TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

21 Feb 2023

Doa Semoga Dipermudahkan Urusan (Surah Al-Kahfi Ayat 10)

Assalam wbt,

اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوْا رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا 10. 
(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, “Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.”

Bacalah Surah Al-Kahfi ayat 10 agar segala urusan kita dipermudahkan; yang saya highlight. Insya Allah moga-moga mudah urusan temuduga, urusan jumpa boss, urusan kereta, urusan nak peperiksaan dll. 

Insya Allah. adapun, keyakinan itu sangat diutamakan.


Terima kasih. 

20 Feb 2023

Doa Supaya Dikejutkan daripada Tidur Pada Waktu Yang Dikehendaki (Surah Ali Imran ayat 103)

Assalam wbt,

Inilah doa yang dibaca supaya kita boleh "dikejutkan" daripada tidur pada waktu yang kita kehendaki. Bacalah Surah Ali Imran ayat 103.


وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللّٰهِ جَمِيْعًا وَّلَا تَفَرَّقُوْا ۖوَاذْكُرُوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ اِذْ كُنْتُمْ اَعْدَاۤءً فَاَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهٖٓ اِخْوَانًاۚ وَكُنْتُمْ عَلٰى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَاَنْقَذَكُمْ مِّنْهَا ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَكُمْ اٰيٰتِهٖ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ  103. 
Dan berpegangteguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk.


InsyaAllah. 

Adapun, kalau korang tak baca pun doa ini, korang mohon sebelum tidur agar "dikejutkan" untuk menunaikan solat malam, itu pun sudah baik sebab ada niat. Jangan tak ada niat langsung, sudahlah. Aku juga bercakap pada diri aku sendiri. 

19 Feb 2023

Doa Pengasih Surah Ali Imran ayat 31

Assalam wbt,


قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللّٰهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللّٰهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ ۗ وَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ ((31. 

Katakanlah (Muhammad), “Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


Ayat 31 Surah Ali Imran menerang doa pengasih. Menyelusuri ayat ini, "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku". 'Aku' dalam konteks ayat ini ialah Rasulullah SAW. Jika kita cinta Nabi, maka automatiknya kita cinta Allah. Apabila kita mencintai Allah sepenuhnya, maka Allah mencintai kita. Apabila Allah mencintai kita, automatiknya seluruh alam mencintai kita. Begitulah hikmahnya ayat ini. Bukan sekadar mengamalkan tetapi memahami mengapa, dan kita memang disuruh mencintai Allah dan Rasulullah. 

Subhanallah.

Moga bertambah cinta kepada Allah dan Rasulullah.

Hablumminallah
Hablumminannas

Terima kasih

17 Feb 2023

Doa Pagi dan Petang Surah Al-Baqarah Ayat 286

Assalamualaikum wbt

Jom baca doa pagi dan petang iaitu Surah Al-Baqarah ayat 286.


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".


Aamiin, semoga kita amalkan sama-sama. Insya Allah. 


16 Feb 2023

Doa Semoga Diberikan Jalan Keluar Daripada Masalah Surah At-Taubah Ayat 128-129

Assalam wbt,

Semoga kalian tenang-tenang saja. Banyak masalah yang kita tidak boleh selesaikan di dunia. Semoga Allah saja yang mampu membantu kita memberikan jalan keluar yang tidak disangka-sangka. Aku juga pernah begitu. Memohon Allah semoga diberikan jalan keluar yang sangat mustahil boleh dilakukan oleh manusia. Mak mertua aku yang kongsikan ayat ini untuk aku bacakan setiap kali ada kerungsingan yang tak dapat dibendung dari hati. Jujurnya, memang mujarab. Alhamdulillah. 


Surah At-Taubah ayat 128-129

Ayat 128: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Ayat 129: Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang tinggi.

Bacalah dengan yakin kepada Allah, 7 kali setiap selepas solat fardhu.

Tidaklah akan Allah makbulkan doa seseorang selagi mana orang tersebut berkata, bila Allah nak makbulkan permintaan aku? 

Semoga bermanfaat. Terima kasih. 

15 Feb 2023

Jom Kenal Nasab Rasulullah SAW

Assalam wbt dan Hai,

Jom kita dengarkan nasab Rasulullah dan hafal sama-sama.
Kredit kepada Ustaz Neezam Al Banjari


Nabi Muhammad ibnu Abdillah,
Ibnu Abdil Mutalib, Ibnu Hasyim,
Ibnu Abdil Manaf, Ibnu Qusai, Ibnu KIlab,
Ibnu Murrah, Ibnu Ka'ab, Ibnu Lu'ai, 
Ibnu Ghalib, Ibnu Fihr, Ibnu Malik,
Ibnu Nadhr, Ibnu Kinanah, Ibnu Khuzaimah,
Ibnu Mudrikah, Ibnu Ilyas, Ibnu Mudhar,
Ibnu Nizar, Ibnu Ma'ad, Ibnu Adnan.



Terima kasih. 

9 Feb 2023

Jual Minyak Masak Terpakai dengan Ell Saudagar Minyak

Assalam wbt dan Hai,

Haaaa., korang ada banyak minyak masak terpakai tetapi tak tahu nak jual kat mana? Korang boleh jual dengan Ell Saudagar Minyak. whatsapp Korang nak hantar sendiri ke kedainya atau korang boleh whatsapp Ell untuk minta tolong dia ambil dari rumah korang. Harga minyak masak terpakai adalah mengikut pasaran. Kata Ell, minyak masak terpakai ini akan dijual ke overseas untuk menjadi sumber minyak kereta mereka. Gitulah serba sedikit. Memang trusted seller! 

Andai kata korang nak hantar sendiri, korang whatsapp dulu kerana ditakuti Ell tiada di kedai. Dan kalau korang nak hantar, korang perlu hantar selepas jam 9 malam dari hari Isnin hingga hari Sabtu sahaja. 

Masa aku jual minyak masak terpakai hari itu, sekilo berharga RM3. Kadang-kadang harga minyak masak terpakai boleh mencecah RM5 sekilogram. Begitulah. 


Okay, selamat menjual.

Terima kasih. 

7 Feb 2023

Panduan Membeli Baju Sekolah Agama Budak Lelaki

Assalam wbt dan Hai,

Okay hari ini saja nak kongsikan tips hendak membeli baju sekolah agama kanak-kanak lelaki. Sebab apa aku kongsikan sebab aku juga pernah tersalah beli. Hehe. Korang boleh beli di tempat-tempat yang menjual baju sekolah seperti Hari-Hari, Pasarayaku, Pasaraya Sakan, Pasaraya Longwan, Canggih dll. Setiap kedai memberi harga yang berbeza walaupun mungkin jenamanya lebih kurang sama. Harganya dalam RM26 ke atas sepasang. Yang paling murah aku pernah jumpa ialah di Pasarayaku. Memang harga sepasang RM26. Jika dibandingkan di Hari-Hari, harganya mencecah RM35 sepasang, tetapi itu yang paling mampu milik di Shah Alam. Hehe. 

Ada dua jenis baju sekolah lelaki, yang jenis licin atau jenis kain cotton. Kain licin lebih tahan koyak kalau anak korang terjatuh. Kain cotton pulak, mudah terkoyak jika terjatuh. Budak-budak lelaki memang agak lasak berbanding budak perempuan. Kalau seluar saja terkoyak, korang boleh beli seluar sahaja di dalam Shopee. Boleh google sendiri untuk banding beza harga. Cuma, korang kena agak-agak sama tak warnanya. Hehe.

Warna baju sekolah pulak ada jenis yang putih, dan putih nila. Ikut koranglah nak yang mana. Aku pilih yang putih nila, sebab nampak cantik, dan tak perlu nila nanti. haha. 


Aku cadangkan korang beli yang kolar tiada butang, maksudnya korang pilih yang ada 3 butang saja. Awal-awal darjah 1, budak ni kadang tak berapa pandai nak masukkan butang dalam lubang butang, jadi lebih baik tiga butang saja. Kalau 4 butang, nanti yang paling dekat dengan leher memang tak akan dibutang. Selalunya sempit bahagian leher, tak selesa nak dipakai. 


ahha gambar di atas, aku beli yang ada 4 butang, memang susah nak butang. Jadi aku improvise baju dengan menggunakan butang katup, boleh dapatkan di kedai Eco ye. Aku jahit di bahagian belakang butang putih. Memang mudah untuk anak nak pakai baju sekolah, cepat. 

Bahagian lencana pulak, kalau korang nak jimat, boleh saja jahit lencana guna jarum tangan. Kalau korang hantar kedai, satu lencana dijahit dengan harga RM5. Nama anak pada kocek baju boleh dibeli daripada sekolah masing-masing. Awal-awal darjah 1, cikgu kelas akan bertanya siapa yang ingin menempah lencana nama. Kemudian darjah 2 dan seterusnya, ibu ayah selalu beli sendiri. Lencana juga sama, awal-awal cikgu yang open order. Seterusnya, anak-anak boleh beli sendiri ketika waktu rehat. 

Itu sahajalah perkongsian. 

Sekian, terima kasih. 

6 Feb 2023

Makan Nasi Kambing Bakar di Sup Gear Box Kambing Abang Atan @ Sri Aman Food Centre, Bukit Jelutong Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Korang tolonglah makan nasi kambing bakar di sini kalau ada kesempatan. Memang sedap sangat wey,,, sedap betul ni, serius sedap sangat, memang boleh ulang-ulang dan ulang-ulang makan. Harganya masih mampu milik iaitu RM17 sepinggan. Korang tidak perlu tunggu lama. Boleh bayar sebelum makan atau sesudah makan, boleh bayar secara tunai atau QR code sahaja. Mudah. 


Sebenarnya kedudukan kedai ini, di lokasi Sri Aman Food Centre, Seksyen U8 Bukit Jelutong Shah Alam. Banyak lagi kedai makan dalam satu bumbung yang sama. Jadi korang boleh juga makan menu lain di sini. Ada nasi arab, nasi ayam, western, laksa sarawak, mi udon dll. Banyak sangatlah menunya. 

Jemput makan!

Terima kasih. 

5 Feb 2023

Makan di Restoran Famous Mee Goreng Bangkok Lane USJ 2, Subang Jaya

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang tercari-cari tempat nak makan mee goreng mamak yang enak, bolehlah datang ke sini. Boss aku yang recommend tempat ini, jadi aku datang sajalah. 


Mee goreng macam mee pata penang. Rasanya macam juga mee rojak. 



Cendolnya memang kaya dengan rasa santan asli. Memang sedap, lepastu banyak pula kuantiti. Memang berbaloi-baloi. 


Nak pergi sini, korang perlu waze sahaja lokasi, mudah nak jumpa. Parking juga banyak. Kedainya tidak terlalu besar, dalam 7 meja sahaja. Kedai dibuka seawal 8 pagi dan ditutup dalam 7:30 petang. Memang sharp ye tutup jam 7:30 petang. 

Kalau korang teringin hendak makan makanan lain, ada beberapa gerai di hadapan restoran ini, ala-ala Boomtown USJ 11, ada sate, nasi ayam dll. Korang boleh juga makan di situ. 

2 Feb 2023

Health Screening di Klinik Famili USJ 9

Assalam wbt dan Hai,

Nah, kepada sesiapa yang nak buat medical health screening, boleh datang ke Klinik Famili USJ 9, Subang Jaya. Ada beberapa pakej yang disediakan. 

Pakej Silver RM90
Pakej Gold RM140
Pakej Platinum RM220
Pakej Diamond RM160




Korang boleh contact terus dengan klinik ya. 

03-80242824
016-3012824

Boleh saja walk in pagi-pagi seawal jam 8 pagi. yang penting, korang pastikan yang sudah berpuasa sejak pukul 10 malam sebelumnya. Selepas sudah diambil darah, korang hanya perlu tunggu panggilan dari klinik untuk slot review dengan doktor. Selalunya selepas 2-3 hari ya. Boleh rancang masa dengan baik. Doktor sangat bagus dan bercerita dengan agak terperinci. Kadang-kadang kita tidak tanya pun, doktor akan cerita. hehe. bukan apa, kadang-kadang kita tak tahu nak tanya apa. Hihi, mujur doktor okay saja. 

Jangan lupa ya... Jemput datang.


Terima kasih. 

1 Feb 2023

Sejadah Kurus untuk Rapatkan Saf

Assalam wbt dan Hai,

Sekarang ini di masjid, kita akan solat berjemaah dengan menggunakan sejadah. Kalau sudah pakai sejadah sebesar-besar alam, memanglah kita akan ada ruang antara satu sama lain. Sepatutnya kita perlu merapatkan saf, bukan begitu? 

Dari itu, saya terfikir untuk membeli sejadah yang bersaiz kecil. Alhamdulillah mudah, harganya pun boleh aku katakan berpatutan. Saiz sejadah yang dibeli ialah 52cm x 105cm. Panjang saiz 105cm hingga 110cm adalah saiz standard sejadah yang kita solat. Lebarnya sahaja berbeza. Korang boleh cari daripada IG, banding beza harga mereka okay. Tolong beli saiz mini XL, okay? 



Memang cantik, berbau wangi dan betul-betul sama saiz dengan badan kita berdiri, jadi bolehlah rapatkan saf dengan jemaah sebelah. 

OKay terima kasih.