TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Sept 2014

Apakah Tujuan Negara Komenwel Ditubuhkan?

Assalam wbt

Jumlah : 54 negara
Kenapa : Negara yang pernah dijajah oleh British

Tujuan Komenwel

1. Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota

2. Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di kalangan negara anggota.

3. Menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota

4. Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan British terutama untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain

5. Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara anggota.

6. Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel

7. Wakil diplomat negara komenwel dipanggil




Terima kasih. 

29 Sept 2014

Makan Nasi Arab Dima Restaurant

Assalam wbt

Saje nak share. 

Bolehlah nak cube nasik arab kat dima restaurant. 

Kedai kat trafik lite ke taman bukit beruang, dari mitc tu, kedai belah kanan sebelum jejantas. Kedai tu kat corner. 

Harga standard tapi aku kira mahal utk di melaka. Rm17 sebungkus! Tapi nasi banyak giler!! Untuk 2 orang. Berbaloi la. Sedap ke? Aku ase biase sangat! Haha. 


Sekian, terima kasih. 

27 Sept 2014

Review Pampers Drypants yang Bagus ialah PETPET


Assalam wbt

Aku try kan pampers drypants untuk anak kitorang yg chumel ituew. Huii x muat ko walaupon saiz XL. Padahal berat die baru 10kg. Hihihi. Paha kepsi kata ucu die. Hihihi. Aku x suggest untuk gune huggies!! sebab x best langsung. Sangat ketat! Pastu kene berdirikan anak bila nak pakai. Haiyah. Kalaud ie sedar takpelah. Kalau die tidur? Naya mak. 


Sampai aku buat lelongan huggies murah. Terbeli banyak stok uols. Dapat pun drp pakcik yg memang kije kat situ. 

Tapi yang bagus dok ado. Ni haaaa. Jenama petpet!!! 



Nampak cam poyo tapi bagus. Xyah nak berdirikan anak bile nak pakaikan. Kekal kering pun serupa huggies. No hal punye. Yg best saiz XL sesuai !! Hihihi. Yeayyy. Tapi aku gune pek percubaan. Lom jumpa lagi pek besar. Jom ar beli jommmm. 

Itu je perkongsian aku harini. 


Sekian terima kasih. 

25 Sept 2014

Pameran Wide Shawl Real Hijab Jusco Melaka

Assalam wbt

Sekarang sedang berjalan pameran wide shawl kat aeon bandaraya. Organized by real hijab. Sampai 29 sept 14. 

Ade yg ok. Ade yg tak sangat la bagi aku. Majoriti printed wide shawl. Yg plain tak berapa lawa bagi aku. Kaler banyak. Jahitan pun biase. Camne leh harga die rm55 sepasang bila harga biasa. Tapi harga promo rm100 untuk 4 helai. Sangat x sesuai. 

Ada tu yg memang layak berharga mahal. Mebi dorang kene kaji tol2.. Mak aku tailor. So mak aku memang faham benar kalau jenis kain mahal or murah ni. Jahit tepi tudung pun jenis biase. Bukan yg jahitan halus tu. pelik iols. Pastu certain corak leh jumpe kat jakel. Hehehehe. 

Yg mahal tu memang xleh nak cakap apa. Kualiti bagos tu memang berpatutan gilerrr laaaa. Hehe. 

So sorry kalau ade staff real hijab yg bace. Mebi kene tingkatkan kualiti k. 




Ok. Sekian terima kasih. 


24 Sept 2014

Nasi Ayam Hailam, Sungai Udang Melaka

Assalam wbt 


Sedapnya nasi ayam hailam.

Restoran Hijrah Sari. Lokasi Sungai Udang Melaka. 
to be exact, Jalan Keris Mas.
Kalau anda dari arah Cheng/Ayer Keroh, lalu ikut highway SAS kan... straight sampai ujung, ada simpang 3.. ke kanan, arah Masjid Tanah, ke kiri arah Kem Terendak.

Take direction arah kem terendak, dan dan 1st simpang, belok kiri.
di situlah namanya jalan keris mas. 

kedai nasi ayam tu betol2 tepi jalan uols.. 

servis cepat giler bakhang!!!
order terussss sampai !!!


Jom lah try................

Sekian. Terima kasih. 






23 Sept 2014

Memori Karipap Sahaja


Assalam wbt dan Hai,

Memori membuat karipap dengan mak :)






Sekian. Terimakasih. 

19 Sept 2014

Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil Limbongan Melaka

Assalam wbt

Sedap wey kuih keria antarabangsa hj jalil limbongan ! Rm0.50 1 biji. Tapi gune pure keledek! Gune gula merah ! Sangat rangup! Sedap sangat! Nak order tunggu sampai 1 jam. Haha. Kalau makan kat kedai dapat la 2 pcs setiap orang. 

Sementar tunggu, pandai la dorang niaga laksa kan. Hehe. Kitorang makan laksa 2 mangkuk, milo ais 2 gelas, 4 pcs kuih keria , total Rm14... Murah ke mahal? Tapi bagi aku okey gak ar. Keria tu besar la bagi aku. Sedap sedap !! 

Pada yg nak order, datang tinggal nak el je kan,, call Zura, 0126914026 (pada sape yg xleh nak load gambar) . Land mark, masjid limbongan kaler kuning. Then, ia ada di Belah kiri - kalau anda datang dari kelebang, (selepas coconut shake yg glemer itu).. Kalau datang dari bandar, ia belah kanan, dan before kedai tu ada kedai jual kereta terpakai. Tak bape nampak dari jalan besar tapi bila nampak orang berpusu2,, so orang taw la ade makanan yg best! Kih3...

Meh belanja gambo. 






Tak perlu bayar mahal untuk bersama keluarga pada waktu cuti. 


Sekian, terima kasih ! Hehe



17 Sept 2014

Buat Photobook Murah Giler!! Last 17 Sept 14

Assalam wbt

Jom pakat ramai-ramai kita buat photobook murah giler!!

Hanya serendah RM45 untuk saiz 8.5'' x 12'' untuk 40 pages!!

Penghantaran free ke seluruh Malaysia!

Promo valid till 17 Sept  2014 sahaja !!!

Arini last babe!!

Aku da beli 5 buah...


www.pixajoy.com

pixajoy promo


Sekian, terima kasih!!

10 Sept 2014

7 Industri di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Assalam wbt dan Hai

Industri di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

1.     Sawit

2.     Getah

3.     Perkayuan

4.     Koko

5.     Lada

6.     Kenaf dan Tembakau

7.     Biobahan Api


Aku baru tahu lepas membaca nota. Hehe. Korang memang tahu dah ke? Tahniah!
Aku cuma letak link kenaf sahaja sebab itu yang paling tak familiar. yang lain rasa-rasa macam familiar kan? korang boleh google sendiri. Kikikiki.... 


Terima kasih. 

6 Sept 2014

Inovasi kek coklat mug microwave 5 minit

Assalam wbt

Kelmarin aku tulis kesalahan semasa membuat kek coklat mug ni. So aku ubah sket resepi. Aku tambah air panas menggelegak 7 sudu besar. (Mebi patit jadi 11 sudu besar) dan akan datang tambah sikit milo n susu segar (jika ade) 

Pastu sila kacau di tempat yg lebih besar seperti di mangkuk. Hihi. 



Sekian terima kasih. Selamat mencuba. 


4 Sept 2014

Kek Coklat Mug Microwave 5 minit

Assalam wbt

Aku ade terbaca how to make choc cake dalam mug yang dipanaskan hanya selama 5 minit sajo. Mudah nye aku tengok maka aku pun membeli bahan2 nye di famili store. Aku tengok blog sape tah. Sori la lupe nak credit. Hihi. 




Tapi malangnyeee kek aku tak jadi. Jadi kesalahan yang aku ase aku da buat ialah. 

- aku kacau sume bende dalam mug. Vangang avadi betol la. Patot ye kacau kat dalam mangkuk ke ape. Baru la sebati dol. mentang2 name kat mug. Nak gaul pun dalam mug. Hahaha

- tak manis wey. Orang dalam blog cakap optional laaa letak gula ke x. Makaih tak manis ko. Patut letak atlis 1 sudu ker. 

- keras bebenau. Sebab x letak air kot. Lain kali aku nak letak air suam sket. Bia moist moist sket. Baru sedap. Haha. 

Tu je la summary nye. Leh cuba lagi. Ni ha aku tunjuk hasil yg aku buat. Lagi hodoh lagi memalukan. Kakakaka. 


Sekian terima kasih.