TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Feb 2018

Beli Barang dengan Tesco Delivery Kawasan Shah Alam

Assalam wbt

Beli barang melalui tesco online, deliver dengan lori. Boleh book slot anda di sini TESCO
bayar dengan kad sewaktu terima barang hokey. tak payah sesusah. Yang penting, staff penghantar lori tu kan, memang baik-baik belaka! 

LOTUS nama sekarang, juga boleh beli melalui Lotus's Shopee, macam lagi mudah saja. postage pun lebih kurang sama. Hehe



Driver Tesco namanya Pak Hamid. sangat baik !! kami kawasan bukit jelutong / ttdi jaya. terima kasih Tesco !

27 Feb 2018

Temuduga Pegawai Sains Gred S41 di Agensi Angkasa Negara

Assalam wbt

Tahun lepas aku ada menghadirkan diri ke temuduga di Agensi Angkasa Negara. Tempat temuduga di Bangunan SPA Putrajaya.


Soalan yang ditanya ialah:-

1. Perkenalkan diri
2. Sembang2
3. Tau apa pasal platform (sebab aku bagitahu current kerja aku apa, jadi diorang tanya serba sedikit apa yang aku tahu)
4. Aplikasi space
5. Habis

layarilah www.angkasa.gov.my



Selesai......


Apakan daya, belum ada rezeki nak kerja government. ada 5 tahun lagi sahaja nak cuba....Terima kasih.



26 Feb 2018

Cerita Kami dan Kelapa Sawit

Assalam wbt

Dulu, kami sekeluarga bukan senang sangat seperti sekarang. Dahulu sekeliling kami juga bukanlah senang sangat jadi sama-sama senang, sama-sama susah gitu. Kalau sekarang nampak keluarga yang susah macam kami dahulu, aku sebutkan setaraf dengan Bersamamu, memang sedih betul sebab kami memang pernah rasa. Kalau diorang pernah makan hanya ubi kayu, tiada gas hanya bertemankan dapur arang, semua itu kami pernah lalui.

Dulu-dulu, awal 1990an sampai 2003 kot.

Saja-saja nak ceritakan pasal kelapa sawit. Dulu-dulu belum ramai pekerja warga asing. Jadi abah yang tuai atau petik kelapa sawit, kami akan angkut kelapa sawit ke titi. Di Johor, banyak parit, dan untuk menghubungkan kawasan rumah, ada titi. Kami angkut kelapa sawit dengan menggunakan kereta sorong. Kalau kelapa sawit ada 60 biji, sebuah kelapa sawit boleh memuatkan dalam 6 biji. jadi 10kali lah kami berulang-alik. Jauh juga tapi pengalaman yang menarik. 

Bila abah tuai/petik kelapa sawit, mesti ada biji-biji yang berterabur di atas tanah. Kami akan pungut satu persatu dan memasukkannya ke dalam guni. Hasil pungutan boleh mencecah satu atau dua guni tau, bersamaan tiga tandan kelapa sawit! banyak tak? oh ya, penjodoh bilangan kelapa sawit ialah tandan tau. Penat memang penat tapi kami rasa gembira sebab hasil titik peluh sendiri. Apabila mak ambil duit hasil menjual kelapa sawit, kami rasa sangat gembira sebab boleh makan lauk sedap sikit. Boleh merasa baju baru. Yang paling kami tak suka apabila waktu hujan lebat sehingga banjir, ia boleh menyebabkan perkembangan kelapa sawit terbantut. 


gambar ehsan google. inilah gambar kelapa sawit. 


ehsan google lagi. pegang dengan cara yang betul tau!

lagi lagi ehsan google. ini gambar sabit kelapa sawit.


Sesudah hujan berhenti, rumput-rumput tinggi ranum di sekeliling pokok. Kadang-kadang kami tolong cabut rumput-rumput yang ada Sumber1 Banyak nau rumput seperti yang digambarkan oleh blogger ini. contohnya.
rumput nampak cantik tapi nak cabut bukan main susah bila dah terlalu banyak! hahaha



Sekarang. 
Sekarang, banyak cara baru untuk petik / tuai kelapa sawit dengan mudah. Sumber1 , ada e-cutter hasil penyelidikan UPM. senang dan mudah. Di kampung kami pula, rata-rata pekerjaan memetik / menuai hasil kelapa sawit ini telah diambilalih oleh pekerja asing. Upah, 1tan bersamaan RM40. aku tak pasti sesuai ke tidak dengan kepenatan yang dirasa. 

Cerita Masa Kini Yang Berkaitan Kelapa Sawit.
Kelapa sawit adalah satu punca pendapatan kami sekeluarga. Pada awalnya, di belakang rumah kami terdapat ladang getah tetapi atas faktor banjir besar, abah telah bersepakat untuk menebang semua pokok getah. Mungkin waktu itu, aku berumur 3 atau 4 tahun. Lagi pula, harga getah ketika itu, jatuh teruk manakala harga kelapa sawit memang agak tinggi. Ekonomi Malaysia ketika tahun 1993 hingga 1995 tidaklah terlalu maju seperti sekarang. Kebergantungan terhadap sektor agrikultur belum diperluas. Kalau dulu, sekilogram getah dalam RM2. Murah sangat! Seguni getah mungkin boleh mencecah 130kg. kalau hari hujan, getah menjadi basah dan menjadi berat. Banyaklah dapat duit.

Dari sebab itu, kelapa sawit menjadi pilihan. Sekarang negara tengah berdepan dengan kontroversi Europe (negara-negara Eropah) nak berhentikan pengeksportan. Risau juga sebab kebanyakannya pekebun kecil. Sumber1 Sumber2

Permulaan kelapa sawit menjadi sumber ekonomi utama yang kononnya ada ura-ura nak jadikan sumber asas minyak kereta, kira biodiesel. Idea ini sejak 1990an lagi tapi sekarang dah tahun 2018, dua tahun saja lagi nak wawasan 2020 tapi sampai sekarang belum juga diperluaskan skop R&D nya. Boleh rujuk Sumber1 Sumber2 Harap-harap suatu hari nanti akan adalah biodiesel bebetul. Myvi aku boleh jadi bahan ujikaji. ececewah... yakin je. 

Okay, dan sebab nak jadikan biodiesel, semoga negara terus maju....... !

Ada gambar-gambar kelapa sawit daripada ladang kelapa sawit kami. Ada model si cilik sahaja.









Sekadar hiasan sahaja 😁😁😁

24 Feb 2018

Screening Health di Hospital Columbia Klang

Assalam wbt

Kami dapat complimentary voucher, iaitu dapat baucer percuma untuk membuat rawatan saringan kesihatan atau health screening. Sepatutnya kami bayar RM178 tapi kami bayar RM10.60 sahaja utk kos pentadbiran.

Apa yg mereka periksa? Kami buat yg biasa sahaja. Ambil darah (selepas puasa 8jam pada malam hari) dan ambil air kencing. Itu sahaja. Keputusan yg kami dapat ialah berkaitan tengok gambar nanti ye. Datang lah sini. Tempat baru dan cantik, bangunan setingkat, tempat letak kereta kat dalam bangunan tak banyak tapi boleh park di sekeliling. Susun atur dalam hospital, kerusi di tengah dan dikelilingi bilik doktor pakar. Simple. Kerusi banyak. Ada kafe juga, tapi tak besarlah sangatkan. Bilik atas banyak juga. Dalam 50 maybe.

Macam mana kami dapat baucer tu? Oh ya company kami invite pihak hospital utk buat check up bmi simple medical check up, jadi dapatlah free. Aku tak pasti adakah boleh dapat baucer ini di mana mana...


Okey aku tulis ye. Haritu ada consultation drp doktor, fizikal check up seperti berat tinggi, dan mata, dan bmi. Tentang urine (kesihatan buah pinggang dll), full blood count (hb berapa? Kalau orang merokok hb darah >17, darah pekat sangat tak bagus). Lipids profile. Ada lemak baik dan lemak jahat. Ada liver test, iaitu result utk hati.

Oh ya, orang selalu fikir screening health biasa ini boleh ke tahu kalau kita ada kanser. Jawapannya TAK. Tanya dah dgn doktor. Selalunya tak nampak apa2 perubahan besar kalau kanser tahap awal. Kemungkinan bila dah tahap teruk baru boleh nampak perubahan. Jadi kalau nak tau pasal saringan kanser, kena buat extra screening dan harga dia boleh mencecah RM700-800 gitulah.

Kalau nak buat saringan kanser etc, ada berita baik utk pemilik kad Prudential, hanya bayar RM530. Buat appointment dan puasa 8 jam hokey. Kalau tak harga dalam RM700-800 kira jimat juga lahkan.. oh ya, promosi ini sehingga 30 june 2018. (Only available di columbia bukit rimau, cheras, petaling jaya, puchong dan setapak) mai mai mai... Link di sini




Cantik betul ! Jemput datang sini. Oh ya Hospital Columbia Klang sudah menjadi panel Insurans Takaful Prudential tau. 

23 Feb 2018

Ais Krim Untuk Majlis Kahwin di Kawasan Lembah Klang

Assalam wbt

Kami ada jumpa dua kali Gerai Aiskrim ini. sedap ais krim diorang. "Oldscoopicecream"

Harga 1 scope dalam RM0.55.

Kalau lagi banyak lain harga kot.

boleh minta quotation drp mereka.

Contact 0126569593 / 0179804553

Oh ya, diorang cover area klang valley / lembah klang. kami pernah jumpa mereka di sungai besi dan di keramat.



yang ini masa majlis perkahwinan sepupu kami yg berlangsung di dewan IKRAM / IUKL. memang berulang-ulang kali kami repeat order beramai-ramai. hehe


Cubalah. pasti tidak menyesal....

*************
Sudah ada perlindungan Takaful diri? jom contact SAYA

21 Feb 2018

Seloka Malas Study

Assalam wbt

Dulu, aku ada buat satu seloka. Seloka Rajin Study 

Masa tahun 2006, aku buat pulak Seloka Malas Study. Selamat membaca.


SELOKA MALAS STUDY
 
Kenapalah aku malas study,
Ilmu bukan setinggi Gunung Fuji,
Ilmu bukan sedalam lautan Hindi,
Apatah lagi mengalahkan Imam Syafie.
 
Kenapalah aku malas study,
Result dahla sipi-sipi,
Asyik doa tapi tak usaha tingkatkan prestasi,
Bila lah nak sedar diri?
 
Kenapalah aku malas study,
Duduk melepak sampai 2-3 pagi,
Borak-borak sampai kering gusi,
Masih tak sedar revision tak buat lagi.
 
Kenapalah aku malas study,
Suka sangat belajar mee Maggie,
Last minute barulah tutorial dihabisi,
Baru nak cari nota satu almari.
 
Kenapalah aku malas study,
Ponteng kelas slot pagi,
Datang kelas petang buat plak peta sendiri,
Sampai bila nak jadi macam ni?
 
Kenapalah aku malas study,
Kehadiran laptop alasan diberi,
Padahal itu alasan dah basi,
Sebenarnya bergantung kepada sanubari.
 
Kenapalah aku malas study,
Tidoq sakan macam dah takde esok hari,
Muka Garfield dah jadi sebati,
Syaitan tepuk tangan dan cakap,”You are my sahabat sejati”.
 
Bila umat Islam nak bangkit berdiri?
Kalau hari-hari aku malas study,
Kalau ‘aku’ wujud seribu sehari,
Betapa lemahnya umat Islam masa kini.
 
Bukankah ilmu dapat mencipta teknologi,
Bukankah ilmu perisai semula jadi,
Tapi mengapa masih malas study,
Adakah suka diri dibuli?
 
Agama lain dok rancang strategi,
Kita plak asyik goyang kaki,
Konon berharap pada askar dan juga menteri,
Atau hanya berserah kepada Illahi.
 
Kalau kita asyik menyerah diri,
Sampai bila Islam nak ditindas dicaci,
Marilah study kukuhkan jati diri,
Agar kekuatan Islam bangkit kembali.
 
Nukilan…Anakin..
10julai2006






15 Feb 2018

Hebahan daripada Hospital Columbia Klang

Assalam dan Hi

Good information to those people who are still trying and struggling to conceive?

Admission is free.

*************************************************************

Informasi yang baik untuk sesiapa yang sedang mencuba untuk memperoleh zuriat. Anda boleh dengar talk / perkongsian.

Masuk adalah percuma.

*************************************************************

Tajuk : Infertility In Young Couple (Ketidaksuburan bagi pasangan muda)
Tarikh : 24 / 3 / 2018
Tempat : Hospital Columbia Klang (boleh waze). Kalau waze ada masalah, alamatnya ialah

Hospital Columbia Klang,
PT 71153 Jalan Mahkota 1/KU 2
Mutiara Bukit Raja 2
KM2 Off Jalan Meru
41050 Klang, Selangor

Speaker : Dr Thiagarajan

Tempat adalah terhad ! call sekarang di 03 - 33467980

 
 
Terima kasih.

12 Feb 2018

Pengakhiran / Ending Mandatori Astro First, Adaptasi Novel Ramli Awang Murshid

Assalam dan Hi.

Ini adalah sinopsis novel Mandatori.


Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti.Sesiapa yang diadilinya pasti menerima hukuman sekali pembicaraan. Dan hukuman yang pasti adalah hukuman mati Mandatori.
Drama ini mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (lakonan Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.

Dalam kesibukan Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (lakonan Alvin Wong), beliau berkenalan dengan Juliana Johari (lakonan Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (lakonan Dato’ A. Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku. Juliana yang pada mulanya tidak begitu menyukai kehadiran Norman mula berubah apabila risau akan tindak-tanduk adiknya, Johan Johari (lakonan Iedil Putra) yang dilihat semakin mencurigakan terutamanya apabila melibatkan kehilangan wang syarikat yang sangat ketara. (perenggan pertama hingga ketiga, saya ciduk daripada blog Admya)

***************************************************************************




Kisahnya, Aeril Zafrel dia seolah-olah boleh bercakap dengan mayat. Dia selalu berhalusinasi sehingga berdarah hidung dan tidak sihat. Dia mampu selesaikan masalah pembunuhan bersiri, tapi setiap kali itu dia sakit kepala. 

Pendek kata cerita ini, Aeril pembunuh semuanya sebab dia ada split personaliti. Satu Norman, yang baik dan yang jahat namanya Inspektor Carlos. Siti Saleha dan anaknya tidak terbunuh. Norman ditembak oleh kawannya Detektif Kelvin dan terdampar di tempat yang sama semasa kecil dahulu. Mereka semua mati kerana terlibat dalam pembunuhan keluarga Norman semasa kecil. kena tengok semua sebab jalan cerita sangat rumit nak diselesaikan di atas tulisan. nanti aku ada masa aku menulis penuh ya. Terima kasih.

oh ya, cerita tergantung sebab scene ajaran sesat belum ditumpaskan dalangnya. Norman pula hilang. sepatutnya ada sambunganlah.

jalan cerita yang sangat menarik sebab kat Malaysia belum banyak cerita genre ini. walaupun aku dah boleh agak endingnya macam mana sebab selalu tengok korean drama. hehe.,.