TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

Beli dengan Toyyibpay RM5 sahaja: Doa dari Al-Quran untuk Ibu Hamil (pdf)

20 Feb 2026

Tolong Unlink Google Photos dengan Handphone Android Korang!

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Sebenarnya aku ada masalah dengan gmail haritu, ada dapat notification storage full. jadi apa yang aku buat, aku unlink device (handphone) aku dengan gmail. kalau korang guna android, automatik gambar korang akan disimpan dalam gmail yang berdaftar dengan device korang. kalau iphone, kebanyakan akan disimpan dalam i-cloud jadi jarang ada masalah macam ini. 




korang ada nampak google photo kan, korang tekan situ, dan cari mana nak unlink. aku nak tunjuk tak boleh sebab aku dah unlink lama. tapi boleh refer kat SINI ada la omputeh ni share cemana nak unlink. masalah kalau link simpan gambar dalam album photo dan google photo, dia macam sync. aku delete dalam google photo, dia delete juga dalam album photo. lagi satu masalahnya kite link dua-dua ni, sepupu aku cerita, gambar personal dia pun ada orang hack... bahaya wooo!


 kemudian, korang dah unlink, korang tekan google photo warna kuning tu kan, delete all. make sure dah backup siap2 gambar dalam handphone. lepas dah delete semua, fuuuuh terus kosong beb! dah tak payah kau subscribe more storage dengan google. buat apa kau nak more storage bagai kalau boleh delete je. aku sejenis manusia yang tak simpan memori sangat kat handphone. aku banyak print gambar. hehe



Sorry tak banyak membantu gambar tapi aku bagi idea je. hehe.. okayyyy terima kasih


19 Feb 2026

Selamat Berpuasa, Berapa Jam Negara Anda Berpuasa?

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Selamat berpuasa! Hari ini hari pertama kita berpuasa di bulan Ramadan pada tahun ini. Jangan lupa niat puasa, kalau tak, batal puasa korang kang. hehe...


Okaylah. sebenarnya berapa lama kita puasa sehari? mengikut perkiraannya, dalam 13 jam sahaja. kejap sangat. kalau iF hari-hari pun lagi lama. IF selalu 18 jam sehari. hehe. cumanya 13 jam pada bulan Ramadan lebih bernilai di sisi Allah.

Baiklah, jom kita bandingkan dengan puasa di negara lain.

gambar ihsan Cinta Gaza


Moga bermanfaat ilmunya. Terima kasih.

16 Feb 2026

Beg Tangan Korang Mahal Ke Tidak?? *Beg Tier*

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Hari ini aku nak share Beg Tier.

Beg Tier ini adalah peringkat mahalnya beg tangan berjenama di dalam dunia. sekarang ini, banyak sangat kita jumpa waniter pakai beg berjenama Micheal Kors dan Coach, memang sangat mampu milik ya.. Hehe.. sebab itu, dua jenis beg ini dalam kategori affordable. Beg termahal tak lain dan tak bukan, ialah brand Hermes. memang menabung sejak kecil kalau kau nak beli, ataupun kau memang kaya sangats ! hehe



Okay sekarang apa jenama beg tangan korang? hehe...

Semoga bermanfaat!


2 Feb 2026

Ambiverts vs Omniverts?


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Sebenarnya aku pun tak pandai sangat nak memahami konsep vert-vert ini, jadi korang nilaikan sendiri, korang yang mana lah ya... 


Semoga bermanfaat! 

1 Feb 2026

Jangan Percaya Waktu Solat di GOOGLE??


اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Selalunya, dan kebanyakan orang akan google je waktu solat, kat GOOGLE. tapi sebenarnya korang sedar tak, tak semestinya tepat tau. ingat, syarat sah solat ialah masuk waktu solat, jadi janganlah pulak korang suka-suka je, tak masuk waktu solat kang tak sah. dah maknanya korang kenalah qada solat. kalau tak pasti pulak, dah berhutang dengan Allah sebab tak qada lagi. panjang consequence dia. 

Tengok dua gambar ini, berbeza ya.

Yang diperakui JAKIM vs Google

Subuh 👉 6:18 pagi vs 6:19 pagi (TAK SAMA!)

Zohor 👉 1:30 petang vs 1:28 petang (TAK SAMA!) 

Asar 👉 4:47 petang vs 4.47 petang 

Maghrib 👉 7:29 malam vs 7:29 malam 

Isyak 👉 8:39 malam vs 8:39 malam


Boleh check di sini kalau guna website. Waktu Solat Malaysia 


yang ini google je pemalas sikit kan. tapi jangan percaya bulat-bulat tau!


Semoga memberi manfaat.


Terima kasih!