TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Sept 2016

Waktu Pengambilan Ubat Yang Betul

assalam wbt

waktu ambil ubat yg betul ni diambil fotonya di klinik. perkongsian dibuat oleh kawan bernama fatin alias.(psst, dia ada jual barang mary kay)

nah ini dia...

23 Sept 2016

Nak Baca Sinopsis Cerita / Drama Korea

Assalam wbt

bagi penggemar drama korea yang rasa2 nak baca sinopsis dulu before tengok drama, bolehlah baca kat sini. dia cerita details every episod. tapi website dalam bahasa inggeris lah.melayu takde. hehe...
kalau rasa2 malas nak tengok, baca aje lah.. kadang2 aku baca je plot diorang menarik ke tak...

nah... amek ni link nye...

http://www.dramabeans.com/


Dramabeans nama dia.. baca lah.......... bukan waktu bekerja. hahhaa.

kbai.. wassalam

14 Sept 2016

sinopsis Filem Kapsul lakonan Faizal Hussin

assalam wbt

rasa macam lambat juga aku nak share sinopsis cerita ni. diarah oleh Martias Ali (kottt).. aku lupaa.. sori kalau salah. okey pelakon utama nya faizal hussin. oh ye aku lupa nama watak faizal hussin. jadi aku guna ganti nama diri faizal bila bercerita. okey...

faizal ni suka mencuri barang artifak. dan jual kepada orang kaya. one day dorang terfikir pasal kapsul iaitu amanat yg ditulis oleh dr. Mahathir dan disimpan kemas dalam kapsul. kapsul tu diletakkan di tiang menara putrajaya. alahhh yg ada mercu tanda kt tepi tasik buatan tu kan. sebab smart, faizal dapat curi. dia bawa balik kapsul ke markas dan cuba buka penutup. masa tengah nak try configure password tetiba blinggg

faizal kembali ke tahun 1941 iaitu masa jepun jajah. banyak kekejaman berlaku. oh ye faizal kembali ke zaman lalu tapi jadi orang lain. gini, orang nampak faizal ialah abu. muka pun abu. dirinya sebagai abu... abu hanyalah contoh nama. faizal tahun 1941 sebagai askar melayu. fam dia dah kena seksa,wife pun dirogol, bapak dipancung.then masa dia nak balas dendam....

faizal kembali ke tahun 1957 iaitu masa pemerintahan tunku Abdul Rahman. faizal sebagai driver. driver atau sekecil2 watak juga penting dalam menjayakan misi tunku nak ke london dan discuss pasal merdeka. depa sanggup hilang nyawa demi anak bangsa nak merdeka...

tahun 1970 an.. zaman tun Abdul Razak. faizal sebagai peneroka. tengah giat meneroka tanah supaya masa depan nanti ada harta, takdelah merempat... .

tahun 2000... zaman dr Mahathir.beberapa kali nak letak jawatan.. faizal sebagai PA dr Mahathir. masa scene dr Mahathir borak dgn dr Siti Hasmah, faizal curi2 dengar. isi bicara tentang kebimbangan mereka kpd generasi akan datang. dan wasiat 2020 ada atas meja. faizal baca dan tersentak. isinya tak disebut secara terang.

faizal kembali ke zaman sekarang 2014... dia tak jadi jual kapsul tu kepada datuk2.. dia rasa menyesal dan taknak curi lagi, dan kembali patriotik.. 

faizal ke putrajaya.aku agak, dia kembalikan kapsul ke tempat asal. tetiba bahu ditepuk. "hai anak muda, perjuangan belum selesai" ... bila faizal toleh, rupa-rupanya drMahathir. faizal tersentak dan ingin mengejar tapi dr Mahathir dah masuk ke dalam perut kereta Proton..
faizal buka pintu, scene di hadapannya, zaman hang tuah !! kreatif !!

ulasan aku

1) semangat patriotik yg cuba disampaikan berkesan cuma terlalu sikit sebab masa singkat kot... semuanya risau bangsa kini dijajah kembali. tapi x ramai fikir, yg dijajah bukan fizikal tetapi mentalnya...

2)fiksyen yg menarik. idea kembali zaman lalu.efek grafik pun not bad.. aku puji idea ni. tak semestinya meteor aje penyebab berlaku. idea tu dah boring... sorry

3) ada buat research. bagus. number of accident occured by tunku Abd Rahman, why komunis wujud, why jepun pancung orang yg dengar radio, what happened in baling (rundingan dgn chin peng ketua komunis), why pergi london... etc. atleast produksi buat homework. tahniah!!!
lagi menarik idea kalau faizal cuba nak ubah sejarah... hihi..

itu je ulasan sebab bagi aku filem macam ni patut diperbanyakkan. boring betul cinta dua darjat, kahwin paksa, dengki mendengki, anak luar nikah... bak kata sorang confessor iium.. cerita sekarang nak bagi kesedaran tentang masalah sosial, 90% cerita masalah dan 10% solusi, tak seimbang. harap lebih kretif masa akan datang... 

tu je, sekiannnnn

13 Sept 2016

Tempat Wajib Pergi Bila di Johor Bahru - STADIUM JDT

assalam wbt

masa kami kat johor bahru, tempat paaaaling kami nak pergi ialah Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos... tak Johorian lah kalau tak singgah sini..

kami datang masa cuti Raya Haji jadi tak ramai... dapat juga amek gambo... tapi gambo skima je uols. tak hipstur macam adik2 aku. haha. masuk kat kawasan sekitar tu free je...

waze : stadium tan sri dato hj hassan yunos







confirm jumpa, dont worry... tak jumpa jdt player, tak jumpe jdt pun dah okey. haha...




12 Sept 2016

Lawatan ke Galeri Seni Negeri Johor

assalam wbt
datang johor.  tertanya2 ape tempat menarik.. saje nak tengok muZium kesenian ... haha.. tapi malangnya tengah renovate dan dorang sedang praktis main alat muzik tuh.  
jadi kita amek gambar dgn bangunannya aje. patot masuk free. datang waktu office hour. dalam ada item berkaitan muzik kata cleaner ritu... enjoy pic aje. haha

waze je nama tempat.. terus jumpa..





Sekian, terima kasih. 




8 Sept 2016

Kisah Customer aku dari neraka

Assalam dan Hai.

Konsep dia, customer dari neraka. 

Aku memang kurang bertuah kalau kata nak berniaga. Orang lain kalau guna konsep sama yang menjual, hah berduyun yang beli tapi tidak pada aku. Aku memang Allah tak bagi izin nak dapat customer yang baik. Ada yang baik, yg tak baik tu lagi ramai. Hehe. Kata leader aku, kalau nak jual dengan JKR dulu. Jiran, Kawan-kawan, Rakan-Rakan. Masalahnya, kalau aku post apa-apa kat IGS, WAS, FBS, FB wall, mana ada yang komen. Memang lagi tak like ada lah. Hehe. Kalau like 1 pun dah kira hebat dah tu.

1. Harga mesti nak harga ahli. Harga ahli sangat-sangat. Yang kite yang jual pun tak dapat untung. lepastu nak postage free. 

2. Kalau kawan-kawan yang beli, dia prefer beli dengan orang yang tak kenal. Bukan nak beli daripada kita yang memang diorang dah tahu jual Zhulian. Apa ingat aku nak perlekehkan orang pakai emas zhulian ke? Aku sendiri pakai emas zhulain. So what??

3. Tanya-tanya-tanya sampai beberapa hari, berminggu-minggu last-last tak beli. Tadi gaya macam dah berkenan sangat.

4. Tanya boleh COD ke tak? COD kat mana? kat depan pintu rumah, yg jauh rumah dia dan rumah aku lebih 40km, tapi tak nak bayar charge COD.

5. Kalau jual produk kesihatan, kebetulan orang lain mesti jumpa orang yang memang nak ambil Byoung / Susu Coloskim secara tegar. Macam orang yang beli drp aku semua one off saja. Beli sekali terus taknak beli lagi.

6. Kalau jual produk kesihatan, kebetulan orang lain mesti jumpa orang yang semangat. Kalau aku jumpa orang yang kite nak explain betul-betul pun taknak. Lepastu beli one off saja. 

7. Tanya tanya tanya siap mintak katalog, last-last beli dengan orang lain.

8. Tanya tanya tanya tanya tanya siap suruh kita datang rumah dia tunjuk contoh barang kemas, last-last tak jadi beli.

9. Tanya tanya tanya tanya tanya, macam dah nak beli, last-last dia block kite.

10. Tanya tanya tanya tanya tanya.... lepastu dia suruh COD sampai rumah, tapi nak diskaun. lepastu nak sadur, kena ambil barang tu daripada rumah dia pulak. hmmm... rumahnya jauh pulak lebih 40km dari rumah kami.

11. Tanya tanya tanya, nak beli tapi nak COD. Aku kata pos lagi senang tapi dia kata tak percaya pada pos. dah sudahnya aku terpaksa pergi zhulian shah alam untuk ambil stok kemudian, hantar kepada dia pulak. lepastu tetap mintak diskaun....

12. Tanya tanya tanya, bile kita kata confirm ke saiz? dia kata okay. Lepas dah beli salah saiz, lepastu marah kite. Haih..... sedih betul

Asyik-asyik dapat customer yang banyak cekadak.... Memang hendak mendidik aku dengan sabar tapi malaslah aku. Baik tak payah ada customer langsung kalau jual pun lagi merugikan aku. Untung memang sikit sangat, sbb kebetulan dapat customer yang nan hado macam ni. 






4 Sept 2016

Hipotesis : Bersihkan Oven Berkarat Guna Soda Bikarbonat Tak Berjaya

Assalam wbt
Just nak share. Ada orang pernah guna soda bikarbonat utk bersihkan oven yg berkarat. Tapi kalau oven dah berkarat cam dalam gambar yg aku share ni. Susahhh dan hampir takde harapan nak pulih bling2.. Haha...
Kata kak opis aku, caranya nak elak ada lah. Lepas guna teros lap... Atau cara brutal, kikis je karat tu sampai xde menggerutu, then basuh sekali lagi guna soda... Cuma yg aku x pasti, selamat lagi x nak guna tu.. Hehe..
Takpe lagipun oven dah lama.ada duit nanti aku beli lagi.. Tu je. Kbai..

1 Sept 2016

DIY Hiasan Rumah Khat Kufi

Assalam wbt

Aku sebenarnya memula nak beli khat kufi yg orang jual tu. Mahal wey upenye. Rm60 belum masuk pos. Sayang plak duit. Haha. Sebab rumah pun rumah sewa, maka aku pun DIY sendiri..

Memula aku surf tenet, cari gambar kat google. Search khat kufi ,berlambak lah ada. Hehe.. Then edit kat ms word, then print color... Then aku beli frame saiz A4...

Masukkan je yg dah print tadi kat frame... Then,beli penyangkut kecil utk dinding batu. Jadi tak yah lah nak paku paku kan... Nah gambar...

Kos
1) frame RM6.90
2) penyangkut RM2.50 (dapat 5 pcs)
3) kos print RM2 (sehelai kalau kat kedai. Kalau printer sendiri, free lah)
Total = RM11.40

Jimat kan ??

Terima kasih.





Sekian Terima kasih.