16 Aug 2022

Review Makan Sardin D Heritage Brand

Assalam wbt dan Hai,

Kami beli sardin jenama baru yang ada di pasaran, namanya D'Heritage Brand. Sardin ini dibungkus di dalam bekas plastik yang distril. Kiranya boleh terus makan tanpa dimasak! Sesuai untuk dibawa pergi camping, atau yang nak fast preparation gituh.


Review kami, rasanya sedap dan ada percuma 2 batang cili merah. Didatangkan dua perisa iaitu sos tomato dan sos cili. Yang kami rasa ini sos tomato. Sebungkus 230g, ada 4 batang ikan sardin agak sederhana besar juga. Kira boleh repeat juga ni.... Alhamdulillah rezeki.

Selamat makan.

Terima kasih. 

14 Aug 2022

Pengalaman Naik Bas RAPID BRT *Bas Rapid Transit* di Subang Jaya Selangor

Assalam wbt dan Hai,

Kami berpeluang menaiki bas iaitu Bas Rapid Transit di Subang Jaya. Aku kirakan agak mahal kemudahan fasiliti ini tetapi mungkin sebab kosnya juga mahal, jadi nak cut cost. Seperti yang kita sedia maklum, kawasan Subang Jaya yang merangkumi USJ dan SS agak macet ya pada waktu pagi dan petang. 




Kalau korang nak tahu, BRT ini laluannya di bahagian atas jalan raya. Maksudnya ada landasannya tersendiri seperti LRT dan MRT. Jadi, korang tak akan menghadapi kesesakan lalu lintas kalau naik BRT. BRT ini hanya terdapat di Subang Jaya tau. Kat tempat lain belum lagi nak buat. Aku rasa kalau ada plan nak buat BRT, boleh buat kat Glenmarie, herlok sangat situ jem gilo oi. 


Di sepanjang laluan, korang akan menikmati pemandangan sekitar Subang Jaya. Nak parking paling mudah di Mydin USJ 1 Subang Jaya. 


Selamat berjalan-jalan. Terima kasih. 

13 Aug 2022

Melawat Obor-Obor dan Ikan Laut Pelik-Pelik di Aqua Sentinel Shah Alam

Assalam Wbt dan Hai,

Sebenarnya bukan ikan air tawar tapi ikan air masin, tapi aku malas nak tukar label. hehe, kira halal saja ya. Kami pergi melawat obor-obor di dalam akuarium. Semua ikan air laut di sini jenis yang pelik-pelik yang laut dalam punya. Cantik-cantik ye. ikan nemo ada, tapak sulaiman ada, batu karang ada, semuanya yang boleh dipegang, korang boleh pegang dengan izin owner. Masa kami datang, ada juga mentimun laut, yang berkemungkinan itulah sponge bob. Haha... dan tapak sulaiman memang tinggal bawah batu, sama betul dengan si patrick! HAHA

Ada beberapa jenis batu karang yang memang mereka ternak untuk dijual. Memang cantik-cantik!



Lepastu di sini juga ada jual mesin atau akuarium setup untuk ikan air masin. Kalau korang berminat, mesti datang sini untuk ambil maklum, ambil peduli dan nak belajar ya. 

WEBSITE NAK BELI IKAN DI SINI (ikan boleh pos juga ya)



Kawasan kedai ini berada di sekitar kawasan perumahan di Seksyen 2 Shah Alam, jadi jangan takut salah rumah, memang kawasannya begitu. 



Tak jumpa pulak gambar dengan obor-obor. Obor-obor cantik, ada keluarkan warna dari badan, katanya itulah tenaga elektrik, cas-cas yang ada. Hoho... Kagum pulak kite.... Subhanallah!!

Jemput datang ya

Terima kasih. 

12 Aug 2022

Jom Pergi ke Taman Aviani & Bunny Taman Botani Negara Shah Alam

Assalam wbt dan Hai,

Jemputlah datang sini kalau korang dah tak tahu nak pergi mana. Hehe. Parking kena bayar dalam RM4 kot, aku dah lupa. Lepastu nak masuk, tiap orang kena bayar RM3. Lepastu nak naik trem kena bayar lagi RM5 seorang. Haha. Seingat akulah. Masya Allah aku lupa. Tapi tak adalah mahal sangat, yang korang boleh pokai. InsyaAllah masih mampu milik. Kalau korang taknak naik trem, korang jalan jelah kaki kan. Tapi aku sesungguhnya sangat malas. 

Bila datang sini, kita kan naik trem, kita boleh pilih nak berhenti di mana. Korang boleh naik semula di perhentian yang disediakan. Suka hati korang, masa unlimited. Ada banyak tempat di Taman Botani selain Taman Aviany & Bunny, contohnya Rumah 4 Musim, kawasan Taman Mini (rumah-rumah negeri), Skytrek dll. Menarik juga aku kirakan. 

Kalau korang nak naik basikal pun boleh, lain harga ya sebab nak sewa. Yang ini korang kena datang awal sebab basikal ini most wanted, memang terlalu ramai sangat orang nak try naik basikal di sini. 

Nak masuk Taman Aviani & Bunny kena bayar lagi. Sebab dah terlalu lama aku pergi, cuma aku baru letak dalam blog, inilah akibatnya. Sebenarnya kami pergi tahun 2018. Yang penting sekarang masih ada lagi ya. Apa ada dalam ini, common binatang seperti burung, ayam, arnab, kura-kura, kambing, dll. Binatang seperti petting zoo yang kita pernah pergi. 





Jemput datang ya.


Terima kasih. 

11 Aug 2022

Jom Tengok Movie di MBO Kecil, Atria Mall

Assalam wbt dan Hai,

Ada beberapa tempat yang cinema friendly kids, contohnya MBO Kechil Atria Mall. Kat situ kalau anak korang menangis sekuat-kuatnya, ha tak akan kena marah. Hehe. Lepastu tempat duduk selesa, bersofa bagai macam tengok tv di rumah. Kalau anak-anak korang boring nak tengok cerita, dorang boleh main di play ground di bahagian bawah/hadapan. 

Ketika menonton di wayang ini, lampu tidak dimatikan, hanya dimalapkan. Semua orang pun tak peduli dengan hal masing-masing HAHA. Apalagi memang bisinglah anak kitorang. 

Harganya agak mahal sedikit berbanding di tempat lain, yelah dah korang nak bising-bising kan, kenalah bayar mahal. Kalau nak senyap-senyap kena pergi yang mur mur hehe...


> MBO Atria Shopping Gallery (2 Halls)   BOOKING MOVIE LINK
> MBO the Starling (1 Hall)
> MBO Square One Batu Pahat (1 Hall)
> MBO Falim Ipoh (1 Hall)
> MBO Kuantan City Mall (1 Hal



Sampai jumpa lagi. Baibai.... 

10 Aug 2022

Jom Pergi ke Zoo Negara Kuala Lumpur

Assalam wbt dan Hai,

Tempat yang terpaling wajib nak singgah di Malaysia ialah Zoo Negara. Kalau korang tak datang lagi ke sini, pastikan kena datang. Sebab apa, tak Malaysia lah kalau korang tak pergi. Kita kena datang untuk memberi sokongan kepada binatang-binatang ini terutamanya musim Covid yang memerlukan banyak perbelanjaan, sedangkan tak ramai yang datang. 

Dibuka seawal jam 9 pagi, jam 9 pagi kami dah terpacak di sini sebab takut ramai orang. Kami beli di kaunter saja, tidak melalui online. Harga tiket ialah RM45 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak. Kawasan memang luas dan kami mengambil masa selama 2 jam setengah di situ. Penat sampai sakit kaki, sampai dah tak larat nak baca semua info yang ada. Hehe.. Masa kami pulang, ramai gile manusia beratur nak masuk. Syukur kami awal. 

 



Binatang yang ada memang banyak, tak dapat nak tulis semua. Namapun Zoo Negara. Lagilah banyak binatang berbanding di petting zoo yang lain. Masa kami datang, harimau sedang mengaum tapi biasalah aku kan tak sempat nak rekod bagai. Hehe. 

Di sini apa yang best?
1. Animal show setiap jam 11 pagi ke atas
2. Boleh naik trem, bayar sikit lah
3. Boleh tengok panda, bayar sikit lagi
4. Ada toilet besar
5. Ada kedai jual makanan, tak takut lapar
6. Boleh beli cenderhati


Okay, jom mari datang sini ya!


Terima kasih. 

9 Aug 2022

Melawat Pesta Floria Putrajaya Setiap Tahun

Assalam wbt dan Hai,

Menarik sangat Pesta Floria Putrajaya rupa-rupanya. Posting ini sepatutnya dibuat pada tahun 2019 tapi aku malas sangat jadi terlambat untuk posting. Setiap tahun memang ada Pesta Floria. Harga masuk dalam RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Bergantung kepada promosi, kemungkinan akan menjadi percuma. Setiap tahun, ada tema setiap negeri dan majlis perbandaran yang turut serta. Menarik sangat! Ia dibuka setiap siang dan malam selama waktu yang ditetapkan. Kira kena alertlah kan. 

Nak parking memang bapak ah segala susah weyyyy. Kalau korang nak pergi, memang kena pergi awal dan berdoa supaya dapat parking. Kalau tak, memang jauh giler nak masuk, belum masuk tu. Dah kat dalam pun banyak lagi nak jalan. HAHA.






Ada disediakan trem di perhentian tertentu, jadi kalau dah penat bolehlah naik trem secara percuma sahaja. Ada juga kedai-kedai menjual makanan jadi jangan risau lapar, confirm tak lapar, yang penting jangan lupa bawa duit lebih. 


Floria Putrajaya ini selalunya diadakan pada bulan September setiap tahun kerana dalam bulan September selalunya cerah. 


Jemput datang. Terima kasih, 

8 Aug 2022

Pergi Beriadah di Air Terjun Kalumpang di Hulu Selangor

Assalam wbt dan Hai,


Menarik rupanya beriada di air terjun Kalumpang yang terletak di Hulu Selangor. Korang google sahaja ya alamatnya sebab aku pun tak pasti alamat sebenar. Kami google map saja. Yang penting nak datang sini pastikan tidak hujan sebab time hujan, air pasang lepastu deras. Tak seronok. 

Di bahagian hadapan ada disediakan tempat penginapan. Kalau korang teringin nak menginap dengan suasana air terjun, korang boleh contact di SINI 

Memang ramai orang di sini, jadi perlu datang awal, nak park tempat duduk. Hehe.... di bahagian air terjun, ada juga flying fox yang mereka sediakan, tapi kena ambil turn, kami tak dapat turn. sobbssss.... Jadi tak dapat merasa main flying fox atas sungai. 

Air tak berapa deras tapi agak dalam juga untuk bahagian atas. 

Parking tak banyak dan jalan sempit, jadi berdoa moga dapat parking. Hehe. Masa kami datang, macam perlu bayar tapi aku lupa berapa ringgit tapi tak mahal, jangan risau. Tak adalah sampai RM20 macam masuk wet world. 

Tak ada tempat jual-jual makanan, huk huk jadi kena bawa makanan sendiri masa itu.

Oh ya, ada bahagian kolam renang budak-budak, tapi aku rasa untuk orang yg menginap di sini kot. Fasiliti toilet ada tapi tak banyak, jadi agak lama juga menunggu. Hah lepastu tak ada awning jadi time hujan, basah hehe.. Tak apalah, kita redah saja. 



Jemput datang sini time cuti sekolah ye. terima kasih. 

7 Aug 2022

Melawat Rumah P Ramlee di Jalan P Ramlee Kuala Lumpur

Assalam wbt dan Hai,

Kami berkesempatan untuk melawat ke rumah kelahiran Seniman P.Ramlee di Jalan P.Ramlee Kuala Lumpur. Mudah saja nak ke sini. Masuk bayar RM1 sahaja, lepastu ada tabung kalau korang nak derma seikhlas hati. 

Alamat: 22, Jalan Dedap, Taman P Ramlee, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ada beberapa bahagian seperti filem yang pernah diarahkan, anugerah, sejarah dll. Menarik juga untuk dibaca. 







Kalau ada masa, jemputlah datang. Parking tak banyak. Korang boleh parking sekitar kawasan rumah. Selalunya ada kosong, tetapi kalau tak ada kosong, kena park jauh sikit, jalanlah sikit ya.... 



Semoga bermanfaat. Terima kasih. 


6 Aug 2022

Jalan-jalan ke Agro Pelancongan - Saudagar Nanas Agro Farm Sungai Merab

Assalam wbt dan Hai,

Kami berpeluang untuk melawat ke Saudagar Nanas Agro Farm yang terletak di Sungai Merab, Bangi Selangor. Memang tempatnya berada di Lembah Klang sahaja, dekat juga dengan Putrajaya. Di sini bukan saja mengusahakan tanaman nenas tapi ada juga sebuah restoran yang berasaskan nenas seperti air nenas, jem nenas, kek nenas, nasi goreng nenas dll. 

Ada juga tempat OOTD di sini. wowww!

Parking agak sempit, jadi memerlukan jugalah kepakaran untuk buat u-turn di tempat-tempat yang agak narrow. Kemudian, kalau hujan, mungkin agak berbecak ya, jadi elok-elok jalan. Lepastu kita boleh jalan-jalan di kawasan penanaman nenas ini. Tak adalah boleh nak tengok depa tanam nenas ke, petik nenas ke... Yang tu, kalau bertuah saja baru boleh nampak. Hehe... 

gambar ehsan google

gambar ehsan google lagi


Memang sentiasa ramai dan beratur panjang di sini, jadi sabar menanti okay? Masuk percuma! Kalau nak makan di sini boleh, tak nak makan tapi nak melawat tempat nenas pun boleh, no hal. Oh ya, parking percuma dan ada penjaga jalan, jadi jangan risau nak masuk parking tu tak bertembung dengan kereta lain. 


Okay selamat menjamu pemandangan yang indah!