Aku selalu tertanya2 apa itu sticky album dan bla2... aku gugel.. nah dapat jawapan..
Quote from matkruz82
"Pada pengetahuan saya..
Mock Up tu adalah merujuk kepada lapisan atau kemasan pada album yang dibuat secara bebas dan mengikut cita rasa (custom made). Biasanya balutan/kemasan dibuat dengan canvas sticker (biasanya gambar pengantin pada kulit buku) ataupun hard cover page dan merangkumi satu album.. Terdapat juga kemasan yang lebih kreatif seperti Kemasan 3D Frame Picture, Kemasan Mock Up + Kain Velvet dll..
Manakala Sticky Album (Album Lekatan) pula adalah merujuk kepada jenis-jenis album dan muka surat untuk menyimpan foto/gambar..
Terdapat beberapa jenis album iaitu POCKET ALBUM, STICKY ALBUM, FRAME CLIP dan banyak lagi sama ada dibuat secara bebas (custom made) ataupun sedia ada (ready made)..
Namun pada istilah bidang percetakan yang lebih merujuk kepada pereka grafik, jika disebutkan MOCK UP maka ianya merujuk kepada PENDAHULUAN contoh/sample utk sesuatu produk yang akan dikeluarkan/diproses (hanya satu) sebelum memproses kesemuanya..
Pada asasnya hanya terdapat beberapa penghasilan produk album untuk perkahwinan..Antaranya Mock Up Sticky Album (Album Lekatan=saiz lebih besar namun berbeza2 mengikut pilihan,kulit tebal,muka surat berwarna hitam,mempunyai lapisan pelekat lutsinar, menyimpan gambar pelbagai saiz dll), Buku Penceritaan (Story Book=kulit tebal,muka surat tebal, cetakan digital,terdapat kemasan yang menarik & pelbagai (finishing), die cut yang sama pada setiap muka surat dll ).. Terdapat juga beberapa jenis album yg tidak dinyatakan..
Kesimpulannya, dalam bahasa yang mudah difahami MOCK UP merujuk kepada lapisan utama sesuatu album ataupun PEDAHULUAN bagi sesuatu proses produk. Manakala STICKY ALBUM ialah album yang mempunyai pelekat lutsinar untuk melekatkan gambar..
Hanya berkongsi ilmu, jika salah tolong betulkan.."
Thanks and regards.
No comments:
Post a Comment