Assalam wbt
Pada cuti bulan lepas, kami berpeluang ke Pantai Tanjung
Bidara di Melaka. Kami sangat beruntung kerana waktu itu cuaca sangat cerah.
Ramai orang bermandi-manda di sini. Sementara Naqib dan Nasuha bermain air,
Mama dan Tok Mak duduk di tepi pokok sambil menikmati nasi lemak. Sungguh
nyaman apabila angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi.
Susah juga hendak tulis karangan dalam bahasa Melayu yang
formal.
Pantai ini lebih cantik kerana ada pihak yang menjaga
kebersihan. Laluan air dari hutan nipah yang berdekatan juga sudah diperbesar.
Ia menjadi salah satu lanskap yang menghiasi Pantai Tanjung Bidara. Selain itu,
saya katakan ada sebuah rumah tinggal tetapi mungkin dahulunya menjadi tempat
untuk bergambar atau boleh jadi restoran, sekarang sudah tidak digunakan lagi
juga turut menyumbang kepada lanskap yang cantik di sini. Walaupun rupanya agak
berkarat tetapi saya tetap suka elemen yang unik.
inilah laluan yang saya ceritakan tu. cantik kan?
jeti yang menjadi landskap kepada Tanjung Bidara.
Naqib sudah agak jauh di laut bersama Babah. Nasuha pula
bersama Tok Ayah hanya berani di gigi pantai sahaja. Mungkin Nasuha agak geli
kerana memijak butir-butir pasir yang lolos ke dalam. Dalam pukul 11:30 pagi, Babah memujuk Naqib untuk berhenti
bermain. Ketika itu monyet menyerang tempat duduk kami. Cepat-cepat kami simpan
makanan kerana takut dicuri monyet. Saya tidak suka tindakan sesetengah
pengunjung yang sengaja mencetuskan reaksi agresif kepada sekawan monyet dengan
menjerit-jerit dan membaling makanan.
Selepas selesai menukar baju, kami berhenti makan di kedai
berdekatan.
Oh ya, baru-baru ini ada dengar khabar angin tentang buaya yang terlepas di sini. semoga ia tidak menjejaskan kawasan ini sebagai pusat pelancongan di Melaka.
Sampai jumpa lagi.