Assalamualaikum wbt dan Hai,
Selalu orang tanya kepada orang lain, kalau kita ambil kos Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, boleh jadi apa selain jurutera? Okay aku nak share kat sini ya.
1. Jurutera
Memang itu bidang kita kan.
2. Bos / Manager / Project Manager
Haa kalau korang dah lama dan nampak la pandai manage manusia, memang boleh naik pangkat, kalau tak selama-lamanya jadi jurutera sahaja lah. Selalunya jurutera yang jadi manager ini perlu ambil kos PMP (Project Management Professional), juga boleh jadi korang ambil MBA (Masters in Business Administration)
3. Procurement Executive
Korang perlu familiar dengan istilah engineering semua, tapi korang more to uruskan proses jual barang di dalam sesebuah syarikat. Korang juga boleh cadangkan kepada department yang nak beli barang itu, barang yang hampir sama spesifikasi dengan barang yang mereka nak. Contohnya, mereka nak beli lampu dari kedai 99 Speedmart, tapi korang nampak barang yang sama dalam Shopee tapi harga jauh lebih murah! korang boleh cut cost, dan masa inilah korang kena guna kepandaian dalam teknikal tadi untuk membidas perlu beli barang yang korang pilih. ha gitu faham ke ?
4. Admin Executive
Ya boleh jadi admin. bukan yang kos admin je boleh jadi admin.
5. Document Controller
Jawatan ini untuk mengkompilasikan (compile) segala dokumen yang diperlukan selepas kerja-kerja engineering dilakukan. Ada format mendokumenkan report oleh setiap klien. Oleh sebab korang pandai bahagian engineering, maka boleh gunakan kepandaian korang di sini untuk edit drawings daripada AutoCAD dan edit sikit sebanyak ayat yang kadang-kadang engineer olah dengan cara salah, lepastu klien tak faham, jadi koranglah kena edit. Hehe...
6. Designer
Designer ini ada kalanya orang panggil Design Engineer, ada kalanya panggil designer. Designer ini ikutlah company apa yang korang buat tapi memang kerja mendesign je. contoh, design generator set, turbine set, wellhead control panel set. Engineer akan keluarkan material apa yang nak dibeli melalui design yang korang buat. Dia macam susah lah aku cakap, dan kalau ada IR ke TS ke, lagi gempak la designer ini. Hehe
7. Occupational, Safety and Health Officer (OSH Officer)
yang ini korang kena ambil extra course dengan NIOSH. boleh google sendirilah ya.
8. Site Safety Supervisor (SSS)
OSH Officer dan SSS ini jawatan berbeza ya anak-anak. Selalunya setiap projek, ada seorang SSS. yang pasti kena licensed and certified jugalah. boleh google juga requirement NIOSH.
9. Trainer
Korang mengajar subjek yang korang power. banyak company yang ada trainer internal seperti RAPID-KL, Schneider, Siemens dll. Boleh jadi juga korang perlu mengajar untuk external sekali (orang luar). oh ya, trainer ini bukan cikai-cikai, memang boleh hands-on. maksudnya, memang tahu macam mana nak manage sesuatu, bukan takat pandai belajar saja.
10. Warehouse Executive
Hampir sama dengan procurement executive tadi tapi kalau warehouse executive ini tahu tentang engineering, bonus untuk dia. Bila staff nak keluarkan barang dari warehouse, korang boleh halang atau cadangkan barang lain yang lebih baik. Kalau tak tahu tentang engineering, korang akan follow je tak kisahlah staff nak apa.
11. Lecturer
Korang further study Masters, kemudian PHD dan mengajar anak murid di universiti tempatan dan luar negara. Pengalaman ketika menjadi jurutera sangat berharga.
12. Certification Executive
Selain menjadi jurutera, korang boleh juga jadi certification executive. maksudnya korang boleh jadi pegawai yang meluluskan sesuatu pensijilan barang. Contohlah barang tidak diperakui (certify), jadi korang sebagai Badan Pensijilan boleh memperakui barang tersebut. Contoh syarikat, SIRIM, BV, DNV, Intertek Inspection, Nusatek dll.
13. Badan Pengiktirafan Jurutera, Teknologis, Susun Akta
MBOT, IEEE, BEM, SKMM/MCMC. Ya jawapannya memang ada kerja kosong ya. rajin-rajinlah search website mereka. Jawatan untuk seorang yang memang ada degree dalam engineering selalunya, Deputy of sekian-sekian. Kebanyakan yang mesti outspoken, english fluent bebeh, gitulah...
14. Researcher
Kerja memang buat research. Kat Malaysia tak banyak yang buat RnD. Contohnya TM, Top Glove dan Proton.
15. Scheduler/Planner
Scheduler atau Planner ini bukan semua company ada kekosongan macam ini. Selalunya ada jawatan ini kalau sesuatu tempoh kerja itu sangat crucial untuk company. Contoh nak buat projek masa shutdown plan (tempoh shut down kilang / plant) , jadi perlu ada scheduler. Scheduler ini bapak segala strict gileee dia akan check between lines, cukup ke tidak masa nak buat semua scope of work yang ditetapkan klien. Contoh, dia plan 2 hari jadi by hook or by crook memang kena siapkan dalam masa 2 hari. Selalunya scheduler memang wajib tahu guna Ms Project, Primavera dan sebangsa dengannya.
16. Expeditor
Expeditor ini ada kalau nak expedite barang-barang yang kita order daripada supplier. dia lah yang sibuk kejar sana sini, pergi maki transport service semua lah. dia juga yang jadi orang tengah antara company tempat dia kerja, dan transport service/supplier. Dia juga banyak lah kena tahu pasal Kastam, Incoterm, logistic terms yang aneh-aneh dll. Jawapannya ya, seorang expeditor boleh jadi ada background engineer terutamanya yang kerja di syarikat besar seperti Petronas, MMHE, Muhibbah Engineering dll... Semuanya ada expeditor.
17. Apa-apa juga jawatan yang background check ialah engineering
Company yang ada kekosongan jawatan kebanyakannya memang sudah mention yang mereka mahukan orang background engineer.
18. Lain-lain (Anyone can be one)
Health Planner, HR Executive, Influencer, Housewife, Transporter (hantar ambil murid sekolah), TT Live Seller, Receptionist, Pekerja Hotel, Cashier, Baker, Steward, Pilot, Pekerja Grab, Owner Company dll
Nak bagitahunya, kalau korang tak fit nak jadi engineer, dah apply kerja tak dapat, korang boleh go kepada salah satu cabang ini. selain no last sekali tau, yang itu anyone can be one. siapa-siapa pun boleh kalau korang teringin. Hehe....
Terima kasih
No comments:
Post a Comment