli air kotak.. Kat melaka ni ade tempat murah nak beli barang secara pukal or sikit2.,

Bertempat di cowboy. Di cheng. Ala aku tataw alamat sebenar sebab hubby da biase sangat tempat ni sampai x kisa exact location katne. Haha. Yg pasti fam mertua suke datang sini. Kalu tak silap kat cheng/bertam. Lebey jimat compared to mydin! ;0 berbaloi2!!

23 May 2013

New Wave Hotel di Shah Alam RM60!

Assalam wbt

Tempat ni dekat kalau ase nak stay tuk convo uitm/unisel/ptpl, dekat ngan ktm tapi xleh jalan kaki sebab xde jejantas dan jlan raya sangat lah besar dan sibuk! Bahaya giler. Berdekatan dengan pngsapuri ayu.

Kalau dulu kat homestay evergreen rm39 semalam. Tapi yg ni up sket rm60 semalaman. Bilik double, max 2-3 orang la kalau nak selesa.. bilik kecik je..Bilik air dah attach sekali dengan bilik so ok laaa. Siap ade water heater tuk warm water dalam bilik air! ok la chunnn...Hihi

Bilik ade aircond siap.. Ade tv tapi tade astro. Water heater, laundry service and iron board will be provided jika diminta. Kalau x mintak xde pong. Ade 2 towel disediakan. Ade arah kiblat gak. Ade sabun gak. Hihi. Ade wifi juge. Leh tahan laju gak kalu nak surf,,,

Alamat kat No 40 & 42, jalan 22/1, seksyen 22, batu tiga, 40000 shah alam, selangor. Leh check kat website die,, www.newwavehotel.com atau call je 0355691286. Ok gak la kemas tapi dalam website cam over sangat. Yg realitinye biase saje. Haha. 3 tingkat tapi tade lift taw. Gagagaga... Ok selamat mencuba.

21 May 2013

Makan di Little Taiwan, Jusco Melaka

Assalam wbt

Wah3.. Yeah dating first time pas kawen. Leh pegang tangan! Yeahhhh! Nak pomot muke hubby gak ni. Hehe.

Makan kat little taiwan yg dijamin halal! Dah lame wujud kat malaysia sejak tahun 2000... Boleh dijumpai di eCurve, UOA KL, UOA Bangsar, Festival City, The Sphere, Summit and Rawang ;)

Leh masuk website die, www.little-taiwan.com. Ok yok mangan!!

Harga standard secret recipe, kenny,, rm12 ke atas. Kami makan dumpling, yum. Sedap! Braised beef noodle pon sedap. Tapi nasik die biase2 je laaaa.





Sekian, Terima kasih.

19 May 2013

Hasil DIY Veil

Assalam wbt

Aku nak tunjuk hasil DIY aku. Yeah sebab dah selamat gune. Hehhee.. Ramai gak orang puji. Alhamdulillah.. Next DIY veil nak bagi adik sepupu tuk majlis tunang die raya nanti.

Sekian, terima kasih.

14 May 2013

Nak Invite Wedding versi English

Assalam wbt...

ni wedding invitation versi inggeris.. senang giler ayat aku.. hahaha...yelaaa kan nak bagi boss.. x kan nak cakap dalam bahasa melayu..sedangkan aku bagi kad pon dalam bahasa melayu kan..


Dear Richard,

Cordially invite Richard & Family to attend our wedding ceremony,

On 18 May 2013,
....... Batu Pahat, Johor
GPS – 3 2’ 36’’ N & 104 57’ 0’’ E

Or

On 1 June 2013
......... Sungai Udang, Melaka.
GPS – 3 16’ 50’’ N & 105 8’ 0’’


Your presence is most welcomed.

Sekian, terima kasih :) 

13 May 2013

Rumpai Laut Tiada Kolagen Tapi Sangat Berkhasiat!

Assalam wbt



Aku membace panjang blog TSM, *the secret medicine* blog glemer yg suke bagi jawapan kepada pengguna2 pasal isu produk2 ni... tapi aku xtaw kredibiliti TSM tu ape.. aku bace komen2 orang kat bawah tu.. aku ase pengkomen tu bukan calang2.. siap bagi fakta2.. so aku conclude kan di sini.... 



mak mertua aku selalu dok promote sal rumpai laut n kolagen ni.. mak aku juge makan seaweed ni.. tapi aku x makan sebab aku x serasi. okeh badan aku pelik.. aku x serasi dengan sume bende supplement... daripada produk kuruskan badan,,, gemokkan badan,. produk kecantikan..sume fail... tapi aku sememangnya pelik.. tol ke rumpai laut ade kolagen? jawapannya takde... tapi still.. banyak khasiat! aku cuba tulis dalam bahasa semudah2 alam.. 

lebih kurang 1/3 daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dalam tulang badan. Semakin meningkat usia, semakin berkurang kolagen dalam badan. Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein(kita discuss di perenggan seterusnya) yang mengekalkan kolagen dalam kulit. Rumpai laut juga mengandungi vitamin C, vitamin A, fibre, zink, protein, magnesium, iron, calcium, potassium dan sodium. Ia juga mengandungi antioksidan yang bagus untuk kesihatan dan anti-aging factors. 

Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan karagenan. Hydrocolloids ialah hydrophilic polymer atau bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin). 

Secara kimia, rumpai laut mengandungi sulphated polysaccharide means rantaian protein yang panjang iaitu karagenan dan fucoidan. Keduanya ada fungsi yang spesifik. Karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.  Karagenan terdapat pada hampir semua makanan cuma kandungan dia banyak atau sikit. Fucoidan pulak boleh promote fibroblast-populated collagen contraction by increasing the integrin alpha2beta1 expression on fibroblast surface. dalam bahasa yg mudah difahami karagenan dan fucoidan ni mmg boleh decrease skin thickness dan improve keanjalan (elasticity) kulit. bahan inilah yang diekstrak oleh tubuh kita untuk membantu menganjalkan kulit. 

Ia juga sumber 'hyaluronic acids' (HA). Ia dijumpai banyak di connective tissue body (tisu penghubung) seperti sendi (joint), kulit, mata dan salur darah. Unfortunately, bila bertambah tua, the body begins to produce less and less hyaluronic acid while the cumulative environmental impact of radiation, chemicals, poor nutrition and other hazards continue to take their toll. Fungsinya sama iaitu retain water, elak aging and joint disease, dan masalah kulit. 

So bagi sesetengah orang yg amalkan dan cakap kulit jadi licin, mungkin before tu die banyak toksin dalam badan. Since rumpai laut banyak fiber, jadi leh lawas dan senang buang air. Pastu menyihatkan usus, maka senang la nak serap air masuk dalam badan dan kurangkan sembelit.. yang jadi kurus pulak, sebab fiber ni mmbuatkn org rasa kenyang lebih lama, tu yang kurang makan nasi. hehe. Ia juga pencegah osteoporosis. Kalau nak dapat kolagen banyak, makan kaki ayam atau sirip ikan… tapi aku kurang arif sirip ikan apa… Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen" kerana ada ekstrak substance tertentu dalam rumpai laut yang boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. 

Kalau kite menggemari rumpai laut,,, x salah nak teruskan makan... ok.. selamat sume...




Sumber 1 Sumber 2 Sumber 3  Sumber 4 Sumber 5 Sumber 6 Sumber 7


Sekian, terima kasih.

9 May 2013

Panduan Menamakan Anak

Assalam wbt

aku terpanggil untuk menulis pasal nama anak... nama adalah sangat penting bagi kita.. ia adalah pengenalan diri.. melalui nama, sahsiah dibentuk. nama juga adalah doa... 

okeh... let share few info... Panduan Nama Panduan Nama Lagi


    PANDUAN MENAMAKAN BAYI ANDA
    1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang sering digunakan :



    Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan) 
    Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan) 
    `Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat) 
    Wati (Persetubuhan) 
    Azli (Celaanku), Azlan (Celaan)


    2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:

    Azali 
    Muhaimin


    3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:

    Suyuti (Orang Asyut) 
    Bukhari (Orang Bukhara) 
    Ghazali (Orang Ghazal) 
    Nawawi (Orang Nawa) 
    Misri atau Masri (Orang Mesir) 
    Baihaqi (Orang Baihaq) 
    Tirmizi (Orang Tirmiz)


    4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.


    5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini.


    6. Nama yang mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab


    7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:

    Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf) 
    Ghulam `Ali (Hamba `Ali)


    8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan, seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki)


    9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:

    Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini. 
    Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w.


    10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab, contohnya:

    Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut 
    Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia.


    11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:

    Zaleha – sepatutnya Zulaikha


    12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:

    ‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan. 
    Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya.


    13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:

    Muti`ah (yang taat)


    14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti:

    Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)


    15. Nama yang terpengaruh dengan budaya barat, contohnya:

    Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi) 
    Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)


    16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:

    Syamsul Bahri (matahari lautan) 
    Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah) 
    Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang) 
    Rafidhi (Syiah pelampau) 
    Atan (keldai betina) 
    Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga) 
    Jamalullail (keindahan malam)


    Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:

    Zainab - makna baik : nama bagi sejenis pokok yang wangi
    - makna buruk : pengecut

    Mu`awiyah - makna baik : pembela / pejuang
    - makna buruk : yang menyalak



    17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’. 

    Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:

    Fairuz 
    Sirin (manis –bahasa Farsi) 
    Rustam 
    Sarfaraz (mulia) 
    Sibawaih (wangian epal)


    18. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:

    Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku) 
    Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari 
    Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama) 
    Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa) 
    Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’


    19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku)


    Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain


    20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.

    Ya mutakallim adalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:

    Syukri (Kesyukuranku) 
    Fathi (Kemenanganku)
    Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya: 

    Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut 
    Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara 
    Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri


    Nota: 

    Seelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:

    نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur.



    Selain itu terdapat ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam bab jenis-jenis ilmu.


    Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan: 


    Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut.


    Jabatan Pendaftaran membenarkan penama yang ingin menukar nama yang tidak sesuai kepada nama yang menepati syariat.Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama.


    Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`:


    Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata.
    Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata.


    21. Tidak boleh menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:

    Ù„ِÙ…َÙ†ِ الْÙ…ُÙ„ْÙƒُ الْÙŠَÙˆْÙ…َ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ الْÙˆَاحِدِ الْÙ‚َÙ‡َّارِ


    (Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! [ Al-Ghafir :16 ]



    dan ayat:

    Ù‡ُÙˆَ اللَّÙ‡ُ الَّØ°ِÙŠ Ù„َا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ù‡ُÙˆَ الْÙ…َÙ„ِÙƒُ الْÙ‚ُدُّوسُ السَّÙ„َامُ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ُ الْÙ…ُÙ‡َÙŠْÙ…ِÙ†ُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْÙ…ُتَÙƒَبِّرُ سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ِ عَÙ…َّا ÙŠُØ´ْرِÙƒُونَ 


    Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. [ Al-Hasyr: 23 ]



    22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti:

    Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah 

    Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s


    Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya.

    Sekian, Terima Kasih...kredit to blog Ini

    8 May 2013

    Sireh Junjung daripada Sabun

    Assalam wbt

    Aku nak share bunga sabun yg sekarang glemer jadik bahan asas tuk sireh junjung ;0 hoyyehhh.

    Enjoy some pics. If nak order,, leh tinggalkan kat komen. Rege tu,, tuk 1 pokok yg biase,, cecah rm80 ke rm100... Mahal tapi berbaloi2..!! Pastu2... Nak order kene order awal2... Hihi.









    Terima kasih

    7 May 2013

    Blog Soalan SPM

    Assalam wbt

    Blog soalan SPM... takut lupa.. so share kat sini... aku simpan blog name ni sebab aku kan suke jadik cikgu tuisyen...

    Ini Dia Blog nya...

    Hopefully die x tukar la URL sampai biler2.. hahahaa :P


    Sekian, Terima Kasih...

    5 May 2013

    PRU 2013 5/5/13

    Assalam wbt

    Hari ini PRU 2013... Aku mengundi untuk kali pertama, haruslah masuk dalam blog. Jadi enjoice some pics i took this morning. Hehe. Aku ase tempat aku BN conquers. Hai la nanti aku nak bagi emel kt ahli DUN soh wat trafik lite kt simpang kampung aku. Tengok la sok akh nak karang ayat. 

    Okeh. Ade peserta termuda iaitu anak buah aku. Hehehe. Tak sampai sebulan pun lagi umurnyee. Sebbek bawak baby jadi sume orang bagi mak aku mengundi cepat. Hihi. Cume 1 je tak puas ati,, apsal pemilihan baju wakil BN ni tak lawa langsung?? Kekekeke ;0 wang saguhati sebab pengundi luar balik kampung tuk mengundi cume Rm3o 😌 murah kot. Tapi syukur je laa.