TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

REVIEW TEMPAT MENARIK DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 2023

Assalam wbt dan Hai, Sebenarnya, kami memang rajin juga bawa anak-anak pergi berjalan-jalan. Jadi sajalah nak kongsikan kepada pembaca tempa...

30 Oct 2012

Temuduga Pegawai Latihan Vokasional J41

Assalam...

O ye semalam besday aku.. hahaha.. ceh mukadimah xleh blah...

Hari ini Alhamdulillah aku sukacita dimaklumkan ditemuduga untuk jawatan Pegawai Latihan Vokasional J41. Aku tahu tentang ni sebulan yang lepas melalui surat. Jadi sejak daripada itu, aku semangat mencari maklumat apa pun berkaitan dengan jawatan yang aku pohon ni.

Aku sampai kol745 pagi.. masuk bahagian menunggu dah ramai dah.. rupanya banyak interview arini... aku proceed dengan soalan yg mereka berikan.. name mereka ni.. En Ramli dan En Muhammad. 2 interviewer ni sorang dr SPA sorang lagi dari jabatan. yg dari jabatan ni taw sal teknikal kita laaa.... ok aku perlu di interview sahaja... xde teknikal laen..

Soalan interview:
1) sila perkenalkan diri anda dalam bahasa inggeris. (yg ni senang sket dalam bi drp bm)
the rest in malay sebab dorang gune malay gak.. aku xde la nak jawab dalam bi pulak...

2) kenal x pereka fesyen Salikin? (mentang2 la bapak aku name Salikin. cett.. hahaa..) aku cakap aku taw la die tu wujud.. tapi tataw sangat pekembangan Salikin fesyen tu...

3) asal kat mane? dulu sekolah mane? (cakap je la kt mane)

4) duduk uma sewa ke? dengan sape? kat mane? (cakap je la)

5) suke mengajar? ready nak mengajar?

6) subjek mikroprosesor tu camne? mikrocontroller tu camne?

7) taw ke diode? taw SCR? (yg ni aku x puas ati.. aku x belaja SCR tu... balik aku gugel, aku still x ingat pon..)


8) suke memanjat? sebab jadi PLV ni kene banyak panjat2...? (aku jawab suke aje.. sebab aku memang amek course memanjat tower pon taim kije)


9) gaji bape? x rugi ke nak kije ngan gomen.. gaji sikit... (aku cakap ok je.. lagipon aku kontrak ngan kampeni skang...) 

10) ape cerita hot arini, berita la.. (aku jawab, ade pasal ramai pemuda muflis)

selepas 15min je borak2 gitu gini, pastu da siap da... perghhhh.. aku cam xleh blah... aku kate dah ke? diorang jawab dah la.. aku siap tanya 2 kali... aku pikir gak.. xde ke sal technical spt yg diwar2kan oleh teman2 forum.. takde upenye... pastu... siap cakap.. ade rezki ade la.., bia betul camni? aku pelik gak laaaa... samada aku terlalu perfek di mate dorang ato pon aku terlalu menyampah di mata dorang... ish2... da la xde soklan langsung sal tugas PLV... wawasan 2020.. bajet 2013... name menteri... xde langsung! perghhh.. penat aku bace.. hahahahhaahaha...

bayangkan lah.. aku bil ke 6.. 5 orang before aku,. interview 30 min stp sorang.. masa aku.. 15 min je... adakah aku perintis interview 15 min je...? ape2 pon aku tawakal je la.. 2 dis dapat result.. haha...

Sekian, Mekaseyh...

24 Oct 2012

Nak Join Konsert Siti Nurhaliza di Gambang Resort

Assalam wbt

Aku interview kabaz aritu.. nama  jawatan, business development executive. nama asal, sales executive. tapi  nama nak canggih kan. hehee.. okey kampeni ni kat seksyen 13. anak buah TM. buat VPN services, guna TM punye network. dapatkan client drp TM. tapi bakal explore new customer, own customers.

pengalaman telco yg diperlukan. aku kerja asal memang telco tapi takdelah terlalu buat sales sebab aku yg customernye kan... 1st die tanya pasal diri kita. basically in english. if diorang spoke malay pun kita balas in english.. alah kalau broken english pun takpe.. hehehe...

die tanya apa pengalaman kita. kita jawab.
tanya apa tahu pasal sales. kita jawablah , sales berkaitan dengan target. target tinggi, maka effort pun kena banyak and perlu work hard.

Standard company akan pressure.
- boleh x kerja long hours?
- boleh kerja travel sane sini ?
- xdapat elaun banyak. Just claim per used je boleh ?
- ade kereta ? 
- apa kelebihan awak compared candidates lain ? 
- gaji nak berapa ? Boleh nego ? (Slalu mintak banyak tapi dapat kurang.haha)
- boleh x awak kerja position lain in the same company ? 
- boleh awak kerja tanpa training yg proper ? Jz on job training je
- awak kerja ok nape nak tukar jadi sales pulak ? (Ini standard jawapan, nak face new challenges) 
The rest jawab ye boleh, yes, ok ok... Kakakakkakakaa... Yakin x yakin jawab ok aje.. 

Pastu probation 3 bulan, if tak dapat buat sales, gaji ditahan 10% ... If dalam 6 bulan x dapat gak buat sales, u will be kicked out ! Strict jugak jadi sales. Dalam pada tu hati aku dah berbelah bagi nak teruskan ke x nak. Hahaha... 

Cakap gitu gini ok abes lah. Aku pun terus belah. Tapi dalam mase yg same ase depressed n demotivated. Takpe lah dah usaha yg terbaik kan... 

Itu ajelah yg aku nak cerita.. Kbai

Sekian thankssss.. 

19 Oct 2012

Solat yang perlu diganti semasa haid

Assalam,

Dulu member aku laki pernah cerita sal benda ni.. tapi die soh carik la sumber lain... die ada la cakap kat aku.. kalau kite dalam haid, nak ganti bape solat? so meh bace la ni...


Persoalan: Solat yang Perlu Diganti Semasa Haid

WAJIB DIBACA! kepadasesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??

Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.


Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)


Persoalan: Solat yang Perlu Diganti Semasa Haid (Part 2)


HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.


3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.


Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.


Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!
Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat
( sumber dipetik drp AMIRUL AMIN )

18 Oct 2012

Bolehkah Berwudhuk ketika Haid ?

Assalam,

kawan aku ada bertanya bolehkah kita wuduk ketika dalam haid. dia cakap, kita tak digalakkan berwuduk masa haid.. jadi aku gugel sikit info...

info diculik drp link

KESIMPULAN

1) Khilaf di antara Ulama sama ada membenarkan berwuduk atau tidak, bergantung pada niat individu yang melakukannya.

2) Diharamkan wanita yang didatangi Haid/Nifas berwuduk jika bertujuan untuk mengangkat hadas dalam keadaan dia mengetahui tidak sah wuduknya, ini kerana dia bermain-main dengan hukum.

3) Jika tujuan berwuduk atau mandi junub dengan tujuan membersihkan diri atau menyejukkan badan atau apa-apa saja niat yang tidak melanggar syarie, maka tidak menjadi masalah. Ini pendapat yang dipegang oleh Auzaie, Malik, Thauri dan Abu Thaur.

4) Wajar mempertahankan pendapat salaf soleh agar berterusan dengan mengambil waktu solat tersebut dengan berwuduk dan berzikir agar kebiasaan itu tidak dilupakan.

5) Para wanita banyak yang dirasuk jin dan menjadi lemah kerana mengabaikan ibadat di waktu uzur. Keuzuran bukan alasan untuk meninggalkan semua ibadat kerana meninggalkan solat pada waktu uzur juga merupakan satu ibadat. Perbanyakan zikir dan wirid pada waktu uzur sebagai menampung kekurangan ibadat di waktu ini.

6) Tidak menjadi kesalahan untuk berwuduk sebelum tidur atau pada ketika marah walaupun dalam keadaan uzur.

Hadis diriwayatkan oleh Muslim daripada Aisyah;

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وَهُوَ جُنُبٌ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ قَبْلَ أَنْ يَنَامَ

Maksudnya: Baginda Nabi apabila ingin tidur di dalam keadaan beliau berjunub, baginda akan berwuduk seperti hendak melaksanakan solat sebelum masuk tidur.

15 Oct 2012

Tanda Penyakit pada badan

Assalam,



MATA
Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk
Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG
Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat
Sistem penghadaman yang lemah.
Perut mengandungi angin.
Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH:
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) : Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk : Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA:
Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT
Peluh
Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala : Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala :
Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah : Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah :
Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

KENCING
Kencing Kerap : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah :
Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut : Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab :
Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.
Wallahu a’lam

Ni aku cilok drp Forum CariGold... mekaseyh :)

12 Oct 2012

Interview dengan Syarikat Jepun

Assalam...

Semalam aku baru interview.. haha.. ni dia soalan2 interview...
o ye.. aku interview kilang elektronik...

1) ada soalan attitude.. dari sini die nak taw kita ni camne orangnye...
2) ada soalan IQ.... banyak la gak.. contoh soalan...
    - drp gambar petak2 ni..lukis apa yg signifikan n senang kita ingat... (aku lukis telepon)
    - name syarikat jepun yg ada kt malaysia (Toshiba, Toyota, Mitsubishi, etc )
    - ciri syarikat jepun (punctual & discipline)
    - apa abbreviation tuk LCD, DVD, ISO (boleh check kt tenet.. aku soh kawan check)
    - soalan math (kira area of circle)
    - soalan iq biase gambar2...
    aku leh jawab camtu je la.. aku ase orang laen pon leh jawab je.. hahaha.. senang...
3) mase interview...
    - terangkan pasal diri anda (nama, asal, umur, belajar katne)
    - camne kerja yg anda buat (sekarang)
    - apa makna QUALITY ?
         "i think degree of good or bad of some things. let say tupperware. if it is good, so when we put on the  
          oven, it wont melt. if it is bad, it would melt" --> hahahaha apa punya jawapan.. failed!
   - kalau awak diterima, dan ditempatkan di kg halaman awak, (johor) ok x? (OK jer)
   - kalau awak kene kerja ngan orang laen level, spm, pmr, ok x? (OK jer - bagi contoh kerja kita)
   - kalau awak kene kerja malam ok x? (OK jer - bagi contoh kerja kita gak)
   - kalau awak kene kerja lebey masa ok x? (OK jer.. haha)
   - bf kerja kt mane?
   - ape yg awak buat di masa lapang? (tengok tv.. sengal! hahahaa )

ni la soalan para interview.. aku punya la gelabah leh lupa nak salam kakak HR tu.. hahaa hadoi.. aku ase aku mang kene rejek la camtu.. hampeh kan?? hahahahaha.. kalau ade rezki ada la...

Mekasehy..