Assalam wbt
Semalam aku pergi Masjid Jamek, oh ye. orang sambut new year tengok bunga api, tapi aku dah ketiduran, so aku leh bangun awal tuk berjalan2 di Masjid Jamek. Saje la nak tengok barang2 yg boleh buat tuk hantaran. hehe... alang2 usha2 sogo etc.. best gak,..
Okeh eceli aku pergi kat 1 booth wakaf Quran. mase aku nak bagi duit itu, macik yg jage booth cakap,
"Adik, awak jangan lupe niat wakaf tau. niat wakaf.., bukan niat sedekah..."
Aku tanya balik...
"Ade beza ke wakaf dan sedekah?" (nampak sangat kejahilan aku..."
"Lain dik... " (sambil tersenyum tapi x nak gitau aku ape bezanya...)
Maka aku arini teringat dan menggugel apekah perbezaannya.... yep.. eceli wakaf dan sedekah ni berbeza....
Sedekah adalah ibadah yang kita lakukan dimana pahalanya adalah hanya untuk ketika bersedekah. Contohnya jika kita bersedekah wang kepada seorang peminta sedekah. Kemudiannya dia akan menggunakan wang itu untuk membeli makanan, setelah habis makanan itu dimakan maka pahala bersedekah hanya setakat disitu.
Wakaf adalah juga disebut sedekah jariah (sedekah yang berterusan) dimana harta itu perlulah bersifat kekal. Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakafkan itu boleh diambil manfaatnya. Contohnya dengan wang RM10 yang pewakaf wakafkan akan dikumpul dalam satu tabung kumpulan wang wakaf dan kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pembinaan masjid. Selagi masjid itu kekal berada disitu, selagi itu pahala kita akan terus mengalir.
Sumber : Rujukan 1, Rujukan 2
Semoga pasni kalau nak sedekah, kite leh ingat,,, sedekah atau wakaf niatnye... :) In sha Allah
No comments:
Post a Comment