TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

29 Dec 2016

Material Kain Jenis Kashibo

Assalam wbt

Kalau pepatah cakap alah membeli menang memakai...

Aku beli jubah jenis kashibo.. Material jenis ni secara jujur aku macam baju kurung zaman sekolah dulu.. Plain licin... Best ke x? Bagi aku biasa. X berapa best. Sebab apa? Sebab .... Kalau kita dah banyak kali iron, nanti akan ada kesan iron tu. Berkilat2.., macam kalau kita selalu iron baju sekolah kita dulu... Dapat bayangkan x? Kalau warna gelap mcm hitam mmg x nampak. Aku beli warna ungu cair n hijau olive. Memang ketara gilee... Fikir dua kali nak pakai ke x...

Okey tu je nak cerita.. Sok tulis panjang lagi sebab sok last day 2016...

Terima kasih  

15 Dec 2016

Daktarin sebagai Ubat Fungus pada Bahagian Sulit Bayi

Assalam and Hi

Nasuha beberapa hari yang lalu mengalami jangkitan fungus pada tempat sulitnya. Kami membawa Nasuha berjumpa doktor dan beliau prescribe Daktacort. Jadi kami beli sahaja di farmasi berdekaran sepeti Guardian dan harganya ialah RM36. Tidak lama kemudian, fungus berkurang tetapi sekejap ada sekejap tiada. Selapas itu kami jumpa pula doktor di klinik Adek, Seksyen 9, Shah Alam, berdekatan area Massalam, namanya Dr Amdan dan Dr Zainab (suami isteri rasanya). Mereka prescribe Daktarin pula. Mereka bagitahu Daktarin lagi bagus utk menghilangkan fungus. SHOPEE DAKTARIN

Fungus ini sebenarnya disebabkan oleh bakteria infection, lampin lambat tukar atau lampin jenis x berapa serap air kencing. Doc suggest kami guna pampers mamipoko oe huggies color hijau. Tapi kami belum beli lagi...Oh ye berbalik Daktacort tadi, sesuai lagi digunakan untuk sweat rashes. (gatal-gatal disebabkan oleh berpeluh-peluh macam itu) . Dan chemical substancenya (substance ape iols tak hengat) sgt tinggi compared to Daktarin. Jadi kulit kemungkinan besar boleh melecet dan pedih apabila baby membuang air. Ciannyeee Nasuha ! Mungkin sebab itu susah hendak sembuh. Harap-harap Daktarin sesuai dengan Nasuha. 

Doktor bagitahu lagi, mungkin kami perlu menukar pampers Mamipoko sementara ini kerana pampers jenis Mamipoko memang menyerap 100% air (katanyaaa......) Once dah okey, dah boleh pakai balik pampers biasa. Okeylahh  (tetiba terfikir yg aku baru borong pampers drypers kat lazada ritu... Haizzz)

Update story, Nasuha memang sesuai dengan Daktarin dan lepas ini kalau ada masalah lagi, boleh cari di Farmasi sahaja. 


Daktacort 
Daktarin



Terima kasih. 

14 Dec 2016

Baby Chair dari IKEA Untuk Masa Makan

Assalam wbt

Bila Nasuha suka makan ni excited kita nak beli kerusi utk dia. Tengok kengkawan guna utk anak2 dorang lagi tambah teruja.. Survey punya survey, yang paling murah pun RM70 kalau tengok dalam instagram. 

Jadi kita fikir nak beli macam baby seat kat KFC.. terus pergi ke IKEA. oleh kerana dijual secara berasingan, part by part, kaki besi, kerusi dan meja kecik nya. Untuk pakej satu set ialah RM50 ... Jadi kami tidak beli kaki besi sebab nak duduk kat lantai je.. Jadi harganya RM35 sahaja.. Nanti next time nak guna barulah beli. hehe.




13 Dec 2016

Jenis Kad Pengenalan di Malaysia iaitu Biru, Merah dan Hijau

Assalam wbt dan Hai,


Tahukah korang, ada tiga jenis kad pengenalan di Malaysia?


Jenis Kad Pengenalan di Malaysia

1. MyKad – Biru

2. MyPR – Merah (pemastautin bukan warganegara) – berdasarkan permit drp Jabatan Imigresen

3. MyKAS – Hijau (pemastautin sementara bukan warganegara – sah laku 6 tahun)



Sekian, terima kasih.