TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

19 Oct 2022

Belajar Kitab Syamail Muhammadiah bersama BeDaie di Masjid Al-Mustaqim Taman Nirwana Ampang

Assalam wbt dan Hai,

Alhamdulillah. Kami berpeluang menyertai Misi Anda Khatam Kitab bersama Be Daie . Program ini dianjurkan oleh Be Daie. 

Ustaz yang memberi ceramah:
1. Ustaz Ahmad bin Shadan 
2. Ustaz Iqbal Hanif
3. Habib Najmuddin Othman al-Khered

Kami menghadiri kelas selama 2 hari iaitu dari 9 pagi hingga 5 petang  pada tarikh 15-16 Oktober 2022 yang lalu. Alhamdulillah penerangannya jelas dan kami faham. Oleh sebab masa yang singkat, tidak sempat cerita semua hadis, jadi para ustaz hanya menerangkan yang penting-penting saja. 






KOMEN SAYA:

Katanya ini program pertama mereka. Saya contact melalui whatsapp untuk harga RM150 dua orang. Dalam iklan mengatakan Sanad Kitab Syamail Muhammadiah. Dalam banner pun kata begitu, namun sayangnya kitab yang dimaksudkan hanyalah PDF semata-mata. 

Sepatutnya RM60 untuk dua orang tanpa kitab, RM150 untuk dua orang dengan kitab. Jadi kami fikir kitab ialah kitab fizikal. Rupa-rupanya RM90 yang kami dapat hanyalah handout program dlm bentuk PDF. Sudahlah tidak lengkap sebab untuk satu tajuk ada dalam 1-2 hadis sahaja, agak kecewa. Bila saya kata nak refund, mereka tak nak refund/ atau lebih tidak pedulikan kot, tak reply langsung part itu. Saya rasa bahagian yang menguruskan whatsapp kurang arif dan mungkin tiada post mortem untuk program ini. 

Sebenarnya kita tak kisah kalau bayar kepada para ustaz mahal. Contoh harga total RM100, RM90 ialah kepada ustaz dan RM10 adalah harga PDF. Tak mengapa pun. 😓 

Kalau ada pihak BeDaie terserempak dengan blog saya, mohon supaya perbetulkan pengurusannya. 

-----------------------------------------------------------

Entahlah, sebabnya orang yang bayar RM50 (tanpa kitab) juga dapat handout yang sama dengan yang kami bayar. Jangan tulis kitab kalau tiada kitab. Selalunya kita join program memang bayar upfront tapi kali ini bayar upfront jadi begini pula. Agak terganggu juga sebenarnya sepanjang kita belajar, sebab dalam hati asyik kata, ya Allah mohon ikhlaskan hati aku, macam itu sebab RM90 melayang bukan kerana menderma.... Memang Allah mahu uji kami ketika ingin menjadi baik di jalanNya. Mudahkanlah urusan kami pada masa akan datang. Aamiin. 

--------------------------------------------------------

Kalau kalian nak join program ini, jangan beli yang bersama kitab, sebab kitab itu hanyalah ebook yang tak lengkap, yang hanya dibaca slide nya semasa pengajian. Jadi beli yang harga RM50 untuk seorang atau RM60 untuk dua orang. Makanan yang kami makan adalah sumbangan pihak masjid, bukan termasuk dalam yuran. 


Terima kasih. 


No comments: