1 Apr 2022

Buku Selawat Rasulullah - Lebih 200 Jenis Selawat Cetakan Nasyrul Quran Berharga RM25 Sahaja

Assalam wbt dan Hai,

Sesungguhnya kalian perlu membeli buku ini untuk dibaca semasa Ramadan. Insya Allah semoga Ramadan lebih bermanfaat. Banyak sangat jenis selawat di dalam ini. Contohnya, selawat yang diajar oleh Rasulullah SAW. Nanti kita share ya di lain post. Insya Allah. Jumlah selawat yang ada di sini lebih 130+ bilangannya. Memang banyak sangat dan insya Allah ganjarannya pun banyak. Jomlah kita berselawat, lagi-lagi nak Ramadan 1443 H. 

LINK Harganya RM25 sahaja.


Semoga bermanfaat.


Terima kasih. 

31 Mar 2022

Selawat Perlu Menunjuk-Nunjuk - Catatan Selawat Sejak Muharram 1443H Sehingga Kini

Assalam wbt dan Hai,

Sebenarnya selawat boleh dilakukan secara menunjuk-nunjuk. Kenapa nak tunjuk-tunjuk supaya lagi ramai orang berselawat ke atas Rasulullah SAW. Jadi, catatan selawat saya, saya simpan di sini. Saya buat jadual bacaan selawat setiap hari sebab saya nak pantau berapa banyak selawat sudah dibaca. Insya Allah moga sesiapa yang membaca catatan saya, akan terus mengucapkan selawat kemudian istiqamah. Aamiin.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم



Dimulakan dengan target 1,000 kali selawat setiap hari sehingga menjadi paling banyak 18,000 kali selawat, Alhamdulillah syukur. Semoga saya boleh mampu selawat banyak-banyak. Di padang masyhar nanti, orang yang paling banyak berselawat adalah orang yang akan dijanjikan syafaat oleh Rasulullah. Kita tak mahu jadi calon saja, kita nak jadi ahli syafaat yang sebenar, usahanya sejak dari dunia. 

Tahun 1443 Hijrah
Muharram (Ogos 2021) - 98,412
Safar (September 2021) - 142,584
Rabiul Awwal (Oktober 2021) - 68,934
Rabiul Akhir (November 2021) - 111,240
Jamadil Awwal (Disember 2021) - 118,856
Jamadil Akhir (Januari 2022) -169,390
Rejab (Februari 2022 ~ Umrah) - 123,791
Syaaban (Mac 2022) - 134,772
Ramadan (April 2022) - 78,147
Syawal (Mei 2022) - 60,286
Zulkaedah (Jun 2022) -
Zulhijjah (Julai 2022) - 

YTD wah, year to date. Ingat kerja saja ke ada YTD, kita selawat pun kenalah ada target. Mulalah dari sekarang, belum terlambat. Mati sekarang tak kenal usia. 

YTD Selawat Sehingga Syawal 1443H = 1,166,698 kali selawat

Alhamdulillah banyak-banyak ya Allah, sudah lebih 1 juta kali berselawat untuk tahun 1443H. Isyfalana ya Rasulullah SAW. Selain duduk di tikar sejadah, kebanyakannya saya baca ketika melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan vakum rumah, menonton tv, berkebun, berjalan, berjogging, memandu kereta, jadi co-driver ketika musafir, naik LRT, tunggu dapat task dari office mate, tunggu dalam kereta dak Naqib dak Nasuha balik sekolah, tunggu masuk waktu di masjid dll. Asalkan ada masa, insya Allah boleh dilakukan. Jika sudah selalu latih lidah berselawat, akan automatik berselawat juga. Itu yang paling seronok. 


Moga bermanfaat.


Terima kasih. 

30 Mar 2022

Melawat Kilang Pencetakan Al-Quran di Nasyrul Quran, Presint 14 Putrajaya

Assalam wbt dan Hai,

Tahukah kalian, di Malaysia adanya kilang pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Kompleks King Fahd di Madinah. Ia terletak di Presint 14, Putrajaya. Sebenarnya kami tadi datang secara adhoc sahaja tetapi Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami, penyelia tour guide ada sedikit masa untuk menerangkan serba sedikit tentang kilang pencetakan ini. Sebelum ini, pusat pencetakannya ada di Yayasan Restu Shah Alam yang berada di hadapan Masjid Shah Alam, kemudian berpindah di sini tempat yang lebih besar. Lawatan ini mengambil masa 2 jam sebenarnya kalau full visit tapi kami ambil masa dalam 30 minit saja. 

Untuk menempah slot lawatan, boleh menghubungi:
Cik Atiqah - 016-7182741

Untuk menempah Al-Quran dan Yasin dalam bilangan yang banyak, boleh menghubungi:
En Eddie - 019-9935795
Pn Afiqah Munirah - 011-31228368

Pintu depan Nasyrul Quran (kiri)
Pintu masuk nak ke tempat lawatan mencetak Quran (kanan)


Beberapa jenis Al-Quran yang dibuat di sini, ada yang ada maksud dan ada yang tiada maksud. Yang ada maksud pula boleh didapati dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin. Walaubagaimana pun, yang terjemahan bahasa Mandarin belum lagi dikeluarkan secara rasmi atas sebab-sebab tertentu. Ada pelbagai saiz juga. Ada yang ada terjemahan, ada juga yang tiada terjemahan.



Sehari boleh mencetak sebanyak lebih kurang 13,000 naskhah. Banyak sangat. Alhamdulillah. Oh ya pekerja di sini semuanya lelaki dan sentiasa dalam wudhuk. Kalau ada kerja kosong, nak saja cuba mohon tau. Oh ya, target pengeluaran mereka ialah dalam kuantiti sejuta naskhah untuk setahun untuk menampung keperluan Al-Quran di seluruh dunia! WOW! Dan di sini juga ada banyak menunjuk kaligrafi yang digunakan dalam Al-Quran, corak-corak tepi Al-Quran, dan macam-macam lagi.


Al-Quran paling besar di sini

Gambar di Nasyrul Quran tingkat bawah


Banyak juga buku-buku, Al-Quran, hiasan dinding boleh dibeli di sini ya. 







Contoh kalau nak tahu dicetak di Nasyrul Quran, boleh nampak cop khas Yayasan Restu atau Nasyrul Quran.

Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang mencari tempat menarik di Klang Valley atau Lembah Klang. Boleh bawa ramai-ramai ke sini ya. Oh ya, boleh baca lebih lanjut di LINK SINI. boleh juga beli Al-Quran keluaran Nasyrul Quran di link itu juga. Kita tidak akan jumpa Al-Quran ini di mana-mana kedai buku. Untuk pengetahuan, wakaf Quran juga boleh dibuat di sini, RM30 untuk senaskhah Al-Quran. 


Terima kasih. 




29 Mar 2022

Makan Shell Out di Restoran Uncle Crab, Seksyen 13 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Sebelum Ramadan menjelma, kami makan Shell Out di Restoran Uncle Crab, Seksyen 13 Shah Alam. Saja-saja mencuba sebab tak pernah rasa shell out di sini. Walaupun harganya agak terkejut, tapi tidak mengapa sebab rasanya memang sedap! Serius sedap menjilat jari. Kami beli green tea, juga sedap! Memang boleh repeat lagi dan lagi dan lagi. Kalau ada orang tanya, shell out mana yang sedap di Shah Alam, memang boleh recommend Restoran Uncle Crab. Kuah atau sosnya, boleh ambil yang memang uncle crab punya tau. kan ada pilihan macam black pepper etc, kami ambil yang diramu khas oleh uncle crab, ternyata memang sedap!!


Banyak parking di sini, banyak juga tempat duduknya.

Kami pilih set Slim Uncle RM98 untuk 1-2 pax tapi nasi 3 mangkuk sebab ada 3 orang. Lauknya cukup. Ketam ada 2 ekor. Hehe. Sebenarnya ada details setiap set tapi saya tak ambil gambar, sebab menunya secara QR code. Tak terfikir nak screenshot. 

Kegembiraan bersama makan di sini.

No telefon kalau nak booking : 03-5886 0545

Ada juga dalam grab food ya. Ramai saja yang order. Okay, Selamat mencuba.


Terima kasih.

28 Mar 2022

Sarapan Nasi Lemak Amni, Seksyen 19 Shah Alam

 Assalam wbt dan Hai,

Hari ini kami bersarapan Nasi Lemak Amni yang katanya memang viral. Hehe. Kedudukannya di Seksyen 19 Shah Alam membuatkan memang ramai yang beli. Ada juga dalam Food Panda dan Grab Food. Kalian boleh google map kan saja "Nasi Lemak Amni". Ia berada di gerai MBSA, jadi mudah nak mengecam dari jauh. 



Nasi lemak telur mata RM3

Bagi pendapat aku, memang sedap ya. Nasinya bau sangat nasi lemak. Kuantitinya banyak sungguh. Sambalnya juga sedap, kena dengan selera. Sambal jenis manis-manis gitu. Banyak lauk seperti ayam goreng, sotong, paru, dll. Boleh repeat lagi. Harganya juga bolehlah berpatutan sekitar RM2 - RM6. Standard harga nasi lemak. Cuma lokasi gerainya yang agak susah nak berhenti sebab berada di T-junction, parking tak banyak dan jem jalannya di pagi hari. Dah beli, kena bawa balik sebab tak ada meja makan. Jadi, lepas kami beli, kami makan di Restoran Mamak Khalifa Bistro di Seksyen 20 Shah Alam. Hihi. 

Sekian, terima kasih. 

27 Mar 2022

Kenali Ulama - Rezeki Bertemu Syeikh Muhd Zainul Asri bin Haji Mohd Romli

 Assalam wbt dan Hai,

Alhamdulillah kami dapat bertemu Syeikh Muhammad Zainul Asri secara dekat. Semoga kehebatannya terjangkit kepada kami. Insya Allah. Aamiin Ya Allah. Sebenarnya, TG Syeikh dijemput memberi ceramah pengajian Kitab Risalah Mu'awanah karya Asy-Syeikh Abdullah bin Alawi Al-Haddad di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya. Jadi, selepas ceramah, sesiapa yang berhajat untuk bertahnik, atau memohon mendoakan, kami dijemput ke rumah haji hajah yang berdekatan dengan masjid. Alhamdulillah tak tunggu lama juga. Semoga kami dapat berjumpa lagi aamiin.

Kami bawa Naqib dan Nasuha berjumpa dengan Syeikh. 

TUAN GURU SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HAJI MOHD ROMLI


KENALI ULAMA KITA 

Tak kenal, maka tak cinta. Maka mari kita berkenalan dengan TG Syeikh Muhd Zainul Asri. 

1) Nama penuhnya ialah Tuan Guru Syeikh Muhd Zainul Asri Bin Haji Mohd Romli Bin Haji Mat Arif Bin Haji Daud. Beliau dilahirkan pada 3 Disember 1969 di Kampung Surau, Bakai, Baling, Kedah. Syeikh Zainul Asri juga mesra dengan panggilan Pak Long di kalangan teman-teman akrab dan rakan-rakannya.

2) Mendapat didikan rohani yang terawal dari ayahandanya sendiri, Haji Mohd Romli Bin Haji Mat Arif. Ketika Syeikh masih kecil, beliau sering dibawa oleh ayahnya menuntut ilmu di Pondok Lanai dan Pondok Charok Bakap, Baling.

3) Pengajian formal Syeikh bermula di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling, Kedah. Kemudian Syeikh melanjutkan pengajian di Maktab Mahmud, Alor Setar.

4) Sebelum melanjutkan pembelajarannya ke Mesir, beliau sempat bertalaqqi dengan Tuan Guru Pakteh Kroh di Pondok Pak Teh Kroh, kemudian bertalaqqi lagi dengan Tuan Guru Haji Ahmad Pak Dun di Pondok Sungai Baru, di samping mendapat didikan dakwah daripada Ustaz Husin Jusuh di Sungai Baru.

5) Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Usuluddin (Pengajian Hadis), Universiti al-Azhar, Mesir dan kemudiannya memperolehi MA di Universiti At-Tohiriah, Jakarta.

Ketika di Mesir, Syeikh bersama rakan-rakannya bertalaqqi dengan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki yang ketika itu adalah merupakan al-Azharus Sani bagi pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah. Syeikh Nuruddin mengadakan pengajian di rumah-rumah anak negeri dan juga di Masjid Fatah, Kaherah.

Di antara guru-gurunya yang sempat Syeikh Zainul Asri bertalaqqi dan bertabarruk ialah :

1. Tuan Guru Haji Abdullah Charok Bakap

2. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi

3. Tuan Guru Haji Ahmad Pak Dun Sungai Baru

4. Tuan Guru Haji Husin Jusuh Darul Quran

5. Syeikh Nia'mat Yusuf Derang

6. Ustaz Haji Fadhil Mohd Noor

7. Tuan Guru Pak Teh Kroh

8. Syeikh Ismail Sodiq al-Adawi - Khatib Masjid Al-Azhar

9. Syeikh Muhamad Zaki Ibrahim - Raid `Asyirah Muhammadiyah

10. Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Ketika menuntut ilmu di Maktab Mahmud kehidupan Syeikh diasuh dengan usrah, qiyamullail, dan tamrin di bawah bimbingan Syeikh Nia'mat Yusuf dan kemudiannya dari Ustaz Husin Jusuh. Seterusnya telah mencetuskan 'biah solehah' dalam kehidupan para pelajar di asrama dan rumah-rumah sewa pelajar Maktab Mahmud.


Di antara jasa dan bakti Syeikh Zainul Asri terhadap ummah ialah :
1. Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah
2. Pengasas Majlis Lantunan Mahabbah
3. Guru dan murabbi SMIDU, Muassasah Darul Ulum
4. Pensyarah di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Pokok Sena
5. Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah
Moga Allah s.w.t mengurniakan kesihatan yang baik buat Syeikh. Amin
*Sumber - Ustaz @amidialqadahi
Dan Ustaz @syamil_zain27 JAZAKUMULLAHUKHAIRAN JAZA

Link rujukan

Semoga bermanfaat. Terima kasih. 

26 Mar 2022

Melawat Pusat Pelupusan Al-Quran di Bukit Sentosa, Rawang

Assalam wbt dan Hai,

Saya ada terjumpa sebuah blog yang menceritakan secara detail bagaimana proses pelupusan Al-Quran. Mereka sedang buat kertas kajian. Boleh baca di sini. LINK

Alamat: 52, Jalan Seroha 5d/3, Taman Seroja, 48300 Rawang, Selangor.
No Telefon: 019-2866622

Sesiapa yang ingin melupuskan Al-Quran atau kitab-kitab yang memiliki ayat-ayat Quran, bolehlah hantar ke sini ya. Untuk setiap 10 kilo, kita perlu membayar RM4 sahaja. Kalau lebih pun tidak mengapa, lagi baik untuk memudahkan urusan mereka. Insya Allah. 

Al-Quran dan kitab-kitab agama akan dimasukkan ke dalam relau khas ini. 

Selepas selesai dibakar, akan dicampurkan dengan sedikit simen dan air. Maka jadilah seperti ini.


Seterusnya, kubus-kubus abu ini akan dibuang di lautan. Pihak Pusat Pelupusan Al-Quran Rawang sudah lama berkerjasama dengan TLDM. TLDM yang akan bantu membuangkannya di lautan. Selalunya di kawasan Pulang Langkawi atau Selat Melaka. 

Sebenarnya, sesiapa yang nak buat kajian ke, tesis ke, elok sangat buat tajuk ini, saya cadangkan tajuk melupuskan Al-Quran ini boleh diketengahkan kerana ramai yang belum tahu. Atau sesiapa wartawan ke, TV3 ke, Majalah 3 ke, apa-apa jua rancangan bolehlah datang ke sini ya. Menarik sangat betul. 


Terima kasih. 

25 Mar 2022

Senarai Pusat Pelupusan Al Quran di Selangor

 Assalam wbt dan Hai,

Tahukah kalian, ada 3 cara untuk melupuskan Al-Quran. 

1. Yang pertama dengan cara merendam dalam air sehingga semua tulisannya hilang. Agak payah juga dan lama.

2. Yang kedua dengan cara menanam Al-Quran, pastikan tempat yang kita tanam tidak dipijak oleh sesiapa. Agak payah juga, nak cari gunung mana?

3. Yang ketiga dengan membakar Al-Quran dan hanyutkan di sungai atau lautan. Cara membakar tidaklah terlalu mudah, pastikan semua sekali memang terbakar. Pastikan asap yang terkeluar hanya asap sahaja, bukan abunya terbang-terbang seperti habuk. 

Jangan ambil mudah ya. Memelihara kesucian Al-Quran sangat penting buat kita umat Islam.

ehsan facebook

Saya susunkan senarai Pusat Pelupusan Al-Quran yang ada di Semenanjung Malaysia.

Harga proses pelupusan ini bergantung kepada tempat. Ada yang kira sekilo dan ada yang kira setiap 10kilo. Jadi kalian perlu siap-siap membawa wang. Kalau bawa lebih lagi baik. Moga-moga boleh membantu. Setakat ini hanya ada 4 tempat sahaja di Selangor. Jika ada lagi, nanti saya kemaskinikan kemudian ya. 

1. Pusat Perkhidmatan Pelupusan Ayat Suci Al-Quran, Cheras. Link FB
Alamat: Lot 6213, Kampung Batu 10, 43200 Cheras, Selangor
No Telefon: 03-26933049

2. Pusat Perkhidmatan Pelupusan Ayat Suci Al-Quran, Rawang. Link FB
Alamat: 52, Jalan Seroja 5d/3, Taman Seroja, 48300 Rawang, Selangor.
No Telefon: 019-2866622

Harga: RM4/10kg

3. Darul Kalam yang terletak di dalam kawasan Raudhatul Sakinah, Batu Caves. 
Alamat: Tanah Perkuburan Islam, Lebuhraya KL-Karak, Taman Selasih, Fasa 2, 68100 Batu Caves, Selangor.
No Telefon: 03-22749333 sambungan 1410

4. Pusat Pelupusan Al-Quran Riyadh Restu, Kuang Link FB
Alamat: Lot 2154, Lorong Setia 3, Bt 19, Jalan Kuang, 48050 Kuang, Selangor
No Telefon: 019-4807069 (En Latiff Majid)

Harga: RM8.00/1kg



Terima kasih. 

24 Mar 2022

Makan Mee Kicap di Haal's Kitchen Seksyen 3 Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Ahha, berita baik untuk sesiapa penggemar mi kicap. hoyyeh di Seksyen 3 Shah Alam, boleh makan mi kicap. Sebelum ini, nak beli sampai ke Petaling Jaya kami cari. Sekarang boleh makan di sini saja. Alhamdulillah. Alamatnya di Jalan RU 3/9a, Seksyen 3, Shah Alam. Landmark ialah kedai Ladangku. Kedai mee kicap ini bersebelahan dengan Restoran Gembira, mungkin nasi lemak kot. 

Haal's Kitchen ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 7 petang setiap hari kecuali hari Selasa. Selasa dia tutup weh, jangan datang. Hehe. Harga mampu milik, sekitar RM6 - RM10 sepinggan ikutlah kuah apa yang korang nak. Ada jenis mee kicap, mee kari, atau soto mee. Hmm mee boleh pilih mee kuning, bihun atau mee wantan. Yang halus-halus kami pilih ni nama dia mee wantan ya... Air ada sejenis saja, iaitu air teh ais. Teh dia serupa teh botor Indonesia atau Jasmine Green Tea Yeos, kemudian letak lemon. Entah kenapa perasaan hilang haus itu ada. Alhamdulillah. 

 

Yang kanan itu mee wantan


Jomlah datang sini. Sedap tau....


Terima kasih. 

23 Mar 2022

Sabun Serbuk Xtrawash Zhulian, Bau Sedap, Sesuai Untuk Umrah dan Basuh Baju Sekolah

Assalam wbt dan Hai,

Sabun serbuk indoor untuk kegunaan di dalam rumah yang super best! Iaitu Sabun Xtrawash Zhulian. Boleh dibeli di SINI

Sabun serbuk ini sesuai kalau kita nak bawa pergi umrah. Salah satu 13 larangan umrah ialah meletakkan minyak wangi selepas kita memakai ihram, dan komen wangi untuk bau wangi yang kita bau. Contoh, kita terbau minyak wangi orang yang lalu sebelah kita, kita sebut, "Eh wanginya...", maka kita akan kena dam. Dam berapa nak kena bayar boleh dirujuk kepada mutawif masing-masing. 

Jadi nak ceritanya, sabun serbuk Xtrawash Zhulian ini bukanlah tak wangi, tapi kalau kita basuh, kita tak akan bau wangi yang melampau macam kita letak softener itu, tapi dalam masa yang sama, baju kita juga tidak berbau hapak. Secara automatiknya, kita takkan tercakap eh wanginya baju aku masa pakai. Untuk pengetahuan, di Mekah dan di Madinah, memang ada servis dobi di mana-mana tapi cuma kita yang tak sempat dan tak ada duit lebih. Huhu. Mahu tak mahu, kena cuci sendiri juga di dalam hotel. Sempat ke basuh? Ya, sempat! Sempat sangat...! Mana nak jemur? Jemur je kat tempat sidai tuala dalam bilik air, tunggu sampai dah hilang air menitis, kemudian sidai pada kerusi ke, pada meja ke, pada mana-manalah yang boleh disidai. Lepastu kering ke takat sidai dalam hotel tak kena matahari? Ya, kering! Sebab Mekah Madinah memang tempatnya panas dan kering, jadi mudah kering hatta kita pergi bulan sejuk-sejuk macam Disember hingga Februari. Apatah lagi kalau pergi bulan lain, lagilah kering. 

Penggunaan sabun serbuk xtrawash ini, sudahlah menyebabkan baju kita hilang bau peluh, tak ada bau hapak, tak payah pakai softener pun tak mengapa. Serius sangat digalakkan untuk sesiapa pergi umrah, pakailah sabun Xtrawash Zhulian untuk basuh baju. Hehe.... 
Ada dua kuantiti:
1kg = RM33 Boleh beli di sini 
3.3kg = RM66 Boleh beli di sini

Lepastu sekarang ini, sekolah dah buka. Kita bukanlah kaya sangat, jadi beli baju setakat 1-2 helai untuk anak kita. Kalau kotor, nak kena basuh. Untuk budak lelaki, bahagian lutut confirm kotor sebab suka main-main lepastu terjatuh. Nak marah pun tak boleh sebab memang sikap budak suka main-main. Jadi, saya gunakan sabun serbuk Xtrawash Zhulian untuk basuh baju anak, memang berkesan! Alhamdulillah tak sangka juga. Dulu, saya guna sabun basuh biasa yang cecair kan, tapi susah nak hilang atas baju putih. Sekarang, dah tahu rahsia sabun Xtrawash, memang tak pilih yang lain. 

Memang kita penjual Zhulian tapi nak cakapnya, memang ini testimoni sendiri, sebab memang kita gunakan. Jadi apa tunggu lagi, cubalah beli. 


Terima kasih.