TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

18 Nov 2013

Nazar yang Dibenarkan dan yang Tak Dibenarkan

Assalam wbt

Aku baru pas tengok Tanyalah Ustaz arini. 18 november. Ade pasal cite nazar. Nazar ni pekerjaan yang dilakukan bila tertunai sesuatu pekerjaan lain. Aku pun ade terfikir pasal nazar ni bile ade cite pacik tu jalan kaki dari stadium pahang ke shah alam semata2 kerana menang bola pahang atas kelantan. Derrr... Cam xde kije laen bagi aku. Hehe. 

Okeh nazar yang dibenarkan adalah nazar yg boleh memberi manfaat kepada kita atau orang keliling dan boleh dapat pahala. 

1) nazar berkaitan perkara sunat. Contoh kita nazar nak puasa sunat 3 hari kalau dapat kerja baru. Nazar puasa sunat, mengaji Quran, sedeqah, iktikaf di masjid etc. Sume tu perkara sunat. Jadi kite boleh buat nazar tu. 

2) nazar berkaitan perkara baik. Contoh nazar nak bagi salam kat sume orang yg lalu lalang kat kaki lima. Bagus nazar tu. Tapi still ada syarat. Jangan nak bagi salam kat aweq2 or pakwe2 je. Hihi

3) nazar berkaitan fardhu kifayah. Contoh nazar nak mandikan mayat kalau ada orang meninggal dunia. Jadi bile nazar, wajib bagi die mandikan mayat. Padahal awalnye ia adalah berhukum fardhu kifayah sahaja. 


Okeh then nazar yang tak dibenarkan adalah bila mana kalau kita buat nazar tu, mang takde manfaat atau tujuan yg jelas. 

1) nazar nak buat perkara fardhu ain. Contoh kite nazar nak solat fardhu zohor kalau anak dapat 5A. Maknanye selame ni tak buat fardhu zohor ke?? Contoh laen nazar nak puasa ramadhan. Etc

2) nazar perkara yg makruh. Contoh, nazar nak puasa setahun tanpa henti. Sedangkan die taw die bukan larat pun nak kerjakan. 

3) nazar perkara haram. Contoh nazar nak makan babi kalau dapat 5A. Ha kan tak betul tu namanya. 

4) nazar perkara yang tah pape. Contohnye nazar nak minum air 5-6 botol kalau dapat 5A. Nota aku, aku ase nazar pacik jalan kaki tu masuk dalam kategori ni. Hihi


Okeh sekian saje sharing session arini. ;) 



No comments: