Untuk orang first timer gi langkawi, nak naik cable car ni memang memerlukan kesabaran yg tinggi. Ada macam2 kaunter nak beratur beli tiket. Aku cadangkan untuk kurangkan masa beratur, pergi amek kaunter 5, kaunter combo.
Combo ape, combo naik cable car, sky dome dan 3d art. Harga tiket RM48. Kalau beli asing2 orang yg ada IC malaysia, cable car RM20, 3D art RM30. Jimat sikit je. Tapi yg penting jimat masa beratur.
Nak beratur pulak, wakil aje okey? Bawak ic siap2 ke kaunter. Jangan semua satu family beratur. Sila simpan tenaga untuk beratur panjang nanti. Hehe. Kami dapat masuk pintu utama jam 1115 pagi. Dan beratur lama. Masuk dulu sky dome. Sky dome ni cam small cinema kot. Aku ta masuk. Haha. Okey then sambung beratur lagi. Dalam 1230 tengah hari baru dapat masuk.
Kalau malas beratur, amek lah tiket vip RM80 seorang. Cepat giler! Takyah sesusah beratur cam kami.
Satu gondola muat dalam 6 orang. Boleh je kalau nak berdua je dalam gondola tu. Ikut kome la. Nak tak nak aje. Kami berlima je dalam tu. Ada gondola yg lantai kaca. Mau seram sejuk. Jadi kami ambil yg biasa2 je. Hehe.
Lupa. Cable car ni berada di Gunung Machincang. Sampai ke puncak kami pergi. Setiap kali nak naik tu, mesti amek gambar. Boleh je tolak. Sebab harga melampau2. Satu gambar RM20. Kami tak nak pun amek. Lantak depa. Kekekkee.
Bila dah naik, akan stop di middle point.
Sejuk wey! Jangan risau ada toilet 50sen. Ada juga tempat jual air dan makanan. Hehe. Then beratur lagi untuk naik cable car sampai ke puncak!
Kat puncak ada pakej pergi sky bridge. Tambah RM5 kalau kome larat nak jalan jaoh2, naik turun tangga berpanas. Tapi tambah RM15 untuk naik train sampai ke sana. Aku nasihatkan naik train. Jauh! Serious! Kat sky bridge ada dua je lantai kaca. Ala2 seram masa nak jalan gitu je la. Hehe.
Kat last stop ni kita tengok pemandangan sana sini camtu je. Hehe. Dah berpuas bergambar. Bersejuk. Atas awan tuh, boleh turun. Beratur lagi sampai cable car tiba. Then turun dengan hati yg gumbira.
Sambung lagi.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment