Assalam wbt dan Hai,
Hari ini aku nak kongsikan tentang Surat Pengecualian Bayaran Tuntutan kerana berhenti awal atau Letter Waive Penalty Charges because of Breach Contract. Selalu kita jumpa dalam bahasa Inggeris kan? Jadi, hari ini aku kongsikan dalam bahasa Melayu pula. Yang ini aku reka sendiri ya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nama
Alamat
22 Julai 2021.
Kepada Encik Nama Bos
Permohonan Pengecualian
Jumlah Tuntuan Kepada Syarikat: Nama company
Merujuk kepada perkara di
atas, saya ingin memohon pihak syarikat untuk mengecualikan atau mengabaikan jumlah
tuntutan sebanyak tulis amount di sini yang
dinyatakan dalam Surat Penerimaan Berhenti Kerja ke atas saya pada tarikh letak tarikh surat acceptance resignation letter.
2. Saya memahami dan memohon maaf kerana saya tidak boleh
membayar tuntutan yang dinyatakan kerana masalah kewangan. Di kala pandemik
Covid-19 ini melanda, simpanan wang yang saya ada hanyalah sekadar cukup untuk
digunakan pada waktu kecemasan oleh kami sekeluarga.
3. Saya berharap pihak syarikat akan mempertimbangkan permohonan
saya dengan mengambil kira sumbangan yang saya telah berikan kepada syarikat
sepanjang berapa tahun kerja? tahun ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………
(NAMA)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kalau korang nak tambah-tambah ayat pun boleh tapi ini memang sangat simple, tak payah banyak merapu. Hehe.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment