12 Jan 2016

Langkawi - Pulau Dayang Bunting

Assalam wbt

Siri pertama island hoping ialah pulau dayang bunting. Kononnya dayang bunting ialah orang bunian. Dia kebumikan anak nya di tasik dayang bunting. Dipercayai amek air dayang bunting nanti boleh pregnant. Eh takyah percaya kot. Aku tak amek. Sejam je kat sini. Sebelum pergi pulau singa besar. 

Sebelum tu, pastikan ingat nombor boat yg kita naik. Sebab nanti nak pergi pit stop lain, depa kat jeti sebut nombor boat je.. Then pandai2 cari. Sampai je kat jeti pulau dayang bunting, 




Nak masuk bukan free. Bayar lagi RM3 utk dewasa. Ada makan minum. Harga tak tahu sebab tak beli. Ada toilet gak. Tapi tapi nak ke tasik tu jalan jaoh gak. Kalau bawak orang yg veteran dan x larat jalan, toksah lah gi. Kesian. 




Gambar di atas, tengok dari kiri, ada bukit kan. Bukit tu menyerupai muka, dada dan perut mengandung yg kononnya dipercayai dayang bunting. Tempat berenang tu, boleh kayak dan naik/kayuh itik tu berdua. Berenang ada tempat baby/budak2.. Ada juga tempat awam yg luas. Tapi sewa jaket keselamatan dan pelampunglah. Hehe. So far okey ;) 

Sambung lagi nanti. 

Terima kasih. 

Langkawi - Island Hoping


Assalam wbt 

Island hoping benda paling best. Nak tahu pakej ape. Call kak Watie. 0194523599 , 049594988  company rainforest travel sdn bhd. Harga berpatutan. Kami satu boat 8 orang, RM250, island hoping. 

Banyak pakej kilim geopark mangrove tour + eagle feeding. Pakej A (1 jam), pakej B (2 jam), Pakej C (3 jam) dan pakej D (4 jam). Boleh baca details kat www.langkawinorthernrainforest.com 
Semua nye range Rm200 - Rm500. Pergi ramai2 senang. Kalu pergi berdua tu aku x pasti bape hinggit. 

Island hoping 4 jam. Masa ada 930am atau 230pm je. Pergi pulau dayang bunting, pulau beras basah dan pulau singa besar. 

Fishing trip 4 jam. Rate Rm500 termasuk fishing set. Yg ni lah kalu nak berkayak, snorkeling, scuba etc. nak tahu lanjut call no dorang. 




Details pulau-pulau kat lain post. Hehe. Kbai. 

Langkawi - Muzium Galeri 3D Art

Assalam wbt

Lokasi yg sama dengan cable car. Kalau masuk bukan combo dengan cable car, RM30 dewasa. Takde ic, RM38. Nak masuk kalu guna pakej combo, resit jangan hilangkan! Sebab apa? Sebab nak masuk galeri 3D art ni kena claim tiket guna resit tu! Nasib baik depa tak hilangkan. Fuhhh. 

Masuk tu kena bukak selipar/sandal/kasut taw. Kaki ayam lah kiranya. Then amek gambo la puas2... Takde sape nak halang. Ikut kretiviti masing2. Hehe







Okey. Penat jugak sebab jalan aje. Dan si kecik Naqib suka bergambar. Haha. 

Sambung lagi nanti.


Terima kasih. 

Langkawi - Beras Terbakar

Assalam wbt

Memang semua mesti nak pergi beras terbakar ni kan. Tengok sign board jua. Senang! Hehe. Parking tak banyak. Pandai2 carik k. Baju seluar cenderhati murah kat sini. Beli banyak2 je kat sini nanti senang. Hehe. 

Ada lah kesan tapak beras dibakar. Depa pagarkan. Beras yg dibakar pun ada lagi satu pinggan. Depa letak dalam kotak kaca. Tapi lupa amek gambo. Aku ada baca sejarah nya tapi dah lupa. Nanti kome datang baca balik la ye. Hehe. 

Then amek kesempatan utk bergambar dgn family. Jadikan cenderhati kat pinggan tu. Harga RM10 je. Murah dan cantik kakak tu amek gambo. Semua muka happy! 

Nanti ada gambar aku letak. Ehheh 

Sambung nanti. 


Terima kasih. 


Langkawi - Cable Car dan Sky Bridge

Assalam wbt

Untuk orang first timer gi langkawi, nak naik cable car ni memang memerlukan kesabaran yg tinggi. Ada macam2 kaunter nak beratur beli tiket. Aku cadangkan untuk kurangkan masa beratur, pergi amek kaunter 5, kaunter combo. 

Combo ape, combo naik cable car, sky dome dan 3d art. Harga tiket RM48. Kalau beli asing2 orang yg ada IC malaysia, cable car RM20, 3D art RM30. Jimat sikit je. Tapi yg penting jimat masa beratur. 

Nak beratur pulak, wakil aje okey? Bawak ic siap2 ke kaunter. Jangan semua satu family beratur. Sila simpan tenaga untuk beratur panjang nanti. Hehe. Kami dapat masuk pintu utama jam 1115 pagi. Dan beratur lama. Masuk dulu sky dome. Sky dome ni cam small cinema kot. Aku ta masuk. Haha. Okey then sambung beratur lagi. Dalam 1230 tengah hari baru dapat masuk. 

Kalau malas beratur, amek lah tiket vip RM80 seorang. Cepat giler! Takyah sesusah beratur cam kami. 

Satu gondola muat dalam 6 orang. Boleh je kalau nak berdua je dalam gondola tu. Ikut kome la. Nak tak nak aje. Kami berlima je dalam tu. Ada gondola yg lantai kaca. Mau seram sejuk. Jadi kami ambil yg biasa2 je. Hehe. 



Lupa. Cable car ni berada di Gunung Machincang. Sampai ke puncak kami pergi. Setiap kali nak naik tu, mesti amek gambar. Boleh je tolak. Sebab harga melampau2. Satu gambar RM20. Kami tak nak pun amek. Lantak depa. Kekekkee. 

Bila dah naik, akan stop di middle point. 




Sejuk wey! Jangan risau ada toilet 50sen. Ada juga tempat jual air dan makanan. Hehe. Then beratur lagi untuk naik cable car sampai ke puncak! 

Kat puncak ada pakej pergi sky bridge. Tambah RM5 kalau kome larat nak jalan jaoh2, naik turun tangga berpanas. Tapi tambah RM15 untuk naik train sampai ke sana. Aku nasihatkan naik train. Jauh! Serious! Kat sky bridge ada dua je lantai kaca. Ala2 seram masa nak jalan gitu je la. Hehe. 

Kat last stop ni kita tengok pemandangan sana sini camtu je. Hehe. Dah berpuas bergambar. Bersejuk. Atas awan tuh, boleh turun. Beratur lagi sampai cable car tiba. Then turun dengan hati yg gumbira. 

Sambung lagi. 


Sekian terima kasih. 


Langkawi - Muzium Kota Mahsuri

Assalam wbt

Nak pergi muzium mahsuri ni tengok signboard je. Memang jumpa. Kalu tak jumpa, waze. Jumpa la nanti. Heheh. 

Masuk rm10 utk dewasa dan rm5 utk kanak2. Apa ada? Ada makam mahsuri, rumah mahsuri, telaga mahsuri, rumah tok ketua, rumah tok hitam, (sorry tak caps lock nama khas) .. Rumah MAhsuri je aku rasa yg dorang kekalkan. Ala2 lama nipah semua. Yg lain tu maybe banyak juga diperbaiki kot. Hehe. Agak aje. Makam nye besar. 

Pastu ada muzium kecik cerita pasal mahsuri family. Sejarah langkawi sket. Tapi ada juga pasal astronomi. Yg tu aku tak tahu kenapa. Hehe. Tapi tak dan nak baca semua. Nak cepat. Parking tak banyak. So pandai2 carik parking. 




Setengah hari juga gi sana. Tapi tempat wajib pergi orang cakap. Hehe.

Sambung lagi cerita nanti. 

Terima kasih. 



Pengenalan Percutian Keluarga di Langkawi

Assalam wbt

Fuhh lama gile x update blog sebab busy sangat2.. Rini banyak masa sebab aku kat klinik. Ramai orang. Jadi aku boleh lah share sket pengalaman percutian orang noob dan nooby dan ala2 jakun sikit ke langkawi. Percutian ni best dan happening dan mencabar sebab ramai2.. 8 dewasa dan sorang baby. 

Nak pergi sini naik flight lagi senang. Nak murah kene book awal dan tak pilih waktu cuti sekolah sebab ramai sangat orang. Kalau nak book kereta, boleh je google. Book homestay pun. Kalau nak book kenderaan besar yg memuatkan ramai orang, ada satu company kat jeti kuah yg sediakan perkhidmatan sewa tu. Tapi aku x amek no die. Servis teruk giler weh. Harga ikut saiz kenderaan. 




Kami ambil flight pukul 730, check in siap2 okey. Pastu print siap2 gak. Borang itenary, seat pergi, seat balik. Sonang nanti. 

Nak pilih tempat tinggal, kalu boleh pilih homestay, sebab ada mesin basuh. Takyah bawak barang banyak2.. Baju seluar boleh beli je kat pasar malam kat tapak parking under water world! Murah okey!! Atau pun kat area beras terbakar. Jangan beli seluar baju souvenir kat HIG, mahal uols! Hahah


Nak beli barang murah, boleh masuk kat area under water world. The zone namanya kalau tak silap. Murah coklat nye. Seangkatan dengan HIG(haji ismail group kot) kat pekan kuah. 

Makan? Mana2 je asal jumpa. Kat tepi jalan banyak kedai. Aku x tahu mana sedap mana x sedap. Asal lapar ye makan. Hehe. 


Okey. Sambung part lain. 










Terima kasih. 

14 Nov 2015

Review Kafe Jalan Tiung, Shah Alam

Assalam wbt

Kami saje melawat kafe jalan tiung. Sebab haritu masuk dalam safiya. Cam canggih kot. Alamat kat jalan 9/j9 tuanku ampuan zabedah seksyen 9, shah alam. Tingkat 2, atas ani sup utara. 

Komen kami. 
1) hanya ada kek aje. Tak banyak sangat choice. Takde makanan lain cam roti/pasta/spageti etc. air pun tak banyak choice sangat. Cookies ada satu jenis je. Harga rata-rata kek satu slice rm10 kot. Air dalam rate rm8-12. Cookies 5keping berharga rm10, tapi ada cicah air susu. 

2) rasa kek? Not bad. Manis. Kami beli yg ala2 oreo. Die bagi garfu kecik by default. Sudu ada tapi self service. Air kosong sejuk or tak sejuk free je kat tepi kaunter. Tisu pun ada. 





3) kemudahan. Ada toilet. Dua toilet. Tapi dua2 umum. Takde laki or pempuan sign. Sinki ada. Aku kurang selesa sket toilet campur ni. Haha. Kerusi baby ada satu je so far kot. Ke aku x pasan. Xtaw la. Hehe. Kafe kecik tapi ramai orang. 

4) servis okey je. Not bad. Hehe

Kesimpulannya. Kafe ni tak sesuai utk kami yg ada anak kecik. Sesuai utk santai sorang2/dating/meeting reunion/jumpa client ...  Hehe. Tapi try lah kalau nak try. Okey je. 



Okey. Sekian thankss. 


4 Nov 2015

15 Perkara Tentang Duduk Asrama yg Kita Selalu Ingat

Assalam wbt

Aku bila terkenang duduk asrama ni, memang akan ingat sangat perkara2 ni. bukan semua asrama amalkan bende ni rupa2nya. hehe...aku dedikasikan cerita ini especially kepada ex-roomate (Khairunnisa Shamsuddin, Nor Aimuni Md Rashid dan Noraisyah Mahmuddin, ex-MRSM Kuala Klawang 2001-2003, ex-MRSM Jasin 2004-2005)

1) Sistem "AFTER"
AFTER ni ramai orang guna. sistem ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara itu selepas orang terdahulu melakukannya. contoh penggunaan, A basuh kain, B nak basuh kain after A. so A kena cakap "After" basuh kain...  itu kuasa perkataan "After" ehehehe...

2) Cop mandi guna barang toiletries. 
Susun toiletries depan pintu toilet. instead of nak tunggu kat situ. so kita letak je barang kita kan. before cop tu, tanya dulu sape kt dalam. in case kita takde depan tu, die boleh tolong panggil kita. kalau takde orang tunggu, cara nak cut Q pulak... jerit kuat2 "dalam kiraan 10, toilet no 1 dari kiri, 10,9,8,,,,,1, okey takde orang, saya potong Q!" pastu apa lagi potong lah.. haha....
kalau macam ni, ada 6 barang depan toilet, maknanye kena tunggu 6 orang mandilah baru sampai turn kita. hahaha


3) turn basuh kain / iron baju
mesti kena basuh pagi2 hari sabtu atau petang jumaat. atau malam sabtu. itu waktu kemuncak orang paling malas nak basuh. semua duduk2 leisure2.. nak menunggu cuti.. mesti kena basuh atau iron waktu ni je.. the rest waktu sangat tak menyempat.

4) baca Al-Mulk atau As-Sajadah before tidur
mesti baca Al-Mulk atau As-Sajadah tepi longkang depan bilik masing2... before tidurlah. sebab kat asrama kan banyak gangguan. so pendinding jugak lah.

5) "Lights off!"
jeritan lights off 5 minit sebelum pukul 11 malam. abes lah kalau homework belum siap. kena buat depan pintu. ataupun pasang lampu picit dalam bilik yg gelap. untunglah sape dok depan lampu kakilima. boleh tumpang lampu. hehe

before tidur nanti, pengawas akan sebut. "dalam kiraan 10, lights off ! 10,9,.....1, lights off ! " kang kalau bilik aku tak lights off lagi. "bilik A106, lights off!" terpaksalah lights off. tak lights off gak., dorang ketuk2 pintu bilik pulak. aduh...

6) Roll-call pagi-pagi
lepas sarapan, nak ada roll call pulak. masa aku lower form, roll call kat asrama puteri je.. (aspuri). bila dah upper form, campur laki perempuan. best tu best dapat usha2 gitu kan... tapinye kalau kena denda cam bangun lewat, panjang kuku, tak pakai kain dalam. memang kantoi lah. hehee... roll call selalunye nyanyi lagu sekolah, doa, ucapan2 sket drp warden n pengawas. dalam 10-15minit je.

7) waktu riadah
waktu riadah adalah pukul 5-6 petang. mesti keluar aspuri. so kitorang duduk kat bangku gazebo depan aspuri je. kehkeh. pastu nak terus makan. sonang. pastu mandi pas makan. tak senonoh kan. mana tak buncit nye dulu. nak main? oh memang malas lah. bila dah f5 tu rajin sket lah. main baling selipar, rounders ke ape. haha

8) makan 6 kali sehari
sarapan, rehat, lunch, minum petang, dinner, supper. 6 kali wey ! mana tak gemok ! haha. makan memang tak sedap sangat pun tapi aku tetap suka makan. hehe

9) outing
outing gilir2, minggu ni laki. minggu depan perempuan. pastu tempat yg paling kami suka pergi. oleh sebab aku sekolah kat jasin, melaka. apa lah sangat yg ada. jadi tempat paling best nak gi ialah family store, tenten, camtu je. haha.. pastu pergi pasar beli mee tangkak (banyak kerang). pastu laki mesti nak kirim majalah pendekar laut tu. leceh betul. haha..

10) radio PALITO ! 
hahaha. ni radio paling legend untuk kami. satu RM8 kot. dah rosak, kena beli baru. selalu pakai masa prep, masa basuh kain, malam2 menemani masa belajar/stay up. radio ni cuma boleh dengar lagu je. takleh dengar kaset. lagi2 malam masa ada carta ikim, ahad carta era / zaman konsert af ,, memang sangat berjasa ! hahaha

11) makanan paling sedap adalah hari jumaat waktu lunch !
jumaat makan lepas dak laki makan. sebab masa dorang nak solat jumaat. nanti kita perempuan akan dengar ceramah dulu. tak kisahlah sape yg bagi tazkirah tu. ustazah atau biro agama... atau sape2 aje. pastu kita akan parking selipar paling dekat ngan pintu. sebab nak cop nak makan. once settle je ceramah, lari lintang pukang ke kaunter dewan selera! dah la kalau cop sampai 1 kelas ! haha... memang naya lah nak tunggu. ari jumaat makan nasi ayam merah ngan eskrim. lambat2 nanti ayam kecik je. takbest. hampeh betul...

12) malam weekend ada ceramah kat surau
kalau ada ceramah tu, semua akan bukak tirai, perempuan akan masuk kat bahagian laki. masa ni paling excited. eh bukan nak dengar ceramah tu. sebab alang2 nak usha orang yg kita suka. haha. nak tengok die ada ke tak masa dengar ceramah. apa yg dia buat. pastu gelak2.. eh tak senonoh betul kan. kakakakkakaa...

13) group halaqah ilmu
okey halaqah ilmu ni kalau takde ceramah. adalah naqib naqibah. naqib tu, pembimbing lelaki. naqibah pembimbing perempuan. contoh aktiviti, baca quran, sharing session, camtulah. aku dulu nak sangat jadik naqibah. tapi masa aku teviu tu, orang tu tak suka kat aku, so die taknak aku jadi naqibah. apalah main2 soal personal. tapi lantaklah. aku tak rugi pape pun. hehe

14) inspection hari ahad
ahad aje ada inspection ! paling malas. kah2. sebab kena kemas bilik. pastikan cadar tegang. takde habuk. basuh tingkap. sapu lantai. pastu lagi tak best kalau dorang ni exchange pengawas. pengawas laki gi tengok aspuri. vise versa. kalau dapat yg pengawas laki yg tinggi2,,, kau die check atas almari tu sampai hujung2 tu. cuma yg best. dalam almari dia tak check. kalau pengawas perempuan, dia akan check. hehe... tapi kami tak pernah kena denda. aku pun lupa denda die rupa camne. hehe

15) last but not least, MINGGU ORENTASI
minggu orentasi ni paling tak best kalau jadi budak baru masuk. memang kena ragging. hehe... kena amek semua tandatangan senior siap dengan nama penuh. nama timangan. kelas. nombor bilik. kalau ada yg senang tu mintak terus dapat. kalau yg jenis cerewet, siap ada balang untuk kita withdraw, apa denda yg kita kena buat before dapat tandatangan dia.

contoh denda, peluk tiang cakap i love u. tendang tong sampah, then pungut balik masukkan semula. nyanyi. tiup kipas sampai pusing. naik kerusi kat taman dan jerit i love u. macam2 lah denda nya. terpaksa buat. kalau tak dapat tandatangan depa nanti kena denda lebih teruk... tapi masa aku jadi senior, kitorang dah tak buat teruk2..cewwaahhhh

********************************************************
okey itu aje 15 perkara yg paling best. yg lain2 macam fly ke ape tu.. tak semua orang buat. cam aku pun tak pernah fly. haha.. budak skima kan...


okey sekian, terima kasih.

3 Nov 2015

Klinik Soraya Seksyen 3, Shah Alam

Assalam wbt

Okey kalau nak cari mana nak scan preggy, scan baby, scan pregnant, kat shah alam, meh la datang kat seksyen 3. Klinik soraya namanye. 

Harga okey. Haritu scan dalam rm60 camtu. Walk in saje. Kalau nak scan kat hospital salam ke, kena buat appointment dulu taw. Doc perempuan. Peramah. Tapi aku lupa tanya nama doc. Eheehe. Cuma ala ala environment nye agak suram gituh. Haha. 

Okey takde gambo. Sekian tq.