TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

14 Jul 2018

Khidmat Ketuk Kereta di TTDI Jaya

Assalam wbt

Hari itu nasib kurang baik, kereta terlanggar divider. Jadi, bumper aku kemek lah sampai menghimpit tayar depan belah kanan. Sudahlah hujan lebat, cuba juga buat sendiri tapi tak berjaya. Mahu atau tak mahu, kena juga hantar ke kedai. 

Drive perlahan lahan ke arah bengkel di kawasan restoran sri ttdi atau orang kat sini panggil restoran merah. Banyak bengkel kat sini. Kedai ini bukak seawal pukul8 pagi. Jadi senang. Boleh buat temu janji jugak. Nanti aku cari kad diorang. Lupa letak mana...

Oleh sebab aku customer pertama, mereka terus berusaha utk membaiki kereta aku terlebih dahulu. Sementara tu, aku mengeteh kat kedai makan berdekatan. Pomen cakap dalam sejam dah siap. 

Nampak tak kemek kat situ. Aku memang tak boleh drive jauh. 

Ha, inilah kedai yg aku cakap tu... kalau nak ketuk kereta, cari kedai mengecat kereta, jangan cari kedai yg ada banyak tayar.. (sebab aku awal2 pun xtahu)


Mula mula aku cakap, tukar terus bumper baru. Sebab sesiapa pun cakap kemek kereta aku tu memang dah x boleh ketuk lah! Pastu,,,, dengan kedai ni, boleh pulak. 

Now kereta aku dah cantik semula. Bayar RM120 utk ketuk segala kemek yg ada, iaitu depan dan belakang. Hee.. alhamdulillah. Ada hikmah. Kalau x, tak terketuk aku. Oh ya, dia siap offer utk cat kereta semula. Dapat dengan harga RM1600... 


Okay selamat mengetuk kereta....