29 Jan 2016

Mengambil Jahitan Secara Pukal Melaka

Assalam wbt

Rentetan kepada post : Jahitan Sungai Udang,Melaka

Mak kami sekarang menerima tempahan secara pukal jugak uols..
Sensapa nak tempah menjahitkan jahit tepi shawl ke..
then shawl tu nak dijual secara online, meh la datang.

Pun mak juga menerima banyak tempahan langsir..
langsir mak cantik2 uols...


Mai datang ke Banang Amas, wasap mak okey. 0192556265
jangan risau, mak kitorang pandai wasap. hehe



 
Sekian terima kasih. 

17 Jan 2016

Bio-D Pembunuh Pepijat

Assalam wbt

Rumah kami diserang pepijat! Ingat kecik tak bahaya. Tapi pepijat ni hisap darah beb. Abes tangan kaki semua kena hisap. Dah macam kutu. Macam nyamuk pun ada! 

Macam2 kami buat nak bunuh pepijat. Jirus air panas. Iron panas2. Letak daun durian belanda. Basuh ngan sabun. Jemur bawah matahari. Semua ni x berkesan ke atas pepijat kat umah kami. Betapa degil dan mengganasnya mereka! Hahaha... 

Oleh kerana tu, kami tidur depan tv. Bilik dikuarantin 2 minggu. Sebab ada blogger cakap, pepijat ni parasit. Kalau tak dapat hisap darah orang dalam 2 minggu camtu nanti akan mati sendiri. Tapi idok le habis hilang. Tetap ada. 

Baca punya baca. Kami pun belilah. 


Ini dia Bio-D. Pilih yg bed bugs & dust mite control taw. Ada gak Bio-D untuk nyamuk. Pas guna bio-d ni barulah pepijat takmo dekat. Incik hubby cakap bau bio-d menyerupai bau lavendar which pepijat paling tak suka bau tu. Abes semua pepijat di celah pelosok kampung dan hutan keluar sebab x tahan. Hua3..  

Ironinya, kami terpaksalah buang bantal kekabu sebab dipercayai kat situlah tempat telur semua disimpan. Nasiblah.. Lainkali boleh beli lagi. Alhamdulillah semuanya selamat. Kami boleh kembali tidur di bilik. Hehe. 


Oh ye. Nak dapat kat mana? Orang cakap kat giant. Tapi tak jumpe pun. Kat tesco carrefour pun takde. Takyah cari. Kami beli kat jaya grocer. Harga Rm32 sebotol. Cara nak pakai semua die tulis luar kotak. 

Okeyy tu je. Thanksss ;) 

14 Jan 2016

Tips Memilih Vacuum Cleaner

Assalam wbt

Saje je nak share tips. Tips lah sangat~~ haha. Panduan nak pilih vacuum / vacum tu cara paling senang. 

1) check watt / penggunaan kuasa. 1600-2000 watt tu dah okey. Maknanye suction die kuat. Suction tu sedutan/kekuatan sedut habuk. 

2) pilih suction / sedutan yg banyak. 350 tu kira banyak. Kadang2 vacuum ni tak letak bape unit suction dia. Jadi refer kat watt die okey. Kalau vacuum tu guna 1200watt je. Berkemungkinan besar suction tak kuat. Jadi xyah la beli. Hehe

3) pilih yg bagless. Kalau bagless ni senang nak buang habuk. Habuk yg disedut tadi die masuk dalam bekas / canister je. Macam balang. Boleh buang terus ke tong sampah. Kalau jenis ada beg pulak. Habuk masuk dalam beg. Jadi nak buang tu kena tepuk hentak2 kat tong sampah. Boleh bayangkan x? Haha. Pastu sampai satu tahap kene tukar beg nya pulak. Tapi beg tu takdelah mahal pun. Puluh ringgit je. 

Okey itu je la kot. Range vacuum ni rm150-rm350. Selalu orang beli jenama samsung. Tapi kami nye sharp. Hehe. Nak beli masa ada offer la kot. Ok tu je. 


Okey. Sekian terima kasih. 

12 Jan 2016

Langkawi - Bergambar dengan Helang

Assalam wbt

Takde erti langkawi kalau tak amek gambo dengan monumen helang di pekan kuah! Haha. 




Kesimpulannya. 

Percutian keluarga ke langkawi perlu perancangan yg berkualiti. Jangan buat aktiviti yg bukan2 yg tak semua orang boleh buat. Hehe. Kita nak spend time dengan family. Inilah masanya. Terima kasih semua. 

Langkawi - Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah

Assalam wbt 

Selepas sejam kat pulau dayang bunting, naik balik boat yg sama. Dorang bawak gi Pulau Singa Besar. Jeti dah roboh pun. Tunggu kat atas laut je. Maksud aku tak turun boat pun. Kita tengok helang. Bagi helang makan. Tengok dari dekat lah habitat dorang. 

Adalah idle dalam masa 10 minit. Tengok helang sana sini. Sorry tak amek gambo. Tak sempat haha. Sebelum nak gi pulau beras basah, perjalanan agak jaoh. Mengandung 2-3 bulan dan 8-9 bulan toksah naik. Bahaya. 

Then, sampai kat pulau beras basah, takde toilet okey! Kalu rasa nak berhadas kecil dalam laut je. Haha. Tukar baju pun dalam hutan. Takpun disebalik kain batik. Takyah bawak baju extra sangat. Tak sempat tukar. Kecuali baby anak2 lah. Hehe. 

Mandi laut sepuas2 nya. Sampai pengsan. Then panggil lah boat korang untuk balik. Hehe. 




Ada telaga dalam berisi air. Pas mandi laut. Basahkan badan sekadar guna baldi camtu je lah. Hehe. Nak mandi bebetul balik rumah. Kekeke. 

 Monyet banyak taw. Jadi hati2 bila makan. Nanti dorang mintak dengan pelahapnya. 


Setelah sampai ke jeti semula, kami balik homestay. Tidur!  

Sambung nanti. 

Terima kasih. 


Langkawi - Pulau Dayang Bunting

Assalam wbt

Siri pertama island hoping ialah pulau dayang bunting. Kononnya dayang bunting ialah orang bunian. Dia kebumikan anak nya di tasik dayang bunting. Dipercayai amek air dayang bunting nanti boleh pregnant. Eh takyah percaya kot. Aku tak amek. Sejam je kat sini. Sebelum pergi pulau singa besar. 

Sebelum tu, pastikan ingat nombor boat yg kita naik. Sebab nanti nak pergi pit stop lain, depa kat jeti sebut nombor boat je.. Then pandai2 cari. Sampai je kat jeti pulau dayang bunting, 




Nak masuk bukan free. Bayar lagi RM3 utk dewasa. Ada makan minum. Harga tak tahu sebab tak beli. Ada toilet gak. Tapi tapi nak ke tasik tu jalan jaoh gak. Kalau bawak orang yg veteran dan x larat jalan, toksah lah gi. Kesian. 




Gambar di atas, tengok dari kiri, ada bukit kan. Bukit tu menyerupai muka, dada dan perut mengandung yg kononnya dipercayai dayang bunting. Tempat berenang tu, boleh kayak dan naik/kayuh itik tu berdua. Berenang ada tempat baby/budak2.. Ada juga tempat awam yg luas. Tapi sewa jaket keselamatan dan pelampunglah. Hehe. So far okey ;) 

Sambung lagi nanti. 

Terima kasih. 

Langkawi - Island Hoping


Assalam wbt 

Island hoping benda paling best. Nak tahu pakej ape. Call kak Watie. 0194523599 , 049594988  company rainforest travel sdn bhd. Harga berpatutan. Kami satu boat 8 orang, RM250, island hoping. 

Banyak pakej kilim geopark mangrove tour + eagle feeding. Pakej A (1 jam), pakej B (2 jam), Pakej C (3 jam) dan pakej D (4 jam). Boleh baca details kat www.langkawinorthernrainforest.com 
Semua nye range Rm200 - Rm500. Pergi ramai2 senang. Kalu pergi berdua tu aku x pasti bape hinggit. 

Island hoping 4 jam. Masa ada 930am atau 230pm je. Pergi pulau dayang bunting, pulau beras basah dan pulau singa besar. 

Fishing trip 4 jam. Rate Rm500 termasuk fishing set. Yg ni lah kalu nak berkayak, snorkeling, scuba etc. nak tahu lanjut call no dorang. 




Details pulau-pulau kat lain post. Hehe. Kbai. 

Langkawi - Muzium Galeri 3D Art

Assalam wbt

Lokasi yg sama dengan cable car. Kalau masuk bukan combo dengan cable car, RM30 dewasa. Takde ic, RM38. Nak masuk kalu guna pakej combo, resit jangan hilangkan! Sebab apa? Sebab nak masuk galeri 3D art ni kena claim tiket guna resit tu! Nasib baik depa tak hilangkan. Fuhhh. 

Masuk tu kena bukak selipar/sandal/kasut taw. Kaki ayam lah kiranya. Then amek gambo la puas2... Takde sape nak halang. Ikut kretiviti masing2. Hehe







Okey. Penat jugak sebab jalan aje. Dan si kecik Naqib suka bergambar. Haha. 

Sambung lagi nanti.


Terima kasih. 

Langkawi - Beras Terbakar

Assalam wbt

Memang semua mesti nak pergi beras terbakar ni kan. Tengok sign board jua. Senang! Hehe. Parking tak banyak. Pandai2 carik k. Baju seluar cenderhati murah kat sini. Beli banyak2 je kat sini nanti senang. Hehe. 

Ada lah kesan tapak beras dibakar. Depa pagarkan. Beras yg dibakar pun ada lagi satu pinggan. Depa letak dalam kotak kaca. Tapi lupa amek gambo. Aku ada baca sejarah nya tapi dah lupa. Nanti kome datang baca balik la ye. Hehe. 

Then amek kesempatan utk bergambar dgn family. Jadikan cenderhati kat pinggan tu. Harga RM10 je. Murah dan cantik kakak tu amek gambo. Semua muka happy! 

Nanti ada gambar aku letak. Ehheh 

Sambung nanti. 


Terima kasih. 


Langkawi - Cable Car dan Sky Bridge

Assalam wbt

Untuk orang first timer gi langkawi, nak naik cable car ni memang memerlukan kesabaran yg tinggi. Ada macam2 kaunter nak beratur beli tiket. Aku cadangkan untuk kurangkan masa beratur, pergi amek kaunter 5, kaunter combo. 

Combo ape, combo naik cable car, sky dome dan 3d art. Harga tiket RM48. Kalau beli asing2 orang yg ada IC malaysia, cable car RM20, 3D art RM30. Jimat sikit je. Tapi yg penting jimat masa beratur. 

Nak beratur pulak, wakil aje okey? Bawak ic siap2 ke kaunter. Jangan semua satu family beratur. Sila simpan tenaga untuk beratur panjang nanti. Hehe. Kami dapat masuk pintu utama jam 1115 pagi. Dan beratur lama. Masuk dulu sky dome. Sky dome ni cam small cinema kot. Aku ta masuk. Haha. Okey then sambung beratur lagi. Dalam 1230 tengah hari baru dapat masuk. 

Kalau malas beratur, amek lah tiket vip RM80 seorang. Cepat giler! Takyah sesusah beratur cam kami. 

Satu gondola muat dalam 6 orang. Boleh je kalau nak berdua je dalam gondola tu. Ikut kome la. Nak tak nak aje. Kami berlima je dalam tu. Ada gondola yg lantai kaca. Mau seram sejuk. Jadi kami ambil yg biasa2 je. Hehe. 



Lupa. Cable car ni berada di Gunung Machincang. Sampai ke puncak kami pergi. Setiap kali nak naik tu, mesti amek gambar. Boleh je tolak. Sebab harga melampau2. Satu gambar RM20. Kami tak nak pun amek. Lantak depa. Kekekkee. 

Bila dah naik, akan stop di middle point. 




Sejuk wey! Jangan risau ada toilet 50sen. Ada juga tempat jual air dan makanan. Hehe. Then beratur lagi untuk naik cable car sampai ke puncak! 

Kat puncak ada pakej pergi sky bridge. Tambah RM5 kalau kome larat nak jalan jaoh2, naik turun tangga berpanas. Tapi tambah RM15 untuk naik train sampai ke sana. Aku nasihatkan naik train. Jauh! Serious! Kat sky bridge ada dua je lantai kaca. Ala2 seram masa nak jalan gitu je la. Hehe. 

Kat last stop ni kita tengok pemandangan sana sini camtu je. Hehe. Dah berpuas bergambar. Bersejuk. Atas awan tuh, boleh turun. Beratur lagi sampai cable car tiba. Then turun dengan hati yg gumbira. 

Sambung lagi. 


Sekian terima kasih.