Sebelum ramadan haritu kami dapat surat chenta daripada MBSA, Majlis Bandaraya Shah Alam, kesalahan tidak meletak kupon. masa surat saman itu datang, kami nampak tetapi pegawai yang bertugas kata dah terlambat, dia dah cetak surat saman, jadi mahu atau tak mahu, perlu bayar.
jika membayar dalam tempoh 24 jam, hanya RM10. dalam tempoh seminggu RM30 kot. tak berapa ingat, hahah sorry.
tapi yang penting nak bagitahu, di Shah Alam, ada stesen pandu lalu, jadi tak perlu parking ya. mudah sangat!!! nak ke sini? waze sahaja MBSA. di pintu pagar, ada bunting besar yang tunjuk arah ke pandu lalu tersebut.
kaunter ini beroperasi seawal 730 pagi hingga 530 petang. sabtu ahad ditutup.
terdapat tiga kaunter dibuka, jadi jangan risau lambat. memang super fast!!!
cepat-cepatlah bayar hutang yang sebegini, kalau tertunggak pun jenuh nak bayar. yang aku tak faham sangat, saman-saman macam ini tidak memberi kesan kepada pembaharuan lesen memandu atau cukai jalan. mungkin jika dikuatkuasakan sekatan pembaharuan kepada sesiapa yang tidak membayar saman, mungkinnnnnnlah baru orang nak bayar.... who knows....?
No comments:
Post a Comment