Assalam wbt
Selepas aku tak kerja selama 10 bulan.. Aku mula redha.
Mula tawakal.
Mula rasa indah dengan dugaan Allah.
Tak kisah dengan apa yg terjadi.
Dah tak rasa marah dengan Allah.
Dah tak rasa rugi kebaikan yg kita buat belum dibalas dengan kebaikan.
Dah hilang rasa jahat itu, solat dgn tekun awal waktu, mengaji Quran dah kerap.
Rasa seronok jadi suri rumah.
Rasa seronok jadi mama Naqib.
Ready nak ajar Naqib macam2.
Rasa semua orang doakan aku dapat kerja selepas Naqib menginjak 1 tahun.
Rasa tak kisah takde gaji.
Rasa tak kisah makan biasa2.
Rasa yakin Allah sayang kita sebab tu Dia bagi dugaan kat aku.
Rasa yakin setiap kejadian ada hikmahnya.
Rasa yakin Allah akan bagi kita, apabila kita betul2 sesuai dan perlu.
Alhamdulillah. Sabar itu ada jawapan.
Betul2 umur Naqib 1 tahun, aku sign offer letter utk kerja.
Terima kasih Allah.
No comments:
Post a Comment