TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

31 Aug 2016

Banang Amas Homestay Sungai Udang Melaka

Assalam wbt dan Hi

Musim cuti ni mesti ada yg terasa nak tidur kat Melaka. Boleh lah mai kat homestay ayah mak kami....

BANANG AMAS HOMESTAY
NO 26, JALAN SU 2,
TAMAN SUNGAI UDANG,
76300 SUNGAI UDANG,
MELAKA

Landmark ialah Penjara Sg Udang, Econsave dan Sekolah Agama Ahmadi. Boleh waze tapi tulis alamat pun sudah cukup. Tolong waze ya (hehehe)

Boleh contact nombor yg tertera pada banner ni ye..

Untuk sesiapa yang terfikir tentang harga, rate untuk satu malam RM180-200 iaitu bergantung kepada musim cuti ke etc.. Tapi still boleh nego terutamanya yg nak duduk lama sikit..

Kedai makan semua dekat terutamanya Pizza Hut dan KFC, stesen minyak Petronas pun dekat, surau juga dekat, playground (skala kecil) pun dekat.. Kedai bahan mentah pun dekat (Family Store Sg udang)... Pendek kata, semua dalam skala 5km saja...

Kalau nak tahu tempat menarik yg berdekatan dengan homestay kami adalah seperti Pantai Puteri, Pantai Pengkalan Balak, Tanjung Bidara dan lain-lain. Pendek kata lokasi yang sangat super duper strategik!

Untuk staff Petronas yg perlu outstation di Petronas Penapisan Melaka (PPM), bolehlah sewa homestay ini sebab dekat saja dalam 2km saja.

Kepada anak-anak yang hendak graduasi PMR atau SPM di MRSM Terendak pun boleh.



Sekian, terima kasih !

30 Aug 2016

Proses Neb di Klinik Famili Denai Alam

Assalam wbt dan Hi,

Ada satu masa, kami tercari-cari di mana nak buat proses Neb (nebulization).. Tanya dgn Marz, dia pergi Klinik Famili. (Search je kat waze) owner is Dr Zainal. Namun oleh sebab kami pergi sabtu ahad, Jadi kami jumpa doktor lokum iaitu Dr Farid.

Mula-mula kami risau juga kerana baby Nasuha baru 3 bulan. Namun saranan untuk menggunakan Neb which is better than ubat, jadi kami turutkan saja. Tapi doktor juga bekalkan ubat apabila batuk Nasuha agak teruk, dalam 0.5ml ubat batuk saja.... Ikutkan tak boleh tapi kami tawakal...

Kos Neb RM17 saja. Dalam 5 minit sudah siap...

Klinik dibuka setiap hari dalam pukul 9 pagi rasanya sampai 10 malam. Cuma hari Ahad, buka pada pukul 5 petang sampai 10 malam. Jam 1-2 petang doktor berehat..

Okey tu je nak share... Kbai


Nasuha comel je

Ini mesin Neb

29 Aug 2016

Jenama Ubat Cacing Di Pasaran

Assalam wbt

Lately Abam Koo dan adik ipar selalu cakap depa kecacingan. Aku pun tak pasti sebab apa. Yes aku malas nak tolong google kan sebab aku pun geli cacing. Kang aku campak henpon ni kang. Haha.  Yg aku tahu semua orang dalam perut die ada cacing, cuma sama ada aktif atau tak...

Ubat cacing yang gelemer di abad ini...
1) zantel (ada tablet atau cecair)
2) noxworm
3) a-zo1e
4) vemizol

Dengan bantuan ubat cacing ni, maka akan musnahlah cacing... Orang dewasa perlu makan dalam dos 10ml iaitu sekali teguk. Budak-budak berumur 1-2 tahun perlu makan 5ml saja... Kalau dah buka penutup botol ubat cacing ni, tak boleh simpan ya. A big NO. Buang terus okey. Takut ada bakteria ke apa...bahaya sangat. 

Okey tu je. Thanksss

23 Aug 2016

Set Hand Blender Harga Berpatutan

Assalam wbt

Set hand blender, blender tangan, mesin kisar guna tangan, oh ada jual kat lazada wey.

Ni review drp kakak aku sebenarnya... Oh ye kita Boleh blend kat bekas2 mangkuk pun. Harga berpatutan. Bagus la tajam semua. Boleh ganti lesung. Lesung pun penat kan nak tumbuk tu kan. Heheh. Semuanya mudah kini.. Try lah beli..

Terima kasih....



Terima kasih. 

19 Aug 2016

Minyak Aroma Terapi Harga Berpatutan

Assalam wbt

Sejak semua isi rumah asyikk selesema, kami selalu salahkan debu-debu degil yg berterbangan di bilik. Almaklum rumah flat dekat dengan highway mestilah cepat sangat berhabuk.

Then kami mulalah beli air humidifier. Nak beli air purifier daripada coway macam fikir dua kali juga sebab harga agak mahal. Haha. Kemudian belilah Air Humidifier di lazada. Best juga udara malam apabila kita on humidifier. Tapi tidak best pula apabila tiada bau. teringin hendak beli essential oil yg jenama young living.

Jadi, kami belilah aromateraphy oil "sutra" sleep well... RM35 utk 20ml .... Untuk sukatan 2L air, perlu titikkan 3 titis. Aku titis lebih sebab bukan banyak mana kadar titisan. Hihi. Tapi emang bau wangilah memalam. Tidur jadi nyenyak..kalau terasa nak guna,bolehlah beli... Jimatlah utk orang macam aku...

Okeyyy tu je nak share.. Kbai. .

15 Aug 2016

Pengalaman Guna Almari Kiub Dalam Masa Yang Lama

Assalam wbt

Kalau tengok kat ig shop, bersepah iklan pasal almari kiub yang comey comey tu... Ada gambar frozen, mickey, eh macam2 lah. Memang kiut..

Pengalaman aku pakai dah dalam 2 tahun kot. Setengah tahun kat melaka. Balance kat masa aku dah kerja kat selangor. Setengah tahun pakai, nak bukak balik takde masalah. Bila dah 2 tahun tak penah bukak, kalau nak bukak balik, x bagus sebab dah loose...then banyak penyambung yg dah patah. Hehe...

Masa awal2 beli, nak pasang ketat oi... Sakit tangan gak. Pastu tapi takleh letak barang berat2. Nak berat2 letak paling bawah lah. Eh tapi emang awalnya suggestion utk letak barang anak aje...idok ler aku lurus sangat. Guna lah pakai utk barang sendiri...



Terima kasih. 

14 Aug 2016

Tukar Kerja Lain Bidang

Assalam wbt
Saje nak share pengalaman sendiri.ok ke kalau tukar bidang ni? Kos aku electrical electronic engineering. Sebab major in communication, maka kerja pertama aku network engineer lah. Kerja tak boleh memilih. Namanya aje engineer tapi aku kerja more to management... Pergi site boleh kira dengan jari lah.belajar telco pun tak mendalam.

In reality dan teori tak sama wey ... Itu pengalaman aku lah...

Then sebab fed up sangat aku vss... Nama pun volunteer. Alhamdulillah dapat duit yg boleh cover almost setahun setengah kauuu... Gila ah... Tapi aku rasa aku kena kerja. Sebab nak tolong family, husband lagi kan...

Oh ye, masa aku berenti dan vss, banyak juga dapat tawaran kerja. Tapi semua tak dapat sebab aku pregnant. Mostly company takkan cover pregnancy cost sebabtu dorang taknak amek...jadi fikir dua kali ye sesiapa yg pregnant dan nak berenti kerja tu. Better lepas deliver lah.. 

Ada kesan tak, tak kerja setahun atau dalam tempoh yg lama, pastu mintak kerja semula. Yes, ada kesan. Susah sebab dulu tak banyak pengalaman sangat. Ada anak kecik pulak. Rata2 company tanya xpe ke kalau kerja outstation etc... Dugaan...pastu company banyak tak percaya cerita why kita tetiba berenti tetiba nak kerja semula. Even itu hakikatnya....

Then aku apply company oil and gas. Alhamdulillah rezeki. Dapat. Tapi kesannya gaji refresh jadi budak entry level... Susah jugalah sebab ahli keluarga bertambah. Tapi boleh je survive. Belajar benda baru bila dah ada anak ni satu dugaan sebab otak mula melembap. Hhaha. 

Makna kata bolehlah sebenarnya tukar bidang.. Boleh jugalah kerja selepas lama tak kerja...tinggal nak atau tak aje.  




Okey sekadar perkongsian...

9 Aug 2016

Penggunaan Bahasa Jawa Dengan Betul

Assalam wbt

Aku nak copypaste kat sini supaya boleh nanti aku tanyakan pada mak.

*sesapa yg mengaku jawa, jawab soalan dibawah. Jika lulus 90 % anda memang jawa! Ujian TOJFL Bahasa Jawa*

*TOJFL*
*Test of Javanese as Foreign Language*

*1) Jatuh tersandung akar pohon yang melilit di tanah saat berjalan :*
a. Kebelet
b. Kepater
c. Kepaduk
d. Kesrimpet✅

*2) Jatuh krn kaki masuk ke celah2 lantai yg terbuat dari bambu saat berjalan di rumah panggung :*
a. Keblusuk✅
b. Keblasak
c. Nyelempit
d. Kecemplung

*3) Saat berjalan, tdk melihat ada anak tangga di depan, shg hilang keseimbangan langkah kemudian terjatuh:*
a. Kesrimpung
b. Kejolak
c. Kesandung✅
d. Keblasak

*4) Tukang beras sedang ngangkut beras, lalu ada lubang kecil di ujung karung, maka jatuhnya beras dari karung disebut:*
a. Mbrobolzzz✅
b. Mrucut
c. Mancur
d. Ngicrit

*5) Saat menyeberang sungai yg dihubungkan oleh dua batang bambu, lalu di tengah2  kehilangan keseimbangan, dan jatuh ke sungai:*
a. Gentawil
b. Genteyoran✅
c. Krungkeb
d. Kepengkok

*6) keeper menahan bola jatuh, dan ditahan dg kedudukan tangan yang salah lantas keseliuh, disebut:*
a. Kepengkok
b. Krungkeb
c. Kepluntir✅
d. Kecethit

*7) Anak kecil jalan di pinggir kolam, lalu ada hantu lewat, krn kaget dia jatuh ke kolam, disebut :*
a. Mlipir
b. Kecemplung✅
c. Mrosot
d. Kepater

*8) Ketika memanjat pohon, lalu jatuh, tapi masih sempat megang dahan2 sblm jatuh ke tanah, disebut :*
a. Gentawil
b. Lungkrah
c. Mbrasak
d. Nungsep✅

*9) Di saku ada kerikil. Ternyata sakunya lubang, kerikil jatuh satu persatu sampai habis,  jatuhnya kelereng disebut :*
a. Ketlingsut
b. Mbrobol
c. Mrucut✅
d. Merat

*10) Berjalan di pematang sawah, tiba2 ditolak oleh teman, sampai terjatuh ke dalam sawah, disebut :*
a. Ngrobyok✅
b. Krungkeb
c. Nyungsep
d. Ndlosor

*11) Jika Anda pusing/bingung menjawab, maka disebut :*
a. Puyeng
b. Ngelu
c. Nggliyeng✅
d. Uyeng-uyeng

*12) Cairan dengan 'kekentalan' (viscousity) sedang, keluar melalui suatu lubang dengan tekanan dan volume kecil disebut :*
a. ngecrit✅
b. ngecrut
c. ngecrot
d. Mancur

*13) Ketika berjalan dijalan yg licin, kemudian terpeleset dan jatuh kebelakang, disebut:*
a. nggeblag✅
b. mblenthang
c. nyungsep
d. Mlumah

*14) Suatu benda yg terdiri dari kesatuan benda kecil-kecil, yang terlepas satu persatu bagian-bagiannya karena kehilangan sifat "cohesion" Langkah tersebut dinamakan:*
a. mrithili
b. mrotholi✅
c. mbrodholi
d. nggregeli

*15) Meminum suatu cairan langsung dari tempat aslinya tanpa menyentuhkan mulut ke tempatnya:*
a. ngokop
b. nyruput✅
c. nyerot
d. Nyedot

*16) Membuka paksa suatu lubang sempit yg lentur dgn menggunakan ibu jari kanan dan kiri :*
a. ngrogoh✅
b. nyuthik
c. njembeng
d. nyethot

*17) Nyethot (A) vs njiwit (B), hubungan kadar rasa sakitnya adalah :*
a. A>B
b. A<B
c. A=B
d. semua jawaban benar ✅

*18) Mak jeganggik :*
a. Tiba-tiba
b. Kaget✅
c. Mustahil
d. Tanggung

*19) Bau yang kurang enak disebut:*
a. Prengus
b. Kecing
c. Penguk✅
d. Ting klenyit

*20) Berantakan :*
a. Ting klenyit
b. Mblader✅
c. Ting penthalit
d. Ting klejing

*21) Gelas berada dipinggir meja hampir jatuh disebut :*
a. Gedhawel
b. Gayutan
c. Mingklik - mingklik✅
d. Delosor

Ni skima jawapannya.
Ade certain tu aku pun takleh agak nak guna camne..hahahaa...😂😂😅😅

6 Aug 2016

Cara Orang Jawa Elakkan Kucing Lari Dari Rumah

Assalam wbt

Wah wah... Orang jawa ada buat gini.. Upacara mengelakkan kucing lari dari rumah. Kalau dia nak jalan jauh pun last2 mesti balik rumah punya.

Macam mana? Memula, cari tiang rumah. Pegang kucing macam dalam gambar sambil mengelilingi tiang sebanyak 7 kali, dgn ucapan semoga kucing tak lari. Ni petua orang jawa. Ko jangan gelak okey...lempang kanggg. insha Allah selalunya memang tak hilanglah. Kalau nak buat teknik ni pada ayam pun boleh dan binatang2 lain. Kalau takde tiang, aku tak pasti apa yg boleh gantikan hihihi




Sekian.


3 Aug 2016

Tong Wakaf Pakaian, Kasut, Soft Toy di Tesco Besar Shah Alam

Assalam wbt..

Kalau terasa dah taknak pakai baju seluar tu, taknak dah soft toy anak2, nak jual pun taktau siapa nak beli,boleh lah masukkan je kat dalam tong ini. Lokasi di tesco besar shah alam, seksyen 15 kot, dekat dengan pusat akuatik tu. Tong ni kat parking lot luar. Memang boleh nampak lah..

Aku sebenarnya tak tahu sejauh mana pengurusan barang tersebut tapi aku agak yakinlah sebab kotak dia bersih dan bermangga. Kalau tong recycle biasa cam ala2 habuk buruk sket kan. Hehe. Nah gambo hiasan.