Dulu, aku ada buat satu seloka. Seloka Rajin Study
Masa tahun 2006, aku buat pulak Seloka Malas Study. Selamat membaca.
SELOKA MALAS STUDY
Kenapalah
aku malas study,
Ilmu
bukan setinggi Gunung Fuji,
Ilmu bukan sedalam lautan Hindi,
Apatah lagi mengalahkan Imam Syafie.
Kenapalah
aku malas study,
Result dahla
sipi-sipi,
Asyik
doa tapi tak usaha tingkatkan prestasi,
Bila
lah nak sedar diri?
Kenapalah
aku malas study,
Duduk
melepak sampai 2-3 pagi,
Borak-borak
sampai kering gusi,
Masih
tak sedar revision tak buat lagi.
Kenapalah
aku malas study,
Suka
sangat belajar mee Maggie,
Last
minute barulah tutorial dihabisi,
Baru nak cari nota satu almari.
Kenapalah
aku malas study,
Ponteng
kelas slot pagi,
Datang
kelas petang buat plak peta sendiri,
Sampai bila nak jadi macam ni?
Kenapalah
aku malas study,
Kehadiran
laptop alasan diberi,
Padahal
itu alasan dah basi,
Sebenarnya
bergantung kepada sanubari.
Kenapalah
aku malas study,
Tidoq
sakan macam dah takde esok hari,
Muka
Garfield dah jadi sebati,
Syaitan
tepuk tangan dan cakap,”You are my sahabat sejati”.
Bila
umat Islam nak bangkit berdiri?
Kalau
hari-hari aku malas study,
Kalau ‘aku’ wujud seribu sehari,
Betapa lemahnya umat Islam masa kini.
Bukankah ilmu dapat mencipta teknologi,
Bukankah ilmu perisai semula jadi,
Tapi mengapa masih malas study,
Adakah suka diri dibuli?
Agama lain dok rancang strategi,
Kita plak asyik goyang kaki,
Konon berharap pada askar dan juga menteri,
Atau hanya berserah kepada Illahi.
Kalau
kita asyik menyerah diri,
Sampai bila Islam nak ditindas dicaci,
Marilah
study kukuhkan jati diri,
Agar
kekuatan Islam bangkit kembali.
Nukilan…Anakin..
10julai2006
No comments:
Post a Comment