12 Jan 2016

Langkawi - Muzium Kota Mahsuri

Assalam wbt

Nak pergi muzium mahsuri ni tengok signboard je. Memang jumpa. Kalu tak jumpa, waze. Jumpa la nanti. Heheh. 

Masuk rm10 utk dewasa dan rm5 utk kanak2. Apa ada? Ada makam mahsuri, rumah mahsuri, telaga mahsuri, rumah tok ketua, rumah tok hitam, (sorry tak caps lock nama khas) .. Rumah MAhsuri je aku rasa yg dorang kekalkan. Ala2 lama nipah semua. Yg lain tu maybe banyak juga diperbaiki kot. Hehe. Agak aje. Makam nye besar. 

Pastu ada muzium kecik cerita pasal mahsuri family. Sejarah langkawi sket. Tapi ada juga pasal astronomi. Yg tu aku tak tahu kenapa. Hehe. Tapi tak dan nak baca semua. Nak cepat. Parking tak banyak. So pandai2 carik parking. 




Setengah hari juga gi sana. Tapi tempat wajib pergi orang cakap. Hehe.

Sambung lagi cerita nanti. 

Terima kasih. 



Pengenalan Percutian Keluarga di Langkawi

Assalam wbt

Fuhh lama gile x update blog sebab busy sangat2.. Rini banyak masa sebab aku kat klinik. Ramai orang. Jadi aku boleh lah share sket pengalaman percutian orang noob dan nooby dan ala2 jakun sikit ke langkawi. Percutian ni best dan happening dan mencabar sebab ramai2.. 8 dewasa dan sorang baby. 

Nak pergi sini naik flight lagi senang. Nak murah kene book awal dan tak pilih waktu cuti sekolah sebab ramai sangat orang. Kalau nak book kereta, boleh je google. Book homestay pun. Kalau nak book kenderaan besar yg memuatkan ramai orang, ada satu company kat jeti kuah yg sediakan perkhidmatan sewa tu. Tapi aku x amek no die. Servis teruk giler weh. Harga ikut saiz kenderaan. 




Kami ambil flight pukul 730, check in siap2 okey. Pastu print siap2 gak. Borang itenary, seat pergi, seat balik. Sonang nanti. 

Nak pilih tempat tinggal, kalu boleh pilih homestay, sebab ada mesin basuh. Takyah bawak barang banyak2.. Baju seluar boleh beli je kat pasar malam kat tapak parking under water world! Murah okey!! Atau pun kat area beras terbakar. Jangan beli seluar baju souvenir kat HIG, mahal uols! Hahah


Nak beli barang murah, boleh masuk kat area under water world. The zone namanya kalau tak silap. Murah coklat nye. Seangkatan dengan HIG(haji ismail group kot) kat pekan kuah. 

Makan? Mana2 je asal jumpa. Kat tepi jalan banyak kedai. Aku x tahu mana sedap mana x sedap. Asal lapar ye makan. Hehe. 


Okey. Sambung part lain. 










Terima kasih. 

14 Nov 2015

Review Kafe Jalan Tiung, Shah Alam

Assalam wbt

Kami saje melawat kafe jalan tiung. Sebab haritu masuk dalam safiya. Cam canggih kot. Alamat kat jalan 9/j9 tuanku ampuan zabedah seksyen 9, shah alam. Tingkat 2, atas ani sup utara. 

Komen kami. 
1) hanya ada kek aje. Tak banyak sangat choice. Takde makanan lain cam roti/pasta/spageti etc. air pun tak banyak choice sangat. Cookies ada satu jenis je. Harga rata-rata kek satu slice rm10 kot. Air dalam rate rm8-12. Cookies 5keping berharga rm10, tapi ada cicah air susu. 

2) rasa kek? Not bad. Manis. Kami beli yg ala2 oreo. Die bagi garfu kecik by default. Sudu ada tapi self service. Air kosong sejuk or tak sejuk free je kat tepi kaunter. Tisu pun ada. 





3) kemudahan. Ada toilet. Dua toilet. Tapi dua2 umum. Takde laki or pempuan sign. Sinki ada. Aku kurang selesa sket toilet campur ni. Haha. Kerusi baby ada satu je so far kot. Ke aku x pasan. Xtaw la. Hehe. Kafe kecik tapi ramai orang. 

4) servis okey je. Not bad. Hehe

Kesimpulannya. Kafe ni tak sesuai utk kami yg ada anak kecik. Sesuai utk santai sorang2/dating/meeting reunion/jumpa client ...  Hehe. Tapi try lah kalau nak try. Okey je. 



Okey. Sekian thankss. 


4 Nov 2015

15 Perkara Tentang Duduk Asrama yg Kita Selalu Ingat

Assalam wbt

Aku bila terkenang duduk asrama ni, memang akan ingat sangat perkara2 ni. bukan semua asrama amalkan bende ni rupa2nya. hehe...aku dedikasikan cerita ini especially kepada ex-roomate (Khairunnisa Shamsuddin, Nor Aimuni Md Rashid dan Noraisyah Mahmuddin, ex-MRSM Kuala Klawang 2001-2003, ex-MRSM Jasin 2004-2005)

1) Sistem "AFTER"
AFTER ni ramai orang guna. sistem ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara itu selepas orang terdahulu melakukannya. contoh penggunaan, A basuh kain, B nak basuh kain after A. so A kena cakap "After" basuh kain...  itu kuasa perkataan "After" ehehehe...

2) Cop mandi guna barang toiletries. 
Susun toiletries depan pintu toilet. instead of nak tunggu kat situ. so kita letak je barang kita kan. before cop tu, tanya dulu sape kt dalam. in case kita takde depan tu, die boleh tolong panggil kita. kalau takde orang tunggu, cara nak cut Q pulak... jerit kuat2 "dalam kiraan 10, toilet no 1 dari kiri, 10,9,8,,,,,1, okey takde orang, saya potong Q!" pastu apa lagi potong lah.. haha....
kalau macam ni, ada 6 barang depan toilet, maknanye kena tunggu 6 orang mandilah baru sampai turn kita. hahaha


3) turn basuh kain / iron baju
mesti kena basuh pagi2 hari sabtu atau petang jumaat. atau malam sabtu. itu waktu kemuncak orang paling malas nak basuh. semua duduk2 leisure2.. nak menunggu cuti.. mesti kena basuh atau iron waktu ni je.. the rest waktu sangat tak menyempat.

4) baca Al-Mulk atau As-Sajadah before tidur
mesti baca Al-Mulk atau As-Sajadah tepi longkang depan bilik masing2... before tidurlah. sebab kat asrama kan banyak gangguan. so pendinding jugak lah.

5) "Lights off!"
jeritan lights off 5 minit sebelum pukul 11 malam. abes lah kalau homework belum siap. kena buat depan pintu. ataupun pasang lampu picit dalam bilik yg gelap. untunglah sape dok depan lampu kakilima. boleh tumpang lampu. hehe

before tidur nanti, pengawas akan sebut. "dalam kiraan 10, lights off ! 10,9,.....1, lights off ! " kang kalau bilik aku tak lights off lagi. "bilik A106, lights off!" terpaksalah lights off. tak lights off gak., dorang ketuk2 pintu bilik pulak. aduh...

6) Roll-call pagi-pagi
lepas sarapan, nak ada roll call pulak. masa aku lower form, roll call kat asrama puteri je.. (aspuri). bila dah upper form, campur laki perempuan. best tu best dapat usha2 gitu kan... tapinye kalau kena denda cam bangun lewat, panjang kuku, tak pakai kain dalam. memang kantoi lah. hehee... roll call selalunye nyanyi lagu sekolah, doa, ucapan2 sket drp warden n pengawas. dalam 10-15minit je.

7) waktu riadah
waktu riadah adalah pukul 5-6 petang. mesti keluar aspuri. so kitorang duduk kat bangku gazebo depan aspuri je. kehkeh. pastu nak terus makan. sonang. pastu mandi pas makan. tak senonoh kan. mana tak buncit nye dulu. nak main? oh memang malas lah. bila dah f5 tu rajin sket lah. main baling selipar, rounders ke ape. haha

8) makan 6 kali sehari
sarapan, rehat, lunch, minum petang, dinner, supper. 6 kali wey ! mana tak gemok ! haha. makan memang tak sedap sangat pun tapi aku tetap suka makan. hehe

9) outing
outing gilir2, minggu ni laki. minggu depan perempuan. pastu tempat yg paling kami suka pergi. oleh sebab aku sekolah kat jasin, melaka. apa lah sangat yg ada. jadi tempat paling best nak gi ialah family store, tenten, camtu je. haha.. pastu pergi pasar beli mee tangkak (banyak kerang). pastu laki mesti nak kirim majalah pendekar laut tu. leceh betul. haha..

10) radio PALITO ! 
hahaha. ni radio paling legend untuk kami. satu RM8 kot. dah rosak, kena beli baru. selalu pakai masa prep, masa basuh kain, malam2 menemani masa belajar/stay up. radio ni cuma boleh dengar lagu je. takleh dengar kaset. lagi2 malam masa ada carta ikim, ahad carta era / zaman konsert af ,, memang sangat berjasa ! hahaha

11) makanan paling sedap adalah hari jumaat waktu lunch !
jumaat makan lepas dak laki makan. sebab masa dorang nak solat jumaat. nanti kita perempuan akan dengar ceramah dulu. tak kisahlah sape yg bagi tazkirah tu. ustazah atau biro agama... atau sape2 aje. pastu kita akan parking selipar paling dekat ngan pintu. sebab nak cop nak makan. once settle je ceramah, lari lintang pukang ke kaunter dewan selera! dah la kalau cop sampai 1 kelas ! haha... memang naya lah nak tunggu. ari jumaat makan nasi ayam merah ngan eskrim. lambat2 nanti ayam kecik je. takbest. hampeh betul...

12) malam weekend ada ceramah kat surau
kalau ada ceramah tu, semua akan bukak tirai, perempuan akan masuk kat bahagian laki. masa ni paling excited. eh bukan nak dengar ceramah tu. sebab alang2 nak usha orang yg kita suka. haha. nak tengok die ada ke tak masa dengar ceramah. apa yg dia buat. pastu gelak2.. eh tak senonoh betul kan. kakakakkakaa...

13) group halaqah ilmu
okey halaqah ilmu ni kalau takde ceramah. adalah naqib naqibah. naqib tu, pembimbing lelaki. naqibah pembimbing perempuan. contoh aktiviti, baca quran, sharing session, camtulah. aku dulu nak sangat jadik naqibah. tapi masa aku teviu tu, orang tu tak suka kat aku, so die taknak aku jadi naqibah. apalah main2 soal personal. tapi lantaklah. aku tak rugi pape pun. hehe

14) inspection hari ahad
ahad aje ada inspection ! paling malas. kah2. sebab kena kemas bilik. pastikan cadar tegang. takde habuk. basuh tingkap. sapu lantai. pastu lagi tak best kalau dorang ni exchange pengawas. pengawas laki gi tengok aspuri. vise versa. kalau dapat yg pengawas laki yg tinggi2,,, kau die check atas almari tu sampai hujung2 tu. cuma yg best. dalam almari dia tak check. kalau pengawas perempuan, dia akan check. hehe... tapi kami tak pernah kena denda. aku pun lupa denda die rupa camne. hehe

15) last but not least, MINGGU ORENTASI
minggu orentasi ni paling tak best kalau jadi budak baru masuk. memang kena ragging. hehe... kena amek semua tandatangan senior siap dengan nama penuh. nama timangan. kelas. nombor bilik. kalau ada yg senang tu mintak terus dapat. kalau yg jenis cerewet, siap ada balang untuk kita withdraw, apa denda yg kita kena buat before dapat tandatangan dia.

contoh denda, peluk tiang cakap i love u. tendang tong sampah, then pungut balik masukkan semula. nyanyi. tiup kipas sampai pusing. naik kerusi kat taman dan jerit i love u. macam2 lah denda nya. terpaksa buat. kalau tak dapat tandatangan depa nanti kena denda lebih teruk... tapi masa aku jadi senior, kitorang dah tak buat teruk2..cewwaahhhh

********************************************************
okey itu aje 15 perkara yg paling best. yg lain2 macam fly ke ape tu.. tak semua orang buat. cam aku pun tak pernah fly. haha.. budak skima kan...


okey sekian, terima kasih.

3 Nov 2015

Klinik Soraya Seksyen 3, Shah Alam

Assalam wbt

Okey kalau nak cari mana nak scan preggy, scan baby, scan pregnant, kat shah alam, meh la datang kat seksyen 3. Klinik soraya namanye. 

Harga okey. Haritu scan dalam rm60 camtu. Walk in saje. Kalau nak scan kat hospital salam ke, kena buat appointment dulu taw. Doc perempuan. Peramah. Tapi aku lupa tanya nama doc. Eheehe. Cuma ala ala environment nye agak suram gituh. Haha. 

Okey takde gambo. Sekian tq. 

30 Oct 2015

Susu Sustagen Pengganti Susu Mama untuk Naqib

Assalam wbt

Finally career sebagai ibu menyusu akan berakhir. tak banyak susu dah. jadi sudah sampai masanya Naqib kena biasakan dengan susu formula. aku panggil susu tepung aje. orang kampong kan. hehe... 
Susu ibu memang yg terbaik sebab paling sedap, banyak perisa. anak manja ngan ibunya. terpaksa jugak cari pengganti sekarang. tempoh setahun lapan bulan tu dah boleh dibanggakan. insha Allah ada next anak, cuba lagi. 

Banyak jenis aku try. dari yg murah dulu lah. Susu Dutch Lady, Susu Dumex Dugro, Susu Enfagrow, Susu Nespray (pun aku try), Susu Fernleaf (aku try gak. haha), Susu Suffy Goat (susu kambing), okeyh tu je aku try. tak berkesan. ikutkan kakak aku, bagi kat anak buah kami (Qisya), susu sustagen perisa vanilla. Naqib Nampak okey,,, pastu one day, aku suruh pengasuh tambahkan kuantiti scope. drpd 2 kepada 3 scope. pastu Naqib terus cirit birit. susah hati betul. panas agaknye perut. ataupun Naqib ganti bulan? ikutkan kalau ganti bulan tu kan akan cirit birit lah.demam lah.. (kebiasaannya).

tak lama tu, Naqib boikot betul susu formula. bagi suffi goat, memang tak jalan. sebab tak manis sangat kot. haha.. tak suka. padahal orang cakap susu kambing pengganti susu ibu yg terbaik. tapi tak payahlah nak paksa2 anak. kalau anak tak suka, cuba aje yg lain. kami hampir aje beli susu picky eater S26 tapi takde kat kedai. jadi keep bagi sustagen vanilla. cuma pas minum mesti berak. risau risau. bagi madu, appetton, scott emulsion, semua tak jalan. pastu, incik hubby baca doa pembuka selera. Klik Blog Ini (11 kali baca kat susu sustagen vanilla tu) 

gambar pinjam dr blog sunshine kot. lupa. hehee...


Alhamdulillah berkat keyakinan yg kuat kpd Allah, Naqib boleh dah betul2 minum susu sustagen vanilla. sekarang kalau dia nak, dia tunjuk2 je Tupperware susu tu, hehe.. syukur sangat. pasal cirit birit Naqib tu, kami bagi air garam yg doc bagi tu. bagi sket je guna syringe, takdelah terus ok. cuma berkurang sikit2 lama dah okey.. Alhamdulillah. syukur sangat. 

kesimpulannya, 
1) kita kena tahu berapa amount susu yg sesuai untuk perut anak kita. 
2) kita kena rajin mencuba, kalau anak tak suka susu tu, bagi susu lain sampai anak suka. membazir sikit takpe. susu kan penting utk kalsium dan tumbesaran anak. jangan putus asa


semoga korang Berjaya.


terima kasih.

22 Oct 2015

Menebus Sumpah dalam Islam

Assalam wbt

Aku dengar ceramah Ustaz Heryanto hari ini dalam rancangan Bismillah tv3 pukul 630 pagi, 22 Oktober 2015. pasal sumpah. boleh refer juga di sini (lagi detail penerangannya)



bolehkah sumpah dalam Islam? jawapannya harus. kata ustaz, kenapa pulak kite tetiba nak sumpah? elakkan kalau boleh. tak payah pun xpe.. tak memberi kesan pun.

contoh situasi.

"siapa punya duit RM1 ni?"

kekadang kite kite ni akan jawab "sumpah dgn nama Allah, duit RM1 tu aku yg punya"

biasa tak dengan situasi camni ? tujuan apa nak sumpah? memang nak confirmkan itu kita punya? kata Ustaz, better jawab je.. memang aku punya.. tak payah nak susah2...

sumpah yg valid adalah sumpah dgn nama Allah. bila bawa nama Allah, ia adalah sesuatu perkara yg berat. seolah2 kita berjanji. tapi ia bukan nazar.. janji dengan penuh.

contoh situasi lain,

"aku janji dengan nama Allah, aku akan datang petang ni main kat padang". jika tetiba kita tak dapat datang, maka kita kene lah menebus sumpah itu.

camne cara die? dah diterangkan dengan jelas dalam Surah Maidah ayat 89. (rujuk ye nanti)
1) bagi makan kepada 10 orang miskin. makanan biasa. kalau makanan biasa depa Nasik arab, ha amek ko kene bagi Nasik arab la. hehe
2) bagi pakaian kepada 10 orang miskin.
3) merdekakan seorang hamba
4) puasa 3 hari berturut-turut.

tapi kesimpulannya. tak yah la nak sumpah2...


Sekian, terima kasih.

16 Oct 2015

Playground indoor untuk Anak di Aman Ville

Assalam wbt

Kalau tak silap nama nya Aman Ville. Haha. Aku pun lupa nak snap gambar. Ya hampun. Tapi nak ajak anak main indoor. Meh la datang sini. Nak2 waktu jerebu. Lokasi di space u8. Katne space u8? Memang ramai masih taktahu rasanye. Okey gi waze or google map okeyh. Premis ni sebelah subway. Oh ye space u8 di bukit jelutong. Dekat dengan ttdi jaya. Dekat dengan tudm. 

Beroperasi setiap hari katanya. Setiap hari taw. Termasuk public holiday! Fuhh. Tapi aku ase raya die tutup kot. Hehe. Pastu, bukak kol10 pagi sampai 10 malam camtulah. Tapi kami datang kol11 pagi. Ehehe. 

Harga Rm10 je. Mama babah, mak ayah boleh join sekaki. Tapi semua mesti pakai stokin taw. Ada macam2 laluan kat sana. Penat jugak kitorang. Haha. Ada gelongsor, laluan penuh pancaroba gituh. Kahkah. Laluan berhalang pun iye jugak. 




Tapi bendalah ni antara je. Naqib bukan suka sangat. Haha. Naqib paling suka yg ni aje. Hahahha



Nah. Rumah ahmad albab ni yg dia paling minat. Sejam dok bukak tutup pintu tingkap. Penat tengok je. 

Keseluruhannya memang best! Mai mai pakai datang. 


Updated 2020 : Dah tak wujud ya Aman Ville.


Sekian. Thanks. 


15 Oct 2015

Tukar X-Axis Excel File Daripada Nombor Kepada Huruf

Assalam wbt

how to change y-axis in excel file from number to alphabet?

how to change y-axis in excel file from alphabet to number?

camne nak tukar y-axis dalam excel daripada nombor kepada huruf?

pernah jadik camni ke kat excel korang?
ada masalah ngan excel?

 
pastu rasa gelabah sebab dua dua ada nombor je kan?
jadi camne nak tukar ni?
 
pergi ke Office button > Excel Option > Formula > "unthick/uncheck" R1C1 Ref Style > OK
 
 

Nah Settle... kembali kepada asal.. x-axis ada huruf2 cam biasa...


Sekian, perkongsian, thanks.
 



9 Oct 2015

Review Smart Phone Lenovo S820

Assalam wbt

Lenovo ada handphone series S820. Ada sesape teringin nak beli?
Full spec kat sini

Meh la aku cerita serba sedikit.
Kalau nak handphone terang. yg ni memang ok.. kamera belakang 12Mpixel.
kamera depan 2Mpixel.. nak selfie memang terang...
kamera ada timer. tapi timer die cenonet. kecik giler. tak Nampak dari jauh.
so susah nak agak bile berselfie.
kena agak2 sendiri lah taw.

boleh 2G and 3G, wireless pun boleh.


KEBURUKAN YANG NYATA PASAL S820 (motip aku nak caps lock dan bold kan.. kahkahkah)

tapi yg paling tak best giler babun adalah enpon ni limited gileerr RAM.
RAM cuma 2G. die simpan data software bla2 semua dah 1G.
baki tinggal 1G. pastu gambar kat whatsapp xleh donlod on the spot.
so kena donlod sesatu kan.. tapi kalau memori penuh, xleh donlod.
kite kene buang gambar ke apa ke.. bagi boleh nak donlod apa2 kat wasap.
pastu memori cepat gilerrr penuh !!!!
kang baru delete.. dah penuh lagi.... ! grrr...
memori wasap tak boleh auto donlod ke memory card. itu masalahnye.
so nak x nak kene delete la pape yg boleh.

kalau kat kamera pulak, siap2 auto save gambar ke memori kad.
jangan simpan kat RAM 2G tu pulak. nanti penuh lah hai...
baru nak amek gambar dah penuh. kehkehkeh

untuk orang yg suka amek gambar dan terus upload ke laman social.. tak praktikal....
kalau amek gambar dan upload kemudian pun kadang2 boleh,. kadang2 tak..
ikut kemampuan memori ketika itu...
kalau yg nak join dropship haramjad jangan beli langsung henpon ni..
sangat tak sesuai... x dapat updated barang nanti..


okey kesimpulannya. aku x syorkan korang beli. kekekeke.. ok bai !

Terima kasih.