15 Feb 2016

Kenapa Bacaan Nadi Baby Tinggi?

Assalam wbt

Kenapa bacaan nadi baby dalam perut tinggi tertiba? Masa nurse tengah check up, dia guna alat tu kan. Baby normal dalam 140 je bacaan nadi die. Tapi haritu bacaan die 154. 

Risau jugak. Sebab nurse cakap baby kite nervous. Jumpa doktor. Doktor cakap, nervous selalunye disebabkan mama nye kurang minum air. Tu je. Pun lepastu susah nak cakap bacaan yg betul. Sebab bila die gerak banyak dalam perut, kebiasaannye bacaannye laju sikit. Jadi lega bila doktor cakap camtu. Hehe 

Kepada sesiapa yg alami situasi yg sama, jangan risau. Kalau penat, rehat. Then nanti baby bertenang semula. 

Sumber : Dr Ashikin, Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam. 

Sekian, thanks ;)

9 Feb 2016

Elak Gangguan Jin Di Dalam Bilik Kosong Di Rumah

Assalam wbt

Kat rumah mesti ada satu bilik kosong. Ye dak? Ustaz kata kalau kita tak solat dalam bilik tu berkemungkinan ada makhluk lain yg duduk tu sangat tinggi. 

Oleh itu apa nak buat??

Ustaz cakap. Tulis dan tampal je Surah Al-Jin ayat 1-10. Lekat kat dinding. Insha Allah depa tak akan kacau. Ayat 1-10 berintisari perjanjian antara jin dengan Rasulullah. Insha Allah.. 


Ustaz cakap, antara petanda gangguan, kita selalu mimpi. Nauzubillah. Jin ganggu masa kita tidur. Jin pun suka bertandang kat barang kemas yang tak dipakai. Sebab tu kita digalakkan pakai barang kemas. 

Penah dengar tak pasal dengar surah masa tidur tu bagus. Kata ustaz, tak bagus sebab otak kita tak rehat sepenuhnya. Jadi better senyap. Pastu lagi, tidur kena dalam keadaan gelap. Supaya badan rehat betul. Kalau kita tak boleh tidur dalam gelap, maknanye something wrong ngan badan kita sebenarnya taw. 

Maklumat ni diperoleh drp rancangan tanyalah ustaz. Aku lupa nama ustaz nye. Nanti bila aku tahu, aku komen kat bawah okey. 


Sekian, terjma kasih. 

8 Feb 2016

Bahasa Melayu : Bunyi Sebenar Haiwan Mengikut Kamus DBP Yang Perlu Anda Tahu

Assalam wbt

Aku terbaca dalam facebook tadi. Bunyi bahasa untuk haiwan ni. Punyalah susah giler wey haha. Nasib dulu takdela susah camni masa upsr. Sekarang bebudak upsr kena belajar bunyi haiwan yg betul. 

Contoh paling canggih. Kita selalu nak wat karangan bombastik, kedengaran bunyi unggas, cengkerik menyanyi riang. Eh eh cengkering bukan menyanyi okey. Tapi ayat sebenar, cengkerik mengilai. Erkk. Ape aku rasa macam seram pulak suasana tadi. Hehehe. Apa2 pun. Just untuk sharing. 


Katak berdengkang berbalas dengan cengkerik yang mengilai, diiringi dengan bunyi gagak yang menggauk membuatkan hatiku rasa serba tidak kena malam ini. 

Kahkahkah.


Aku copy dari fb sape tah tadi. 


Thanks ye. 

31 Jan 2016

Resipi Chessekut yang Simple

Assalam wbt

Aku saje nak share kat sini. Tadi try buat cheesekut. Heheh. Search je dalam google ni dah jumpa. 

Beli barang di bawah. 
1)cream cheese philadelphia. Jenis lIn pun boleh. RM12.70
2) biskut pingpong RM4
3)susu pekat manis gold tin RM2.40
4) susu dutch lady full cream saiz besar RM5.70
5)biskut oreo RM3.50

Total RM30 camtu kot. Congak je. 

Then kacau susu pekat manis half tin dengan semua cream cheese, tambah sikit susu dutch lady 3-5 sudu besar. Aku uli tangan jek macam ini. 


Then, celup biskut dalam susu dutch lady tadi, susun susun camni. 


Then lapis kan dengan mixed cream cheese dan susu tadi. Heheee. Buat sampai 4 lapis. 


Okey finally leh tAbur je dengan oreo. Nak tabur dengan nestum ke. Milo ke. Boleh je. Masukkan dalam peri sejuk! Sok boleh lah incik hubby ngan naqib makan. 

Jadi di sini. Cara nak buat cheesekut yg murah. 
-cream cheese jenama apa2 yg penting murah dan halal 
-biskut tak banyak pun guna,tadi aku guna dalam 20 keping je. Jadi kompem selebihnya buat makan aje 
-susu dutch lady saiz kecik dah ok. Aku pilih full cream. Lain2 pun ok aje asenye. 
-oreo utk tabur takyah pun takpe. Boleh ganti ngan milo/vico/apa2 serbuk 3in1 anda yg ada kat rumah

Jadi total sebenarnya selepas penjimatan maybe dalam RM25. Apa2 pun puas hati. Heheh. Cuma beli pun tak jaoh beza. Yg tadi tu, dalam RM35 paling mahal. 

Okey tu je. 

Sekian, thanksss. 




30 Jan 2016

Kepala Paip Mesin Basuh Automatik

Assalam wbt

Baru beli mesin basuh kan. Ala2 excited. Tapi tak boleh nak basuh. Sebab apa. Sebab kepala paip camni ha (gambar ehsan google) 


Bang Ajid semangat buat research kat internet. Ramai orang share so that boleh connect dgn hose mesin basuh automatik kami. Tapi still menitis-nitis, nanti kang kena letak pulak baldi bawah paip tu. Leceh pula.

Jadi Bang Ajid pergi kat kedai hardware. Nah. Tu dia. Penyelesaiannya senang. Kalau paip kat bilik mesin basuh automatik korang cam dalam gambar ke. Lain2 ke. Pergi saja tukar kepala paip seperti gambat di bawah. Settle masalah engkorang!!! 


Macam mana tu? Alahhh. Kepala paip yg sebijik sama dalam gambar manual mesin basuh automatik korang. Then pasang yg seterusnya skru ke ape ikut la cara-cara yg dah diarahkan. Settle masalah!! 

Okey itu je nak share. 


Thanks. 



29 Jan 2016

Mengambil Jahitan Secara Pukal Melaka

Assalam wbt

Rentetan kepada post : Jahitan Sungai Udang,Melaka

Mak kami sekarang menerima tempahan secara pukal jugak uols..
Sensapa nak tempah menjahitkan jahit tepi shawl ke..
then shawl tu nak dijual secara online, meh la datang.

Pun mak juga menerima banyak tempahan langsir..
langsir mak cantik2 uols...


Mai datang ke Banang Amas, wasap mak okey. 0192556265
jangan risau, mak kitorang pandai wasap. hehe



 
Sekian terima kasih. 

17 Jan 2016

Bio-D Pembunuh Pepijat

Assalam wbt

Rumah kami diserang pepijat! Ingat kecik tak bahaya. Tapi pepijat ni hisap darah beb. Abes tangan kaki semua kena hisap. Dah macam kutu. Macam nyamuk pun ada! 

Macam2 kami buat nak bunuh pepijat. Jirus air panas. Iron panas2. Letak daun durian belanda. Basuh ngan sabun. Jemur bawah matahari. Semua ni x berkesan ke atas pepijat kat umah kami. Betapa degil dan mengganasnya mereka! Hahaha... 

Oleh kerana tu, kami tidur depan tv. Bilik dikuarantin 2 minggu. Sebab ada blogger cakap, pepijat ni parasit. Kalau tak dapat hisap darah orang dalam 2 minggu camtu nanti akan mati sendiri. Tapi idok le habis hilang. Tetap ada. 

Baca punya baca. Kami pun belilah. 


Ini dia Bio-D. Pilih yg bed bugs & dust mite control taw. Ada gak Bio-D untuk nyamuk. Pas guna bio-d ni barulah pepijat takmo dekat. Incik hubby cakap bau bio-d menyerupai bau lavendar which pepijat paling tak suka bau tu. Abes semua pepijat di celah pelosok kampung dan hutan keluar sebab x tahan. Hua3..  

Ironinya, kami terpaksalah buang bantal kekabu sebab dipercayai kat situlah tempat telur semua disimpan. Nasiblah.. Lainkali boleh beli lagi. Alhamdulillah semuanya selamat. Kami boleh kembali tidur di bilik. Hehe. 


Oh ye. Nak dapat kat mana? Orang cakap kat giant. Tapi tak jumpe pun. Kat tesco carrefour pun takde. Takyah cari. Kami beli kat jaya grocer. Harga Rm32 sebotol. Cara nak pakai semua die tulis luar kotak. 

Okeyy tu je. Thanksss ;) 

14 Jan 2016

Tips Memilih Vacuum Cleaner

Assalam wbt

Saje je nak share tips. Tips lah sangat~~ haha. Panduan nak pilih vacuum / vacum tu cara paling senang. 

1) check watt / penggunaan kuasa. 1600-2000 watt tu dah okey. Maknanye suction die kuat. Suction tu sedutan/kekuatan sedut habuk. 

2) pilih suction / sedutan yg banyak. 350 tu kira banyak. Kadang2 vacuum ni tak letak bape unit suction dia. Jadi refer kat watt die okey. Kalau vacuum tu guna 1200watt je. Berkemungkinan besar suction tak kuat. Jadi xyah la beli. Hehe

3) pilih yg bagless. Kalau bagless ni senang nak buang habuk. Habuk yg disedut tadi die masuk dalam bekas / canister je. Macam balang. Boleh buang terus ke tong sampah. Kalau jenis ada beg pulak. Habuk masuk dalam beg. Jadi nak buang tu kena tepuk hentak2 kat tong sampah. Boleh bayangkan x? Haha. Pastu sampai satu tahap kene tukar beg nya pulak. Tapi beg tu takdelah mahal pun. Puluh ringgit je. 

Okey itu je la kot. Range vacuum ni rm150-rm350. Selalu orang beli jenama samsung. Tapi kami nye sharp. Hehe. Nak beli masa ada offer la kot. Ok tu je. 


Okey. Sekian terima kasih. 

12 Jan 2016

Langkawi - Bergambar dengan Helang

Assalam wbt

Takde erti langkawi kalau tak amek gambo dengan monumen helang di pekan kuah! Haha. 




Kesimpulannya. 

Percutian keluarga ke langkawi perlu perancangan yg berkualiti. Jangan buat aktiviti yg bukan2 yg tak semua orang boleh buat. Hehe. Kita nak spend time dengan family. Inilah masanya. Terima kasih semua. 

Langkawi - Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah

Assalam wbt 

Selepas sejam kat pulau dayang bunting, naik balik boat yg sama. Dorang bawak gi Pulau Singa Besar. Jeti dah roboh pun. Tunggu kat atas laut je. Maksud aku tak turun boat pun. Kita tengok helang. Bagi helang makan. Tengok dari dekat lah habitat dorang. 

Adalah idle dalam masa 10 minit. Tengok helang sana sini. Sorry tak amek gambo. Tak sempat haha. Sebelum nak gi pulau beras basah, perjalanan agak jaoh. Mengandung 2-3 bulan dan 8-9 bulan toksah naik. Bahaya. 

Then, sampai kat pulau beras basah, takde toilet okey! Kalu rasa nak berhadas kecil dalam laut je. Haha. Tukar baju pun dalam hutan. Takpun disebalik kain batik. Takyah bawak baju extra sangat. Tak sempat tukar. Kecuali baby anak2 lah. Hehe. 

Mandi laut sepuas2 nya. Sampai pengsan. Then panggil lah boat korang untuk balik. Hehe. 




Ada telaga dalam berisi air. Pas mandi laut. Basahkan badan sekadar guna baldi camtu je lah. Hehe. Nak mandi bebetul balik rumah. Kekeke. 

 Monyet banyak taw. Jadi hati2 bila makan. Nanti dorang mintak dengan pelahapnya. 


Setelah sampai ke jeti semula, kami balik homestay. Tidur!  

Sambung nanti. 

Terima kasih.