TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Apr 2016

Review Sabun Buatan Jenis Sabunku 10kg dan 5kg

Assalam wbt dan Hi.







PENGALAMAN AKU....

Aku survey dah, sabun ni berbentuk cecair. kalau sabun jenis cecair paling murah pun kat aeon big / aeon jusco. iaitu sabun aeon la kan.. RM7.90 untuk 2 liter. kalau darab dengan 10 liter ialah RM39.50. masih lagi jimat jika membeli "Sabunku"

kalau dibandingkan pulak dengan sabun dynamo ke apa,.. 1 Liter kadang2 jatuh RM10 kan... mahal wey.. sebab tu aku rasa kita boleh mencuba guna sabun2 ni...

oh ye, sabun ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat. aku guna sabun ni juga untuk basuh baju anak aku yg berumur 2 tahun... kalau bawah setahun, ragu2 tu, aku faham. hehe....

satu bekas besar 10 liter tu bagi aku tahan dalam 2 bulan. lama lah... cara penggunaan pulak, 3 scope penutup dia. kalau 5 liter pulak, tahan sebulan je.. penggunaan pulak, 2 scope penutup dia. kalau nak jimat, kurangkan pun boleh.. ikut kepada hak individu.

sabun ni memang kurang buih. serious aku cakap. tapi bagi aku buih tak penting. banyak nya buih tidak memberi kesan kepada bersihnya baju itu setelah dibasuh. kalau kome ingat lagi masa belajar subjek kimia dulu (sape belajar kimia lah ni)...

 
penyejatan air
 
kalau korang dapat bayangkan, penyejatan air akan lebih mudah kalau kita basuh baju dan bilas betul2... dengan sabun yg banyak buih, ikatan atom buih sabun dan atom air menyebabkan bila jemur bawah matahari, akan menggunakan dua kali ganda masa lah nak sejat. cuba kalau buih tak banyak, maka, bilas pun senang dan nak sejat / keringkan baju pun senang. aku tak jumpa gambar yg sesuai.. sebab dah lama sangat tinggalkan kimia kan...
 
okey jadi faham kenapa tak perlu banyak buih ketika basuh baju??
 
 
okey tu je perkongsian aku... selamat membeli...
 
 
 

26 Apr 2016

Review Buku Bagaimana Akhirnya Aku Bernikah oleh Bahruddin Bekri

Assalam wbt

Aku baru habis baca buku Bagaimana Akhirnya Aku Bernikah hasil tulisan tangan Bahruddin Bekri. Finally habis baca. Hehe. Boleh beli DI SINI ya. Melalui Shopee je kan, senang! 

Buku ni sangat x99999 recommended untuk orang yg tak kahwin lagi, yg masih terfikir2 perlu ke x nak kahwin, yg masih ragu2 nak pilih laki mana, yg masih ragu2 adakah kahwin itu penting... boleh atasi fobia nak kahwin juga. boleh jadi ketawa, boleh jadi nangis bila baca..

Selain kulit buku dan design muka surat yg menarik, tambah rasa semangat nak baca. Hehe

Cuma yg aku pelik, camne laaaaa penulis boleh ada idea sampai 20 bab tu. Adakah melalui pengalaman sendiri, orang lain atau rekaan semata2. Ini kerana, ceritanya sangat logik dan menarik dan relevan pada abad ini ! Hahaha

Aku bagi 10 per 10 ~~~ meh la baca wey..

25 Apr 2016

Produk yang didagangkan di Bursa Saham Malaysia

Assalam wbt dan Hai,

Saja nak share kat korang ha....

Produk yang didagangkan di Bursa Saham

1.     Saham

2.     Waran Syarikat

3.     Waran Berstruktur

4.     ETF (Exchangae Traded Fund) – Dana Didagangkan Bursa

5.     Amanah Pelaburan Hartanah (REITs)

6.     Dana Tertutup (Closes-End Fund)



Terima kasih.

24 Apr 2016

Poskad untuk Dijual

Assalam wbt

Sape2 yg berminat nak beli poskad boleh la email saya. faid.biozip@gmail.com 

RM8 tak masuk pos. ni poskad special drp tv3, tahun 2007. 

RM12 belum masuk pos. visit Malaysia tahun 2007 juga.. 

RM4 tak masuk pos. ni masa zaman Telekom tengah launch telefon umah. Limited edition ni. 

Yg ni RM15 tak masuk pos. yg ni lagi la poskad edisi sampul surat hari pertama. Memang jarang dijumpai. Sempena sambutan merdeka.. Ada watikah dalam rumi dan jawi taw. 

Yg ni RM4 tak masuk pos. masa hot fm mula2 naik dulu. 

Okey. Kepada pengumpul poskad boleh lah contact aku k. 


Terima kasih. 





21 Apr 2016

Apa yg Anda Dapat Bila Bayar RM150 untuk Insurans Prudential dengan AIA?

Assalam wbt

aku menulis berdasarkan kredibiliti orang yg pernah menduduki peperiksaan PCE & CEILLE, dan aku lulus gred C je pun hehe... aku buat exam ni masa tak kerja dulu, ingatkan nak jadi ejen insurans tapi tak jadik sebab dapat kerja lain. heheh...

sape kata insurans tak penting, nak kena jotos ni. haha.. had insurans nak matang pun 120 hari. in case jadi apa2 kematian ke dalam masa nak matang, bolehlah insurans cover. tapi kalau sesapa cakap insurans company dah cukup, nanti tetiba kena buang kerja, at the same time dah ada penyakit, insurans dah taknak layan taw. eh malas nak cakap pasal bende ni..

okey... meh aku beza kan serba sikit. Apa yg anda akan dapat dengan RM150 untuk AIA dan Prudential.


ni perbezaan paling simple. masing2 ada pros n cons. nak pilih mana ikut korang lah kan... ada yg berfikir, nak pampasan kematian (life & death banyak sebab nak senangkan waris) tak kisahlah...

pastu, kalau nak medical card only pun, AIA ada sediakan taw... ada 5 pakej kalau tak salah. kalau salah sorry lah ye. sebab aku pun tulis drp apa yg ejen tu cakap. hehe
1) ibu & maximum 4 anak
2) ayah & maximum 4 anak
3) ibu ayah & maximum 4 anak
4) anak & mak
5) anak & ayah

dan masing2 kedua2 insurans ni xkan cover
1) kos bersalin... eh tapi kalau komplikasi bersalin, prudential cover.
2) kosmetik (nak cantik, plastic surgery etc)
3) existing penyakit (penyakit yg ada sebelum kita mencarum insurans)
4) mati bunuh diri.



okey semoga bermanfaat lah perkongsian ini.


Sekian, Terima kasih.

1 Apr 2016

Kod Etika Hakim 1994 - Tulisan

Assalam wbt dan Hai,

Kod Etika Hakim 1994

1. Seseorang hakim mesti mengisytiharkan semua hartanya secara bertulis kepada Ketua Hakim Negara

2. Tidak boleh berkelakuan yang boleh menyebabkannya dianggap menggunakan kedudukan kehakimannya untuk faedah sendiri

3. Tidak membelakangkan tugas-tugas kehakimannya

4. Mematuhi arahan statutori

5. Tidak berkelakuan tidak jujur, kurang cekap, kurang berusaha, melengah-lengahkan kes tanpa alasan munasabah, enggan mematuhi arahan pentadbiran dan aktif dalam politik.


Sekian, terima kasih.