Assalam wbt
SELAMAT TAHUN BARU!
Kami naik MRT dari stesen kwasa damansara. Camne nak pergi sana? Waze je terusss, jumpa punya.. Tak payah sesusah.. 1st stage ada 12 stesen, average 5 minit dari satu stesen ke satu stesen. In total lebih kurang 2 jam pergi balik. Fuhh lama gilossss... Komen aku
1) layout bangunan MRT ni ada pintu depan. Jadi awalnya kami parking kat tempat staff i guess, masuk dari pintu staff juga, jadi kena "halau" (read : diminta) dan suruh masuk dari entrance. Nak senang, dari nak masuk parking, letak je lah sign parking staff sahaja, jadi kami takkan salah masuk. Jadi korang pastikan parking di dedicated parking sahaja okey..
2) nak masuk kena touch guna ic atau touch n go. Okey mudah. Bebudak takde mykid boleh ikut mama babah dia..
3) platform ada 2 lapis. Lapisan pertama i presume utk depoh route, tempat simpan mrt.. So kita proceed platform 2.. Toilet n surau n baby changing room n toilet oku ada kat ground floor dekat dgn eskulator, senang nak nampak lah kat mana.. Ada lif juga. Senang. Eskulator ada, tangga pun ada
4) nak tunggu kejap je. Kadaran 5 minit. Luas... 1.5 times ktm kot lebarnya. Jadi kalau tengah2 tu boleh berhimpitan lebih ramai orang... Okey yg tak bestnyaaa, naik mrt ni pening giler wehhhh... Dia punya naik turun naik turun, selekoh2 banyak, macam lrt baru.. Haha
5) ada feeder bas disediakan. Kawasan mana yg cover tu aku tak pasti sebab depa cakap pun aku xtahu, tak familiar. Tapi bayar rm1 lah nanti one way. Bas banyak je nampak
6) jalan utama besar, tapi susah sikit nak uturn, nak masuk simpang sebab signage kecik, agak bahaya juga... Kau uturn kat jalan besar, dalam masa yg sama kau nak himpit ke kiri... Kalau kereta tak banyak takpe.. Kalau banyak then laju2? Silap2 kau dah terlepas. Maka kalau dah terlepas stesen ni, next stesen la nampaknya... Huhu
7) ada brochure, boleh amek dan baca..
Okey tu je... Thanksss
Harapannya ramailah naik mrt ye.. Cam aku memang x guna langsung pengangkutan awam memandangkan office agak terpencil. Haha..