Assalam wbt...
Seloka ini aku tulis masa aku sedang menganggur. jobless, hopeless, penniless, useless.. semua ada.. heheeehe...
(maaf gambar aku pinjam dari google okey)
Dilema aku seorang penganggur
Aku dah bosan jadi penganggur tegar
Dah hampir setahun 1 kerja pun tak ada
Sudahlah tiada tanah nak diusaha
Sudahlah tiada bisnes keluarga
Apply sana sini jawapan masih sama
Apply guna hard copy atau alam maya
Apatah lagi yg pos guna setem seringgit dua
Interview sana sini masih tidak berjaya
Total dah dalam 50 syarikat agaknya
Alasan sebab pengalaman sedikit cuma
Alasan tiada pengetahuan autocad atau catia
Alasan kerja tak sesuai dengan kos kita
Alasan tak tahu berbahasa cina
Pasal tak tahu bahasa cina ni, aku salahkan kerajaan malaysia
Sebab dalam kurikulum sekolah takde belajar subjek bahasa cina n india
Dorang cina dan india tahu bahasa melayu kita
Tapi bila dorang cakap kita cuma ternganga
Camne perpaduan nak dicipta
Aku rasa menyesal tak belajar bahasa depa
Nak belajar sekarang, kena guna banyak masa
Pointer bagus pun tak guna
Ade degree engineering pun masih susah dapat kerja
Company dah tak kisah kita kelas satu atau dua
Bukan ke semua skills boleh dipelajari sambil bekerja?
Kalau mintak jawatan spm atau diploma
Alasan taknak terima sebab kita budak ijazah sarjana muda
Kalau kita tak kisah dengan gaji berapa
Company cakap tak percaya punya
Company cakap kita confirm blah kalau dapat kerja yang sesuai dengan degree kita
Kalau kita cakap sebab nak dekat dengan rumah kita
Company cakap "u rugi lah kerja sini gaji x seberapa, baik u duduk kl sana"
Lastly resume kita dibuang dalam tong kitar semula
Gomen pun tak bagi budak degree apply jawatan kerani semua
Tapi jawatan tu paling banyak tersedia
Kalau lah gomen pendekkan waktu pencen pekerja
Dari 58 kepada 52
Maybe lebih ramai orang muda berkerja
Tiada pembaziran tenaga muda
Rasa macam kena mandi bunga
Mandi nak tolak bala
Hahaha
Oh ya, Kerana takde kerja sempurna
Ade degree tapi kerja biasa2
Jual burger, join MLM, jual online, jaga cc, operator atau jadi jaga
Itu pun selepas menipu "saya ada spm aje"
nak nak sekarang ramai pendatang macam bangla
fuhh sana sini macam bukan kat malaysia
Kadang ade yang sanggup rompak ragut agaknya
Sebab hidup perlukan wang sentiasa
Sebab kita nak berumahtangga
Sebab hutang ptptn tak boleh tunda
Belum lagi hutang kereta
Belum lagi yg ada anak 1,2 atau 3
Kadang tu, even layak dapat kerja tapi takde kabel besar macam ikan lumba lumba
Kalau ada pun, kabel kecil macam ikan bilis di lautan dunia
Tu yang tak dapat kerja juga
Aku pun cuma ada kabel wireless iaitu Tuhan yg Maha Esa
Usaha n doa n tawakal kepadaNya
Tibatiba rasa manusia ni memang tak adil belaka
Kenapa company taknak bagi peluang kat kami untuk mencuba?
Adakah orang yang takde pengalaman confirm tak tahu buat kerja?
Adakah budak degree tak pandai buat kerja budak spm diploma?
Adakah budak engine confirm x pandai baca akaun timbang kira?
Adakah budak engine confirm x pandai buat kerja lain pula?
Nak menyesal pun tak guna
Kalau kebanyakan pekerja nak budak spm diploma
Baik runtuhkan aje universiti kolej ipts ipta
Sebab rugi je belajar bertahun2 tapi finally tetap takde kerja
Tolonglah bagi kami peluang untuk tunjukkan prestasi yg ada
Ya Allah luaskan rezeki kami dan mudahkan kami menempuhi cabaran yg Engkau berikan. Amin
Anakin, 2016.