1 Nov 2022

Berapa Nilaian Mas Kahwin Siti Fatimah Mengikut Duit Sekarang?

Salam dan Hai,


Ibn 'Abbas RA yang berkata:
 
لما تزوّجَ عليٌّ فاطمة قال له رسول الله صلى الله عليه وسلم: "أعطها شيئًا"، قال: ما عندي، قال: «أين درعك الـحُـطَـمِيّة؟
 
Maksudnya: "Ketikamana 'Ali ingin berkahwin dengan Fatimah. Rasulullah SAW berkata kepadanya: "berikan sesuatu kepada Fatimah (sebagai Mahar)" Jawab 'Ali: "Daku tiada apa-apa yang boleh diberikan kepadanya." Tanya Baginda Nabi SAW: "Mana baju besi Hutamiyyah milik mu?" (Riwayat Abu Daud 2118, alNasa'ie 3375, 3376 dan Ibn Hibban di dalam Sahihnya) 
 
Baju besi Hutamiyyah adalah baju besi yang kuat dan kukuh sehingga mampu mematahkan pedang yang berlaga dengannya. Ini menggambarkan kepada kita nilai dan kualiti baju besi yang diminta oleh Rasulullah SAW kepada 'Ali sebagai mahar perkahwinan anak baginda. 
 
Terdapat riwayat dari seorang Tabi'ie bernama 'ilbaa' bin Ahmar (علباء بن أحمر) yang menyatakan nilai baju besi tersebut adalah sebanyak 480 Dirham, dan Nabi SAW memerintahkan dengan sabda baginda:
 
اجعل ثُلُثيه في الطيب، وثلثًا في المتاع
 
Maksudnya: "Jadikan 2/3 daripadanya wangian dan 1/3 daripadanya barang-barangan." (Riwayat Ibn Sa'ad dalam alTobaqaat 10/20,22 dan Abu Ya'la dalam Musnadnya 353). alTabarani juga meriwayatkan daripada Abd alAziz bin Abi Ruwad yang merupakan salah seorang Kibar Atba' Tabi'ien dengan sanad yang Hasan, bahawa baju besi Ali bernilai 480 dirham (alMu'jam alAwsath 2870). Hal ini dikuatkn lagi dengan khutbah Umar yang berkata:
 
أَلا لا تُغْلُوا صُدُقَ النِّسَاءِ ، فَإِنَّهَا لَوْ كَانَتْ مَكْرُمَةً فِي الدُّنْيَا وَتَقْوَى عِنْدَ اللَّهِ ، كَانَ أَوْلاكُمْ بِهَا مُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، مَا زَوَّجَ أَحَدًا مِنْ بَنَاتِهِ وَلا تَزَوَّجَ أَحَدًا مِنْ نِسَائِهِ بِأَكْثَرَ مِنْ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ أُوقِيَّةً
 
Maksudnya: "Janganlah kamu semua meninggikan mahar wanita, jika ia satu kemuliaan di dunia atau satu ketaqwaan di sisi Allah, maka yang lebih berhak dengannya adalah Muhammad SAW, namun tidaklah baginda mengahwinkan salah seorang puteri baginda, tidak juga baginda mengahwini salah seorang isteri baginda lebih dari 12 Awqiyyah." (Abu Daud 2099, alTirmizi dan beliau menilainya sebagai Sahih 1114) 
 
Satu Awqiyyah adalah bersamaan 40 dirham. Maka 12 Awqiah didarap 40 = 480 dirham.
 

Harga terkini:-

1 Awqiyyah = 40 dirham
12 Awqiyyah = 480 dirham

1 dirham anggarannya RM30 (rujuk Shopee)
480 dirham anggarannya RM14,400 

Justeru mahar perkahwinan Fatimah binti Rasulillah SAW pada nilai hari ini ialah lebih kurang RM14,400

MasyaAllah!




Terima kasih.


31 Oct 2022

Brooch Zhulian Warna Rose Gold 2022

Assalam dan Hai,

Ajommm beli brooch Zhulian warna rose gold! WOWWW!!
Kalau nak beli melalui WHATSAPP

Range harga dari RM69 hingga RM168


Brooch bentuk covid-19 virus ada spike spike...
Kerongsang Spiky Vanda BH9064 RM168

Brooch Daisy RM79
Yang ini sesuai untuk dagu juga. 

Brooch Mini Vanda RM79

Brooch Diva RM138

Brooch Spiky Vanda warna Rose Gold RM145

Brooch Kerongsang Daisy warna rose gold RM69 

Brooch mini Vanda RM69 warna rose gold ya

Brooch Diva warna rose gold RM115


Brooch warna rose gold agak murah sedikit berbanding warna silver.
Jumlah satu set, harganya:

1. Silver = RM79 + RM79 + RM138 + RM168 = RM464
2. Rose gold = RM69 + RM69 + RM115 + RM145 = RM398


Terima kasih. 

30 Oct 2022

Makan Laksa Sarawak di Restoran D'Borneo, Space U8 TTDI Jaya, Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang teringin nak makan laksa di area TTDI Jaya Shah Alam, korang bolehlah pergi ke Restoran D'Borneo yang terletak di dalam Space U8. 

Laksa Sarawak


Semangkuk dalam lingkungan harga RM12-RM15. Ikutlah apa customized yang kita pilih. Sedap cuma portion dia sedikit untuk orang yang makan banyak macam aku. 

Selamat mencuba.


Terima kasih. 

29 Oct 2022

Selawat Al Azimah

Assalam wbt dan Hai,

Saya kongsikan bacaan Selawat Al Azimah di sini. Sesuai dibaca untuk umat akhir zaman. Cara bacaan, baca sekali sahaja setiap kali selesai solat fardhu. 


Nak baca digalakkan sangat. Taknak baca, tak payah nak mengata orang yang nak membaca. itu sahaja. ikut korang nak amalkan apa untuk pendinding daripada dajjal. 

#sollualaih

Terima kasih. 

28 Oct 2022

Selawat Syafaat

Assalam wbt dan Hai,

Selawat Syafaat.
Bacalah 7 kali pada setiap hari Jumaat, dan 7 kali Jumaat berturut-turut. 
Insya Allah moga diberikan syafaat oleh Rasulullah ketika hari Kiamat.






Sesiapa yang taknak buat tak apa tapi jangan kutuk-kutuk siapa yang amalkan. Lebih baik bersangka baik saja. Bergantung kepada individu masing-masing nak amalkan apa-apa doa dan ayat untuk memohon syafaat Rasulullah kelak. 

27 Oct 2022

Doa Sahabat Rasulullah, Abu Darda

Assalam wbt.

Doa yang diamalkan oleh sahabat Rasulullah, Abu Darda. YOUTUBE






Semoga bermanfaat.

Terima kasih. 

25 Oct 2022

Jom Makan Lunch di Station 83, Bukit Jelutong Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Tak sangka sedap makan di sini. Banyak sangat menu, tapi semua menu sedap??! How come! Ishhh macam tak percaya pulak. Rasa nak jumpa siapa chef di sebalik pintu dapur. Harga standard daripada RM15-RM30. Menu western ada, nasi-nasi ada, mi bandung, mi kari, mi goreng mamak, kuey teow goreng, semua sedap, chop A plus! Tolonglah datang sini. Hehe. 



Jemput makan. 

Terima kasih. 

24 Oct 2022

Makan Sarapan Nasi Lemak Daud

Assalam wbt dan Hai,

Kalau korang tinggal di area Subang Jaya atau Puchong atau Shah Alam, boleh sarapan nasi lemak di Nasi Lemak Daud yang terletak di Jalan Kampung Kenangan. Sedap oi....



Sepinggan nasi lemak berharga RM5, harga normal rasanya kalau makan di mana-mana kedai pun. Waktu hujung minggu juga dibuka. Parking ada jugalah kat tepi jalan. 

Jemput datang.


Terima kasih. 

23 Oct 2022

Sewa Rumah Untuk Tempoh Sebulan di Kawasan Petronas Sungai Udang

Assalam wbt dan Hai,

MENCARI PENGINAPAN di KAWASAN PETRONAS SUNGAI UDANG ?

Jika kalian adalah kontraktor Petronas kemudian sedang mencari rumah sewa untuk disewa selama sebulan atau 2 bulan atau 3 bulan, kalian boleh contact ayah dan mak kami. 

En Yohani (TEKAN LINK)
Pn Khalijah (TEKAN LINK)

Harga boleh dirunding.

Alamat kami,
No 26 Jalan SU 2, Taman Sungai Udang, 76300 Sungai Udang, Melaka.


🏠 BANANG AMAS Homestay menyediakan ruang yang selesa dan tenang untuk anda menginap sepanjang berada di Melaka

🏠 Banang Homestay merupakan rumah teres 1 tingkat dengan kemudahan seperti berikut:-
1. 3 bilik tidur
2. 2 bilik air
3. 3 katil queen
4.  Penghawa dingin untuk semua bilik
5. Almari baju di setiap bilik
6. Kemudahan memasak (multifunctional cooker, periuk nasi dan pemanas air)
7. Set meja makan untuk 6 orang
8. Pinggan mangkuk
9. Set sofa
10. Tuala
11. Sejadah
12. Cerek
13. Seterika
14. Internet 100mbps
15. Njoi Tv
16. Mesin basuh
17. Peti ais
18. Jika hendak extra tilam, perlu bagitahu dengan kami lebih awal

 
Gambar kiri, bilik pertama. Gambar kanan, dapur

Gambar kiri, bilik kedua. Gambar kanan, ruang tamu. 

Gambar kiri, ruang tamu. Gambar kanan, bilik ketiga.

Gambar dapur. Dapur menghubungkan ketiga-tiga bilik.




Insya Allah memang puas hati. Selamat datang ke sini. 

20 Oct 2022

Kuali dan Periuk Zhulian

Assalam wbt dan Hai,

Okay siapa kata Zhulian tak ada keluarkan kuali dan periuk. Iya, jawapannya ada!

Kalau nak beli, boleh whatsapp saya ya. WHATSAPP

👉 Tahan karat
👉 3 lapis
👉 Guna sedikit air sahaja ketika memasak
👉 Guna sedikit minyak sahaja ketika memasak makanan yang mengeluarkan minyak
👉 Tahan 20 Tahun
👉 Tempoh memasak yang kurang
👉 Sedia digunakan atas dapur induksi

1. Periuk Stok 26cm BS5811 RM789
2. Kuali Saute 24cm BS5810 RM639
3. Kaserol 22cm BS5809 RM676
4. Periuk Sos 18cm BS5808 RM538
5. Set 1,2,3,4 RM2,435
6. Kuali 38cm BS5812 RM1,066
7. Periuk Tekanan 8L Cookline X BS5813 RM885










Terima kasih.