19 Oct 2022

Belajar Kitab Syamail Muhammadiah bersama BeDaie di Masjid Al-Mustaqim Taman Nirwana Ampang

Assalam wbt dan Hai,

Alhamdulillah. Kami berpeluang menyertai Misi Anda Khatam Kitab bersama Be Daie . Program ini dianjurkan oleh Be Daie. 

Ustaz yang memberi ceramah:
1. Ustaz Ahmad bin Shadan 
2. Ustaz Iqbal Hanif
3. Habib Najmuddin Othman al-Khered

Kami menghadiri kelas selama 2 hari iaitu dari 9 pagi hingga 5 petang  pada tarikh 15-16 Oktober 2022 yang lalu. Alhamdulillah penerangannya jelas dan kami faham. Oleh sebab masa yang singkat, tidak sempat cerita semua hadis, jadi para ustaz hanya menerangkan yang penting-penting saja. 






KOMEN SAYA:

Katanya ini program pertama mereka. Saya contact melalui whatsapp untuk harga RM150 dua orang. Dalam iklan mengatakan Sanad Kitab Syamail Muhammadiah. Dalam banner pun kata begitu, namun sayangnya kitab yang dimaksudkan hanyalah PDF semata-mata. 

Sepatutnya RM60 untuk dua orang tanpa kitab, RM150 untuk dua orang dengan kitab. Jadi kami fikir kitab ialah kitab fizikal. Rupa-rupanya RM90 yang kami dapat hanyalah handout program dlm bentuk PDF. Sudahlah tidak lengkap sebab untuk satu tajuk ada dalam 1-2 hadis sahaja, agak kecewa. Bila saya kata nak refund, mereka tak nak refund/ atau lebih tidak pedulikan kot, tak reply langsung part itu. Saya rasa bahagian yang menguruskan whatsapp kurang arif dan mungkin tiada post mortem untuk program ini. 

Sebenarnya kita tak kisah kalau bayar kepada para ustaz mahal. Contoh harga total RM100, RM90 ialah kepada ustaz dan RM10 adalah harga PDF. Tak mengapa pun. 😓 

Kalau ada pihak BeDaie terserempak dengan blog saya, mohon supaya perbetulkan pengurusannya. 

-----------------------------------------------------------

Entahlah, sebabnya orang yang bayar RM50 (tanpa kitab) juga dapat handout yang sama dengan yang kami bayar. Jangan tulis kitab kalau tiada kitab. Selalunya kita join program memang bayar upfront tapi kali ini bayar upfront jadi begini pula. Agak terganggu juga sebenarnya sepanjang kita belajar, sebab dalam hati asyik kata, ya Allah mohon ikhlaskan hati aku, macam itu sebab RM90 melayang bukan kerana menderma.... Memang Allah mahu uji kami ketika ingin menjadi baik di jalanNya. Mudahkanlah urusan kami pada masa akan datang. Aamiin. 

--------------------------------------------------------

Kalau kalian nak join program ini, jangan beli yang bersama kitab, sebab kitab itu hanyalah ebook yang tak lengkap, yang hanya dibaca slide nya semasa pengajian. Jadi beli yang harga RM50 untuk seorang atau RM60 untuk dua orang. Makanan yang kami makan adalah sumbangan pihak masjid, bukan termasuk dalam yuran. 


Terima kasih. 


13 Oct 2022

Zhulian Gelang Tangan Koleksi Habiba - Rantai Tangan Paper Clip Love

Assalam wbt dan Hai,

Kalian ada teringin nak pakai Rantai Tangan Paper Clip Love versi Zhulian, bolehlah beli dengan saya di WHATSAPP

Dihiasi sebiji juntaian hati berukir tembus dengan batuan cubic zirconia di dalamnya.



Rantai Tangan Separa Paper Clip Love (versi dewasa)
BT9053 (16cm - 17cm) RM282
BT9054 (17.5cm - 18.5cm) RM299

Rantai Tangan Separa Paper Clip Love (versi kanak-kanak)
BT9056 (13cm - 14cm) RM186



Rantai Tangan Paper Clip Love CZ (versi dewasa)
BT9051 (16cm - 17cm) RM318
BT9052 (17.5cm - 18.5cm) RM338

Rantai Tangan Paper Clip Love CZ (versi kanak-kanak)
BT9055 (13cm - 14cm) RM186




Selamat membeli. 

12 Oct 2022

Zhulian Keluarkan Rantai Tangan Hardware Love T-Bar dan Rantai Tangan Paper Clip Love T-Bar

Assalam wbt dan Hai,

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa siri gelang yang cantik-cantik. Ada jenis rantai tangan hardware yang tengah viral, dan juga rantai tangan paper clip. WOWWWW!!!

Agak mahal kan, saya prefer whatsapp juga daripada shopee. mungkin tiada di shopee saya. 

BOLEH BELI DI SHOPEE ATAU WHATSAPP



Rantai Tangan Hardware Love T-Bar
BT9037 (15.5cm) RM314
BT9038 (16.5cm) RM326
BT9039 (17.5cm) RM338
BT9040 (19cm) RM359


Rantai Tangan Paper Clip T-Bar
BT9042 (16.5cm) RM313
BT9043 (17.5cm) RM328
BT9044 (19cm) RM349




Terima kasih. 

10 Oct 2022

Jom Beli Cincin Tunang Koleksi Trisya dengan Zhulian di Instagram zhulian_chuaa

Assalam wbt dan Hai,


Hari ini saya nak kongsikan cincin-cincin menarik yang kalian boleh jadikan cincin risik, cincin tunang atau cincin kahwin pun boleh. Atau cincin persahabatan barangkali. Design kali ini lebih sofistikated dan sangat mengikut peredaran zaman. Ya, kali ini Zhulian bawakan cincin yang sangat cantik! Serius tak tipu!



RG9041 RM69

RG9045

RG9046

RG9047

RG9048

RG9049

RG9050

Koleksi Trisya Edisi Cincin Betunang. Saiz dari 11, 13, 15, 17, 20


Terima kasih


9 Oct 2022

Biodata Ringkas Rasulullah dalam susunan Kitab As Syamail Al-Muhammadiyah

Assalam wbt,

Sempena Maulidurrasul, mari kita baca sikit ya. 

 Ø§Ù„لهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد












Semoga bermanfaat. Saya halalkan kalau ada sesiapa yang nak download. 


Terima kasih. 

7 Sept 2022

Zhulian ada Jual Shawl Labuh ZaFella

Assalam wbt dan Hai,

Zhulian memang serba serbi ada! Wide shawl pun ada! 

👉 alunan shifon polester yang tidak jarang
👉 berhias batu-batuan warna ungu dan putih 
👉 lembut selesa, mudah dipakai
👉 color yang ada - blackberry, orkid dan melon
👉 saiz 2m x 0.7m

Harga sehelai RM112
Nampak macam mahal tapi sebenarnya yang mahal itu tang batu-batuannya. 

jika berminat, whatsapp ye.... WHATSAPP





Terima kasih. 

6 Sept 2022

Makan Lunch Nasi Ayam Penyet Ola Rempah TTDI Jaya Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Aku try makan Nasi Ayam Penyet di Restoran Ola Rempah yang terletak di TTDI Jaya Shah Alam. Kedai ini nampak tersorok sebab tak ada orang datang masa kami sampai. Kemudian baru ada beberapa orang datang. Tak adalah kami kekok. Ada beberapa menu iaitu nasi ayam penyet dan ikan bakar. 

Masa menunggu agak lama sikit mungkin sebab dia nak panaskan. Sambalnya bagi aku bukan kaw kaw pedas, tapi agak pedas manis. Kalau orang pantai timur memang ini selera dia sebab aku makan dengan kawan aku yang memang orang pantai timur, dia kata sedap betul! Yang penting portion besar, untuk orang yang suka makan macam aku, memang best! HAHA

Sepinggan berharga RM9.50 untuk semua jenis. Harga yang aku kirakan berpatutan. Kemudian kami minum secawan air kosong berharga 50sen. 



Jemput datang!

Terima kasih. 

4 Sept 2022

Makan Nasi Arab dan Khunafa di Restoran Sihaf Vista Alam, Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Kami makan Nasi Arab di Restoran Sihaf yang terletak di Vista Alam, Shah Alam iaitu berhadapan dengan Hospital Avicenna. Parking banyak sangat di sini asalkan korang bawak touch n go. Restoran ini dibuka pada jam 12 tengah hari. Tak guna datang awal ya kawan-kawan. Khunafa pula dijual seawal jam 1 petang. 

Alhamdulillah portion yang sangat besar! Tak payah nak tamak-tamak. Kalau jenis makan sikit, cukuplah beli kongsi-kongsi. Kami order dua pinggan untuk 4 orang makan pun terlebih. tetapi kalau korang memang makan banyak, tak apalah. Kuah dan sambal sodap gile oi. Rasa asli timur tengah memang ada, no wonder kedai viral kan... Kalau nak bandingkan dengan nasi arab di Mekah, tentulah di Mekah lebih sedap. Gitu je lah tapi ini dah kira sedap sangatlah, memang boleh repeat-repeat dan repeat. 

Kami nak selamat, confirm pilih jenis nasi arab mandy. Nasi arab bukan mandy selalunya berempah, takut kita tak boleh telan. Sepinggan dalam RM20 macam tu kot. Aku lupa sikit


Khunafa di sini memang jenis kering dan cheese banyak. Berbeza dengan khunafa kami makan semasa di tanah arab, lebih berlemak dan lembut. Apa pun tetap sedap!! Harganya pun mampu milik. Semuanya dalam bawah RM100. Berbaloi kan? 

Jemput datang!


Terima kasih. 

2 Sept 2022

Makan Lunch Nasi Kandaq Tersandaq di TTDI Jaya Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Makan nasi kandar hari ini di Nasi Kandaq Tersandaq @ Bukafe. Memang sedap! Pedas dan memang masuk cita rasa aku. Nasi juga banyak, sampai aku minta half saja. Aku memang tak prefer letak kuah kicap sebab akan jadi manis, tak syiok lah kan. Sepinggan harganya RM9.80 sahaja. Korang boleh makan di bahagian dalam atau luar. Ada kipas saja tapi tak panas. 

Pendapat aku, rasanya normal nasi kandar. Perut aku pun kenyang. 



Jemput makan!

Terima kasih!

1 Sept 2022

Makan Nasi Kuning Orang Sabah

Assalam wbt dan Hai,

Aku first time makan nasi kuning home made orang Sabah. Ya dak office aku orang Sabah bah original. Jadi mak dia pandai masakkan. Baru aku tahu. Kata kawan aku macam nasi kuning orang Kedah. Sedap betul ya rupa-rupanya. Aku tak pernah tahu. 




Nasi kuning macam nasi lemak, wangi. Kemudian lauknya ayam masak merah. Ada telur rebus dan timun juga. Memang tabik spring. Kalau korang teringin nak order, korang DM aku dulu ya. nanti aku forwardkan no kawan aku tu. 


Terima kasih.