TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

28 Jun 2013

Makan di Asam Pedas Seksyen 7, Shah Alam

Assalam wbt

Teringin giler nak makan asam pedas. Kalau kat wangsa maju ada la kedai asam pedas tu gak. Tapi ni dah dok shah alam, makan la kat shah alam.

Camne nak gi sini? Okeh kedudukan kat sebelah my mydin. Mydin versi kecik. Jalan kristal seksyen 7 shah alam. Sebelah nye gak ade hotel cantik. Memang ade signboard jalan kristal. Jangan iso.

Sedap ok la boleh tahan. Tapi sebab aku orang johor n kawen ngan family melaka. Maka aku ase ade banyak lagi asam pedas lagi sedap drp kat tempat laen. Hihi. Ni jujur la aku cakap. ;) tapi kalau nak ase kurangkan kempunan leh la try.




Terima kasih. 

26 Jun 2013

Tengok Kelip-Kelip di Kuala Selangor

Assalam wbt

Aku dan bang Ajid berpeluang nak pergi tengok kelip-kelip kat kuala selangor haritu. Before indeks pencemaran udara ni naek bertubi2. Hihi. 

Chantek sangat cam dalam iklantnb suatu ketika dulu taw. Tapi sayang nye kite takleh nak capture gune kamera enpon. Rakam pon tak boleh. Kelip2 atau kunang2 ni tinggal di pokok berembang. Die membiak cam nyamuk. Kat air bertakung yg bersih. Cume tidaklah menghisap darah. Dorang akan makan ape2 yg ada kat pokok tu. kelipan dorang ni within 3ms!!! Giler tak giler!!! 

Ok camne nak pergi sini? Boleh dengan hiway Latar. Sampai ujung exit Ijok. Then belok ke arah kuala selangor. Pastu straight sampai jumpe sign board kampung kuantan. Atau kelip-kelip. Yeah. 

1 bot Rm45 tuk 4 orang tuk 15 minit. Naek sampan uols. Penat daku tengok pacik yg dayung tu. sebbek kami berdua je. Senang sikit. Hihi. 

Jom2 datang. Best2! Pengalaman yg menarik! I loike!! 


Sekian terima kasih.

22 Jun 2013

Berjalan Jalan di Bukit Melawati, Kuala Selangor

Assalam wbt

Arini aku dan Bang Ajid jalan2 ke bukit melawati. Kat mana? Kat kuala selangor. Camne nak gi sini? Kalau gi dari shah alam, hala ke arah puncak alam. Then follow sign board kuala selangor. Da sampai kuala selangor, nanti ada simpang 3.. Amek kanan dan follow sign board bukit melawati. Kalau dari gombak, masuk latar, exit ijok iaitu exit last, then belok kiri hala ke kuala selangor sampai jumpa simpang 3 tadi. 

Ok nak gi sini bayar rm5 untuk dewasa dan rm3 tuk kanak2,,dorang akan bawak jalan2 kat atas bukit melawati. Cam keretapi kecik kat zoo,, 1st akan benti kat muzium. Ikot la nak turun situ ke tak... kami turun,,Kat situ ada rumah api tapi tak boleh la nak masuk. Pastu ada cannons banyak2.. Then ada tempat tengok anak bulan. Pun ada monyet yg banyak. Haha. Ada la orang jual makanan monyet. Hehe. 

Then tunggu sampai datang next keretapi. Dorang akan teruskan perjalanan. Nampak makam lame. Tempat duduk sultan. Perigi beracun. Then gi taman ikan air tawar dan taman alam. Jalan2 je lebih. Tapi not bad la. ;) So far,, aku rase tempat menarik nak jalan2 ngan family. Ok,, Selamat berjalan2.. 













Sekian terima kasih.

21 Jun 2013

I-City Berwajah Baru

Assalam wbt

Sekarang icity berwajah baru. Siap ada water park. Kalu nak masuk water park weekdays Rm20 adult dan bebudak. Tapi kalau weekend, adult rm40 and bebudak rm30,,, banyak gak la ku tengok isi dia. 

Skang banyak gak dah lampu. Pastu jadi pusat hiburan terbesar shah alam aku ase. Aku n hubby datang kol11 malam kot. Tapi tetap ramai. Pastu siap ade funfair kan. Hehe. Banyak la. 5D cinema. Archery. Eheehe. 

Park same je. Rm10 sebuah kereta. Hihi. Jom datang. 


Terima kasih.

18 Jun 2013

Pengalaman di Subang Skypark

Assalam wbt

Aku dan Bang Ajid konon-konon nak menikmati subang skypark yg selalu digembar gemburkan oleh suria fm. Bile sampai oh alangkah indah khabar dari rupa. Lokasi di subang. Boleh ikut hiway plus exit subang dan kite leh nampak signboard seterusnye dengan jelas. 

Kecik je compared to lcct. Sebab flight yg ade ase cume firefly, berjaya dan malindo, Malindo n berjaya ni baru je aku ase. Kat sini xde menara tinjau cam kat klia. So kalau sedara mara da check in tu xde harapan nak melambai sepenuh jiwa raga cam kat klia. Hehee. 

Makanan die ok je. Ade kedai mamak lagi tu. ade mcD tapi tiada KFC. Yg tu pelik. Tapi aku tak survey harga mekdi coz aku boikot kan. Hehe. Harga roti rock n roll ke ape tah jenama tu still same kat kiosk biase. Kedai2 pun sikit. Sekadar je la. Cume mase kami kat sana tak dengar pulak bunyi suria fm tu. hihi. Yg paling best pun ku ase ade pilot simulation. 30 minit Rm45.. Kat tingkat atas. Not bad la. Oh ye tapi surau kat tempat terpencil cam takut nak gi. Haha. 




Overall Biasa sangat... Hihi. 

16 Jun 2013

Bagaimana Nak Pergi Pulau Ketam?

Assalam wbt

Aku berjalan2 dengan hubby tadi. Nak cari pulau ketam kengkononnye. Ritu nak nek kenderaan public. Nek ktm la. Tapi malas lak nak tunggu lame. So arini kitorang drive je ke sane. O ye. Kalau naek ktm, berenti kat stesen last skali, port klang. Jeti tu sebelah je. Jalan sket je.

Kitorang jalan dari lebuhraya persekutuan ke arah klang. Dan straight je sampai nampak signboard jeti pulau ketam. So ikut je signboard tu. nak gi pulau ketam, naek tongkang. Dewasa rm7 dan budak kecik rm4,,, ramai orang la kami tengok. Paling awal kol6 nak ke sane. Dan paling lewat dari pulau ketam kol6 gak.

Kalau nak stay kat pulau ketam leh search la laman web die. Hehe. Ok selamat berjalan.

Ampang Lookout Point ditutup

Assalam.

Aku gi ngan hubby semalam. Kengkonon nak gi la makan kat ampang lookout point. Bile da sampai baru tau die nga ditutup sementara kerana ade land slide. Hampagas tol.

Tapi xpe. Kitorang tetap tengok pemandangan key el la ni. Kalau datang dari arah ampang,, Before sampai tempat biase tu, banyak kedai2 kecik tepi lereng kan. Belah kiri jalan. Leh tengok dari situ je. Bole tahan gak la. Cume skang cuaca agak berjerebu jadi pemandangan tak bape lawa. Banyak la kedai makan kat sane. O ye. Eceli kalau tengok dari apatmen yg kat tingkat atas2 pon can see the same sight. Tapi tu la. Poyo je nak tengok dari ampang lookout. Hehe. Ok. Selamat bertengok.

Sekian. Melaporkan ;)

15 Jun 2013

Nasi Lemak Sedap, Restoran Lenggong Seksyen 20 Shah Alam

Assalam wbt

Aku nak promote nasi lemak super sedap si Shah Alam. Sedap sangat! Kat seksyen 20! Lokasi kedai berderet dengan petronas depan KPJ shah alam. Sebelah pizza dan kfc. Deretan tu pun ade maybank.

Sepinggan nasik lemak dalam RM3 sahaja.  Tapi seriusly sedap terutamanya sambal ikan bilis pun. Telur mata pun garing. Hihi.


Sekian.



Sekian, terima kasih.

12 Jun 2013

Pendapat Aku Keburukan Dropship / Ejen Dropship

Assalam wbt

Aku nak cerita keburukan DROPSHIP!

selalu kebaikan memang banyak kan...nak menjana pendapatan.. tu semua orang tahu...tapi aku nak share keburukannye...

1) Ambil masa yang panjang............. jadi ejen dropship ni, kena banyak sabar,,, sebab kadang2 customer dah tanya, saiz apa yang available bile kite jual baju... kita ada masa nak layan.. tapi yang owner butik tak reply2.. lepas 2-3 jam baru reply, dah kita lambat nak inform customer...

2) Mesti kena ada internet yg laju ................... kita dah dapat duit drp customer kena bank in pulak kat owner butik.. kalau internet weak, setakat wasap gambar payment yg cust buat pun dah ok.. tak yah nak forward2 kan... ni nak kene bagi pulak..

3) Nak confirm order dah bungkus.............. yang ni.. pastikan betul2 order yg cust mintak tu same dengan order yg kita mintak ngan owner butik... kalau salah pun kita tak taw sebab yg bungkus depa.. bile cust cakap barang salah, nak refund..

aku ade cerita... aku pun terpaksa refund sebab ingat betul lah cakap cust... rupanya cust yg tipu..die tak muat baju pastu pulangkan kat aku.. kuwang ajo! tapi tu la... jap je dapat balasan kat cust tu.. die tersalah bank in kat aku!! kakakakkakaa....

4) untung sikit.. kalau jual barang RM100, kau dapat untung RM10,,, kau rasa sikit ke banyak?? aku rasa sikit... tak berbaloi..

aku ade cerita.. aku tanya lah dengan owner butik.. tol ke aku dapat untung RM10 je.. tak berbaloi lah..usaha lagi.. mahal tu harga RM100.. pastu ironinyeeee.. yg bangang abadi si owner butik ni.. die boleh mengadu aku bersikap kurang ajar kat si polan si polan.. si polan pun marah lah ngan aku dek kerana sikap owner butik yg hampeh tadi.. ape salahnye kalau owner butik tu cakap,.. die memang untung sikit je ke... die memang bagi camtu kat orang lain ke.. yg die mengadu kenapa?? tak pasal2 hubungan orang terjejas...! haihhh....

5) jadi kesimpulannya.. elakkan dropship lah.. jual sendiri je... borong ke ape.. cari barang sendiri ke... leceh wey leceh...............

Sekian Terima Kasih...., :D

11 Jun 2013

Makan di Rasa Utara, Mid Valley

Assalam wbt

Rajin pulak ofismate aku ajak makan kat mid valley. Kitorang try makanan kat restoran rasa utara. Kedudukan di ground floor.

Review makanan ok je la. Tahap makan kat restoran biase. Cume mebi sebab berada di mid valley so rege makanan adalah dalam lingkungan rm10 ke atas. Laksa die pon ok. Aku amek ayam masak merah. Or name sebenar die aku da lupe. Hehe. Tapi ok la. Not bad. Kire datang x menyesal. Tu je. Tapi laen kali datang mid valley mebi aku nak cube makanan laen. Tu je ;)

Ok enjoy pics. Thanks.













Sekian, terima kasih.

9 Jun 2013

Jalan-jalan di River Cruise Melaka

Assalam wbt

Arini aku dan hubby gi jalan2 kat melaka river cruise. Kami naek dari jeti taman rempah. Camne nak gi sini? Dari tol ayer keroh straight dont belok2,, sampai nampak signboard where to get here. Or landmark, follow signboard ke hospital melaka. Untuk adult rm10 fee die. Kalau bebudak rm5 jek. Jaoh gak gerak. 9km camtu. Banyak la tempat kite gi. Hubby cakap ni dulu tempat kapal tongkang gerak dari muara selat melaka. 

Ada gak lalu fun-fair yg start operasi kol6! Hehe. Rege aku tataw. Then pas sampai kat area kapal samudera, patah balik ke tempat asal. Dun wori kiri kanan cantik di lihat siang or malam. Siap ada mesin cakap kat dalam kapal tuk bagi explaination pasal kiri dan kanan korang. I enjoyed ! ;) 












Terima kasih.

7 Jun 2013

Mee Ketam Seksyen 7 Shah Alam

Assalam wbt

Sedap sangat mee ketam kat seksyen 7 shah alam ni.. Lokasi kat kedai belakang unisel shah alam. Atau land mark die belakang shell seksyen 7,, seksyen 7 tu sebaris ngan pintu masuk utama uitm kampus utama bdekatan tempat makan2 murah kat seksyen 2... 

Leh order mee kari ketam dengan aksesori ketam atau udang atau lala. Memang ramai da penah datang dan beli kat kedai tu. penuh award kat dinding. Servis ok la. So so la lambat cepat. Tapi air limited kot. Aku order carrot susu tapi die cakap ada laici je kalau buah. Hihi. 

Harga boleh tahan la. Aku makan bihun kari plus lala n hubby makan nasik n kuah kati ketam plus udang galah, air laici dua gelas, total nye rm26... Mahal la gak. Sebab udang kot. Tapi sekali sekala kan. 

Aku galakkan sume orang makan kat sini! Yeahhh. 







Sekian, terima kasih

4 Jun 2013

Perbezaan Microwave Oven dan Default Oven

Assalam wbt

Aku selalu confuse microwave oven dengan oven biase tu same ke x? oven atau dalam bahasa melayu nye ialah ketuhar... ketuhar ni adalah electrical appliance. leh berfungsi tuk baking, heating dan drying.

Ada 5 jenis ketuhar ni... ceramic oven, earth oven, gas oven, masonry oven dan microwave oven. Selalu kat kotak tu die letak ketuhar / oven je... maknanye yg tu gune elektrik energy tuk panaskan thermostat or dawai besi pemanas die... maksud di sini, direct heat from electrical. tapi kalau microwave, die ada box yg leh produce microwave dan panaskan thermostat.


Ketuhar gelombang mikro atau microwave adalah perkakas dapur yang memanaskan makanan menggunakan pemanasan dielektrik. Ia berfungsi dengan menggunakan radiasi gelombang mikro untuk memanaskan molekul-molekul yang berpolar di dalam makanan. Pengujaan ini berlaku dalam keadaan yang hampir seragam di bahagian permukaan makanan tersebut di antara kedalaman 1 inci hingga 1.5 inci pada makanan yang lebih lembab. Manakala makanan yang kering, radiasi akan menembus ke bahagian lebih dalam lagi pada makanan. Penembusan ini membolehkan makanan di masak dengan lebih sekata berbanding cara konvensional.


jadi kesimpulan, microwave oven lagi bagus :)




Sumber 1
Sumber 2

Sekian, terima kasih.

2 Jun 2013

Cara Letak Sudu Lepas Makan

Assalam wbt

Ikut kata kawan aku yg da jadik chef,, cara letak sudu pas makan sangat diambil kira oleh dorang. Tapi kalau yg makan tu xtaw langsung etika nye,, sedap pun memberi komen x sedap. Hehee. Kawan aku selalu ajar supaya letak je sudu kat tengah2.. Senang. Jom tengok ni.