5 Mar 2025

Ayat-Ayat Power Nak Letak Dalam Resume

Assalamualaikum wbt dan Hai,

Aku copy paste daripada Linked-in Jeff Fakhrurrazi. Manalah tahu, aku nak guna dalam resume aku kelak. Hahah... 


25 Power Words to Use in Your Resume 📌

Using these words in your hashtagresume can showcase your achievements and skills, helping your application stand out to potential employers.

• Achieved: Successfully achieved sales targets, resulting in a 15% increase in revenue.

• Improved: Improved team efficiency by implementing new project management tools.

• Developed: Developed a comprehensive training program for new employees.

• Managed: Managed a team of 10 to deliver high-quality projects on time.

• Implemented: Implemented innovative marketing strategies that boosted brand awareness.

• Led: Led cross-functional teams to achieve project milestones.

• Created: Created engaging content for social media platforms, increasing followers by 20%.

• Designed: Designed user-friendly websites that enhanced user experience.

• Reduced: Reduced operational costs by 10% through process optimization.

• Increased: Increased customer satisfaction scores by 25% through improved service.

• Streamlined: Streamlined workflow processes to enhance productivity.

•Generated: Generated new business leads through strategic networking.

• Exceeded: Exceeded sales targets by 30% for three consecutive quarters.

• Optimized: Optimized website performance, resulting in faster load times.

• Collaborated: Collaborated with stakeholders to align project goals with business objectives.

• Resolved: Resolved customer issues quickly, maintaining high satisfaction rates.

• Spearheaded: Spearheaded a successful product launch that captured 20% market share.

• Analyzed: Analyzed market trends to develop effective marketing strategies.

• Mentored: Mentored junior staff, fostering their professional growth.

• Negotiated: Negotiated favorable terms with vendors, saving costs for the company.

• Executed: Executed comprehensive marketing campaigns, driving brand visibility.

• Facilitated: Facilitated workshops to train employees on new software.

• Directed: Directed the development of new product lines, resulting in increased sales.

• Initiated: Initiated process improvements that enhanced operational efficiency.

• Supervised: Supervised project execution, ensuring adherence to timelines and budgets.



Semoga membantu. Terima kasih.

4 Mar 2025

Jawapan untuk Soalan Temuduga "Describe yourself in 3 words"

Assalamualaikum wbt dan Hai,

Aku copy-paste daripada Linked-in Jeff Fakhrurrazi

"Describe Yourself in 3 Words"

Recruiters often ask this in interviews, and it’s a chance to share your core qualities.

Here are some examples to get you started:

✅ Resilient, Innovative, Collaborative

✅ Detail-Oriented, Empathetic, Ambitious

✅ Analytical, Curious, Driven

hashtagTip
There's no right or wrong answer, but your three words should match the role you're applying for. You can also share a quick story or example to back up each word during your interview.



Moga bermanfaat. 

Semoga berjaya!

3 Mar 2025

77 Soalan Yang Bakal Ditanya oleh Interviewer kata Linked-in Jeff Fakhrurrazi

Assalamualaikum wbt dan Hai,

Soalan yang mungkin akan ditanya oleh interviewer. Aku pun sajalah buat nota sebab aku pun bukan pandai sangat. Haha... Copy paste linked-in Jeff Fakhrurrazi






Sekian terima kasih.










2 Mar 2025

Jalan-Jalan 1 Hari di Singapura dengan Kereta Api Shuttle JB Sentral ke Woodlands

Assalamualaikum wbt dan Hai,

Alhamdulillah kami berpeluang jalan-jalan di Singapura pada bulan September 2024 yang lalu. Nampak tak, lama juga nak buat posting. Hehe...

Kami bergerak ke Johor Bahru dengan menaiki bas pada jam 11 malam dan tiba di Terminal Bas Larkin pada pukul 3.30 pagi. Memang laju tahap Tokyo Drift pemandu bas, kecut perut ngantuk lagi. Sampai di Larkin sebab awal sangat, tak boleh rehat di surau. Kami bersandar je di mana-mana tiang. Tak lama itu, ada seorang polis bantuan menegur kami. Dia kasihan kami di situ dengan anak-anak jadi dia bagi kami berbaring di hadapan surau. Surau di Terminal Bas Larkin dibuka pada jam 5.30 pagi sahaja kalau tak silap. 

Dalam jam 6.30 pagi, kami gerak ke JB Sentral dengan grab, dalam 15 minit sampai, terus laju-laju bergerak ke pintu masuk Tren Shuttle. Almaklumlah semuanya kena siap sedia seawal 30 minit. Tiket kami jam 7.30 pagi. Korang kena daftar untuk masuk Singapura. ICA SG boleh isi di sini, online saja, 2 hari sebelum pergi ya. Sebelum korang isi, mesti beli dulu tiket shuttle JB-Woodlands sebab nak isi dalam form ICA SG nanti. ia auto approved jadi tiada masalah. 

Buka je pintu masuk tren shuttle, kita pun bergegas check in, follow the flow saja sebab tiada yang asing di situ. Kami bawa beg galas saja sebab lawatan sehari jadi amat mudahlah. Hehe. Tiba saja di Woodlands, korang memang akan sampai betul-betul di perhentian bas tepi jalan. Memang banyak sangat bas. Serius banyak dengan nombor yang aneh-aneh alien bethol. Okay, jadi korang kena tengok nombor bas yang akan ke Woodlands Interchange sebab nak naik MRT dari situ. Aku pilih bas 950 sebab nampak meyakinkan. HAHAHA. aku pun tak tahu sebenarnya bas yang mana tapi Alhamdulillah betul ya. Kami guna kad kredit dan debit kad untuk 4 orang. Pintu bas ada di hadapan (tepi pemandu bas) dan di belakang. Kalau korang tak ada kad, pandai-pandailah nak hidup. Sebab ada yang tak bayar weyyyy, aku pun tak tahu cemana dorang check. huhuhu... kalau boleh, beli kad EZ LINK siap-siap dari Shopee. 

Tiba di Woodlands Interchange, kalau korang tak ada EZ LINK, korang beli di Woodlands Square. Boleh nampak ada satu eskulator tinggi, signboard Woodlands Square, korang naik atas itu, kemudian boleh nampak Ticketing Counter untuk beli kad Ez Link. Tak semua kad kredit boleh diguna pakai untuk naik MRT. Korang boleh pastikan sendiri di kaunter depan check-in MRT. 

Kemudian, korang tengok route map MRT. MAP



Kami tak banyak itineri.

Woodlands > Raffles (Line Merah)
1) Jalan kaki dalam 1-2km dari Exit Raffles untuk ke Merlion Singapore (tengok singa air)
2) Jalan kaki dalam 1-2km dari Merlion Singapore untuk tengok dekat2 Marina Bay Sands Singapore (tengok menara 3 berkembar)
3) Jalan kaki dalam 2-3km dari Marina Bay Sands Singapore untuk tengok dekat2 Garden By Bays (yang macam pokok pinang tu)
4) Jalan kaki patah balik dalam 500m dari Garden By Bays tadi ke Bayfront MRT

Di Garden By Bays, ada tren lain.
Bayfront > Bugis (Line Biru)
1) Jalan kaki dalam 1-2km untuk Makan di Restoran Zamzam (memang sedap gileeeeeeeeeeeeeeeee!)
2) Jalan sikit dari Restoran Zam-Zam untuk Solat di Masjid Sultan 
3) Jalan kaki dalam 1-2km untuk ke Jalan Bugis untuk beli souvenir

Nak balik ke Woodlands Interchange:-
Bugis > City Hall (Line Hijau)
City Hall > Woodlands (Line Merah)

Nak balik ke Johor Bahru:-
Naik bas 950 di Woodlands Interchange, lokasi dia agak sulit tapi boleh ditemukan. Tanya dengan polis bantuan kalau tak pasti, kemudian, korang baca anak panah yang disediakan. Bas 950 akan bawa kita ke CIQ Woodlands untuk cop passport online, maksudnya check sistem je, takdelah cop guna stamp pad tu. Kemudian, follow je lane bas korang, bas 950. Contoh, lane kanan ke Bas Express, lane kiri, bas 950, 174, 150. Korang pilihlah lane kiri. haaa centu... Lepastu korang follow je orang lari-lari tu kan, naik je lah bas apa-apa yang ada, tak kisah nombor berapa. Semua bas, menuju ke Johor Bahru. Kami naik bas 174. Kemudian, tuptup sampai di JB Sentral. 

Anggaran :-
Tiket bas TBS ke Larkin = RM38 x 4 x return = RM204
Grab Larkin ke JB Sentral = RM11
JB - Woodlands (shuttle) = RM5 x 4 = RM20
Kad EZ Link = SGD 15 x 2 = SGD30 = RM96
Makan di Restoran Zamzam = RM100
Beli Souvenir = RM100 
Tiket parking di TBS = RM28
Jumlah lebih kurang = RM628 

Kami naik bas dari JB Sentral jam 11 malam kemudian tiba di TBS pada jam 4 pagi. Kami pun pulang dan tidur. 

Kesimpulannya, jalan-jalan di Singapura memerlukan stamina yang banyak sebab penat gila. Bawa ringan-ringan je untuk siapa-siapa yang jalan sehari je macam kami. Bawa air mineral juga sebab haus yakmat. 

Terima kasih. 


1 Mar 2025

Aturcara Majlis Hari Keluarga dan Indoor Games

Assalamualaikum wbt

Pada 8 Februari 2025 yang lalu, kami mengadakan Majlis Hari Keluarga yang bertempat di Batu Pahat, Johor. Pelbagai aktiviti menarik yang kita jalankan bersama. Okey boleh tengok aturcara majlis kita ya...





Terima kasih. 



28 Feb 2025

Ambil Kos Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Boleh Jadi Apa?

Assalamualaikum wbt dan Hai,

Selalu orang tanya kepada orang lain, kalau kita ambil kos Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, boleh jadi apa selain jurutera? Okay aku nak share kat sini ya.

1. Jurutera
Memang itu bidang kita kan.

2. Bos / Manager / Project Manager
Haa kalau korang dah lama dan nampak la pandai manage manusia, memang boleh naik pangkat, kalau tak selama-lamanya jadi jurutera sahaja lah. Selalunya jurutera yang jadi manager ini perlu ambil kos PMP (Project Management Professional), juga boleh jadi korang ambil MBA (Masters in Business Administration) 

3. Procurement Executive
Korang perlu familiar dengan istilah engineering semua, tapi korang more to uruskan proses jual barang di dalam sesebuah syarikat. Korang juga boleh cadangkan kepada department yang nak beli barang itu, barang yang hampir sama spesifikasi dengan barang yang mereka nak. Contohnya, mereka nak beli lampu dari kedai 99 Speedmart, tapi korang nampak barang yang sama dalam Shopee tapi harga jauh lebih murah! korang boleh cut cost, dan masa inilah korang kena guna kepandaian dalam teknikal tadi untuk membidas perlu beli barang yang korang pilih. ha gitu faham ke ?

4. Admin Executive
Ya boleh jadi admin. bukan yang kos admin je boleh jadi admin.

5. Document Controller
Jawatan ini untuk mengkompilasikan (compile) segala dokumen yang diperlukan selepas kerja-kerja engineering dilakukan. Ada format mendokumenkan report oleh setiap klien. Oleh sebab korang pandai bahagian engineering, maka boleh gunakan kepandaian korang di sini untuk edit drawings daripada AutoCAD dan edit sikit sebanyak ayat yang kadang-kadang engineer olah dengan cara salah, lepastu klien tak faham, jadi koranglah kena edit. Hehe... 

6. Designer
Designer ini ada kalanya orang panggil Design Engineer, ada kalanya panggil designer. Designer ini ikutlah company apa yang korang buat tapi memang kerja mendesign je. contoh, design generator set, turbine set, wellhead control panel set. Engineer akan keluarkan material apa yang nak dibeli melalui design yang korang buat. Dia macam susah lah aku cakap, dan kalau ada IR ke TS ke, lagi gempak la designer ini. Hehe

7. Occupational, Safety and Health Officer (OSH Officer)
yang ini korang kena ambil extra course dengan NIOSH. boleh google sendirilah ya. 

8. Site Safety Supervisor (SSS)
OSH Officer dan SSS ini jawatan berbeza ya anak-anak. Selalunya setiap projek, ada seorang SSS. yang pasti kena licensed and certified jugalah. boleh google juga requirement NIOSH.

9. Trainer
Korang mengajar subjek yang korang power. banyak company yang ada trainer internal seperti RAPID-KL, Schneider, Siemens dll. Boleh jadi juga korang perlu mengajar untuk external sekali (orang luar). oh ya, trainer ini bukan cikai-cikai, memang boleh hands-on. maksudnya, memang tahu macam mana nak manage sesuatu, bukan takat pandai belajar saja. 

10. Warehouse Executive
Hampir sama dengan procurement executive tadi tapi kalau warehouse executive ini tahu tentang engineering, bonus untuk dia. Bila staff nak keluarkan barang dari warehouse, korang boleh halang atau cadangkan barang lain yang lebih baik. Kalau tak tahu tentang engineering, korang akan follow je tak kisahlah staff nak apa. 

11. Lecturer
Korang further study Masters, kemudian PHD dan mengajar anak murid di universiti tempatan dan luar negara. Pengalaman ketika menjadi jurutera sangat berharga. 

12. Certification Executive
Selain menjadi jurutera, korang boleh juga jadi certification executive. maksudnya korang boleh jadi pegawai yang meluluskan sesuatu pensijilan barang. Contohlah barang tidak diperakui (certify), jadi korang sebagai Badan Pensijilan boleh memperakui barang tersebut. Contoh syarikat, SIRIM, BV, DNV, Intertek Inspection, Nusatek dll.

13. Badan Pengiktirafan Jurutera, Teknologis, Susun Akta
MBOT, IEEE, BEM, SKMM/MCMC. Ya jawapannya memang ada kerja kosong ya. rajin-rajinlah search website mereka. Jawatan untuk seorang yang memang ada degree dalam engineering selalunya, Deputy of sekian-sekian. Kebanyakan yang mesti outspoken, english fluent bebeh, gitulah... 

14. Researcher
Kerja memang buat research. Kat Malaysia tak banyak yang buat RnD. Contohnya TM, Top Glove dan Proton. 

15. Scheduler/Planner
Scheduler atau Planner ini bukan semua company ada kekosongan macam ini. Selalunya ada jawatan ini kalau sesuatu tempoh kerja itu sangat crucial untuk company. Contoh nak buat projek masa shutdown plan (tempoh shut down kilang / plant) , jadi perlu ada scheduler. Scheduler ini bapak segala strict gileee dia akan check between lines, cukup ke tidak masa nak buat semua scope of work yang ditetapkan klien. Contoh, dia plan 2 hari jadi by hook or by crook memang kena siapkan dalam masa 2 hari. Selalunya scheduler memang wajib tahu guna Ms Project, Primavera dan sebangsa dengannya.

16. Expeditor 
Expeditor ini ada kalau nak expedite barang-barang yang kita order daripada supplier. dia lah yang sibuk kejar sana sini, pergi maki transport service semua lah. dia juga yang jadi orang tengah antara company tempat dia kerja, dan transport service/supplier. Dia juga banyak lah kena tahu pasal Kastam, Incoterm, logistic terms yang aneh-aneh dll.  Jawapannya ya, seorang expeditor boleh jadi ada background engineer terutamanya yang kerja di syarikat besar seperti Petronas, MMHE, Muhibbah Engineering dll... Semuanya ada expeditor. 

 17. Apa-apa juga jawatan yang background check ialah engineering
Company yang ada kekosongan jawatan kebanyakannya memang sudah mention yang mereka mahukan orang background engineer. 

18. Lain-lain (Anyone can be one)
Health Planner, HR Executive, Influencer, Housewife, Transporter (hantar ambil murid sekolah), TT Live Seller, Receptionist, Pekerja Hotel, Cashier, Baker, Steward, Pilot, Pekerja Grab, Owner Company dll  


Nak bagitahunya, kalau korang tak fit nak jadi engineer, dah apply kerja tak dapat, korang boleh go kepada salah satu cabang ini. selain no last sekali tau, yang itu anyone can be one. siapa-siapa pun boleh kalau korang teringin. Hehe....


Terima kasih


27 Feb 2025

Maksud Bacaan Dalam Solat - Info daripada JAKIM

Assalamualaikum wbt dan Hai,

Maksud bacaan dalam solat adalah seperti berikut.







Terima kasih.