14 Mar 2026
Nota aku - Jadual Imunisasi
13 Mar 2026
Amalan Ramadan ialah Sunnah Nabi ﷺ
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Tahu atau tidak, semua amalan yang digalakkan untuk menghidupkan Ramadan, adalah sunah Nabi Muhammad ﷺ dan sangat dituntut dalam Islam. Ingat ye, puasa untuk orang beriman, bukan untuk orang Islam semata.
10 Mar 2026
Edit Background Raya macam Photoshoot!
20 Feb 2026
Tolong Unlink Google Photos dengan Handphone Android Korang!
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Sebenarnya aku ada masalah dengan gmail haritu, ada dapat notification storage full. jadi apa yang aku buat, aku unlink device (handphone) aku dengan gmail. kalau korang guna android, automatik gambar korang akan disimpan dalam gmail yang berdaftar dengan device korang. kalau iphone, kebanyakan akan disimpan dalam i-cloud jadi jarang ada masalah macam ini.
korang ada nampak google photo kan, korang tekan situ, dan cari mana nak unlink. aku nak tunjuk tak boleh sebab aku dah unlink lama. tapi boleh refer kat SINI ada la omputeh ni share cemana nak unlink. masalah kalau link simpan gambar dalam album photo dan google photo, dia macam sync. aku delete dalam google photo, dia delete juga dalam album photo. lagi satu masalahnya kite link dua-dua ni, sepupu aku cerita, gambar personal dia pun ada orang hack... bahaya wooo!
kemudian, korang dah unlink, korang tekan google photo warna kuning tu kan, delete all. make sure dah backup siap2 gambar dalam handphone. lepas dah delete semua, fuuuuh terus kosong beb! dah tak payah kau subscribe more storage dengan google. buat apa kau nak more storage bagai kalau boleh delete je. aku sejenis manusia yang tak simpan memori sangat kat handphone. aku banyak print gambar. hehe

19 Feb 2026
Selamat Berpuasa, Berapa Jam Negara Anda Berpuasa?
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Selamat berpuasa! Hari ini hari pertama kita berpuasa di bulan Ramadan pada tahun ini. Jangan lupa niat puasa, kalau tak, batal puasa korang kang. hehe...
Okaylah. sebenarnya berapa lama kita puasa sehari? mengikut perkiraannya, dalam 13 jam sahaja. kejap sangat. kalau iF hari-hari pun lagi lama. IF selalu 18 jam sehari. hehe. cumanya 13 jam pada bulan Ramadan lebih bernilai di sisi Allah.
Baiklah, jom kita bandingkan dengan puasa di negara lain.
Moga bermanfaat ilmunya. Terima kasih.
16 Feb 2026
Beg Tangan Korang Mahal Ke Tidak?? *Beg Tier*
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Hari ini aku nak share Beg Tier.
Beg Tier ini adalah peringkat mahalnya beg tangan berjenama di dalam dunia. sekarang ini, banyak sangat kita jumpa waniter pakai beg berjenama Micheal Kors dan Coach, memang sangat mampu milik ya.. Hehe.. sebab itu, dua jenis beg ini dalam kategori affordable. Beg termahal tak lain dan tak bukan, ialah brand Hermes. memang menabung sejak kecil kalau kau nak beli, ataupun kau memang kaya sangats ! hehe
2 Feb 2026
Ambiverts vs Omniverts?
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Sebenarnya aku pun tak pandai sangat nak memahami konsep vert-vert ini, jadi korang nilaikan sendiri, korang yang mana lah ya...
Semoga bermanfaat!
1 Feb 2026
Jangan Percaya Waktu Solat di GOOGLE??
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Selalunya, dan kebanyakan orang akan google je waktu solat, kat GOOGLE. tapi sebenarnya korang sedar tak, tak semestinya tepat tau. ingat, syarat sah solat ialah masuk waktu solat, jadi janganlah pulak korang suka-suka je, tak masuk waktu solat kang tak sah. dah maknanya korang kenalah qada solat. kalau tak pasti pulak, dah berhutang dengan Allah sebab tak qada lagi. panjang consequence dia.
Tengok dua gambar ini, berbeza ya.
Yang diperakui JAKIM vs Google
Subuh 👉 6:18 pagi vs 6:19 pagi (TAK SAMA!)
Zohor 👉 1:30 petang vs 1:28 petang (TAK SAMA!)
Asar 👉 4:47 petang vs 4.47 petang
Maghrib 👉 7:29 malam vs 7:29 malam
Isyak 👉 8:39 malam vs 8:39 malam
Boleh check di sini kalau guna website. Waktu Solat Malaysia
Semoga memberi manfaat.
Terima kasih!
16 Jan 2026
Nak Copy Ayat Al-Quran dari Website
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Cantik betul orang punya content ada ayat Al-Quran, tapi tak tahu nak tiru kat mana. Okay, meh sini aku share. Korang boleh buka website ini AL-QURAN ONLINE
Okay, korang nampak yang aku bulatkan warna merah itu, yang itu untuk copy ayat Al-Qurannya. kalau korang nak copy makna ayat dalam bahasa Melayu, tak ada cari lain, select ayat yang korang mahukan. Dah tahu ini, maka boleh buat content yang elok-elok lepas ini ya.
Semoga bermanfaat! Terima kasih!
2 Jan 2026
Mana Nak Baca Al-Quran Online?
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Nak baca Al-Quran online kat mana? Meh aku share. korang boleh guna dua website ini. Insya Allah yakin.
1. SURAH.MY
2. QURAN.COM
Memang mudah nak baca, boleh baca di mana-mana. Cuma, make sure kalau yang dalam haid, jangan tersentuh masa scroll, kan tak boleh pegang al-quran, jadi sama sahaja konsepnya. lepastu, masa kau dalam jamban, jangan kau bukak website ini pulak, pun tak boleh! okay?
Semoga memberi manfaat.
Terima kasih.






