Aku try makan Nasi Ayam Penyet di Restoran Ola Rempah yang terletak di TTDI Jaya Shah Alam. Kedai ini nampak tersorok sebab tak ada orang datang masa kami sampai. Kemudian baru ada beberapa orang datang. Tak adalah kami kekok. Ada beberapa menu iaitu nasi ayam penyet dan ikan bakar.
Masa menunggu agak lama sikit mungkin sebab dia nak panaskan. Sambalnya bagi aku bukan kaw kaw pedas, tapi agak pedas manis. Kalau orang pantai timur memang ini selera dia sebab aku makan dengan kawan aku yang memang orang pantai timur, dia kata sedap betul! Yang penting portion besar, untuk orang yang suka makan macam aku, memang best! HAHA
Sepinggan berharga RM9.50 untuk semua jenis. Harga yang aku kirakan berpatutan. Kemudian kami minum secawan air kosong berharga 50sen.
Jemput datang!
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment