TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Jul 2015

Mari Berkenalan dengan Saidina Hamzah

Assalam wbt

Siapa die Saidina Hamzah?
Hamzah adelah pakcik nabi tapi bukan adik beradik dgn abu lahab, abas dan abu talib sebab mereka semua daripada ibu yg berbeza. Abu talib is the real sibling dgn Abdullah, bapa nabi.

So macam mane hamzah memeluk islam?

1 hari ni hamzah pergi berburu di luar mekah. Abu jahal datang ke perkampungan bani hasyim dan mengutuk muhammad dan bani hasyim. Kutukan yang terlalu teruk sampai perempuan2 bani hasyim menangis.

 Bila hamzah balik, perempuan2 bani hasyim mengadu pada hamzah.
Hamzah menjadi terlalu marah dan terus ke kaabah dan jumpe abu jahal. Hamzah pukul muke abu jahal dgn bow. Dek terlalu marah, hamzah beritahu abu jahal " Aku dah masuk agama Muhammad".

Malam tu hamzah terlalu risau sampai x bole tidur sbb beliau dh terlajak bersumpah yg beliau dah ikut Muhammad. Org arab sgt berpegang pada janji dan sumpah. So beliau berjumpa dgn Rasulullah untuk meminta pendapat. Rasulullah berdakwah kepada Hamzah dan akhirnya Hamzah memeluk islam. Allahuakbar.
 
Hamzah syahid dalam perang uhud, dibunuh oleh Wahsyi, seorang hamba yg diupah oleh Hindun. Nak tau pasal wahsyi? Bole tunggu next post...

Morale of the story : do not look down on anyone embrace islam for whatever reasons. Kahwin ke, nak dapat bantuan jab agame ke, anything. Guide and help them. Sedangkan hamzah sendiri masuk islam disebabkan marah.

Kredit : Facebook Adibah Hashim

Sekian, Terima kasih.

27 Jul 2015

Temuduga J41 Jurutera Elektronik Kementerian Kesihatan

Assalam wbt

Rasa ramai je yg interview kerajaan tapi tak share kat blog ke apa. So aku nak share sket lah. Result ko jangan tanya. Belum ade keputusan pun lagi.  

Semua dalam bm. 
Bawak resume. (Aku buat dalam bi, resume siap bind lagi tuh)
Bawak sijil, ic, surat beranak etc
Pakai blazer. (Warna hitam)
Pakai name tag. (Belah kanan)
Pakai kasut hitam. 
Sijil dalam file warna hitam / biru. 

Jangan nervous. Kena yakin. 
Tanya nama interviewers. 
Mesti tanya atlis satu soalan kat dorang. 


Perkenalkan diri 
Apa yg tahu pasal jawatan 
Berapa banyak hospital di malaysia 
Kenapa nak hire 3rd party bukan direct gov (syarikat konsesi tu) ?
Namakan 5 jenis biomedikal equipment 
Xpe ke kerja banyak tempat dalam masa yg sama. Bkn tertumpu kpd 1 hosp? 


26 Jul 2015

Nasi Ayam Sedap Simply Chicken IPC Damansara

Assalam wbt 

Nasi ayam kat sini sedap ! Harga not bad. Satu pinggan rm6.90 exc gst. Saiz ayam n hidangan nasi ok cukup utk rasa kenyang dan macam nak tambah lagi. Sambal pun sedap. Sup sedap. Lagi sedap drp chicken rice shop. Haha. Jangan marah. Sambal boleh tambah sendiri. 




Punca datang sebab restoran dalam ikea sudah penuh. Hehee. Tapi bila dah rasa sedap pulak. 

Nanti bila2 boleh datang lagi. Oh ye lokasi kat food court ipc. Paling dekat dgn entrance ikea. 

Sekian thankss. 

21 Jul 2015

Beraya di rumah Papa Biker Wak Muji di Seri Medan Batu Pahat

Assalam wbt

Selamat Hari Raya Aidil Fitri hehe. Kami berkesempatan pergi beraya kat rumah Papa Biker. Wak Muji atau nama penuh Wak Kammuji. Buat pengetahuan korang, Wak Muji pernah jadi tuan rumah untuk majlis kembara johor. Siap ade gambar dengan Sultan Ibrahim. 



Wak Muji juga pernah masuk tv dalam rancangan "obsesi" kat TV9.. Obses dgn motor besar. Banyak la. Lebih 20 kot. Harga mencecah puluhan ribu ringgit. Oh ye. Ade juga yg nak beli tapi beliau tolak sajo. tak bernilai ngan matawang ringgit kekdahnye. Hehe. Aku tak tau sangat history nye. Tapi bolehlah nak datang sini kalau rasa-rasa suka dengan motor besar.  

Ada banyak album gambar tapi tak sempat tengok. 

Wak Muji yg baju color biru. Orang nye humble je. 




Okey sekian terima kasih. 



14 Jul 2015

Rasulullah Tidak Pernah Membunuh Sesiapa Kecuali Ubayy bin Khalaf

Assalam wbt

Rasulullah tidak pernah membunuh sesiapa pun menggunakan tangan baginda sendiri, kecuali seorang lelaki iaitu Ubayy bin Khalaf. Rasulullah akan mengelak untuk membunuh musuh menggunakan tangan baginda sendiri, sebaliknya menyuruh para sahabat untuk membunuh musuh bagi pihak baginda.

Hal ini disebabkan janji Allah bahawa balasan orang yang dibunuh nabi akan dilipat gandakan.

Betapa mercifulnya Rasulullah. Nak tahu siapa??


Siapa ubayy bin khalaf?

 Ubayy adalah pembesar Quraisy yg sgt memusuhi islam. Sebelum baginda berhijrah ke madinah, Ubayy selalu memberitahu nabi yg dia mempunyai seekor kuda yg selalu diberi makan agar sihat supaya dia dapat membunuh nabi ketika menungang kuda itu.
Nabi pernah menjawab sekali 'insha Allah, engkau yang akan mati di tangan aku".Sejak mendengar perkataan drpd nabi itu, Ubayy ketakutan.dan tak tenang kerana percaya nabi bercakap benar. Ketika perang Uhud, dia bertekad utk membunuh nabi tp tak berjaya.sebaliknya, Rasulullah telah mebaling lembing dan terkena sedikit leher Ubayy. Ubayy terjatuh daripada kuda dan menjerit "Matilah aku! Muhammad telah membunuh aku".

Abu Sufyan menenangkan Ubayy dengan mengatakan luka di leher itu terlalu sedikit dan takkan menyebabkan kematian. Jawab Ubayy "Demi Tuhan, Muhammad pernah berkata bahawa dia akan membunuh aku.dan aku yakin dia bercakap benar.dan sungguh, walaupun aku hanya diludah oleh Muhammad, aku akan mati."

Ubayy kemudiannya benar2 mati ketika dalam perjalanan mereka pulang ke Mekah. Allahuakbar.

 #‎throwbackkelassirah #‎1hari1cerita
Moral of story: Even orang musyrik pun percaye setiap yg diperkatakan Rasulullah.
Adakah kita org Muslim sendiri percaya apa yg diperkatakan Rasulullah? Kalau kita percaya, kenapa kita bole tinggalkan pesanan Nabi seolah-olah kita tak percayakan Nabi?

Kredit : Facebook Adibah Hashim



Sekian, Terima Kasih.

13 Jul 2015

Kenapa Tak Boleh Gunakan Sudu Besi Bila Makan Madu?

Assalam wbt

dikatakan madu sangat berkhasiat. Surah An-Nahl ayat 68-69 dirujuk. jadi kami juga membeli..

Hari tu incik hubby ada makan madu.. eh makan ke minum madu ek? tah la boleh la kan... makan madu guna sudu besi je in stead of sudu plastic.. so aku cakap la... ikut petua perlu pakai sudu plastic.. dia Tanya balik kenapa? aku takleh jawab.. so aku cuba nak carik jawapan...

Jawapan aku refer kepada Link 1 Link 2 Link 3 Link 4

Alah aku wiki jah...

Okey madu ni adalah gabungan gula, air dan lain2 komposisinya. Madu ini pH adalah range 3 ke 6. jatuh pada medium asid. secara teorinya asid akan bertindak balas dengan logam.. tapi bukan semua asid dan semua logam.

madu memiliki sifat elektrolit iaitu mengalirkan arus elektrik/konduktor elektrik jika dicampurkan ke dalam pelarut seperti air. boleh mengion atau mengubah komposisi bila terdedah dengan pelarut. gitu ayat yg mudah.

maka, madu ini kalau guna sudu logam, dikatakan khasiatnye berkurangan oleh sebab ada pengaliran arus tadi. tapi aku x pasti berapa laju tahap die bertindak balas. cumanya mengikut persamaan kimia;

madu (before) + air + karbon dioksida --> madu (after) + hydrogen peroksida

dari mana air? air tu kan wap air sekeliling masa kite keluarkan madu dari botol. karbon dioksida dari mana? dari udara la.. kita hembus pun ada karbon dioksida. so hasil hydrogen peroksida ini bersifat mengoksida. which kalau kita guna sudu besi, maka dia akan menyebabkan madu (after) akan bertindak balas dengan sudu besi. aku rasa sebab tu ditakuti khasiat akan hilang.

jadi oleh itu, kita digalakkan guna sudu plastic/kayu what other means supaya madu tak kan bertindakbalas dengan besi. kalau sudah sampai proses ion bergerak kat besi, maka kita makan madu yg tercemar...

yg penting, aku rasa kagum. dulu2 lagi dah ada petua makan madu elak gune sudu besi. tapi dorang tak terangkan dari sudut sains.. hebat wey hebat..

gambar ehsan gugel
 


oh ye, kawan aku dah jadi saudagar madu. ada madu tualang. madu yemen. kalau nak beli madu boleh contact Shahrir 0132466253.

Sekian, Terima kasih.


10 Jul 2015

Kisah Isra' Mikraj Yang Kita Perlu Tahu

Assalam wbt

Hari ini kita nak bercerita pasal israk mikraj... okey ini hasil tulisan orang lain.. tapi tanggungjawab untuk aku sebarkan...

*************************************************

Setelah pemergian abu talib dan saidatina khadijah, rasulullah telah melalui 1 moment penting iaitu isra' mi'raj.

Ibnu al-Qayim menyebut rasulullah telah diisra'kan (diperjalankan) dgn jasadnya dr masjidil haram ke baitul maqdis dgn menunggang buraq ditemani oleh Jibril a.s. Rasulullah turun ke baitul maqdis dan mengimami sembahyang bersama para anbiya yg terdahulu.
Selepas itu, Rasulullah dimi'rajkan pd malam yg same ke lapisan langit.

Pertama: bertemu nabi Adam a.s, diperlihatkan roh2 para syuhada' di sebelah kanan, roh2 diseksa sebelah kiri
Kedua: bertemu nabi Yahya a.s dan nabi Isa a.s

Ketiga: bertemu nabi Yusuf a.s

Keempat: bertemu nabi Idris a.s

Kelima : bertemu nabi Harun a.s
Keenam : bertemu nabi Musa a.s

Ketujuh: bertemu nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim sampaikan salam kepada umat nabi Muhammad dan berpesan "syurga itu tanahnya subur tapi tak banyak pokok, maka tanamlah dgn tasbih, tahmid, tahlil, dan takbir."

 Di setiap lapisan langit, baginda memberi salam dan mereka memperakui kenabian baginda.
Then, rasulullah dimi'rajkan ke sidratul muntaha dan dibawa ke baitul ma'mur. Dan kemudian dimi'rajkan ke hadapan Allah.

 

3 perkara yg Rasulullah dpt;
1)solat, drpd 50 rakaat kepada 5 rakaat setelah Rasulullah berulang alik bertemu Allah.
2) 2 ayat terakhir surah al-baqarah (boleh check tafsir masing2)
3) dpt berita drpd Allah bahawa setiap umat Muhammad yg x syirik akan masuk syurga

 
Baginda kemudian menyaksikan beberape perkara; tp ade khilaf dlm riwayat2 yg diceritakan, ade yg ckp ia berlaku di dunia ketika baginda bermimpi dan ade yg terjadi ketika di langit. Wallahualam. antarenye;
 1) melihat malaikat maalik penjaga neraka yg tak pernah senyum
 2) melihat syurga dan neraka
 3) menyaksikan balasan pemakan harta anak yatim, pemakan riba, penzina etc
 4) bau wangi drpd kubur masyitah

Kemudian baginda diturunkan dan balik ke Mekah.
Otw ke mekah tu Rasulullah ade terjumpa sesuatu dan setibanya di Kaabah, baginda telah terjumpa seseorg. Ce teke siape??????

gambar ehsan google aje
Otw baginda dr baitul maqdis balik ke mekah baginda telah berjumpa dgn sekumpulan kabilah yg menuju ke mekah yg kehilangan unta dan Rasulullah menunjukkan mereka unta yg hilang itu.
Sampai je baginda ke Mekah pd waktu subuh, org pertame yg baginda terserempak adelah abu jahal. Abu jahal berbasi-basi tnye Rasulullah dr mane etc. Rasulullah pun cerita la perjalanan baginda dr masjidil haram ke baitul maqdis dan naik ke langit dlm 1 malam. Abu jahal sgt excited dan suruh nabi cerita kepada org ramai.

Abu jahal pun kumpul kan semua org dekat kaabah dan suruh Rasulullah cerita balik semula kepade semua org. Mereka tanye ape bukti jika Rasulullah benar. Baginda menceritakan ttg kabilah yg kehilangan unta. Dorg pun tggu kabilah tersebut sampai ke mekah dan ternyata mereka betul2 kehilangan unta dan unta itu mendahului kabilahnye.

Mereka suruh baginda gambarkan bagaimane rupe Baitul maqdis, lalu Allah pun membuke penglihatan baginda supaye baginda bole gambarkan baitul maqdis. Rasulullah dpt explain pasal baitul maqdis secare detail hingga org2 yg pernah pergi ke Baitul Maqdis sendiri xdpt mendustai baginda.

Tapi kemudiannye ape respon org2 quraisy? " ini adalah sihir yg nyata" mereka memperlekehkan Rasulullah dan bertambah kekufuran mereka.

 Alhamdulillah setel cerita isra' mi'raj. Lepas ni cerita pasal bibit2 ke arah hijrah ke madinah. Selama ni asik celebrate maal hijrah je kan, so tahun ni jom study sikit so that kte bole appreciate setiap kisah sirah.
Kredit to Facebook Adibah Hashim

#1hari1cerita #belajarsirah

Sekian Terima Kasih.

8 Jul 2015

Kisah : Turunnya Wahyu Pertama dan Kedua Rasulullah S.A.W

Assalam wbt

Entri ni aku ambil drp facebook kawan aku. sebab aku rasa kita patut sama2 tahu pasal Rasulullah. selamat membaca...

More to come !!!

Kisah : Turunnya wahyu pertama dan kedua Rasulullah S.A.W

Rasulullah menerima wahyu pertama ketika baginda berumur 40 tahun ketika baginda bersendirian di Gua Hira'. Gua Hira' terletak di Jabal Nur. Keluasan Gua Hira' adalah kira2 4 hasta. Tinggi puncak Jabal Nur estimatedly 200m. Nabi mula beruzlah di Gua Hira', bertafakur dan mengasingkan diri dari keruntuhan moral masyarakat Arab Jahiliyah.
Pada 1 malam pd bulan Ramadhan, baginda melihat cahaya terang benderang menerangi gua. Tiba2 malaikat Jibril muncul menyampaikan wahyu Allah yg pertama yakni Surah Al Alaq ayat 1-5. Selama 6 bulan sebelum peristiwa itu, baginda telah bermimpi setiap hari tentang apa akan berlaku.


penulis bergambar di Gua Hira'

 Penangguhan wahyu
Setelah turunnya wahyu pertama di Gua Hira', terdapat senggang waktu di mana tiada wahyu yang turun. Terdapat banyak pendapat tentang jangka masa penangguhan wahyu, ada yg berpendapat beberapa hari, beberapa bulan, dan beberapa tahun.Wallahualam.

Ketika penangguhan wahyu itu, Rasulullah dilanda kebimbangan dan kehairanan, terlalu berdukacita hingga terdapat riwayat mengatakan Rasulullah berkali-kali berkejar ke puncak bukit utk menghumban dirinya. Ibnu Hajar menceritakan penangguhan wahyu tersebut bertujuan memberi masa dan melahirkan rasa yakin kepada Rasulullah bahawa baginda adalah utusan Allah dan menerbitkan rasa rindu pada turunnya wahyu daripada Allah.

Suatu hari ketika baginda sedang berjalan, terdapat suara yg memanggil baginda dari langit yakni Jibril. Baginda terus lari ke rumah dan berjumpa keluarganya dan meminta 'selimutkan aku, selimutkan aku, selimutkan aku' , maka disusuli turunnya wahyu kedua yakni

 Surah Al muddatsir.
Wahai orang yg berselimut (Muhammad)!. Bangunlah, lalu berilah peringatan.Dan Tuhanmu, agungkanlah. Dan pakaianmu, bersihkanlah. Dan perbuatan yang keji, tinggalkanlah.


Credit to : Facebook Adibah Hashim

Terima kasih.

Biodata Rasulullah S.A.W

Assalam  wbt

Muhammad Ibn Abdullah Ibn Abdul Muttalib Ibn Hasyim Ibn Abd Manaf Ibn Qusayy Ibn Kilaab Ibn Murrah.

Moyang nabi, Hasyim berkahwin dengan seorang wanita madinah dan dikurniakan seorang anak, iaitu Shayba (Abdul Muttalib).[Shayba bermaksud bayi yg ada uban]. Hasyim kemudiannya meninggal di Gaza. Shayba dijaga oleh ibunya di madinah.
Muttalib, iaitu saudara lelaki Hasyim pergi ke madinah untuk berniaga. Beliau ternampak Shayba dan merasakan paras rupa Shayba seperti orang Mekah.Setelah diselidik barulah Muttalib tahu Shayba adalah anak saudaranya. Dia pun membawa Shayba pulang ke Mekah.
Disebabkan takut tersebarnya berita bahawa Hasyim mempunyai anak di Madinah, Muttalib kemudiannya mengaku bahawa Shayba adalah hambanya.

Disebabkan itu, Shayba yakni datuk nabi digelar Abdul Muttalib (Hamba Muttalib).

Sudah menjadi kebanggaan masyarakat Arab apabila mempunyai anak lelaki yg ramai.

Ketika itu Abdul muttalib hanya mempunyai seorang anak lelaki iaitu Al Harith. Abdul Muttalib kemudiannya bernazar untuk mengorbankan seorang anak lelaki jika Tuhan memberinya 10 anak lelaki. Dengan kuasa Allah, Abdul Muttalib dikurniakan 10 anak lelaki dan 6 anak perempuan.

Abdul Muttalib pergi ke Kaabah untuk mencabut nama anak yg perlu dikorbankan. 3x undi dicabut dan 3x juga Abdullah terpilih. Abdul Muttalib sangat sedih dan risau kerana Abdullah adalah anak yg paling disayangi.

Abdul Muttalib telah pergi berjumpa dengan ahli sihir wanita dan akhirnya mengorbankan 100 ekor unta sebagai tebusan agar Abdullah tidak dikorbankan.

Maka, Rasulullah adalah hasil daripada 2 korban yang tak menjadi yakni korban Nabi Ismail and Abdullah.

Allahuakbar.
#1hari1cerita
 
 
Sekian, Terima Kasih.
 

7 Jul 2015

Apa Jadi Akaun ASB kosong ?

Assalam wbt

Apa jadi bila akaun asb kosong ? Takde duit dalam akaun asb ? Hehee. 


Asb dapat pulangan dalam 8% kot. Banyak lah. Boleh keluarkan kat bank besar cam maybank, cimb, rhb. Pun boleh keluarkan kat pejabat pos. tinggal nak tunggu giliran cepat or lambat. 

Aku ada baki sket tapi ritu dak opis aku, Aishah cakap asb ni haram. Hehe. Aku tetiba rasa nak kuarkan. Eh eh eh. Tahyul tu semua. Sebenarnya aku dah kering dah. Nak raya kan. So aku keluarkan lah semua. 

Pastu kalau kita keluarkan sampai tinggal kosong. Dalam masa setahun kita tak tambah apa2, maka akaun secara automatik kena tutup. Ok tinggal kita lah nak decide. Hehe. Tu je point post ni. Kbye. 

Thanksss. 

6 Jul 2015

Tukar Duit Raya bermula 6/7/15


Assalam wbt

Ha sape nak bagi duit raya boleh lah gi tukar kat bank berdekatan. Bermula dari harini. 

Aku ? Haha. Ada la sikit2. Makin lama makin banyak bende nak kene bayar. Jadi sebelum kita bagi kat orang. Pastikan kita pun cukup duit. Insha Allah ada duit lebih baru kita bagi.. 


Sekian. Tq



3 Jul 2015

Review Drama Isteri Luar Biasa

Assalam wbt


hui sape la yg tak tahu cerita penuh kontroversi ni kan.. haha..

okey tolak tepi kijap adegan luar biasa drp norma kehidupan seperti peygang peygang (pronounce macam orang Johor okeyy) peluk peluks.. etc...

aside from that, banyak gak la pengajaran aku dapat.. sukacita dimaklumkan aku suka tengok. suka jalan cerita die maksud aku.. hehehee... sebab jalan cerita die.. aku ase kurang sket la nak predict. x macam cerita lain yg selalu kita tengok.. aku x pernah baca novel die. so aku xtahu...

okey pengajaran yg aku dapatlah...

1) jangan sterotyping kan orang sesuka hati...

jangan fikir orang yg sekarang x bagus (suka marah2,, free hair,, lawan cakap suami... etc ) macam dewi.. dia x kan berubah sampai bila2... jumpa dengan orang yg betul.. surrounding yg betul.. maka x mustahil akan boleh berubah... senang cakap... jangan buat camni "orang tu pakai tudung, mesti die hati baik... " "orang tu free hair.. mst hati gelap tak terima hidayah..."

kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang..tah2 kita akan jadi lebih teruk drp die.. nauzubillah... sume orang deserve utk berubah ! u are always have a second chance when it comes to taubah... (tapi murtad aku tak pasti.. sila gugel ye)

2)jangan suka jaga tepi kain orang sesangat2...

okey pada mulanya aku setuju kak long marah2 ngah sebab kawen x bagitahu family. wey kalau adik aku kawen kat Lombok senyap2 pun aku marah dow. da la adik laki sorang aje ! bapak pulak dah xde.. as if membelakangkan keluarga aje.. as if kita ni sape aje di mata die.. betul tu aku akan buat cam kak long.. gi api2 kan mak aku..yes. aku manusia biasa.. haha...

tapi tapi tapi idok le aku fikir tahap nak runtuhkan keluarga adik aku tu.. if Nampak actually isteri die tu okey.. aku akan malu sendiri lah... haha akan betulkan balik kt mak aku tadi.. camtu.. jangan jadi cam kak long.. asek2 burukkan aje.. dengar sebelah pihak.. x boleh la camtu... aku Nampak pun dewi tu layan okey aje kak long even kak long x suke..so Nampak la dewi baik.. lain la kak long layan x baik.. pastu dewi pun balas mencerca ! okey itu tanda kompem x baik !!! hahahahhaa...

3) kak long.. pls korang jangan jadi cam kak long... x reti naik kereta..bla2.. tahu2 laki die aje uruskan...

sila lah amek lessen.. mana tahu nanti suami korang gi lebih awal.. boleh la nak gi mana2.. amek tahu camne nak guna internet... nak beratur kat bank.. nak bank in cek.. etc.. life basic.. ingat sket jalan nak ke rumah.. ni aku cakap secara general...

4) mak si ngah... bagus.. bila dengar ape yg eda cakap pasal buruk2kan dewi...

marah2 la.. dah orang tua... bila tersedar yg die x patut buat camtu..die gi siasat..n pi mintak maaf.. x salah orang yg tua mintak maaf yg muda.. skang ni kita Nampak asek orang muda je kene mintak maaf kan.. hehe... peace ! no war..,

5) jangan bertindak terburu2..

yes laki boleh jatuhkan talak.. tapi kerana nak zuriat ko teros cerai je bini kau. emang la bini ko suka melaga. suka ngutuk.. jaga tepi kain orang. tapi atlis die jaga makan pakai ko..die xde cari laki lain.. at least bagi peluang maafkan die... x yah balik uma je kot.. jangan ceraikan dulu.. buat peringkat2.. cewwwahhh.. ha ni da kawen lain baru nyesal.. jangan dera bini gak okey !

***********************************************
Yang relevan gila macam real life

1) kak long marah bile adik die kawen tak bagitahu...

2) fatiha marah sebab da engage ngan die tapi si ngah kawen ngan orang lain.. deerrrr... ?

3) eda confirm akan marah bila sume orang yg dekat dgn die asek puji dewi.. mak die.nenek die..anak die... mesti la die akan kecewa.. cuma setan tu kuat ke x nak menghasut supaya cemburu tu berlarutan jadi jenayah.. haha


yg lain2.. standard la.. olahan manusia...

********************************************

Yang indah hanya di tv, ada x di dunia nyata?

1) ada ke laki serupa raden amzar tu? sabar sentiasa? ada tapi maybe bilangan Nye cume sedikit.. bila balik uma bini x kemas uma.. bini malas solat... oh sabar Nye ko raden.. moga ramai lagi raden amzar di Malaysia... hehe

2) bile eda dah hasut.. mak raden terus percaya.. kerana eda kawan baik dewi dari kecik.. tapi in real, adakah ada mak2 yg terus insap dan nak siasat dr awal SENDIRI ? hehee.. if jadi bende tu kt mak atau sedara mak, bila bukti betul2 ada depan mata.. baru lah kita sedar.. kalau ada orang lain sebelah emak yg positif kan mak.. baru mak akan sedar.. tapi kalau mak dikelilingi oleh batu api... eh sampai ke sudah membenci... hahaha...

3) ada ye orang yg beri perlindungan kat ramai2 tu bagi kerja semua... dan boleh pinjamkan duit sebanyak rm70k untuk anak buah die... hehe.. yg ni aku ase orang bebetul baik je boleh tolong.. serious !!! bak kata mak aku... kita adik beradik tapi duit kita bukan adik beradik.. mesti kena pandai berjimat dan simpan duit taw.. x pun ada insurans.. fikir the worst.. mana tahu xde orang tolong bila kita susah...

***********************************************
yang Nampak nau rekaan !

1) kenapa mesti eda mati ? da la kene cancer.. ala bagi la die dok penjara.. hahaa

2) kalau nak luahkan pasal isteri x best ke apa, x yah la cakap kuat2.. kesian kot !! ni dah fatiha dengar.. aku x leh hadam kenapa nak doa2 ke ape monolog kuat2.. in real life korang camtu ke? nape aku x? hahahaa.. aku monolog dalaman dalam hati je lah wey.. haha

3) kalau laki tak balik2 uma.. xkan percaya bulat2? call la wey ! hahaha.. jangan percaya sangat ngan pempuan yg selalu ade ngan laki kita.. keh3... lagi2 single uols !

******************************************************


ZASSS...

okey dah.. aku malas nak komen lagi... panjang lagi nak cakap.. tapi cukup setakat ni... pape pun yg x bermoral itu jangan diikuti... okey dah.. jangan marah2.. haha.. aku manusia biasa beb..

sekian tq..