29 Feb 2016

TAC Maybank Ada Masalah

Assalam wbt

Ada sesiapa tak bermasalah macam aku, nombor baru ported / baru tukar dari Maxis ke Digi, lepas tu TAC masuk ke simkad Maxis. so kita kena on dua-dua nombor. leceh giler...

aku dah gaduh2 dengan maxis dan digi customer service pasal ported number ni. mana tak nya. kalau incoming call ialah Maxis, fixed line n Celcom, die divert ke simkad maxis. kalau incoming call ialah Digi, die divert ke simkad digi. at the same time, aku boleh call guna kedua2 simkad! pelik x? surf tenet pun boleh ! 1 dalam 1000 kan???

ok berbalik dengan masalah ni.. cara nya,

call je customer service : 03-78443696
tunggulah dalam beberapa minit nanti dorang layan. bagitahu kita dah tukar service provider daripada maxis ke digi... then, bagi segala mak nenek info. pastikan kad bank maybank ada kat tangan. sebab nanti dorang Tanya nombor atas kad sebagai pengesahan. nombor akaun maybank pun kena ada sekali.

tunggu beberapa beberapa minit.. dalam lebih 5 minit...

then nanti dorang update. yeay...

after few minutes. dah boleh dapat nombor tac guna network provider baru iaitu digi...


 
okey. sekadar perkongsian... sekian terima kasih :)

23 Feb 2016

Bayaran internet TM bila Tukar Alamat Rumah

Assalam wbt 

Okey ape bayaran bila nak pindahkan internet TM tu? Contoh situasi, kita nak pindah rumah, malas nak terminate and start new contract, jadi nak maintain, boleh je. Gi la datang kat TM centre. 

Bayaran yang dikenakan:
Deposit rm 75
Setem hasil rm 10
Install rm 50(utk telefon baru) - kalau maintain telepon aku rasa tak ada bayar kot. 
Upah pasang rm 50..bayar pd kontraktor yang pasang nanti. 

Berapa lama? Dalam 14 hari. Boleh guna router yang lama. Bawak je. Nanti dorang pasangkan. Let say rosak, haritu kami x bayar pun. Dorang tukar je. 

Okey kalau cam kes fam mertua, bil tepon atas nama ayah. Tapi bil tenet atas nama adik. Jadi bila nak pindah rumah, kalau maintain bil tepon atas nama ayah, sebulan bayar rm10 je. Tapi kalau tukar nama adik jadi rm50 sebulan. Kalau nak maintain nama ayah, ayah kena ada gak masa proses penukaran nama tu. Kalau tak, auto tukar atas nama penama tenet ler. 

Okey tu je info drp kami. Nah gambor hiasan. Hehe 


Sekian terima kasih. 

22 Feb 2016

5 Sebab Yang Menghalang Kita Tidak Wajib Datang Kenduri Kahwin

Assalam wbt


Tadi pagi dengar Tanyalah Ustaz, 22/2/16. Tajuk pasal kenduri kahwin. hukumnya wajib untuk dating majlis kenduri pabila sudah dijemput. tetapi ada 5 perkara kita tak payah datang.

1) jauh lebih 2 marhalah. 2 marhalah dalam 90km.
2) sakit
3) bahaya seperti bencana alam, takut dirompak etc
4) tahu ada keburukan jika datang. contoh, tempat bersanding kat pub / akan ada perkara haram yang berlaku. (ada ke? hehe)
5) sebabkan perkara lebih buruk seperti permusuhan. kalau datang lebih bergaduh etc

jadi... datanglah jika ada kelapangan ye...

pastu kebanyakan orang datag kenduri kahwin ni dengan family. tapi dalam kad tulis, nama kita sorang je.. haram hukumnya. kita kena mintak izin drp tuan punya majlis. kena ada akad. tak kisah lah call ke.. mesej ke.. wasap ke.. cakap kita bawak family... then baru halal... ok noted..




Sekian, Terima Kasih.

Peringatan bersama.

18 Feb 2016

Delima Seorang Penganggur

Assalam wbt...

Seloka ini aku tulis masa aku sedang menganggur. jobless, hopeless, penniless, useless.. semua ada.. heheeehe...

(maaf gambar aku pinjam dari google okey)
 
Dilema aku seorang penganggur
 Aku dah bosan jadi penganggur tegar
 Dah hampir setahun 1 kerja pun tak ada
 Sudahlah tiada tanah nak diusaha
 Sudahlah tiada bisnes keluarga
 Apply sana sini jawapan masih sama
 Apply guna hard copy atau alam maya
 Apatah lagi yg pos guna setem seringgit dua
 Interview sana sini masih tidak berjaya
 Total dah dalam 50 syarikat agaknya
 Alasan sebab pengalaman sedikit cuma
 Alasan tiada pengetahuan autocad atau catia
 Alasan kerja tak sesuai dengan kos kita
 Alasan tak tahu berbahasa cina
 Pasal tak tahu bahasa cina ni, aku salahkan kerajaan malaysia
 Sebab dalam kurikulum sekolah takde belajar subjek bahasa cina n india
 Dorang cina dan india tahu bahasa melayu kita
 Tapi bila dorang cakap kita cuma ternganga
 Camne perpaduan nak dicipta
 Aku rasa menyesal tak belajar bahasa depa
 Nak belajar sekarang, kena guna banyak masa
 Pointer bagus pun tak guna
 Ade degree engineering pun masih susah dapat kerja
 Company dah tak kisah kita kelas satu atau dua
 Bukan ke semua skills boleh dipelajari sambil bekerja?
 Kalau mintak jawatan spm atau diploma
 Alasan taknak terima sebab kita budak ijazah sarjana muda
 Kalau kita tak kisah dengan gaji berapa
 Company cakap tak percaya punya
 Company cakap kita confirm blah kalau dapat kerja yang sesuai dengan degree kita
 Kalau kita cakap sebab nak dekat dengan rumah kita
 Company cakap "u rugi lah kerja sini gaji x seberapa, baik u duduk kl sana"
 Lastly resume kita dibuang dalam tong kitar semula
 Gomen pun tak bagi budak degree apply jawatan kerani semua
 Tapi jawatan tu paling banyak tersedia
 Kalau lah gomen pendekkan waktu pencen pekerja
 Dari 58 kepada 52
 Maybe lebih ramai orang muda berkerja
 Tiada pembaziran tenaga muda
 Rasa macam kena mandi bunga
 Mandi nak tolak bala
 Hahaha
 Oh ya, Kerana takde kerja sempurna
 Ade degree tapi kerja biasa2
 Jual burger, join MLM, jual online, jaga cc, operator atau jadi jaga
 Itu pun selepas menipu "saya ada spm aje"
nak nak sekarang ramai pendatang macam bangla
fuhh sana sini macam bukan kat malaysia
 Kadang ade yang sanggup rompak ragut agaknya
 Sebab hidup perlukan wang sentiasa
 Sebab kita nak berumahtangga
 Sebab hutang ptptn tak boleh tunda
 Belum lagi hutang kereta
 Belum lagi yg ada anak 1,2 atau 3
 Kadang tu, even layak dapat kerja tapi takde kabel besar macam ikan lumba lumba
 Kalau ada pun, kabel kecil macam ikan bilis di lautan dunia
 Tu yang tak dapat kerja juga
 Aku pun cuma ada kabel wireless iaitu Tuhan yg Maha Esa
 Usaha n doa n tawakal kepadaNya
 Tibatiba rasa manusia ni memang tak adil belaka
 Kenapa company taknak bagi peluang kat kami untuk mencuba?
 Adakah orang yang takde pengalaman confirm tak tahu buat kerja?
 Adakah budak degree tak pandai buat kerja budak spm diploma?
 Adakah budak engine confirm x pandai baca akaun timbang kira?
 Adakah budak engine confirm x pandai buat kerja lain pula?
 Nak menyesal pun tak guna
 Kalau kebanyakan pekerja nak budak spm diploma
 Baik runtuhkan aje universiti kolej ipts ipta
 Sebab rugi je belajar bertahun2 tapi finally tetap takde kerja
 Tolonglah bagi kami peluang untuk tunjukkan prestasi yg ada
 
 
 Ya Allah luaskan rezeki kami dan mudahkan kami menempuhi cabaran yg Engkau berikan. Amin

Anakin, 2016.
 
 
 

15 Feb 2016

Kenapa Bacaan Nadi Baby Tinggi?

Assalam wbt

Kenapa bacaan nadi baby dalam perut tinggi tertiba? Masa nurse tengah check up, dia guna alat tu kan. Baby normal dalam 140 je bacaan nadi die. Tapi haritu bacaan die 154. 

Risau jugak. Sebab nurse cakap baby kite nervous. Jumpa doktor. Doktor cakap, nervous selalunye disebabkan mama nye kurang minum air. Tu je. Pun lepastu susah nak cakap bacaan yg betul. Sebab bila die gerak banyak dalam perut, kebiasaannye bacaannye laju sikit. Jadi lega bila doktor cakap camtu. Hehe 

Kepada sesiapa yg alami situasi yg sama, jangan risau. Kalau penat, rehat. Then nanti baby bertenang semula. 

Sumber : Dr Ashikin, Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam. 

Sekian, thanks ;)

9 Feb 2016

Elak Gangguan Jin Di Dalam Bilik Kosong Di Rumah

Assalam wbt

Kat rumah mesti ada satu bilik kosong. Ye dak? Ustaz kata kalau kita tak solat dalam bilik tu berkemungkinan ada makhluk lain yg duduk tu sangat tinggi. 

Oleh itu apa nak buat??

Ustaz cakap. Tulis dan tampal je Surah Al-Jin ayat 1-10. Lekat kat dinding. Insha Allah depa tak akan kacau. Ayat 1-10 berintisari perjanjian antara jin dengan Rasulullah. Insha Allah.. 


Ustaz cakap, antara petanda gangguan, kita selalu mimpi. Nauzubillah. Jin ganggu masa kita tidur. Jin pun suka bertandang kat barang kemas yang tak dipakai. Sebab tu kita digalakkan pakai barang kemas. 

Penah dengar tak pasal dengar surah masa tidur tu bagus. Kata ustaz, tak bagus sebab otak kita tak rehat sepenuhnya. Jadi better senyap. Pastu lagi, tidur kena dalam keadaan gelap. Supaya badan rehat betul. Kalau kita tak boleh tidur dalam gelap, maknanye something wrong ngan badan kita sebenarnya taw. 

Maklumat ni diperoleh drp rancangan tanyalah ustaz. Aku lupa nama ustaz nye. Nanti bila aku tahu, aku komen kat bawah okey. 


Sekian, terjma kasih. 

8 Feb 2016

Bahasa Melayu : Bunyi Sebenar Haiwan Mengikut Kamus DBP Yang Perlu Anda Tahu

Assalam wbt

Aku terbaca dalam facebook tadi. Bunyi bahasa untuk haiwan ni. Punyalah susah giler wey haha. Nasib dulu takdela susah camni masa upsr. Sekarang bebudak upsr kena belajar bunyi haiwan yg betul. 

Contoh paling canggih. Kita selalu nak wat karangan bombastik, kedengaran bunyi unggas, cengkerik menyanyi riang. Eh eh cengkering bukan menyanyi okey. Tapi ayat sebenar, cengkerik mengilai. Erkk. Ape aku rasa macam seram pulak suasana tadi. Hehehe. Apa2 pun. Just untuk sharing. 


Katak berdengkang berbalas dengan cengkerik yang mengilai, diiringi dengan bunyi gagak yang menggauk membuatkan hatiku rasa serba tidak kena malam ini. 

Kahkahkah.


Aku copy dari fb sape tah tadi. 


Thanks ye. 

31 Jan 2016

Resipi Chessekut yang Simple

Assalam wbt

Aku saje nak share kat sini. Tadi try buat cheesekut. Heheh. Search je dalam google ni dah jumpa. 

Beli barang di bawah. 
1)cream cheese philadelphia. Jenis lIn pun boleh. RM12.70
2) biskut pingpong RM4
3)susu pekat manis gold tin RM2.40
4) susu dutch lady full cream saiz besar RM5.70
5)biskut oreo RM3.50

Total RM30 camtu kot. Congak je. 

Then kacau susu pekat manis half tin dengan semua cream cheese, tambah sikit susu dutch lady 3-5 sudu besar. Aku uli tangan jek macam ini. 


Then, celup biskut dalam susu dutch lady tadi, susun susun camni. 


Then lapis kan dengan mixed cream cheese dan susu tadi. Heheee. Buat sampai 4 lapis. 


Okey finally leh tAbur je dengan oreo. Nak tabur dengan nestum ke. Milo ke. Boleh je. Masukkan dalam peri sejuk! Sok boleh lah incik hubby ngan naqib makan. 

Jadi di sini. Cara nak buat cheesekut yg murah. 
-cream cheese jenama apa2 yg penting murah dan halal 
-biskut tak banyak pun guna,tadi aku guna dalam 20 keping je. Jadi kompem selebihnya buat makan aje 
-susu dutch lady saiz kecik dah ok. Aku pilih full cream. Lain2 pun ok aje asenye. 
-oreo utk tabur takyah pun takpe. Boleh ganti ngan milo/vico/apa2 serbuk 3in1 anda yg ada kat rumah

Jadi total sebenarnya selepas penjimatan maybe dalam RM25. Apa2 pun puas hati. Heheh. Cuma beli pun tak jaoh beza. Yg tadi tu, dalam RM35 paling mahal. 

Okey tu je. 

Sekian, thanksss. 




30 Jan 2016

Kepala Paip Mesin Basuh Automatik

Assalam wbt

Baru beli mesin basuh kan. Ala2 excited. Tapi tak boleh nak basuh. Sebab apa. Sebab kepala paip camni ha (gambar ehsan google) 


Bang Ajid semangat buat research kat internet. Ramai orang share so that boleh connect dgn hose mesin basuh automatik kami. Tapi still menitis-nitis, nanti kang kena letak pulak baldi bawah paip tu. Leceh pula.

Jadi Bang Ajid pergi kat kedai hardware. Nah. Tu dia. Penyelesaiannya senang. Kalau paip kat bilik mesin basuh automatik korang cam dalam gambar ke. Lain2 ke. Pergi saja tukar kepala paip seperti gambat di bawah. Settle masalah engkorang!!! 


Macam mana tu? Alahhh. Kepala paip yg sebijik sama dalam gambar manual mesin basuh automatik korang. Then pasang yg seterusnya skru ke ape ikut la cara-cara yg dah diarahkan. Settle masalah!! 

Okey itu je nak share. 


Thanks. 



29 Jan 2016

Mengambil Jahitan Secara Pukal Melaka

Assalam wbt

Rentetan kepada post : Jahitan Sungai Udang,Melaka

Mak kami sekarang menerima tempahan secara pukal jugak uols..
Sensapa nak tempah menjahitkan jahit tepi shawl ke..
then shawl tu nak dijual secara online, meh la datang.

Pun mak juga menerima banyak tempahan langsir..
langsir mak cantik2 uols...


Mai datang ke Banang Amas, wasap mak okey. 0192556265
jangan risau, mak kitorang pandai wasap. hehe



 
Sekian terima kasih.