TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

26 Sept 2019

DIY Bekas Bahan Kering di Rumah

Assalam dan Hi,



Selepas terpengaruh dengan aktiviti  tabiat adik-beradik yang suka mengemas, saya terpanggil untuk mengemaskan barang-barang di dapur. almaklumlah rumah sewa, jadi masalah mengemas itu memang malas betul tak boleh bawa bincang. haha. bukan malas kemas menyapu, memvakum tetapi malas nak susun barang. 

Kita boleh juga beli di kedai ECO sahaja di Shopee Container, container saiznya semua sama supaya nampak kemas. Yang label juga boleh beli di ECO online di Shopee Label

Hoyyeh finally kita susun dengan elok mengikut saiz yang sama. sebelum ini, ikut dan aja saiz2 balang. hehe... malas nak fikir. 


Kos yang diperlukan ialah:
1. Balang plastik beli di kedai DIY, RM0.93 setiap satu. Beli 10 pcs.
2. Sticker free sebab print kat office. 
Jumlahnya dalam RM10 sahaja.

Oh ya, nak bagitahu kat kedai Eco memang ada balang-balang warna putih tu, tapi harga dia RM2.10 sebuah. agak mahal untuk orang yang suka berjimat macam saya. jadi saya pilih untuk beli di kedai DIY sahaja. Kemudian, di kedai DIY, balang putih macam ini banyak jenis ya. ada yang 93 sen, ada yang RM1+, ada yang RM2+, ikut nasiblah. kalau dah habis, pergilah cari di kedai DIY lain hihihihi.... Sticker pula boleh dibelijuga di kedai Eco, cuma anda harus rajin mencari di mana. kadang-kadang susunan atau lay out setiap kedai Eco berbeza-beza mengikut cawangan. Kalau teringin nak print sendiri, kertas sticker ini boleh dibeli di kedai alat tulis. satu helai bersaiz A4 ialah RM2. Lastly, kalau sesiapa terfikir, di mana saya beli rak putih seperti di dalam gambar, saya beli di kedai hardware berharga bawah RM20. 



Semoga membantu. Terima kasih.

24 Sept 2019

Tersalah Ejaan Nama Ketika Membeli Tiket Air Asia

Hi,

SHOPEE KAKNA

Baru-baru ini kami membeli tiket kapal terbang di Air Asia Oleh sebab tersalah mengeja nama kawan kami, daripada Rozlan kepada Roslan, jadi kami perlu menukar nama tersebut. Kami cuba juga google tapi cuma jumpa satu je entry yang ada masalah seperti kami. Jadi kami cuba sendiri.

Kalau anda tersalah nama, contoh hendak menukar nama tiket daripada Naqib Ansari kepada Adra Nasuha, itu tidak boleh. Namun, jika anda tersalah mengeja seperti kami, boleh buat pembetulan. Suka saya ingatkan jangan pandang remeh jika tersalah mengeja nama, sebab mungkin ketika hendak naik kapal terbang nanti, nama yang terpapar di passport dan itinerary berbeza, mungkin membuatkan anda tidak boleh terbang! habis duit.

Sebelum itu, saya nasihatkan anda supaya siap sedia utk Pre Live Chat terlebih dahulu.


Klik pada "chat with AVA now"


Pastikan anda sudah bersedia dengan nombor booking ticket dan ic yang sudah di save dalam bentuk png, jpeg, pdf atau pg. Chat dengan computer jadi soalannya simple saja...

Booking Changes > Name of amendments / change > I made mistake to last name > (name?) > (email?) >  Booking No > IC (sila upload pada link yang disediakan) > type "Y" (selepas dah upload)

Kemudian, tunggu sehingga AVA bagi link untuk communicate dengan staff sebenar. AVA tadi virtual customer service saja.

keluar waiting window


okay sudah selesai. tolong rate yang baik2, hehe. isinya maaf tak boleh nak share sebab ada info peribadi. saya membuat aduan dengan berbahasa inggeris. tidak pasti dia boleh berbahasa melayu atau tidak. 

Mudah bukan? sebenarnya boleh juga berinteraksi dengan mereka melalui twitter atau tukar nama di kaunter air asia KLIA 2 terus, tetapi saya rasa ini lebih mudah. oh ya, kalau boleh, chat waktu office hour dan biarkan saja waiting window (seperti di dalam gambar). Dalam beberapa minit tak payah tinggalkan tempat duduk, sebab tempoh prelive chat dan actual chat tidak sampai 30 minit. chat dalam 5 minit saja sudah settle! 

Air Asia Live Chat   (saya tak prefer terus2 klik link ini, better buat prelive chat dengan AVA dahulu, mudah sikit rasanya), oh ya.kami ada juga cuba prelive chat di malam hari memang sampai ke sudah tak dilayan. hehe... kesian.....


Itu saja perkongsian. semoga bermanfaat. 





20 Sept 2019

DIY Almari dan DIY Tempat Kasut dengan Barang ECO

Assalam wbt dan Hai,

Aku terpanggil untuk DIY tempat kasut dan DIY almari. Dengan berbekalkan duit RM30, aku pergi ke kedai Eco, kedai RM2.10. Tengok di internet benda yang sudah jadi, dan tiada orang share macam mana dorang pasang one by one. Jadi kena kretif juga nak fikir. Boleh beli di SHOPEE ECO

Modal.
1. Bakul (8 buah) = RM2.10 x 8
2. Gergaji (1) = RM2.10 x 1
3. Cable tie (1) = RM2.10 x 1
4. Kertas pasir (1) - beli di kedai hardware sebab kedai Eco tak nampak kat mana = RM1 x 1

Jumlah kasar = RM22.00

oh ya, pastikan di rumah ada gunting sebab bahagian bakul yang tak keras tu boleh gunting guna gunting saja...

Beli jenis yang ini sebab contoh rak kasut yang ada kat dalam internet tu takde dah. oh ya.saya beli gergaji sebab susah tau nak potong. nampak je plastik rm 2 hengget.

Serius jenuh kau nak potong benda ni. tak cantik kalau x iya-iya. tepi2 dia tu, kita kemaskan dengan kertas pasir. nak sambungkan kedua-dua bakul, guna cable tie.



tarra!! dah siap 1... fuhhhhh! 


nah siap 4 ketul... nak beli tak tau kat mana, sebab saiz dia utk ruang sebesar 11 inci... yeay!!

ini contoh rak kasut kita buat! hehe... baru buat satu sebab malas.... 

okay, sekian... semoga bermanfaat!!!!