19 Jun 2022

Tempat Membeli-Belah Barang Kucing, Cat Supermarket Kini Dibuka Di Seksyen 15 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Sajalah kami pergi melawat hari ini Cat Supermarket yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam, mall untuk beli semua barang-barang kucing, lengkaplah pendek kata. Yang paling suka, harga berpatutan sangat-sangat untuk semua barang. Nak jadi ahli kena bayar RM20, lepastu kalau resit korang melebihi RM50 bolehlah join contest, untung-untung dapat cabutan bertuah. Mall ini dibuka setiap hari pukul 10:00 pagi sehingga 7:00 malam. 

Pasaraya Kucing di Seksyen 15 Shah Alam

Kucing pun ada farmasi...


Yang paling obvious ialah scratching board memang ada banyak sangat jenis, daripada yg murah, semurah kotak kayu berharga RM5+ sehinggalah yang standing pole berharga RM300+ semua pun ada. Standing pole memang boleh aku cakap murah daripada tempat lain. Nantilah gambar tu ye... hukhuk

Tempat letak air dan makanan kucing, semuanya RM10+, kalau kau nak simple-simple saja, belilah kat kedai Eco, RM2.40 saja. Kalau nak canggih, nampak funky, boleh beli yang ini.

Tempat litter kucing, wah semua saiz ada, kecil besar, yang hoodie, tak ada hoodie, yang ada hiding spot, semua pun ada, harga sama macam di Shopee, lebih kuranglah. Tempat litter kucing, kebanyakan ada free scoop, kalau tak ada, korang belilah asing ye.

Beg carrier kucing, ada yang mahal-mahal aje, hahah. Yang ini yang jenis berkualiti, yang beg murmur yang kau selalu nampak orang bawak, corak pelik-pelik tu kan, dia tak ada dijual di sini. Yang itu kena beli kat Shopee. Kalau carrier jenis beg galas yang transparent, ya ada jual RM39.90 kalau ahli. Kalau bukan ahli RM49.90 kau. 

Kalau carrier jenis cage pun ada juga. Harga lebih kurang Shopee. 

Kalau cage kucing aka rumah kucing ada varies daripada besi murah kepada besi yang mahal. Yang besi mahal, boleh cecah RM400 hingga RM1000. Kalau cage yang murah iaitu besi cepat lendut, ya sama harganya dengan kat Shopee juga. Tak jauh beza. 

Kalau tilam bulu-bulu kucing, ya harga masih lebih kurang sama dengan Shopee, macam aku tengok beza RM4+- gitulah ye...

Pasir kucing pun ada, daripada yang biasa, yang eco friendly, yang bentonite, eh semua ada, tinggal nak yang mana satu.

Makanan kucing, jenama Buttons and Bow aje yang tak ada. HAHA. yang lain insyaAllah ada, yang sampai jenama apa yang aku tak pernah ada pun ada kat sini. Hehe. 

Senang kata kalau korang refer dengan harga yang ada di Shoppe, aku boleh cakap di sini harga lebih kurang sama, plus minus dengan pengeposan korang. Aku nak compare memang dengan Shopee je, sebab paling mudah kan... Jadi kalau sesiapa tinggal di Shah Alam, mehlah datang sini, beli di sini. Best sangat, macam semua benda nak beli. Hehe


Cawangan ada dua ya, satu di Melaka, satu di Shah Alam. Jemput datang.


Terima kasih. 
. 

18 Jun 2022

Lepas Habis Sijil Pelajaran Malaysia SPM, Nak Apply Pergi Mana?

Assalam wbt dan Hai,

Untuk adik-adik lepasan SPM, ada banyak cabang yang korang boleh pilih. Pertamanya tentukan apa yang korang minat. Jangan menyesal di kemudian hari pulak. Ada beratus-ratus course di Malaysia, baik di IPTA (universiti gomen sponsor) atau IPTS (universiti swasta), tak kisahpun belajar di mana asalkan korang mampu nak bayar kalau tiada tajaan. Apa yang ditulis dalam posting ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian manusia di sekeliling aku. 



Result berapa SPM tak menentukan titik akhir hidup korang tapi sebenarnya titik mula perjalanan hidup korang. Kalau SPM tak berapa okay, nak kerja pun tak ada masalah. Ramai yang berjaya juga jadi lebih kaya daripada kita yang berkerja. Aku suka tulis sebab aku dulu pun tak ada panduan masa pilih kos apa untuk jalan hidup aku. Jadi moga yang ini boleh jadi panduan untuk korang adik-adik. 

Ada diploma saja boleh menjawat jawatan ijazah? Jawapannya boleh kalau korang kerja sudah lama dalam 5-8 tahun ke atas, sudah boleh upgrade automatik. Habis, perlu sambung belajar? Jawapannya, bergantung kepada company tempat korang kerja. Kalau suruh belajar, then sambunglah. Kalau tak perlu, then tak payah pun tak apa. 

1. Kos IT information technology - kos paling diperlukan sampai bila-bila, dulu kini dan selamanya. Nak belajar memang susah juga, tapi semua company boleh masuk. tak kisahlah bank ke, oil and gas ke, stesen tv ke, kilang-kilang, telecommunication, hah semua boleh. Kalau ada passion, sila ambil kos ini untuk menjamin peluang pekerjaan yang cerah di masa hadapan, starting gaji juga boleh tahan. ada yang boleh work from home sampai bila-bila. Kerja berunsur IT berdasarkan skill IT yang korang kuasai, lagi banyak lagi bagus, kadang-kadang ada diploma saja dah cukup kalau tahu buat semua yang disuruh oleh company. 

2. Kalau result okay ada A, seperti 2A dan ke atas tetapi belum tahu nak ambil course apa masa kat universiti, ambillah kolej matrikulasi, zaman untuk berfikir panjang. Kolej matrikulasi ada setahun dan dua tahun kalau tak silap. Yang setahun, fast track sangat. Yang dua tahun slow and steady. Kalau yang setahun tak dapat catch up, auto upgrade jadi dua tahun matriks. 


Dulu masa zaman sekolah suka subjek biologi atau fizik?
kalau suka fizik, then ambil sains fizik.
kalau suka biologi, ambil sains biologi. 
kalau tak suka dua-dua, suka matematik? kalau suka matematik, then ambil fizik. 
kalau suka akaun, then ambil akaun di kolej matrikulasi. 

Eh kalau korang dah ambil sains biologi, tetibe nak ambil engineering masa kt universiti, tak ada masalah. tak tengok pun. Cuma kalau korang ambil sains fizik kemudian nak ambil perubatan, yang itu susah sikit, mungkin boleh tapi susah sikit. 

Lupa nak ingatkan, kolej matrikulasi bukan taraf diploma ye, sekadar sijil saja. 

3. Selain kolej matrikulasi di bawah kementerian pendidikan Malaysia, ada banyak lagi kelas persediaan seperti Pusat Asasi, contoh PASUM asasi UM, Asasi UITM, Asasi UIA, Asasi UKM dll. Ada juga kelas persediaan ke overseas seperti IB (international baccalaureate malaysia). Ada yang diiktiraf diploma, dan ada yang tidak. 

Kelas persediaan atau asasi atau foundation ada yang tidak diiktiraf diploma contohnya foundation di universiti tertentu dan perlu sambung ijazah di universiti tersebut saja. jadi, if one day korang rasa patah semangat dan nak quit dari universiti itu, korang kena start from zero. faham dak? 

Jadi kena pilih betul-betul pusat asasi yang boleh diterima ke universiti lain. contohnya PASUM memang ada di UM, tapi korang boleh sambung degree di UTM atau universiti IPTA lain.  Kebanyakan boleh apply melalui UPU. Boleh beli pin UPU di BSN. 

LINK APPLY UPU

UPU merupakan pautan rasmi untuk anda membuat permohonan, semakan, dan kemaskini hal ehwal berkaitan kemasukan ke univeriti awam, politeknik, kolej komuniti dll. 

4. Kalau korang suka engineering, eh memang pandai, terus ambil matriks aje lah sains fizik, jimat 1 tahun je, pastu degree 4 tahun di IPTA/IPTS mana-mana yang korang dapat, apply melalui UPU juga. kos engineering memang sustainable, sampai bebila digunakan cuma gaji kecil jugalah unless korang masuk ke oil and gas, mungkin boleh dapat besar sikit. takpun company subsidiary overseas ataupun company yg ada export ke overseas, memang gaji boleh tahan, selebihnya lambat naik gaji juga, ramai engineer stress. normal. 

5. Kalau korang suka nak jadi doktor, farmasi, perubatan lines, korang terus ambil matriks aje lah sains biologi, jimat 1 tahun. Untuk kos kedoktoran, mesti dapat 4.00 untuk kedua-dua semester, cerah masa hadapan. Terus sambung degree 5 tahun kat mana-mana IPTA/IPTS yang korang apply, apply melalui UPU juga. 

6. Kalau korang rasa matrik tak boleh go sebab rushing kan, setahun aje woi... otak pulak macam lambat pickup, apply diploma melalui UPU. diploma selalunya 2 1/2 hingga 3 tahun untuk kebanyakan kos. korang apply terus kos yang korang suka. then habis diploma selalu ada internship (praktikal), jadi after tu korang decide nak sambung belajar atau nak kerja terus. yang apply UPU kebiasaannya yang memang dah confirm suka bidang apa. Tahu jalan hidup nak pergi mana.

7. Kalau korang suka subjek berkaitan bahasa Melayu, pengajian am, sejarah, geografi, aku cadangkan korang ambil STPM selama 2 tahun. kemudian, baru apply degree melalui UPU.

8. Kalau korang nak jadi cikgu, lepas matrikulasi ambil UPU UPSI atau UPU yang ada pendidikan, kena buat research sikit, atau korang apply IPG (Institut Pendidikan Guru) yang famous sekarang. fokus terus kalau minat nak jadi cikgu, jangan konar-konar sebab takut menyesal kemudian hari.


9. Ada pekerjaan yg korang tak perlu belajar sampai degree, better sampai diploma je kalau niat nak kerja. kalau niat nak jadi lecturer, then boleh sampai masters terus Phd.

Contoh kalau korang suka nak jadi cikgu tadika, pre-school teacher, ambil diploma saja. Contoh lain, kalau korang minat bidang perhotelan dan kulinari, tak perlu sampai degree, diploma saja dah okay. Cuma korang perlu tambah skills lain seperti belajar subjek lain. 

10. Kalau korang suka benda teknikal ada hands on maksudnya yang menggunakan tangan, tak minat belajar, boleh apply terus ke kolej politeknik mana-mana ikut kos korang suka, dalam 3 tahun di situ. Bila keluar, korang terus dapat SKM Sijil 4 nanti. pastu nak upgrade lagi, korang boleh apply TVET (jadi cikgu sekolah politeknik, kolej giat mara, kolej kemahiran dll) dalam 2 tahun juga. Mahal juga gaji cikgu-cikgu vokasional ini. 

*kalau korang ada degree berupa skills seperti kulinari dan pertanian, juga boleh jadi cikgu di sekolah kemahiran. sebab ini adalah berdasarkan penempatan cikgu oleh kementerian pendidikan Malaysia. 

KPM - Kolej Professional MARA
KKTM - Kolej Kemahiran Tinggi MARA
MJII - MARA Japan Industrial Institute
IKM - Institut Kemahiran MARA




11. Korang rasa eh macam gagal pulak semua belajar, macam lembap sangat otak ni malas, korang kerja ajelah. banyak peluang pekerjaan sekarang. contohnya sorter/pembungkus/warehouse assistant lazada/shopee/lel express dll eh memang banyak, gaji RM2600 kerja isnin sampai sabtu, 8pagi-8malam. masyuk jugak. food deliveries mungkin banyak saingan sekarang, jadi go for operator kilang pun okay. untung-untung boleh jadi leader atau supervisa (supervisor) ke... jadi cashier atau pekerja giant/tesco bla2 pun takpe. janji halal okay...... 

12. Lepastu kalau korang famos, ha buat youtube content yang menarik, makan duit youtube ads pun masyuk juga weh, tapi ini kena tak tahu malulah kan. kalau perempuan kena fikir malu lagi. jadi yang perempuan, kena fikir-fikir banyak kali sebab dari sudut Islam, semua kena fikir juga, kang kt akhirat kena tanya kalau buat konten yg buat orang lupa solat, semua tu saham dosa akhirat. banyakkan orang tak sambung belajar sbb jadi famos macam ni... 

13. Berniaga. kalau korang suka berniaga, boleh start dari dropship, ada duit lebih jual shawl, jual macam-macam kat IG, nak-nak kalau korang famous kan, lagi mudah nak terjual. Simple, terus berjaya.

Sekian, moga membantu ye... Terima kasih. 





17 Jun 2022

Senarai 16 Barang Untuk Budak Noob Yang Baru Nak Membela Kucing

Assalam wbt dan Hai,

Hari ini aku ada label baru iaitu KUCING. InsyaAllah kami berhasrat untuk membela kucing. Nah ini ada beberapa senarai start up gear yang perlu ada untuk membela kucing. Aku copy paste aje apa yang dia tulis, senang nak rujuk semula. Kotlah whatsapp buat hal, tak boleh back up message. Perkongsian ini daripada bestie aku. 

Sesungguhnya bela kucing sama saja macam bela anak kecil. Jadi kena ready mental dan fizikal. Perlu sabar banyak-banyak. Boleh jadi kerana kucing, kita masuk syurga. Dan kerana kucing juga, kita masuk neraka. Once decide nak bela kucing, tanggung jawab itu berat, jangan kau sia-siakan pulak. Kang diorang tuntut kat padang masyhar. Naya pak karim...!



1) Litter

Litter banyak jenis, boleh experiment ikut korg punya preference.

Yang murah, bentonite tapi kena rajin scoop dan tukar once a week/2 weeks. Kalau tak rajin, senang berbau. Bila kencing je, dia bergumpal tapi still berderai kalau scoop ganas sangat. Bila berak, pasir tu simply salut je. Scoop bila gumpalan kencing dan berak tu keras sikit, kalau tak, messy.

Yg up sikit, tofu litter, femes juga di kalangan pembela kucing.

2) Scoop

3) Litter box

Ada orang bagi rule, litter box kena jumlah kucing plus one. Tp kami tak ikut.
Ada yang open, ada yang hooded. 

Kalau nak pilih ikut jenis kucing, kalau malas melompat, janganlah beli litter box yang tinggi-tinggi. Kalau kucing tua pun sama, tak perlu yang tinggi, sekadar yang dia boleh angkat kaki. Lagi tua kucing, lagi malas ye.

4) Shampoo kucing

Kitorg dah lmaaaa tak mandikan kucing haha. At least sebulan sekali mandikanla. Kalau kerap, nanti strip off natural oil dari skin diorang pulak

5) Gunting ketip kuku kucing

Penting pendekkan kuku kucing kalau tak habis perabot. Before mandikan pun, make sure kuku pendek.

6) Tuala microfibre

Kalau guna tuala cotton, dia trap bulu lagi banyak. Susah nak bersihkan.

7) Sikat kucing

Kalau nak kurangkan bulu berterbangan dalam rumah or sekeliling, kena rajin sikat bulu dia. Kalau kucing biasa, seminggu sekali cukup. Kalau kucing parsi, 3 kali seminggu kot.

8) Makanan kucing

Yang femes tapi mahal, royal canin.

Yang kawan aku gunakan, buttons and bow.

Boleh try and error brand ikut kucing. Elak kibble yang berwarna sbb dengar-dengar kandungan garam tinggi, tak bagus untuk buah pinggang kucing. Elak beli yang repack, takut seller campur yang expired or brand lain.

9) Wet wipes (optional)

Kadang kucing ni muntah bulu (hairball) sebab dia jilat  dan bulu tak boleh hadam. So, wet wipes might be handy. Guna tisu dapur pun bagus juga sebab lebih tebal dan durable.

10) Tempat tidur / tilam / alas tidur (optional)

Kami x pernah beli. Aku pernah buat sendiri tp kucing xnak landing atas tu. Haha

Boleh try and error. Kalau nak, beli yg mur2 dulu. Kalau kucing dah tua-tua selalunya kena pakai karpet lembut-lembut sebab agak sensitif.

11) Mainan kucing

Bola yang ada loceng - kucing suka tapi bising dan bingit

Batang yang hujung ada bulu tiruan - kucing suka juga tapi kita kena jadi tukang pegang batang tu haha

Anak patung / small plushies - kucing suka gak buat gigit dan terkam pakai kaki belakang. Cuma kena rajin basuh sebab nanti berbau.

12) Wet food

Sekali sekala boleh bagi. Tak disaran setiap hari sebab nanti mulut kucing berbau. Unless rajin nak bersihkan mulut kucing tu pakai kain lembab. Kami tak pernah buat. Mmg harap kibble tu je untuk bersihkan mulut kucing.

Ada yang sachet, ada yang packet, ada yang canned.

Nak rebus ikan/ayam sendiri pun boleh. Special gitu.

Boleh bagi telur rebus juga. Tengok kucing suka ke tak.

13) Cat carrier

Ini penting bila nak bawa kucing g vet atau pet hotel. Penting juga untuk elak/lindung kucing kita triggered by kucing lain masa bawa dia keluar.

14) Tong sampah khas buang litter kucing. Better yg ada cover.

Used litter busuk 😷


15) Scratching board / pole

Kucing suka cakar benda sebab nak asah kuku.


16) Number of cats

Bela 2 kucing is better than 1 kucing. Tp korang boleh start dgn 1 kucing dulu.




Sekian, semoga bermanfaat ye. InsyaAllah. 


Terima kasih.

16 Jun 2022

Riadah Percuma dan Jalan-Jalan di Taman Lembah Bukit SUK, Seksyen 5 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Kami berjalan-jalan di Taman Lembah Bukit SUK, Seksyen 5 Shah Alam. Korang boleh google map saja ya, mudah jalannya. Ia adalah salah sebuah tempat menarik di Shah Alam, dan kami baru tahu kewujudannya setelah bertahun-tahun tinggal di Selangor. Alhamdulillah dapat menikmati keindahan alam semula jadi. 

kawasan di bahagian hadapan


Mungkin korang yang tak berapa perasan kewujudan taman ini sebab agak terlindung dengan pokok-pokok tetapi sebenarnya ramai yang datang sini. Parking tak banyak tapi masih boleh parking di tepi jalan. Kalau datang masa hujung minggu, tiada MBSA nak saman. Kalau datang waktu hari berkerja, kemungkinan ada yang saman kalau tak park betul-betul sebab taman ini berdekatan dengan bangunan kerajaan. 

Agak luas, dan boleh juga bawa basikal biasa atau basikal elektrik. Untuk yang nak berjalan biasa-biasa, ada trek laluan disediakan yang bersimen, tiada masalah kasut kotor, boleh saja pakai selipar. Bukan hiking yang susah. Boleh juga bawa makanan, sarapan di sini sebab memang ada orang buat. Ada juga orang buat event birthday masa kami datang. Ada juga orang buat senamrobik di sini. Ada juga orang photoshoot maternity. Hahaaa.. Ada juga orang tengah buat tournament kereta mainan remote control. All in one day oh yeah.

Kemudian, ada juga trek untuk terus hiking, tapi kami malas nak explore sebab tak pakai kasut bebudak ni, next timelah kot. 

ada hah kawasan yang cantik

ini pun sama, cantik

Mercu tanda tugu peringatan pahlawan yang berjuang untuk Selangor. Aku tak pasti kalau dari arah jalan raya boleh nampak atau tidak mercu tanda ini. 



Lupa nak cakap, masuk percuma tau. Kang korang ingat kena bayar pulak. Boleh bawa anak-anak datang sini insya Allah safe. Ada toilet di pintu masuk tapi sudah jauh berjalan, tiada toilet tau. Ada beberapa fasiliti, ada yang masih elok, dan ada juga yang dah rosak. Sayang jugalah. 

Datanglah sini ya, menarik untuk dilawat bersama keluarga.


Terima kasih. 

15 Jun 2022

Sarapan Nasi Lemak dan Lontong di Restoran Selera Alam Seksyen 7 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,


Kami sarapan di Restoran Selera Alam di Seksyen 7 Shah Alam. Korang boleh google map lah ya... Berdekatan dengan Rawsya Seksyen 7, simpang situlah senang cakapnya... Sayangnya masa kami datang bahagian roti canai tak buka, jadi tak dapat nak rasa. Kami makan nasi lemak dan lontong saja. Ada laksam juga kalau korang nak. Kerusi meja pun banyak, boleh makan kat luar, atau dalam kedai juga. Kami pilih kat luar, tak panas, terlindung daripada matahari pagi. 


Portion is generous. 2 biji ketupat segera, wow gitu. 



Sambal nasi lemak dan lontong sama. Kalau lontong dia letak rendang paru sikit. I vote for lontong memang sedap. Kalau nasi lemak, ada nasi lemak lebih sedap daripada sini. Namun, masih boleh dimakan sampai habis, kira sedap juga, cuma ada yg lebih sedap. Faham tak? Haha....

Parking banyak, tak payah susah-susah nak risau. 



Selamat bersarapan.

Terima kasih. 

14 Jun 2022

Soalan Temuduga: Berikan Sebab, Yakinkan Kami Kenapa Company Perlu Hire Kamu Semula

Assalam wbt dan Hai,

Soalan famos amos juga begini. Situasinya, korang nak masuk balik company lama korang. Yelah sebab company lama best sangat, sajelah nak try.

Berikan sebab, yakinkan kami kenapa company perlu hire kamu semula?

Please give us reasons, why we should rehire you, we need someone loyal. We dont want it will happen again, if we offer you then you will resign again. 

Jawapan:

1. Puji melangit pasal work environment company ini sangat best the baboom

2. Puji melangit pasal boss dan kawan-kawan best

3. Saya suka ketenangan, saya tak kejar pangkat. 


Korang translate sendiri lah eh dalam inggeris. malas aku nak translate kan. Hahah




Okaybai...


Terima kasih. 

13 Jun 2022

Soalan Nak Tanya Masa Interview - Anything To Ask? (Dalam Bahasa Inggeris)

Assalam wbt dan Hai,

Memang mati akal rasanya bila company interview kita tanya, ada apa-apa soalan dak? Aku selalu tanya soalan yang sama aje.




Any questions?

Aku selalu bagi 3 soalan ini saja, lain-lain tak ada, tak nak tanya sebab aku sendiri takut tak pandai nak handle, nak jawab apa tak reti.

1. Have I answered all your questions, or is there something you'd like me to clarify?

Expectation: Company akan soal kita apa-apa yang dia nak tahu pasal kita

2. Could you describe the culture of the company?

Expectation: Company akan cerita department mereka buat apa, reporting kepada siapa dll 

3. What new skills can I hope to learn here?

Expectation: Company akan cerita, training apa yang ada untuk kita


Soalan lain yang biasa, malas-malas sikit nak fikir

1. What is operating hours of the company? 

2. When is the result of this interview?

3. This position for permanent or contract? If contract, for how long?


Soalan lain yang nampak bijak

  • Have I answered all your questions, or is there something you’d like me to clarify?
  • Do you have any hesitations about my qualifications?
  • What do you like most about working here?
  • What new skills can I hope to learn here?
  • What is the next step in the process?
  • Who would I be working closest with, or reporting to, on a daily basis?
  • Beyond some of the hard skills we’ve discussed, which soft skills would be most helpful in this position?
  • Can you tell me if I would get the chance to be involved with this (project/initiative/etc.)?
  • What are your expectations for this role during the first 30 days, 90 days, year?
  • Could you describe the culture of the company for me?
  • 12 Jun 2022

    2 Strength dan 2 Weakness Yang Kita Kena Sebut Masa Interview Dalam Bahasa Inggeris

    Assalam wbt dan Hai,

    Aku nak hafalkan dua aje strenght dan dua weakness. Untuk posting aku yang terdahulu, aku dah cuba bagitahu ketika interview, tapi jawapan seperti menjerat. Okay yang ini insya Allah tak menjerat. Jangan over confident terlalu bagus, dan jangan tak menjual diri pula. Hahah. 




    Strength #1

    I believe that my greatest strength is the ability to solve problems quickly and efficiently. I can see any given situation from multiple perspectives, which makes me uniquely qualified to complete my work even under challenging conditions. That problem solving allows me to be a better communicator. I am just as comfortable speaking to senior executives as I am junior team members. I think my ability to see all sides of an issue will make me a great asset to the team.

    Strength #2

    I’ve always preferred to work in groups and find that my collaborative nature is one of my strongest attributes. On projects that I directed, I work well to inspire diverse team members and work side by side with them to achieve the project goals. In fact, I’ve increased productivity by ten percent over the course of two years.

    Weakness #1

    My greatest weakness is that I sometimes have trouble saying ‘no’ to requests and end up taking on more than I can handle. In the past, this has led me to feel stressed or burnt out. 

    To help myself improve in this area, I use a my standing calendar and note book so I can visualize how much work I have at any given moment and know whether or not I have the bandwidth to take on more.

    Weakness #2

    My greatest weakness is that I sometimes focus too much on the details of a project and spend too much time analyzing the finer points.

    To help myself improve in this area, I give myself regular intervals to refocus on the bigger picture. That way I can still ensure quality without getting so caught up in the details that it affects my productivity or the team’s ability to meet the deadline.

    Pilihan Weakness #3

    I tend to be overly critical of myself. Whenever I complete a project, I can’t help but feel that I could have done more. I can always find something needs to be improved. This often leads me to overwork myself and leaves me feeling burned out. 

    To help myself improve in this area, I give myself deadlines for revision, to ensure that I am not making the changes at the last minute


    Okaylah itu saja. Selamat menjawab soalan.

    11 Jun 2022

    4 Jawapan Soalan Temuduga - Kenapa Kami Kena Hire Awak Dalam Bahasa Inggeris

    Assalam wbt dan Hai,

    Selalu dalam temuduga, mesti tanya kenapa kami kena hire awak? why should we hire you? At first kena jawab terima kasih dulu. 




    Contoh 1

    That's a great question! You have a slight advantage over me since you know what you're looking for and I am still learning about your company. From what I've learned, it sounds like you are looking for someone who will be able to prepare quotations of electrical panels quickly and effectively, is that accurate? 

    In that case, I'd like to tell you about a time where I success in bidding of few major projects in Malaysia like Control Panel in Hydro Power Plant TNB and Control Panel in Asean Bintulu Fertilizer Sarawak. 

    Bagi contoh sikit aje, jangan banyak-banyak oi... 


    Contoh 2

    Petik jawapan dengan percentage berapa sales naik masa tahun kau kerja, kau menyumbang gitu, tak kisahlah directly or indirectly. 

    This is a critical question in the process, thank you for asking. 

    Based on what you've said today and from the research I've done, your company is looking for a experienced proposal engineer to grow your business and help your company stand out from the competition. At my previous company, I assist to the increment of 25% sales target. I will bring that innovative and positive spirit to your company, and your success will be my top priority.


    Contoh 3

    Kalau nak jawab dari jawatan biasa-biasa kepada manager.

    I’m glad you asked. You explained earlier that leadership qualities are a bonus for this position. In my 10 years of experience as a sales manager, I have effectively managed teams of over 15 people. I developed motivational skills that earned my region the “Region of the Year” five years in a row for consistently meeting and exceeding sales goals. I will bring those leadership abilities to this position. 


    Contoh 4

    Jawapan selamat

    While I dont know the experience of the other candidates, I can speak to the qualifications that make me the best fit for this position. After working in the same position for few past years, I successfully managed to handle many type of tender and proposals, contribute the sales target of the department, indicate that I am fast learner. Also I learned how to multitask and prioritize responsibilities. If I were chosen for this role, I will continue to deliver high quality work. 



    Semoga bermanfaat. 


    Terima kasih. 

    10 Jun 2022

    3 Sebab Kenapa Nak Berhenti Kerja Masa Jawab Interview Dalam Bahasa Inggeris

    Assalam wbt dan Hai,

    Selalu kan, company akan tanya, kenapa kau nak berhenti kerja sedangkan kerja sekarang elok aje. So kau tak payah jujur-jujur sangat, jawab aje ikut buku. Persetankan hasrat asal kau. 



    5 Sebab Utama Sebenar-Benarnya Kenapa Nak Tukar Kerja

    1. Sebab bos tak best
    2. Sebab gaji ciput kerja banyak
    3. Sebab jauh sangat dari rumah, habis masa kat jalan aje
    4. Sebab kawan-kawan toksik, semua pun toksik
    5. Sebab susah nak solat fardhu dan solat Jumaat

    Masa temuduga, kau jawab begini confirm kena reject. Tak payah berangan nak jawab lain-lain. Lepastu, ikutlah roles apa yang kau mintak. Kalau dulu jawatan engineer, sekarang nak jadi engineer jugak, hah kau jawab guna jawapan nombor 1. Kalau dulu jawatan kau engineer, kemudian lari sikit bidang contoh nak jadi manager, kau guna jawapan nombor 2. Kalau nak selamat, kau guna semuanya jadi jawapan nombor 3 untuk apa-apa jawatan pun. 

    1. Looking for career growth

    Huraian: Kau nak semakin majulah kiranya daripada sekarang. 

    I love my role and coworkers, but I’ve come to a point where there are no longer growth opportunities on my team. Can you tell me a bit about growth opportunities for this job, and what the company does to develop employee careers?

    (kau pulangkan soalan kepada mereka semula)

    2. Desire to change career path

    Huraian: Kau nak tukar terus career path, kononnya dulu-dulu jadi engineer sekarang nak buat kerja-kerja management seperti Project Manager, Manager gitu.

    I’m looking for a new opportunity that doesn’t exist at my current company where I can develop and expand my management skills.

    3. Identified a better opportunity

    Huraian: kau nak tempat dan environment lebih baik, gaji lebih baik, bos lebih baik, masa banyak dll, tapi jangan sebut semua itu. Kau sentuh pasal boleh berkerjasama dengan staff yang lebih hebat. Gitu. 

    Though I’ve learned a lot at my company, from my research about this opportunity, I can see that the position is a better fit for where I want to take my career—specifically, collaborating with cross-functional teams and increase company growth in xxxxx industry. 


    Begitulah hendaknya. Semoga berjaya.


    Terima kasih.